PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Sunday, January 31, 2010

Hancur Akidah Umat Islam Singapura


Salam muhibbah untuk semua, kali ini saya nak berkongsi tentang kemerosotan penghayatan Islam di Singapura yang semakin teruk. Kebanyakkan melayu Islam Singapura menerima pendidikan barat sehingga mereka mengagungkan tamadun barat, mereka juga mengamalkan cara hidup yang terbuka berdasarkan pahaman liberal yang menyebabkan penghayatan Islam terhapus di sana.

Pengaruh barat ini sangat berkesan dalam menghapuskan pemahaman Islam dengan cara senyap dan sedikit demi sedikit sehingga menyebabkan umat Islam Negara itu jauh terpesong daripada ajaran Islam. Hal ini telah disuarakan oleh seorang menteri Negara itu yang ditugaskan bertanggungjawab tentang kebajikan orang-orang melayu Islam Negara itu. Beliau kuatir dan bimbang akan jenerasi akan dating lebih teruk dan tidak tahu identiti mereka sendiri.

Paling terpengaruh ialah anak-anak muda Islam di sana yang menjalankan kehidupan bebas sehingga tidak tahu batasan agama Islam kita, menyebabkan pergaulan bebas ini menjadi biasa dalam kehidupan mereka. Hal ini perlu dipertimbangkan, kerana ini merupakan malapetaka dari Allah disebabkan manusia makin melupainya. Tetapi saya hairan di sana ada Jabatan Agama, ada Pertubuhan Islam, ada orang alim tetapi kenapa mereka tidak mengambil tidakan yang sewajarnya untuk membendung masalah ini. Itulah hakikatnya apabila berada di Negara bukan Islam, semua aktiviti keagamaan disekat dan dipantau sehingga menyebabkan umat Islam sana jauh kepada agama Islam.

Diceritakan oleh kawan saya yang sering berkunjung ke sana, bagi orang Islam Singapura yang bekerja di sana tidak dibenarkan menunaikan solat dalam waktu bekerja, alasan majikannya solat boleh merugikan masa bekerja. Solat jumaat tidak dibenarkan dan sesiapa yang pergi atau keluar awal dari waktu rehat jam 1 : 00 tengahari akan dipotong gajinya sebanyak 45 dolar singapura sebulan. Hebat ancaman bukan Islam terhadap umat Islam di sana.

Dengan apa yang diceritakan di atas, dapat kita mengambil pengajaran bahawa Negara kita juga tidak terlepas dari ancaman tersebut. Perkara ini atau masalah ini sudah menjadi darah daging umat Islam kita yang sukakan hiburan tanpa batasan dan sangat memuja kehebatan barat. Saya memulis perkara ini ialah kerana merisaukan jenerasi muda kita dan jenerasi akan datang yang belum tahu keadaan sosialnya bagaimana. Takut jenerasi akan datang tidak mengenali Islam yang kaffah (Islam sebenar), mereka hanya tahu Islam liberal atau Islam yang berpandukan kehidupan sosial barat. Hal ini juga menjadi ancaman kepada kepupusan penghayatan Islam di Negara kita akan datang.

Marilah kita mulakan penghayatan Islam dikalangan keluarga kita dahulu sebagai pergerakkan permulaan untuk mengembalikan maruah Islam di Negara kita ini. Jika kita tidak menjadi pencetus kepada penghayatan Islam siapa lagi, mari kita mulakan dengan tindakan yang kecil dan disudahi dengan tindakan yang besar tanpa mengecewakan orang lain dengan tindakan yang berhikmah, tindakan mauizul hasanah dan mujadalah sebagai metode pegerakkan dakwah kita.

Saturday, January 30, 2010

Fadhilat (Kelebihan) Orang Membaca & Mendengar Al-Quran


  1. Dapat menghilangkan kekotoran hati dengan banyak berzikir, banyak mengingati mati dan membaca al-Quran.

  2. Orang yang membaca Al-Quran dan berzikir akan dikunjungi para malaikat dan syaitan tidak akan memasuki rumah yang sentiasa didengari Al-Quran dan berzikir. Ahli keluarga rumah tersebut akan dilindungi dari gangguan syaitan.

  3. Orang yang berzikir atau berzikir di dalam kumpulan dan ikhlas kepada Allah akan dipuji oleh Allah. Mereka juga akan dilimpahi rahmat oleh Allah.

  4. Orang yang membaca, mendengar Al-Quran, berzikir dan berkunjung di tempat-tempat pengajian atau ibadah, akan dilapangkan dadanya dan ditenteramkan hatinya daripada masalah-masalah dunia.

  5. Orang yang membaca dan mendengar Al-Quran, berzikir, berdoa dan berkunjung di tempat-tempat pengajian atau ibadah, nescaya Allah akan sentiasa bersamanya dan orang tersebut akan lebih khusyuk beribadah kepada Allah

  6. Orang yang membaca dan mendengar Al-Quran, berzikir, berdoa dan berkunjung di tempat pengajian atau ibadah dengan ikhlas hatinya, maka dia dapat mendidik nafsunya ke arah jalan kebaikan dan diredhoi Allah.

  7. Memperolehi pahala dan rahmat Allah dari membaca al-Quran dan berzikir kepada Allah Ta’ala, Dalam masa yang sama Allah akan menambah ilmu pengetahuan agama, menguatkan iman orang tersebut. Al-Quran dan berzikir merupakan penawar bagi hati yang paling mustajab.

Friday, January 29, 2010

Apa Cerita Dengan Melayu Islam Sekarang????



Banyak berita yang mengemparkan penduduk Malaysia, terutamanya penduduk melayu Islam dengan berbagai kes samun dan pembunuhan. Kes jenayah seperti ini sering dan kerap kita dengar di dada-dada akhbar dan media. Adakah ini semua bala Allah yang diturunkan kepada umat manusia umumnya yang semakin terhakis keimanan mereka. 20 tahun dahulu susah dan jarang kita dengar kes-kes samun atau bunuh seperti sekarang. Kehidupan manusia hari ini musnah disebabkan ketamakkan, kerakusan, kejahatan dan kebodohan manusia itu sendiri.


Jenayah semakin berleluasa dan banyak penyakit sosial melanda melayu Islam kita yang semakin parah. Kenapa perkara ini semua berlaku? Jawapannya ialah disebabkan manusia sekarang jauh dengan agama Islam, Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral kurang ditekankan di semua peringkat masyarakat. Malah subjek Pendidikan Islam ini dijadikan mata pelajaran sahaja, bukan sebagai penghayatan.

Kebanyakan keluarga melayu Islam tidak mementingkan pendidikan Islam, mereka hanya menekankan pendidikan sains, matematik, bahasa inggeris dan sebagainya untuk anak-anak mereka lulus dalam peperiksaan untuk masuk ke universiti. Mereka rasa semua ini sudah cukup dan berjaya mendidik anak-anak mereka. Tetapi mereka lupa semua yang mereka tekankan dan pentingkan itu merupakan luaran atau intelektual sahaja, ilmu-ilmu ekademik semua merupakan ilmu keperluan jasmani sahaja untuk mencari kedudukan atau mencari makan dan minum sahaja. Maka dari sinilah masalah-masalah sosial makin meningkat dan makin berleluasa. Timbul berbagai jenayah yang baru seperti mat rempit, black mettal, skinhet, dadah dan sebagainya. Semua ini melibatkan muda mudi Islam atau melayu Islam.


Jarang kita dengar bangsa Cina dan India terlibat dengan jenayah seperti ini. Kebanyakannya semua dari orang melayu Islam. Kes buang anak di dalangi oleh remaja melayu Islam, dadah mejoriti melayu Islam, mat rempit melayu Islam dan semuanya melayu Islam. Apa yang perlu dibangakan kepada melayu Islam. malah melayu Islam telah mencemarkan maruah Islam yang suci.

Jika perkara ini tidak dibendung, kemungkinan 10 atau 20 tahun negara kita tergadai kepada bukan melayu, kerana orang melayu terlibat dengan jenayah dan mempunyai pendidikan tidak tinggi sebab merempit, dadah dan sebagainya. Bagi sesiapa yang berkeluarga dan mempunyai anak, tanamkan roh Islam ke dalam jiwa anak semasa di dalam kandungan lagi, kerana tarbiah Islam itu ialah tarbiah jiwa dan raga dan perlu diterapkan dari kandungan hingga liang lahat (kubur). Apabila anak berumur 7 tahun ajak ia sembahyang, menutup aurat, memperkenalkan perkara yang benar dan salah di sisi undang-undang Islam dan negara. pukullah anak yang tidak mahu solat, menutup aurat, melakukan kesalahan sepertimana yang telah diajarkan Islam, bukan pukul mengikut nafsu dan marah terhadap anak.

Anak-anak dididik atau diajar dengan penuh suasana Islam, saya yakin jika diizinkan Allah anak-anak tersebut tidak akan melakukan perkara kesesatan atau jenayah, kerana mereka mengetahui batasan Islam. Negara juga akan kembali aman dan tidak lagi kita dengar masalah-masalah sosial dari kalangan melayu Islam. Kesimpulan mudah mari kita berpegang kepada syiar Islam, maka hidup kita dan keluarga kita akan bahagia di dunia dan di akhirat.

Thursday, January 28, 2010

Penawar Penyakit Umat



Salam buat kawan-kawan yang dirahmati Allah semoga semua berada dalam keadaan yang baik, sihat dan mendapat segala nikmat dari Allah. Kesempatan ini saya nak cerita sikit tentang kemanisan iman (halawatul Iman). setiap manusia yang Islam belum tentu beriman dan belum tentu selamat. Jadi iman ini mempunyai ikatan yang kuat dengan Islam, kerana untuk mendapat keberkatan dari Allah manusia perlu Islam dan juga perlu beriman kepada Allah, ini yang dikatakan manusia yang berjaya di dunia dan di akhirat. Sepertimana dapat dilihat dan diketahui, bahwa banyak orang-orang Islam yang sesat jauh dari jalan Islam. Kadang-kadang nama sahaja Islam tapi tingkah laku, sikap dan perangai macam Yahudi dan Nasrani. Banyak orang Islam terlibat dengan dadah, merempit, buang anak, mengandung luar nikah, melacur dan sebagainya. Mana terletaknya maruah Islam, mana terletaknya ajaran Islam dan mana terletaknya undang-undang Islam.

