PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Tuesday, March 30, 2010

Hukum Bagi Pasangan Bertunang Keluar Berdua-duaan

Sekadar gambar hiasan sahaja


Soalan yang di kemukakan ialah :


Saya ni sudah bertunang..selalunya kalau saya jumpa dengan tunang saya.. kami hanya berdua. Seperti saya dinasihati oleh kawan saya untuk membawa sesiapa yang mahram dengan saya untuk menjauhi daripada fitnah dan maksiat. Cuma ustaz.. bila ada orang lain, kami segan nak cakap dan apabila hanya kami berdua saja pun, masing2 kurang bercakap kecuali ada perkara yang terlintas difikiran untuk dibincangkan. Selalu pun kalau jumpa, kami pergi makan dan window shopping. Jumpa memang dah jarang hanya sebulan sekali je. Kita orang takde lah nak pegang tangan apa hanya jalan beriringan je. Jadi soalan saya.."boleh ke kami berjumpa berdua-duaan..?sedangkan ada hukum menyatakan haram".

Jawapannya

Sebagai muqadimah bagi artikel ini, lebih eloklah saya memberikan maksud ikatan pertunangan sebagai pendedahan kepada semua pengunjung apa yang di maksudkan dengan pertunangan dalam Islam. Menurut Ustaz Sulaiman Endut dalam bukunya Asas-asas Fardhu Ain sebagai berikut :

“Peminangan adalah melahirkan keinginan untuk berkahwin atau permintaan dari seorang lelaki kepada seorang perempuan untuk mengahwininya, sama ada dilakukan oleh lelaki itu secara langsung atau tidak langsung iaitu dengan perantaraan orang lain yang boleh dipercayai sesuai dengan ketentuan agama.”

Jelas di sini bahawa ikatan perkahwinan adalah tanda keinginan seorang lelaki kepada seorang perempuan untuk mengahwininya dengan ikatan perkahwinan yang sebenar. Sebenarnya ikatan perkahwinan ini tiada istilah yang membolehkan mereka keluar berdua-duaan walaupun berjumpa seketika untuk menyampaikan sesuatu hasrat yang terpendam atau sebaliknya. Hadis Nabi Muhammad saw yang bermaksud :

"Tidak halal bagi seseorang lelaki berkhalwat dengan seseorang wanita yang tidak halal buatnya kecuali ditemani mahram (mahram-orang yang diharamkan nikah / kahwin dengannya. Maka orang atau pihak ketiga yang ada bersama-sama ketika mereka berdua berkhalwat itu adalah syaitan".

Dapat difahami bahawa Islam tidak membenarkan pasangan lelaki dan perempuan yang sudah bertunang atau belum bertunang berjumpa berdua-duaan walaupun dalam apa jua alasan. Sebab ini akan menimbulkan fitnah dan buruk sangka orang ramai terhadap pasangan tersebut. Bagi pendapat saya, jumpa walaupun membincangkan hal-hal penting pun juga tidak boleh dan haram, kerana dikuatiri perbuatan tersebut dapat menghampiri zina. Jika tidak menghampiri zina, maka ia akan berlaku fitnah di atas perempuan atau pasangan tersebut dengan mengatakan bahawa perempuan atau pasangan tersebut tidak mempunyai maruah. Adakah anda suka orang awam mengatakan anda tidak mempunyai maruah? Kalau tidak suka, maka jangan berjumpa berdua-duaan di tempat tersembunyi atau di tempat awam. Firman Allah yang bermaksud :

“Perempuan-perempuan Yang soleh itu ialah Yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan Yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua Yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, Dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya.” (An-Nisa :34)

Wanita yang soleh adalah wanita yang memelihara kehormatannay sebagai seorang wanita yang suci dan tidak pernah difitnah disebabkan perbuatannya atau keluar berdua-duaan dengan lelaki atau tunangnya. Janganlah mencari 1001 alasan untuk menghalalkan perbuatan yang memang jelas di dalam Islam adalah haram sepertimana keluar berdua-duaan kononnya untuk membincangkan sesuatu masalah, hanya pergi membeli belah dan sebagainya. Allah sangat membenci orang yang sentiasa mencari jalan untuk menghalalkan perkara yang haram. Jelas bahawa yang haram itu jelas dan yang halal itu jelas dan tidak ada perkara yang perlu dipertikaikan lagi.

Menurut pandangan Dr.Yusof Al Qardawi dalam Fatawa Muasoroh (fiqh kontemporari) mengatakan bahawa :

“Selama mana akad kahwin (ijab dan qabul) belum ditunaikan oleh tunang laki dan tunang wanita (belum sah nikah/kahwin mereka mengikut 'uruf-adat, syarak dan undang-undang), maka keadaan masih seperti hukum asal.”

Hukum asal yang dimaksudkan oleh Dr. Yusof Al-Qardawi dalam masalah ini ialah seperti berikut :

  1. Tidak halal dan haram bagi makhtubah (tunang wanita) untuk berkhalwat(berdua-duaan sehingga menimbulkan fitnah) dengan khatibnya (tunang lelaki) kecuali bersama-sama mahtubah (tunang wanita) itu ada salah seorang mahramnya seperti ayahnya atau abangnya
    .
  2. Tidak halal dan haram bagi makhtubah (tunang wanita) untuk bermusafir atau melancong dengan khatibnya (tunang lelaki) kecuali bersama-sama mahtubah (tunang wanita) itu ada salah seorang mahramnya seperti ayahnya atau abangnya.

Kesimpulan dari fatwa yang dikeluarkan oleh tokoh ulamak moden iaitu syeikh Dr. Yusof Al-Qardawi menyatakan haram sama sekali bagi pasangan lelaki dan perempuan yang belum bertunang atau sudah bertunang berdua-duaan tanpa teman dari orang yang mahram dengannya seperti ibu, ayah, kakak, abang atau sebagainya. Perlu bawa teman dari mahramnya adalah untuk mengelakkan dari berlakunya maksiat atau fitnah orang terhadap pasangan tersebut. Bahaya fitnah