Wahai Muslimin dan Muslimat, hal ini perlu diberatkan kerana dunia sekarang sudah ke penghujung zaman bila-bila masa sahaja boleh berlakunya hari kemusnahan (hari khiamat). Bukan mudah untuk meningkatkan kualiti umat Islam yang mempunyai iman yang teguh, kerana dunia sekarang ini telah dikuasai oleh budaya Yahudi dan Nasrani tanpa disedari oleh umat Islam. Kebangkitan Islam datang dari umatnya sendiri yang berani untuk menegakkan Islam yang sebenar dan jauh dari pengaruh-pengaruh barat, Yahudi dan Nasrani.

Perkara yang paling penting untuk meningkatkan ketaqwaan dan iman ialah mulakan dahulu dengan solat lima waktu sehari semalam, kerana solat merupakan tiang agama ( assolatul i'manuddin). Solat juga boleh mendidik manusia mempunyai akhlak yang baik dan terpuji. Solat juga dapat menghindarkan manusia dari perbuatan keji dan mungkar. Tetapi untuk memiliki semua ini, perlulah melaksanakan solat dengan khusyuk dan seolah-olahnya berada dihadapan Allah, lahirkan diri dengan perasaan takut kepada Allah akan segala kesalahan yang telah dilakukan.

Sejarah telah membuktikan ketika Saidina Ali Karamallah Wajhah terkena anak panah yang menembusi kakinya. Anak panah tersebut tidak dapat dikeluarkan kerana kesakitan yang amat sangat dirasai oleh Saidina Ali. Kemudian Saidina Ali melaksanakan solat sunnat 2 rakaa't. ketika ia melaksanakan solat sunnat para sahabat Rasulullah SAW mencabut anak panah tersebut tanpa disedari oleh Saidina Ali. Terbukti di sini bahwa solat merupakan perkara yang paling penting untuk mengubati penyakit yang melanda umat masa kini.

Kesimpulannya, untuk meningkatkan iman kepada Allah, haruslah terlebih dahulu melaksanakan solat yang sempurna. Solat yang sempurna ini boleh mendatangkan rasa kecintaan kepada Allah lebih dari segalanya. janganlah melaksanakan solat seperti melepaskan batuk ditangga.

Wednesday, January 27, 2010

Mohon Sebarkan Kepada Saudara Islam Kita



PENTING !

Mohon agar pesan ini dapat disebarkan kepada seluruh Saudaramu se-iman !!!

Jika tidak...maka seluruh Muslim di dunia bisa saja mendapatkan informasi yang salah dan keliru tentang Islam, untuk itu dimohon agar dapat menyebarkan pesan ini segera setelah membacanya.

Waspadalah terhadap website di bawah ini:

1. www.answering-islam.org

2.
www.aboutislam.com

3.
www.thequran.com

4.
www.allahassurance.com

Situs-situs tersebut telah sengaja dibuat oleh kaum Yahudi yang senantiasa gencar menyebarkan pemahaman yang salah tentang Al-Qur'an, Hadits dan Islam

Sekali lagi, mohon agar pesan ini dapat disebarkan kepada seluruh saudara Muslim di dunia.

Selalu waspada dan jeli terhadap semua sumber informasi tentang Islam yang ada di beberapa Islamic Website, meskipun kelihatannya sungguh meyakinkan.

Mohon agar pesan ini dapat disebarkan kepada seluruh Saudaramu se-iman !!!

Jika tidak...maka seluruh Muslim di dunia bisa saja mendapatkan informasi yang salah dan keliru tentang Islam, untuk itu dimohon agar dapat menyebarkan pesan ini segera setelah membacanya.

Petikan Dari
http://idhamlim.blogspot.com/2009/08/mohon-sebarkan-kepada-saudara-saudara.html

Tuesday, January 26, 2010

Berjabat Tangan!!! Apa Hukumnya?



Menurut JAKIM

Dalam keadaan tertentu yang sukar dielakkan, berjabat tangan dengan wanita ajnabi adalah dibolehkan.

Demikian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memaklumkan melalui pekeliling bertarikh 28 Oktober lalu tentang panduan hukum berjabat tangan dengan wanita ajnabi.

Selain dalam keadaan tertentu yang sukar dielakkan, kenyataan tersebut menjelaskan, ianya dibolehkan tetapi dalam keadaan terkawal supaya tidak dijadikan budaya dalam masyarakat Islam.

Menurut pekeliling tersebut , Fatwa itu adalah berdasarkan kepada keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam kali ke-79

Fatwa Yusof Qardawi

Prof. Dr. Yusof al-Qaradawi ada mengeluarkan fatwa berkaitan bab bersalaman dengan wanita (Fatawa Mu’asarah). Berikut adalah fatwa dan penjelasannya secara ringkas:

  1. Harus berjabat tangan ketika tidak disertai dengan syahwah, rasa kenikmatan atau rasa teransang. Ia juga mesti aman daripada fitnah. Jika disertai dengan syahwah dan teransang gelora seks, maka haram hukumnya walaupun dengan mahram (ipar duai, mertua, anak saudara dan lain-lain) atau lelaki remaja yang belum tumbuh janggut).

  2. Berjabat tangan hendaklah pada tempat yang perlu sahaja, contohnya: suasana hari raya, ramai sahabat handai, saudara mara yang datang yang kebanyakannya adalah saudaramara samaada melalui nasab atau perkahwinan.

  3. Ia pada kadar yang tidak keterlaluan dan berlebihan sebagai langkah berjaga-jaga kerana Rasulullah saw tidak pernah berjabat salam dengan wanita bukan mahram.

  4. Lelaki beriman yang menjaga agamanya seharusnya tidak memulakan salam (kepada wanita). Ia bersalaman bila pihak wanita yang memulakan dahulu.

  5. Hukum bersalaman dengan wanita ini terhad dan khusus bagi siapa yang memerlukan sahaja.

Kesimpulannya



Dibolehkan untuk berjabat tangan dengan bukan muhrim, tetapi mereka yang menghulurkan dahulu tanpa ada perasaan sahwat.

Tak nak salam pun betul, dua2 betul sebab nak jaga maruah kita dan itu pendapat n ikut kesesuaian masing2, tapi bukan salah, sebab dua2 ini ada pendapatnya dan nasnya tersendiri. Sebab itu dalam al-quran suruh kita berfikir.

Tetapi lebih baik kita elakkan dan memberikan penjelasan yang baik kepada bukan muhrim supaya ia lebih mengetahui apa sebenarnya kita menolak berjabat tangan dengannya. Jika menjadi keberatan bagi kita untuk memberikan penjelasan kepadanya, maka lebih elok kita lapit tangan dengan tudung, sarung tangan, atau kain sapu tangan dan sebagainya. Dalam hal ini pastikan setiap pekerjaan atau perbuatan yang kita buat itu mesti ada sumber rujukan dalam Islam iaitu Al-Quran, Hadis Nabi, Ijmak Ulamak dan Qiyas.

Monday, January 25, 2010

Dosa Oh Dosa


Dosa ialah balasan buruk yang diberikan oleh Allah kepada mereka yang melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah. Masalah dosa ini dianggap perkara biasa dan menjadi perkara yang tidak bersalah disebabkan perkara yang dilarang oleh Islam menjadi adat dan budaya kehidupan masyarakat sekarang seperti pergaulan bebas, tidak solat, tidak puasa dan sebagainya. Ada sebahagian masyarakat kita yang berani melanggar undang-undang Allah dengan tidak ada perasaan gentar dan takut akan kesalahan yang dilakukan, tetapi apabila ia melanggar undang-undang dunia dia merasa takut sehingga tidak tidur malamnya kerana mengenangkan kesalahan dunianya. Para alim ulamak dahulu sehingga bengkak matanya menangis mengenangkan kesalahan dosanya kepada Allah, mereka bertaubat kepada Allah dengan taubat nasuha kerana takut akan siksaan Allah yang sangat pedih.

Cuba kita renung manakah siksaan yang sangat pedih diantara siksaan dunia dan akhirat? Cuba kita duduk seketika merenungkan perbezaan siksaan Allah dan siksaan manusia yang manakah lebih teruk dan pedih. Bagi orang yang mempunyai ketaqwaan akan mengatakan bahawa siksaan Allah sangat pedih walaupun ia tidak pernah melihat siksaan Allah tetapi berbekalkan keyakinan apa yang diceritakan dalam Al-Quran. Manakala bagi orang yang munafik dan tidak beriman kepada Allah akan berjawapan bahawa siksaan dunia sangat pedih kerana takutkan mati ditali gantung, takutkan penjara yang tidak bebas, takutkan saman dari pihak berkuasa dan sebagainya, tetapi ia lupa kepada siksaan dan undang-undang Allah lebih dahsyat dari itu.

Marilah kita renung seketika berapa banyak dosa yang telah kita lakukan pada hari ini dan hari-hari yang lepas, adakah kita telah memohon ampun dari Allah dengan sebenar taubat. Jika tidak memohon ampun lagi maka cepat-cepatlah beristighfar kepada Allah, segera memohon ampun dan bertaubat kepada Allah, mudah-mudahan segala dosa yang telah kita lakukan diampunkan Allah. Ingatlah sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun dan Maha penyayang.

Faktor-faktor Yang Mendorong Manusia Melakukan Dosa seperti seseorang itu terpengaruh dengan perangai kawan yang jahat, ingin hidup bebas tanpa batasan agama, sikap angkuh dan sombong kerana harta dan pangkat.

Jenis-Jenis Dosa


  1. Dosa besar iaitu kesalahan yang dikenakan hukuman tertentu di dunia dan amaran azab di akhirat. Contoh minum arak, berzina, membunuh, mengumpat dan derhaka kepada ibu bapa. Orang yang melakukan dosa besar akan dikenakan hukuman kisas, hudud, takziz dan menerima seksa neraka jika tidak bertaubat

  2. Dosa kecil iaitu kesalahan yang tidak diberi peruntukan hukuman tertentu di dunia atau amaran azab di akhirat. Contohnya melihat aurat bukan muhram,Bercakap perkara yang tidak memberi faedah dan banyak lagi. Bagi orang yang melakukan dosa kecil akan memperolehi dosa dan jika dilakukan secara berterusan boleh menjadi dosa besar

Contoh-contoh Dosa Besar

  1. Menghina dan menderhaka kepada kedua ibu bapa

  2. Menipu dan berbohong

  3. Mencuri dan merompak

  4. Riba

  5. Makan harta anak yatim

  6. Lari dari medan perang

  7. Mengumpat dan memfitnah

  8. Minum arak dan menagih dadah

  9. Zina

  10. Menuduh perempuan baik melakukan zina

  11. Liwat dan musahaqah

  12. Membunuh atau membunuh diri

Sunday, January 24, 2010

Tips Khusyuk Dalam Solat


Salam ceria dan salam bahagia kepada semua sahabat yang sentiasa bersama menegakkan syiar Islam, saya sentiasa mendoakan anda sentiasa berada dalam keadaan baik dan sihat selalu di samping orang yang tersayang. Artikel kali ini saya nak ajak semua pengunjung untuk berkongsi mengenai tips khusyuk dalam solat. Perkara ini penting kerana solat merupakan tiang agama. Solat yang diterima Allah adalah solat yang khusyuk.

Solat juga merupakan rukun Islam yang kedua dan menjadi kewajipan kepada kita semua untuk menunaikannya. Saya rasa semua orang boleh menunaikan solat sebagai amalan yang diwajibkan Allah, tetapi menjadi masalah ialah menunaikan solat dengan khusyuk ni memang susah dan bukan semua orang boleh dapat perkara ini. Jadi dikesempatan ini saya nak ajak semua yang membaca artikel ini dapat memberikan sedikit pandang untuk kita kongsi bersama dalam ruangan komen blog ini. Dengan segala komen yang anda berikan dapat memberikan manfaat kepada semua umat Islam yang mencari-cari tips bagaimana hendak khusyuk dalam solat.


Tips untuk khusyuk dalam solat ini ialah :

  1. Faktor pemakanan, jauhkan diri kita memakan makanan dari sumber yang tidak diketahui, contohnya makanan yang bertanda halal semata-mata. Makanan merupakan faktor yang paling penting untuk mendidik jiwa. Sunnah nabi, berenti sebelum kenyang dan makan ketika lapar. Bila kita makan banyak kita akan mengantuk dan menguatkan nafsu kita. dalam masa yang sama susah untuk kita melaksanakan ibadah kepada Allah dengan sempurna.

  2. Ambil wuduk dengan sempurna jangan ambil wuduk seperti batuk ditangga, kerana wuduk yang baik akan membuatkan solat menjadi baik, menentukan solat itu diterima ataupun tidak ialah berasal dari wuduknya.

  3. Sebelum memulakan solat disunnatkan kita membaca istiqfar, 3 khul iaitu Surah An-Nas, Surah Al-Falak, Surah Al-Ikhlas. fadhilat surah ini ialah untuk mencegah dari gangguan syaitan yang sentiasa mencari jalan untuk melalaikan manusia ketika solat.

  4. Semasa solat hadirkan diri kita seolahnya sedang berhadapan dengan Allah, rasa kehinaan kita kepada Allah, rasa taubat dengan segala kesalahan yang telah kita lakukan, sesungguhnya diri kita akan merasa gerun dan takut akan segala siksaan Allah terhadap segala dosa yang telah kita lakukan.

  5. Ketika solat perlu kita mentadabbur makna bacaan kita dalam solat, untuk memelihara hati kita supaya ia khusyuk dalam solat. Jika tidak tahu mentadabbur makna bacaan dalam solat maka boleh kita membayangkan segala perkataan dalam solat kita.

  6. Kalau boleh dirikanlah solat secara berjamaah kerana berjamaah pahalanya 28 pahala, jika hati kita tidak khusyuk masih ada pahala lagi. Lagipun solat berjamaah ini susah untuk diganggu syaitan. Hal ini berbeza dengan solat berseorangan kerana solat berseorangan pahalanya 1 sahaja jika tidak khusyuk habis ditolak oleh Allah. Sesiapa yang solat berseorangan diibaratkan sepertimana kambing yang berpisah dari kumpulannya dan mudah menjadi mangsa kepada serigala yang sentiasa mengintainya.

Saturday, January 23, 2010

Onani Menurut Pandangan Islam


Salam sejahtera kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua mendapat hidayah, inayah, barakah dan nikmat kesihatan dari Allah SWT untuk melaksanakan segala pekerjaan ibadah kepada Allah. Kali ini saya hendak bincangkan masalah beronani yang menjadi perkara utama dilakukan oleh pemuda-pemudi Islam sekarang ini, perkara ini sangat menjadi-jadi, kerana dunia sekarang ini dihidangkan dengan hiburan-hiburan maksiat, pakaian yang tidak cukup benangnya atau kainnya, pergaulan bebas dan sebagainya. Timbul persoalan dikalangan umat Islam sekarang ini yang mengatakan bahawa adakah onani ini haram atau sebaliknya? Maka di sini saya memberikan sedikit sebanyak mengenai masalah ini mengikut kemampuan saya. Jika ada rujukan lain bolehlah berkongsi di ruangan komen di bawah post ini.

Onani menurut bahasa arab ialah Istimna’/Adat Al-Sirriyyah/Darbu A’syarah. Manakala onani dari segi istilah pula ialah perbuatan mengeluarkan air mani bagi lelaki dengan mengunakan tangan dan ada juga sesetengah golongan mengunakan alatan untuk mereka beronani.

Menurut pendapat pakar perubatan seperti Dr Ismail Thamby mereka menyebut onani dilakukan sambil mengunakan alatan pelican seperti sabun, gel dan lain-lain bagi mendatangkan kepuasan syahwat sementara sebagai melepaskan tekanan seksual.

Manakala bagi wanita ialah dengan memasukan jari atau sesuatu alatan keras ke dalam faraj mereka bagi menimbulkan rangsangan pada faraj sehingga mencapai klimaks iaitu kepuasan syahwat.

Hukum Onani bagi mereka yang tidak mampu bernikah dan takut terjatuh ke dalam maksiat ialah harus dan tidak berdosa. Bahkan kaedah fiqhiyah juga menyebut : “ Kemudharatan itu membolehkan apa yang terlarang” (lihat Qawaid fiqhiyah m/s 67 oleh Dr Abd Karim Zaidan).


Adapun apabila melakukan onani itu hanya kerana mencari keseronokan dan berhibur dengannya maka hukumnya ialah haram dan ditegah ini kerana ianya termasuk perbuatan yang keji dan kotor serta memudharatkan akal dan jiwa sehingga menjadikan diri dikuasai oleh syahwat dan dibimbangi terjebak kepada zina.

Namun apabila syahwat itu terlalu mendesak dan mengoda maka tidaklah mengapa beronani dengan tangan atau apa jua alatan asalkan sekadar mencukupi untuk memuaskan syhawat demi mencegah zina.

Sabda baginda : “ Sesungguhnya kamu diutuskan untuk memudahkan manusia dan bukan untuk mempersusahkan” (hadith sahih, Riwayat jamaah kecuali Muslim).

Walaubagaimana pun terdapat beberapa perkara yang perlu diperhatikan dalam beronani iaitu :

Hukum onani akan menjadi haram apabila seorang lelaki itu mengunakan gambar lucah, atau bayangan di otaknya akan perkara kotor atau berkhayal wanita kerana ini bukan lagi beronani demi mencegah zina sebaliknya ianya sudah bertujuan mencari kepuasan dan berseronok dan ini diharamkan.

Tidak boleh berseronok dengan jalan yang haram


Adapun sebaliknya mereka yang terdesak cukup sahaja beronani tanpa perlu bayangan dan khayalan atau apa-apa modal yang haram kerana niatnya sekadar untuk mengurang tekanan seksual dan ini dibolehkan.

Begitu juga wanita yang tidak mampu menahan desakan batin maka tidak mengapa mereka beronani dengan mengunakan tangan atau apa alatan yang tidak merbahaya asalkan dibuat setelah terdesak bukan dengan sengaja atau berniat mencari keseronokkan.

Firman Allah swt yang bermaksud : “Dan bertaqwalah kamu kepada Allah semampu kamu” (surah : at-taghabun :16).

Juga diharamkan berkhayal kotor dan menonton filem kotor kerana Islam mengharamkan demikian. Sesungguhnya kelonggaran dibolehkan onani ini hanya apabila ianya terdesak dan demi mencegah zina.


Golongan yang mengharamkan onani secara mutlak

Mereka (para fuqaha) yang mengharamkan onani secara mutlak adalah kerana hujah mereka berdasarkan hadith Abdullah ibn Mas’ud yang baginda pernah bersabda : “ Wahai Para pemuda, barangsiapa yang mampu dikalangan kamu maka bernikahlah kerana sesungguhnya dengan nikah itu dapat menundukkan pandangan dan menyelamatkan kemaluan (kehormatan) dan barangsiapa yang tidak mampu maka hendaklah dia berpuasa sesungguhnya bagi berpuasa itu satu perlindungan” (hadith sahih riwayat bukhari no. 5063 , Muslim no. 3389 nasaie dan Ahmad).

Hadith ini dijadikan hujah bahawa bagi golongan yang tidak mampu bernikah maka hendaklah dia berpuasa dan menuruti pertunjuk sunnah dalam menghadapi suasana kesusahannya yang tidak mampu bernikah itu dengan berpuasa bukan dengan melakukan onani yang merupakan perbuatan kotor.

Menjawab kepada hadith ini


“Mampu bernikah” secara lafaz umum, namun sebenarnya menurut fuqaha perkataan “alba’ath” ini bermaksud kemampuan untuk berjima ‘ (bersetubuh) maka itulah yang dimaksudkan oleh baginda sebagai kemampuan untuk bernikah dalam hadith di atas (sila lihat fiqh sunnah m/s 105 Jilid 2).

Baginda tidak pernah menjadikan atau menilai kemampuan untuk bernikah itu mesti berharta atau mempunyai RM 10000 untuk belanja nikah baru boleh bernikah atau mesti mempunyai kerja tetap sebab takut si perempuan nantinya kena makan pasir sebab si suami tiada kerja.

Ini kerana dalam hadith yang lain seperti hadith Sahl bin Said As-Sa’adi bahawa baginda pernah menikahkan seorang sahabat dengan maskahwin (mahar) hanya berupa beberapa ayat dari Al-Qur’an disebabkan sahabat tersebut terlalu miskin sehingga tidak punyai apa-apa untuk dijadikan maskahwin walaupun sebentuk cincin besi (sila lihat hadith sahih riwayat bukhari no. 5087 dan Muslim no. 3472 dan daruquthni dll).

Maka inilah yang disebut dalam firman Allah : “Jika mereka itu fuqara (miskin) maka akan dikayakan oleh Allah dari rezeki-Nya..” (An-Nur : 24).

Sultan Johor Mangkat


JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, 77, yang memerintah Johor hampir tiga dekad, mangkat pada jam 7.15 malam tadi iaitu 23 Januari 2010 hari Jumaat selepas dimasukkan ke Hospital Pakar Puteri di sini kerana gering.

Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman di Pejabat Kerajaan Negeri, Bukit Timbalan, kira-kira jam 11.30 malam tadi.

Mari kita sama-sama mensedekahkan Al-Fatihah kepadanya, mudah-mudahan Sultan Johor dicucuri rahmat dari Allah swt.

Friday, January 22, 2010

Kata-kata Hikmat Saidina Umar R.A



Kebajikan yang ringan adalah menunjukkan muka berseri-seri menunjukkan kata-kata lemah lembut Barangsiapa menempatkan dirinya di tempat yg menimbulkan persangkaan maka janganlah menyesal kalau orang menyangka buruk padanya Tidak ada ertinya Islam tanpa jemaah dan tidak ada ertinya jemaah tanpa pemimpin dan tidak ada ertinya pemimpin tanpa ketaatan Aku tidak pedulikan atas keadaan susah atau senangku kerana aku tidak tahu manakah diantara keduanya yang lebih baik dariku Kalau kita bermewah-mewah di dunia akan kurang ganjarannya di akhirat Apabila engkau melihat orang yang berilmu mencintai dunia, maka curigailah ia mengenai agamanya, kerana orang yang mencintai sesuatu ia akan menyibukkan diri dengan apa yang dicintainya itu

Thursday, January 21, 2010

Fadhilat Berzikir & Menyebut Kalimah Taiyibah



Dua puluh faedah yang diperolehi oleh orang-orang yang berzikir apabila orang itu benar-benar mengerjakan zikirnya menurut cara yang dikehendaki oleh Allah dan RasulNya. Di antara kelebihan atau faedah yang diperolehi ialah :

  1. Mewujudkan tanda baik sangka kepada Allah dengan amal Soleh ini.

  2. Menghasilkan rahmat dan hidayah Allah.

  3. Memperolehi sebutan dari Allah dihadapan hamba-hamba pilihan.

  4. Membimbing hati dengan mengingat Allah dan menyebut Allah.

  5. Melepaskan diri dari azab.

  6. Memelihara diri dari gangguan syaitan khannas dan membentengi dari dari maksiat.

  7. Mendatangkan kebahagiaan dunia dan akhirat.

  8. Mendapatkan darjat yang mulia di sisi Allah.

  9. Memberikan sinaran kepada hati dan menghilangkan keruhan jiwa.

  10. Menghasilkan tegaknya satu rangka dari Iman dan Islam.

  11. Menghasilkan kemuliaan dan kehormatan di hari kiamat.

  12. Melepaskan diri dari penyesalan.

  13. Memperolehi penjagaan dan pengawalan dari para malaikat.

  14. Menyebabkan Allah bertanya kepada para malaikat yang menjadi utusan Allah tentang keadaan orang-orang yang berzikir itu.

  15. Menyebabkan berbahagianya orang-orang yang duduk berserta yang tidak berbahagia.

  16. Menyebabkan dipandang ahlul ihsan, dipandang orang-orang yang berbahagia dan memperolehi kebaikan.

  17. Menghasilkan ampunan dan keredhaan Allah.

  18. Menyebabkan terlepas dari suatu pintu fasik dan derhaka. Kerana orang yang tiada mahu menyebut Allah (berzikir) dihukum orang yang fasik.

  19. Merupakan ukuran untuk mengetahui darjat yang diperolehi di sisi Allah.

  20. Menyebabkan para Nabi-nabi dan orang-orang Mujahidin (syuhada) menyukai dan mengasihi.

Wednesday, January 20, 2010

Ciri-ciri MLM Syariah


  • Produk yang dipasarkan hendaklah dipastikan benar-benar halal, Thayyib (berkualiti) dari semua aspek dan terhindar dari syubhah.

  • Akad antara pihak penjual (al-Ba'i) dan pembeli (al-Musytari) dilakukan atas dasar suka sama suka (at-Taradhi), tidak ada paksaan dan manipulasi.

  • Sistem urusniaganya hendaklah memenuhi rukun-rukun dan syarat-syarat jual beli sebagaimana yang terdapat di dalam hukum fiqh.

  • Produk/barangan tersebut diperjualbelikan dengan harga yang wajar (yang tidak lari jauh dari harga pasaran mengikut kualiti sebenar).

  • Sistem perniagaan yang dijalankan benar-benar memperdagangkan barang/produk (yakni menjalankan perniagaan sebenar), bukan menjalankan skim piramid atau money game dengan berlapikkan barangan/produk.

  • Sistem pemasaran yang dijalankan hendaklah menepati syarak (tidak ada penipuan, gimik yang melampau, manupulasi).

  • Pihak syarikat yang menjalankan MLM hendaklah memastikan para pengedarnya sentiasa beriltizam dengan adab-adab atau etika pendengar (penjual) yang memenuhi tuntutan Syariat Islam.

  • Struktur pengurusan syarikat hendaklah memiliki jawatankuasa pengawasan syariah yang terdiri dari para ulamak yang memahami masalah ekonomi.

Tuesday, January 19, 2010

23 Perkara Yang Dilarang


Sesungguhnya di dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan kepada kita. Di bawah ini terdapat 23 perkara tersebut yang seharusnya kita ambil iktibar supaya kita dapat memuhasabah diri sendiri :


  1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh Allah s.w.t.

  2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.

  3. Jangan makan dan minum dalam bekas yg. pecah @ sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.

  4. Jangan biarkan pinggan magkuk yg. telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

  5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat)

  6. Jangan makan tanpa membaca Bismillahhirrahmannirahim dan doa makan. Nanti makanan yg. dimakan adalah dari muntah syaitan.

  7. Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan. Takut-takut mati dalam perjalanan. Jangan pakai kasut atau selipar yg. berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

  8. Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

  9. Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.

  10. Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

  11. Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibubapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

  12. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak silaturrahim.

  13. Jangan lupa bergantung harap hanya kepada Allah s.w.t dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.

  14. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

  15. Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa.

  16. Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang org kepada kita.

  17. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yg teraniaya cepat dimakbulkan Allah s.w.t.

  18. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.

  19. Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.

  20. Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makan jin.

  21. Jangan lupa membaca Bismillahirrahmannirahaim dan salam ketika masuk kerumah dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.

  22. Jangan memakai tangkal kerana Allah s.w.t tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakai tangkal ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal bukan kepadaNya.

  23. Jangan mempertikaikan kenapa Islam itu berkata jangan sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya Allah s.w.t itu lebih mengetahui.

Monday, January 18, 2010

10 Tips Mengembalikan Kedaulatan Islam



Salam perjungan dan salam ukhuwah kepada semua muslimin dan muslimat yang datang menziarahi blog saya yang serba daif ini. Sebenarnya untuk menyampaikan risalah Islam kepada umat manusia ini banyak cabarannya dan banyak penentangannya. Tetapi sedihnya, orang yang bijak beragama dan bijak berhujah ini mempertikaikan hal-hal yang berkaitan masalah furu'iyah (cabang agama). Saya bukan anti kepada sesiapa yang ingin menyatakan pendapatnya, tetapi masuklah ke blog ini dengan beradab sebagai seorang pendakwah Islam yang mengamalkan akhlak Nabi Muhammad SAW. Mulakan diskusi atau perbincangan ini dengan suasana yang aman dan suasana persahabatan ukhuwah Islam untuk menyebarkan dakwah Islam kepada semua umat Islam. Sepatutnya kita yang lebih mengetahui hal-hal agama perlu bersama mencari penawar atau cara untuk mengubati penyakit rohani umat Islam yang selama ini semakin parah dan semakin teruk. Sekali lagi saya memohon maaf kepada semua di atas muqadimah saya ini. Kali ini, saya nak berbincang dengan semua muslimin dan muslimat mengenai 10 tips ke arah kebangkitan Islam di muka bumi ini yang selama ini semakin merosot disebabkan umat Islam sekarang mengidolakan barat yang jelas menentang Islam. Kalau anda semua ada pendapat dan pandangan mari kita berkongsi untuk kebaikan umat Islam. 10 tips yang dimaksudkan saya ialah :


Beralih Daripada Format Dan Simbol Kepada Hakikat Dan Kandungan


Pada zahirnya kelihatan gerakan kebangkitan Islam hanya menumpukan perhatian kepada perkara-perkara yang mencorakkan simbol dan meninggalkan isi kandungannya yang jauh lebih penting. Umpamanya, seseorang yang selalu membesar-besarkan kedudukan jari telunjuk di dalam bacaan tasyahud solat, tetapi pada waktu yang sama meninggalkan perbincangan tentang sebab, tujuan dan kepentingan tuntutan solat itu sendiri secara keseluruhannya.


Beralih Daripada Perdebatan Kepada Perbuatan


Sebahagian gerakan Islam gemar membakar tenaga mengungkit kesalahan dan kelemahan gerakan yang lain. Pada waktu yang sama, gerakan itu sendiri tidak berbuat apa-apa atau memberikan alternatif cadangan yang bermanfaat secara menyeluruh kepada Islam dan umatnya. Sikap begini perlu berubah. Tenaga dan masa seharusnya dibakar demi apa-apa kelemahan atau kesalahan gerakan lain seharusnya dibetulkan secara positif.


Beralih Daripada Sikap Emosional Kepada Sikap Ilmiah


Kerana semangat yang berlandaskan emosi tanpa kematangan yang berlandaskan ilmu, didapati sebahagian gerakan Islam lebih cenderung mengkritik, melabel dan menghukum sesama umat Islam tanpa berlandaskan ilmu yang sebenar. Bahkan dalam tindakan itu sendiri jelas terserlah sifat-sifat kejahilan yang keamatan. Sikap sebegini perlu berubah, seharusnya semangat itu didirikan di atas ilmu dan aqidah atau sekurang-kurangnya selari dengan tahap ilmu.

Beralih Daripada Sikap Menumpukan Perhatian Dalam Masalah Cabang Kepada Masalah Pokok


Seringkali gerakan Islam menumpukan perhatian hanya kepada masalah cabang, seperti membaca Basmalah dengan kuat atau perlahan di dalam solat berjemaah, tetapi pada waktu yang sama meninggalkan masalah pokok, seperti orang yang tidak bersolat jamaah langsung. Seharusnya gerakan Islam memberi tumpuan yang mendalam kepada masalah pokok dan bersikap toleran dalam masalah cabang. Apa guna mengukuhkan cabang jika pokoknya sendiri amat lemah ?


Beralih Daripada Sikap Menyulitkan Kepada Sikap Memudahkan


Islam adalah agama yang sentiasa berciri-cirikan kemudahan. Akan tetapi sayang sekali sebahagian gerakan Islam memiliki ciri-ciri menyulitkan sehingga menyebabkan banyak orang menjauhi Islam, umpama mereka ada yangmemaksa seseorang yang baru hendak memeluk Islam dengan amalan bersunat/berkhatan, padahal amalan ini bukanlah sepatutnya agenda pertama dalam dakwah kepada kaum bukan Islam.


Beralih Daripada Sikap Jumud Dan Taqlid Kepada Sikap Ijtihad Dan Pembaharuan


Di antara gerakan Islam masih ada yang berpendapat bahawa pintu-pintu ijtihad telah ditutup dan pembaharuan hukum Islam adalah tidak perlu. Mereka memaksa umat Islam untuk bertaqlid kepada mazhab-mazhab tertentu sahaja dan apa-apa perkembangan terbaru dalam tamadun manusia adalah suatu yang harus dikesampingkan dan ditinggalkan kerana ia kononnya tidak dirangkumi oleh syariat Islam. Sikap negatif seperti ini perlu diubah, pertama kerana para Imam Mazhab sendiri bertegas tidak memaksa umat Islam untuk bertaqlid kepada mazhab mereka dan kedua, para Imam Mazhab sendiri berubah-ubah fatwa merekaselari dengan peredaran zaman dan tamadun semasa kehidupan mereka sendiri.


Beralih Daripada Sikap Eksklusif Kepada Sikap Inklusif


Eksklusif ialah sikap sukakan publisiti atau sikap mengunggulkan diri sendiri dan menyisih serta memperlekeh orang lain manakala inklusif ialah sikap merendah diri sendiri agar sama rata mencakupi semua orang. Malang sekali sikap eksklusif, yang mirip kepada sifat Iblis yang enggan bersujud kepada Adam A.S telah menjadi ciri-ciri sebahagian gerakan Islam. Masing-masing mengunggulkan gerakan sendiri sehingga akhirnya menjadilah gerakan Islam sesuatu yang berpisah-pisah. Seharusnya sikap eksklusif ini dikikis dan diterapkan sikap inklusif yang bercirikan jamaah dan kerjasama.


Beralih Daripada Sikap Berlebih-Lebihan Kepada Sikap Bersederhana


Islam agama pertengahan, apa yang berpisah daripada pertengahan ini disebut sebagai berlebihan (ghuluw). Agama pertengahan ini tidak condong kepada sikap remeh dan tidak juga condong kepada sikap fanatik. Sayang sekali adadi antara gerakan Islam yang condong ke arah meremehkan syariat Islam sepertimana aliran liberalisme. Ada juga yang condong ke arah berlebihan seperti aliran fanatisme. Yang benar gerakan Islam berada di antara kedua-duanya kerana inilah jalan yang lurus dalam menghasilkan kejayaan sebenar.


Beralih Dari Sikap Berkeras Kepada Sikap Berhikmah


Sebahagian gerakan Islam, kerana sikap putus asa mereka beralih daripada manhaj dakwah dengan hikmah kepada manhaj kekerasan dengan senjata. Mereka membunuh jiwa dan melakukan kerosakan harta benda yang akhirnya hanya akan menggagalkan secara keseluruhan usaha kebangkitan Islam. Seharusnya gerakan Islam memiliki sifat sabar dan bertahap-tahap. Tidak boleh menanam benih di pagi hari dan mengharapkan buahnya di petang hari.


Beralih Daripada Pertelingkahan Kepada Persatuan


Antara faktor utama yang menghalang kejayaan gerakan Islam mutakhir iniialah pertelingkahan sesama gerakan atas hal-hal khilaf dan dzanni (hukum yang samar-samar). Padahal syariat Islam mewajibkan umatnya sesuatu yang di sebaliknya, iaitu bersatu dan jangan berpecah. Selagi gerakan Islam berpecah dan bertelingkah, selagi itulah kejayaan menjauhi umat ini.

Inilah 10 tips yang dapat saya bagi sebagai perkongsian kita bersama untuk memulakan dakwah Islam kita dengan lebih berkesan lagi. Bukan senang nak berdakwah ianya lebih teruk lagi dari segala pekerjaan dunia. Bersedialah seorang penda’i (pendakwah) untuk dicaci dan dihina, bersedia menghadapi cabaran dan dugaan, bersedia untuk mengorbankan segala masa, harta dan nyawa. Jika ada pendakwah seperti ini saya yakin dengan Allah kita akan berjaya menegakkan syiar Islam di bumi ini.




Sunday, January 17, 2010

Siapa Lelaki Bakal Ahli Neraka?


Perempuan merupakan penyumbang yang paling besar menyebabkan lelaki masuk ke dalam Neraka Allah, Banyak lelaki yang terjebak ke dalam maksiat kerana perhiasan wanita, terutama pada zaman sekarang terlalu ramai perempuan yang mendedahkan aurat mereka sehingga menyebabkan berlakunya maksiat dan sebagainya. Perempuan yang tidak mempunyai kesedaran agama adalah diibaratkan sepertimana anak panah syaitan yang sentiasa memanah lelaki-lelaki sehingga berlakunya perkara maksiat. Contohnya di sebuah kedai kereta itu mempunyai gadis seksi, mesti ramai lelaki yang akan mengunjungi kedai keretanya bukan kerana mahu membeli kereta, tetapi nak tengok perempuan seksi. Firman Allah yang bermaksud “Jangan hampiri zina”. Frman Allah yang bermaksud lagi : "Hai anak adam peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka, dimana bahan pembakaranya ialah manusia dan batu-batu ... "


Terdapat empat golongan lelaki yang ditarik ke Neraka disebabkan wanita, sepertimana di bawah ini :


  1. Ayah, Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

  2. Suami, Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri...walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

  3. Abang, Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula abang-abangnya jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran Islam.... tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

  4. Anak Lelaki, Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak nantikan tarikan ibunya.

Empat golongan inilah yang akan masuk ke neraka Allah disebabkan oleh wanita, mari bermuhasabah diri masing-masing, adakah kita tergolong dalam golongan ini, kalau tergolong marihlah bertubat, beristiqfar dan cepat-cepat memohon ampun kepada Allah akan kesalahan-kesalahan yang telah dilakukan. Kepada kawan-kawan semua lepas baca artikel ini kalau ada pandangan dan komen boleh kemukakan di ruangan komen dibawah ini, sesungguhnya komen anda sangat bermakna buat saya.

Saturday, January 16, 2010

Dua Golongan Wanita?



Hanya sejak akhir-akhir ini sahaja dunia baru menyedari bahawa terdapat dua golongan wanita. Golongan pertama ialah wanita 'bebas' (emancipated women) yang kita temui setiap hari di Barat. Golongan yang satu lagi dapat dilihat dalam siaran Televisyen atau halaman-halaman majalah terbitan baru yang berkaitan dengan peristiwa-peristiwa semasa di Iran, Afghanistan, Syria dan lain-lain negara Muslim.


Bagi wanita 'bebas' perkara yang paling utama bagi mereka ialah untuk memperkenalkan diri kepada umum. Untuk tujuan ini mereka mengenakan pakaian yang cantik, memakai alat-alat solek yang menimbulkan ghairah, bekerja sebagai seorang profesional yang mempastikannya mendapat pendapatan yang lumayan dan berusaha sedaya upaya mendapatkan seorang leman lelaki (boy friend) atau suami yang segak, tampan dan berada.


Masa lapang bagi wanita 'bebas' ini ialah bertemu di 'cocktail parties', menari, mendengar muzik, ke pawagam, menonton wayang gambar dan siaran TV, bersukan dan membaca buku-buku seks. Adalah menjadi kebiasaan baginya untuk menyerahkan tubuhnya bila peluang memberangsangkan.

Wanita 'bebas' menyetujui badan-badan kebajikan mengambil tugas menjaga orang-orang yang menderita dan miskin kerana masa dan wang yang ada padanya diperuntukkan supaya berseronok-seronok dan menikmati kemudahan-kemudahan yang ditawarkan oleh hidup ini.


Bagi wanita bebas katalog industri pelancongan amat menarik perhatiannya dan menjadi impian hidupnya jika dapat melancong ke Bahamas, Las Vegas atau Acapulco.


Tetapi bagi wanita yang satu lagi, Muslimah - keredhaan Allah S.W.T yang diutamakan. Kecantikan lahiriahnya ketika ia keluar tidak penting malah ia menutup auratnya untuk menyembunyikan kecantikan yang Allah anugerahkan kepadanya dari pandangan umum. Jika ia bekerja, tujuannya ialah untuk berkhidmat kepada masyarakatnya dan bukan sangat untuk mengisi dompetnya. Menyentuh tentang bakal suaminya, ia lebih mengambil berat tentang akhlak yang luhur lebih daripada kejayaan duniawinya.


Bagi Muslimah sudah menjadi kebiasaan baginya berada dalam kekusyukan Solat fardhu dan hiburan baginya ialah membaca Kitab suci Al­Quran, merenung tentang kebijaksanaan ciptaan Allah dan berkongsi pandangan rohaniahnya dengan orang yang dikasihinya.


Bagi Muslimah mendisplinkan diri dengan menahan dari lapar dan dahaga dan kemewahan-kemewahan lain semasa bulan Ramadhan adalah 5 punca kepuasan hatinya dan sebagai galakau untuk menambahkan lagi amal soleh.


Tidak terlintas dalam fikiran Muslimah untuk menikmati apa yang dimilikinya itu hanya untuk kepentingannya semata-mata melainkan ia memberikan sebahagian daripadanya kepada orang-orang miskin dan yang lebih memerlukan.


Bagi Muslimah setelah bertahun-tahun lamanya barulah ia berjaya mengumpulkan wang yang secukupnya untuk perjalanan yang jauh dalam hidupnya iaitu perjalanan yang mengarahkan kepada mencapai cita-cita rohaniah, pergi menunaikan Fardhu Haji di kota yang panas lagi berdebu dan sesak dengan manusia iaitu di Makkahtul Mukarramah.

Kesimpulan cerita di atas

Dari kedua kisah di atas dapat disimpulkan bahawa, wanita dunia ini lebih bebas dan mementingkan keduniaan semata-mata, suka berfoya-foya dan menghabiskan masa kepada rupa paras dan keinginan nafsunya. Sanggup keluar berdua-dua dengan teman lelakinya yang bukan muhrim dengan alasan kawan biasa atau pakwe sehingga lewat malam. Berpegang-pegangan tangan dianggap perkara biasa dan sanggup menggadaikan maruah dan tubuh badannya kerana cinta dan sayangkan teman lelakinya. Apabila mengandung menjadi gelisah, ada yang sanggup menggugurkan anak kandungannya yang sah diharamkan oleh Islam akan perbuatan gugur itu. Bagi yang melahirkan anak dari darah dagingnya sendiri dengan tidak mempunyai sifat keibuan dan berperikan kemanusiaan sanggup buang bayi itu kedalam tong sampah, kedalam sungai, tandas dan sebagainya. Itulah kehebatan wanita sekarang ini yang diagungkan oleh semua golongan masyarakat dan ada sebahagian dari wanita yang tidak berpendidikan agama memperjuangkan kebebasan wanita sehingga berbagai gejala tidak baik berlaku.

Bagi wanita yang budiman dan solehah dianggap kolot dan tidak bertamadun, kerana pakaiannya yang menutup aurat. Ada diantara golongan ustazah yang mempelajari agama dan disanjungi ramai memberikan imej pakaian yang tidak sepatutnya dipakai dan ramai masyarakat yang kurang pengetahuan agama menirunya dengan alasan “ustazah itu pakai tidak mengapa, kenapa saya pakai tidak boleh”. Adakah ini semua Islam secular, Libral, Islam moden atau sebagainya. Saya tertanya-tanya kenapa berlaku sebegini, adakah disebabkan malu memakai tudung labuh takut dihina dan dicaci atau tidak cantik, atau sebagainya. Padahal Islam membenarkan wanita Islam berfashion dengan garis panduan yang ditetapkan. Ada wanita yang menutup kepala tetapi pakaiannya ketat sehingga menampakkan bodynya, ada yang pakai tudung tapi tangan bajunya pendek, ada juga yang bertudung tetapi dadanya nampak, adakah ini fashion Islam?

Mari kita kaji kembali perkara ini, jika ada kesalahan mari kita perbetulkan. Jangan terlalu mengejarkan fashion sehingga kita lupa kepada batasan agama Islam kita, Kehidupan kita memerlukan redho Allah dari redho manusia sebagai jaminan kita menerima balasan yang setimpal apabila dihari perhitungan nanti.

Friday, January 15, 2010

Meraih Cinta Ilahi



Utamakan cinta Allah SWT daripada cinta sesama manusia. Cinta itu terbahagi lima :


­Cinta manusia kepada Tuhannya
­Cinta manusia kepada dirinya
­Cinta kepada orang kerana kecantikannya
­ Cinta kepada orang kerana ketinggian budinya
­ Cinta kepada orang yang berjasa kepadanya
(Kata² Hukama')


Istilah cinta seringkali disempitkan penggunaannya oleh masyarakat kita. Apabila terpacul kalimah hikmat tersebut, maka akan terbayanglah di fikiran kita hubungan sesama manusia di antara lelaki dan perempuan. Seharusnya kita sedar bahawa perbincangan megenai cinta itu terlalu luas, dan pecahan pada cinta itu sendiri terlalu banyak.

Dan semestinya cinta yang selayaknya diletakkan di kedudukan yang tertinggi adalah cinta hamba kepada Rabb Al-Jalil. Cinta inilah yang perlu didambai dahulu sebelum kita sibuk mengejar cinta selainnya.

Cuba kita renungkan senandung Tokoh Wanita Sufi, Rabiatul Adawiyah. Moga kata ucapnya yang t'susun indah akan m'jadi pedoman utk kita semua...


"Aku mencintai-Mu oh Tuhan tercinta,
Dengan cinta yang penuh kesenangan,
Kerana Engkaulah yang layak untuk itu,
Adapun cinta hawa,
Maka aku sibuk mengingati-Mu,
Daripada yang lain,
Dan yang menjadi kelayakan-Mu,
Ku harap kau bukan tabir untukku,
Hingga aku dapat memandang-Mu,
Maka ujian dalam hal ini dan itu,
Bukan untukku,
Melainkan hanya untuk-Mu..."


Bagaimana kita hendak menuju "Cinta Yang Hakiki"..sudah tentu kita perlu berusaha untuk menjadi hamba-Nya yang beriman...hamba-Nya yang melaksanakan tuntutan-Nya seraya meninggalkan larangan-Nya...dan menjadi umat yang menyerahkan diri kita ke hadrat Rabb Al-Jalil di samping mengamalkan Islam sebagai cara hidup...

Hanya taqwa yg menjadi nilaian samada kita er'jaya mengejar cinta-Nya ataupun kita masih berada di dalam pencarian...

Cinta Muslim: Cinta Islamik?


Ingin ana mengingatkan kepada semua (termasuklah diri ana sendiri), sebelum berkasih-kasihan sesama manusia dengan menegaskan bahawa diri kita benar² terkawal dengan syariat-Nya, cermin diri kita dahulu adakah kita mampu melaksanakan apa yang kita tegaskan itu. Jangan jadi orang² yang dimurkai Allah SWT, sebagaiman firman-Nya :

"Hai orang² yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat ? Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa² yang tiada kamu kerjakan..." (As-Shaff : 2-3)

Kita kata kita mampu bercinta tanpa melanggar adab dan tatacara Islam. Kalau sememangnya kita mampu untuk laksanakannya, silakan. Tetapi sekiranya kita masih ragu² samada kita mampu memelihara diri kita atau tidak, tak perlulah nak sibuk-sibukkan diri dahulu. Mengaji dahulu hingga habis tentang adab pergaulan antara lelaki dan perempuan...

Inilah berdasarkan pemerhatian ana, pada mulanya berniat ikhlas untuk bercinta dengan hasrat untuk m'jaganya dari sebarang noda dosa. Jangan lupa, iblis laknatuLlah sentiasa berada di sisi kita untuk 'mencucuk' kita dan seringkali kita 'terkena' dengan 'cucukan' itu...

Dari inilah terbit dosa² natijah dari hubungan percintaan sebelum kahwin. Niat asal dah mula lari. Pada mulanya bercinta liLlahi Ta'ala, tetapi akhirnya niat itu t'babas dan seterusnya menyumbang dosa pada diri pelaku itu sendiri...

Kesimpulannya, sekiranya kita merasakan bahawa diri kita ini masih belum lengkap dengan perisai Iman dan Islam untuk menangkis serangan godaan² syaitan, maka tinggalkanlah. Tidak perlu dikejar cinta yang lahir kerna dunia semata, kerana Yang Maha Pemberi Cinta pasti akan menemukan kita dengan cinta sejati seandainya kita terus patuh menghadap kepada-Nya...

Sekilas pandangan dari hamba-Nya yang dhaif...


Moga kita semua akan ditemukan dengan cinta-Nya yang Maha Agung...amin... Bersamalah kita berusaha untuk menggapai hasrat dan tujuan utama kita dihidupkan di muka bumi Allah ini sebagai khalifatulardh, insyaAllah...


Allahu Ta'ala a'lam...

Petikan Dari http://groups.yahoo.com/group/solehmusleh/



Thursday, January 14, 2010

Aurat Wanita Islam

Salam perjuangan kepada semua muslimin dan muslimat, saya doakan kepada anda semoga mendapat nikmat kesihatan dari Allah untuk anda meneruskan kehidupan di dunia ini dengan keluarga tersayang. Apa-apapun kehidupan di dunia ini adalah untuk memperolehi kebahagiaan yang dituntut oleh Islam iaitu kebahagian di dunia dan di akhirat. Tergerak hati saya untuk menulis satu artikel berkaitan dengan pakaian wanita yang sekarang ini semakin bergaya dengan fesyen yang dinamakan busana muslimah. Sebagai seorang ustaz dan pendakwah saya wajib menyampaikan perkara yang hak untuk kebaikan semua umat Islam.

Islam telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki. Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak.

Saya hairan kadang-kadang ada wanita yang bergelar ustazah yang berpakaian tidak mengikut syarak Islam. Bagaimana dia hendak menyampaikan seruan Islam kepada umum sedangkan dia juga berpakaian tidak ikut syarak. Sejak kebelakangan ini, pakaian menurut Islam dipesongkan dengan berbagai fesyen yang dapat menarik penglihatan lelaki terhadap pakaian yang dinamakan busana muslimah. Islam bukan menghalang berfesyen tetapi wajib mematuhi garisan yang telah ditetapkan Islam. Sepertimana firman Allah : “sesungguhnya Allah suka kepada perkara yang cantik dan kemas”.

Ada setengah wanita Islam hanya meletakkan auratnya kepala dan rambutnya sahaja, contohnya kepala bertudung tetapi lengannya terbuka (pakai baju tangan pendek). Ada pula kain tebelah sehingga menampakkan kakinya, tetapi kepalanya bertudung. Ada yang bertudung Wahida atau Wardina tetapi dihiaskan dengan keronsang-keronsang yang berkilau serta berbaju kilat sehingga dapat menarik pandangan orang lain. Di kampung, ramai wanita keluar dari rumah untuk menjemur pakaian atau sapu sampah dikawasan rumahnya hanya bertudung atau diletakkan sehelai kain dikepalanya dan kakinya tidak berstokin.

Bagi wanita yang menjaga auratnya dengan berpakaian mengikut ketetapan yang telah ditetapkan oleh Islam, maka ia telah menjaga dirinya dari fitnah pandangan lelaki bukan mahram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Percayalah dengan pakaian yang sempurna dapat menghindarkan dirinya dari perbuatan jahat, perbuatan keji dan mungkar. Wanita perlu ambil berat masalah ini, kerana takut diri mereka menjadi mangsa kepada kejahatan yang tidak diingini. Banyak kes-kes pencabulan, rogol dan sebagainya adalah disebabkan wanita berpakaian yang menarik dan menjolok mata.

Berfesyenlah seperti yang dikehendaki oleh Islam, jangan gadaikan diri anda kelembah dosa dan noda disebabkan fesyen yang tidak mengikuti syariat Islam. Jadilah wanita yang solehah (wanita muslimah) dengan berpakian dan berakhlak mulia. Sesungguhnya anda akan dipelihara oleh Allah sepertimana serikandi Islam iaitu Saidatina Aisyah, Saidatina Khadijah, Maryam ibu Nabi Isa, Rabiatul Adawiyah. Di bawah ini saya masukkan gambar busana muslimah yang menepati syariat Islam sebagai rujukan kita bersama.



Bertudung dan berpakian sebagai adat bukan menurut Islam


Bertudung dan Menutup Aurat sepertimana Dikehendaki Oleh Syariat Islam

Wednesday, January 13, 2010

Prinsip MLM Syariah



Prinsip-prinsip Utama MLM Syariah


  • Hukum urusniaga asalnya adalah harus selagi tidak terdapat sebarang unsur yang menyalahi syarak. Ini merujuk kepada prinsip yang disepakati ulamak : "Hukum asal bagi segala muamalah di dalam Islam adalah harus hinggalah ada dalil menunjukkan kepada pengharamannya".

  • Merujuk kepada prinsip fiqh tersebut, maka untuk mengekalkan suatu sistem perniagaan atau suatu bentuk urusniaga di atas hukum asalnya (iaitu harus) maka wajiblah dipastikan sistem atau bentuk urusniaga tersebut bebas sepenuhnya dari unsur-unsur yang dilarang oleh syarak terutamanya yang boleh membatalkan akad.

  • Menurut fiqh Islam, suatu akad jual beli tidak sah melainkan dengan memenuhi rukun-rukun dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak merangkumi : a. Penjual dan pembeli. b. Barang/produk dan harga. c. Ijab dan qabul.

  • Al-Quran menegaskan bahwa proses jual beli atau urus-niaga hendaklah terbina atas prinsip at-Taradhi (saling meredhai) antara pihak-pihak yang terbabit. Menurut ulamak, maksud at-Taradhi ialah : "Pembelian meredhai barangan/produk yang diterimanya dan penjual pula meredhai harga jualannya. Mereka tidak melakukan akad kerana terpaksa atau ditipu. Namun keredhaan itu hendaklah berlandaskan syarak.

  • Secara umumnya, perniagaan yang sah menurut Syariat Islam ialah yang memenuhi prinsip-prinsip asas berikut : a. Ia berasaskan akad saling meredhai antara penjual dan pembeli. b. Ia memenuhi rukun-rukun dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak ke atas suatu urusan perniagaan atau jual beli. c. Ia bebas sepenuhnya dari larangan-larangan syarak iaitu perkara-perkara yang diharamkannya.

Tuesday, January 12, 2010

Penyelewengan Aqidah



Pengertian Penyelewengan Aqidah

Iaitu sesuatu yang bersangkut paut dengan pindaan kepada syariat yang telah diperundangkan dengan jelas oleh Allah s.w.t melalui perutusan para Rasul a.s

Ciri-ciri Penyelewengan Aqidah

  1. Menyekutukan Allah dengan mempercayai kuasa yang lain selain daripada Allah.

  2. Menyekutukan Allah dengan mengkompromikan sifat-sifat makhluk

  3. Menolak isi kandungan yang disampaikan daripada Allah s.w.t serta risalah-risalah pengajaran yang dibawa oleh rasulullah berserta sunnahnya

  4. Menolak konsep ketuhanan dan kehidupan beragama

Golongan Syiah

Perkataan Syiah ertinya penyokong atau pengikut, kemudian menjadi nama satu kumpulan. Puak Syiah ialah golongan-golongan umat Islam yang menyokong kuat Saidina Ali (Karramallahuwajhah) dan keturunannya.

Lahirnya puak ini ialah semasa timbulnya pertelingkahan antara Muawiyah dan Saidina Ali karramallahuwajhah dalam soal Khilafah (jawatan khalifah). Puak ini tidak mengiktiraf Muawiyah sebagai khalifah dan ada di antara mereka yang tidak mengakui sebarang khalifah selain dari Saidina Ali k.w. dan keturunannya. Setelah terbunuh Saidina Ali karramallahuwajhah, puak Syiah terus memberi sokongan kepada anaknya Hasan r.a.. Pada mulanya golongan ini hanya merupakan satu kumpulan sahaja tetapi akhirnya mereka berpecah menjadi beberapa golongan antaranya:



  1. Puak Zaidiyah pengikut Imam Zaid bin Ali Zainal Abidin bin Hussein bin Ali karramallahuwajhah.

  2. Puak Imamiah yang mewajibkan mesti ada imam atau khalifah dari keturunan Ali bagi umat Islam. Adanya imam merupakan salah satu rukun agama Islam.

  3. Puak Ismailiah yang mengiktiraf Khalifah Ismail bin Ja’afar Sadiq.

  4. Puak Rafidhah iaitu segolongan dari puak Zaidiyah yang cuba memaksa imamnya supaya jangan mengakui khalifah Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. tetapi imamnya enggan berbuat demikian. Akhirnya mereka telah menolak pendapat imamnya dan membuat mazhab sendiri. Perkataan Rafidhah bermakna puak yang menolak.

  5. Ithna Asyariah iaitu puak yang mengiktiraf dua belas imam dan mereka masih menunggu munculnya imam yang kedua belas yang sedang ghaib sekarang ini.

Pegangan-Pegangan Syiah



  1. Jawatan khalifah adalah satu rukun dalam agama Islam.

  2. Khalifah atau Imam adalah terpelihara daripada dosa.

  3. Saidina Ali karramallahuwajhah adalah orang yang pertama dan paling afdhal selepas Nabi Muhammad s.a.w.

  4. Jawatan khalifah adalah hak Saidina Ali dan keturunannya.

  5. Mereka menentang kerajaan Bani Umaiyah yang mereka tuduh telah merampas
    kuasa daripada Ali karramallahuwajhah.

  6. Menentang kerajaan Abasiah yang dianggap telah menipu dalam perjuangan.

Golongan Mu'tazilah

Mu’tazilah diambil dari perkataan I’tizal yang ertinya mengasingkan diri atau menyingkirkan diri. Nama Mu’tazilah ialah mengikut satu peristiwa yang berlaku, seorang Tabi’en bernama Imam Hasan Basri (lahir tahun 21 H dan wafat tahun 110 H) sedang mengajar di kota Basrah. Ketika itu beliau sedang membicarakan masalah bagaimana seorang mukmin yang melakukan dosa besar.

Hasan Basri mengatakan bahawa orang-orang yang melakukan dosa-dosa besar itu hukumnya termasuk golongan orang yang maksiat dan masih mukmin selama mana ia masih percaya kepada Allah dan Rasul-Nya.

Ketika itu salah seorang muridnya bernama Wasil bin ‘Atha’ (80 H–131 H) berselisih faham dengan gurunya itu. Wasil berpendapat bahawa kedudukan orang mukmin yang berbuat dosa besar itu tidak mukmin dan tidak kafir, tetapi berada di antara kedua kedudukan atau manzilah baina al-manzilataini, sekiranya tidak bertaubat orang itu akan berada dalam neraka tetapi ringan azabnya.

Oleh kerana tidak sependapat dengan gurunya itu, Wasil bin ‘Atha’ memencilkan diri dari majlis pengajian gurunya. Beliau bersama kawan yang sehaluan dengannya , Amer bin Ubaid mengadakan majlis pengajian berasingan dari gurunya. Sejak itu Wasil bin ‘Atha’ dinamakan Mu’tazilah iaitu mengasingkan diri atau menyingkirkan diri.

Walaupun aliran Mu’tazilah ini pada awalnya berdasar kepada Islam, tetapi akhirnya banyak mengambil unsur-unsur pemikiran dari luar Islam kerana mereka memerlukan bahan untuk berdebat mempertahankan dakwaan mereka.

Ahli Sejarah mengatakan bahawa aliran Mu’tazilah ini banyak dipengaruhi oleh fahaman dari Parsi yang dibawa oleh Jaham bin Safwan pada abad pertama hijrah. Beliau tidak mahu mengakui adanya sifat Allah seperti ilmu, qudrat dan membenarkan fahaman Jaham bin Safwan ini.

Dikatakan juga fahaman Mu’tazilah ini diambil dari orang Nasrani yang dibawa oleh Tsabit bin Qurran. Di mana orang Mu’tazilah mengambil teori tentang pemujaan terhadap kekuatan akal fikiran manusia semata-mata. Teori ini berpendapat bahawa dengan akal fikiran manusia sahaja, manusia dapat mengetahui adanya Allah s.w.t., dapat mengetahui baik dan buruk dan segala kebenaran agama hanya didapati dengan kekuatan akal fikiran manusia sahaja.

Pegangan Ajaran Mu’tazilah


  1. Manusia sendiri yang menjadikan perbuatannya sendiri dengan kuasa yang diberikan oleh Allah padanya.

  2. Al-Quran adalah makhluk bukan qadim.

  3. Tuhan langsung tak dapat dilihat walaupun di akhirat.

  4. Buruk baiknya sesuatu perkara ditentukan oleh akal sahaja.

  5. Orang Islam yang melakukan dosa besar ia bukan Islam dan bukan kafir, iaitu antara Islam dan kafir dan di akhirat mereka kekal dalam neraka.

Golongan Batiniah


Ajaran ini dibawa melalui buku Kashf al-Asrar terjemahan dan susunan Syeikh Mohamad Salleh bin Abdullah al- Mangkabowi yang ditulis pada tahun (1344H/1922M). Ajaran ini terpengaruh dengan teori angka simbolik seperti angka 7 dan 12 yang diambil dari 7 huruf Bismillah dan 12 huruf Lailaha Illallah yang semuanya berjumlah 19. Teori inilah yang mempengaruhi falsafah Ismailiyah Batiniah. Ciri-ciri kesesatannya ialah memisahkan pengikutnya dari masyarakat, berkahwin sesama sendiri, mempunyai masjid, kubur dan tempat belajar sendiri.

Sunday, January 10, 2010

Kesan Buruk Menonton Filem Lucah


Salam dan selamat berjuang kepada semua muslimin dan muslimat dalam mengharungi cabaran kehidupan seharian yang banyak pancarobanya. Umat Islam sekarang ini jauh dihanyutkan oleh peredaran masa sehingga lupa kepada Allah dan banyak melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Islam. Kali ini saya nak mengajak dan memberikan pendedahan mengenai video lucah atau pornografi yang saya baca di Majalah Al-Islam keluaran Disember 2009. Rasa terpanggil untuk menyediakan artikel yang berkaitan masalah ini untuk disebarkan kepada umum. Mencegah perkara yang batil ini menjadi kewajipan kita bersama untuk membersihkannya dengan segala upaya yang Allah anugerahkan kepada kita. Maka tepat pukul 12.32 malam tanggal 02 Disember 2009 hari Rabu saya menghasilkan sebuat artikel yang berkaitan pornografi.

Saya datangkan statistik jumlah pengunjung laman web pornografi seperti :

  1. Pengunjung pada setiap saat 28,258 orang.
  2. Setiap bulan pengunjung yang melayari web pornografi 72 juta orang.
  3. Jumlah keseluruhan sebanyak 4.2 juta.

Hasil jualan video pornografi AS$ 4.9 juta melalui laman web. Perniagaan pornografi sangat menguntungkan berbandingkan syarikat yang terkemuka di dunia seperti Microsoft, Google, Yahoo, Ebay, Amazon, Apple dan sebagainya. Ada sesetengah negara menjana pendapatan negaranya dengan mengunakan perkhidmatan laman web pornografi seperti :

  1. Cina menghasilkan keuntungan sebanyak AS$27.40 bilion setiap tahun.
  2. Korea Selatan menghasilkan keuntungan sebanyak AS$ 25.73 juta setiap tahun.
  3. Jepun menghasilkan keuntungan sebanyak AS$19.98 juta setiap tahun.
  4. Amerika Syarikat menghasilkan keuntungan sebanyak AS$ 13.33 juta setiap tahun.
  5. Australia menghasilkan keuntungan sebanyak AS$ 2.00 juta setiap tahun.
  6. Britain mengasilkan keuntungan sebanyak AS$ 1.97 juta setiap tahun.

Negara-negara yang paling banyak menghasilkan laman web pornografi ini ialah :

  1. Amerika Syarikat menghasilkan laman web pornografi sebanyak 244,661,900.
  2. Jerman menghasilkan laman web pornografi sebanyak 10,030,200.
  3. Britain menghasilkan laman web pornografi sebanyak 8,506,800.
  4. Australia menghasilkan laman web pornografi sebanyak 5,655,800.
  5. Jepun menghasilkan laman web pornografi sebanyak 2,700,800.

Wahai muslimin dan musliman sesungguhnya cara inilah yang paling mustajab pihak musuh Islam menyerang pemikiran umat Islam. Kesannya sangat buruk dikalangan umat Islam sehingga ramai remaja Islam terdedah dan menonton filem ini. Hal ini dapat dibuktikan oleh sepasang kekasih dari tingkatan 2 dan 4 yang melihat pornografi di dalam telefon sehingga menyebabkan mereka terangsang dan berkeinginan untuk melakukan hubungan seks. Malangnya mereka ditangkap oleh guru mereka dan mendapati dalam telefon mereka ada video mereka berdua melakukan seks di dalam sebuah longkang berhampiran sekolah. Contoh yang paling mudah lagi ialah banyak video seks anak muda melayu Islam di dalam internet yang sangat memalukan bangsa, agama dan negara kita.

Menurut Islam menonton pornografi adalah haram berdasarkan kepada sebuah hadis Rasulallah yang bermaksud : “janganlah seseorang lelaki melihat aurat lelaki lain dan janganlah wanita melihat aurat wanita lain”.

Jelas di sini sesungguhnya menonton video porno ini adalah haram di sisi Islam dengan apa jua alasan sekalipun, kerana video porno ini menayangkan aurat dan kemaluan orang lain sehinggakan ada penontonnya menjadi khayal dan seronok melihat aksi pelakonnya. Paling menakutkan ialah penonton tersebut akan mencari pasangannya untuk melakukan hubungan seks dengan aksi-aksi yang telah ia lihat, melakukan hubungan seks dengan isterinya seolah-olah dia sedang bersama dengan pelakon tersebut, ini sangat bahaya, Datuk mencari cucunya untuk menikmati seks seperti yang ditontonnya, Bapa mencari anaknya untuk mencuba teknik yang ditontonnya dan banyak lagi yang tak perlu disebut.

Lagipun jika ditinjau dari sudut aksi dan teknik hubungan seks yang dilakukan pelakon video porno sangat bertentangan dengan kaedah hubungan seks menurut Islam. Bagi sesiapa yang hendak berumah tangga carilah buku-buku yang berkaitan hubungan seks menurut Islam dipasaran sangat banyak dan jangan sesekali menjadikan video porno sebagai tempat pembelajaran teknik hubungan seks setelah berkahwin.

Ingatlah firman Allah yang bermaksud : “Jangan hampiri Zina”. Jauhkanlah diri kita dari menghampiri zina sesungguhnya zina itu sangat dibenci oleh Allah. Siksaan bagi orang yang berzina ini sangat berat dan dahsyat. Salurlah nafsu kepada orang yang paling berhak iaitu isteri yang sah dan binalah kebahagiaan bersamanya dengan pendekatan Islam, semoga rumah tangga yang didirikan mendapat “mawardah warahmah”.

Islam Menuntut Umatnya Mempunyai Adab dan Akhlak Mulia



Wahai Kawan-kawan ku semua, Islam sangat menganjurkan umatnya mempunyai adab dan akhlak yang baik atau mempunyai akhlak yang mahmudah (terpuji). Adab dan akhlak yang baik ini adalah sebahagian dari dakwah Islamiah untuk menarik minat non muslim kepada Islam.

Rasulullah SAW mempunyai adab dan akhlak yang baik dan menjadi contoh kepada umat manusia sehinggakan ramai dikalangan penduduk Mekah tertarik kepada sikap, sifat, adab dan akhlak baginda. contoh akhlak Rasulullah ialah yang diceritakan oleh Siti Aisyah :

Setelah Baginda wafat, ketika itu bising di Kota Madinah dengan tangisan umat Islam di atas kehilangan Kekasih umat. Kesan yang paling besar ialah para sahabat Baginda kerana mereka lebih dekat dengan Baginda. Kalau mereka diminta menjelaskan seluruh akhlak Baginda maka akan berlinanglah air mata dan tidak dapat menceritakannya. Beberapa waktu kemudian, seorang Arab Badwi menemui Omar dan meminta supaya Omar menceritakan bagaimana akhlak Baginda. Omar menangis dan tidak berkata apa-apa, Omar menyuruh Arab Badwi itu berjumpa dengan Saidina Bilal. Setelah Arab Badwi itu berjumpa Saidina Bilal dan mengajukan soalan yang sama. Saidina Bilal menangis pula dan tidak berkata apa dan Saidina Bilal menyuruh Arab Badwi itu berjumpa Saidina Ali bin Abi Talib. Arab Badwi itu pergi berjumpa dengan saidina Ali dan mengajukan soalan yang sama. Saidina Ali menangis dan bertanya kepada Arab Badwi ceritakan kepada aku tentang keindahan dunia ini. Arab Badwi itu menjawab tak mungkin aku dapat ceritakan keindahan dunia ini. Maka saidina Ali menjawab Engkau tak sanggup menceritakan keindahan dunia inipadahal Allah telah berfirman bahwa sungguh kecil dunia ini dan hanya senda gurau sahaja. Bagaimana aku nak ceritakan akhlak Baginda sesungguhnya Allah berfirman Muhammad mempunyai akhlak yang agong. (Surah Al-Qalam :4). Arab Badwi itu tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan lalu ia bertanya Saidatina Aisyah isteri Baginda dengan soalan yang sama. Saidatina Aisyah menjawab Khuluquhu Al-Quran (Akhlak Baginda seperti Al-Quran).

Dari kisah yang di ceritakan di atas ini, menandakan bahwa Islam mengajukan kepada umatnya supaya mempunyai akhlak yang baik dan menjadi contoh kepada umat manusia yang lain. menjaga adab dan akhlak inilah lebih berkesan untuk kita menarik minat orang bukan Islam terhadap Islam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG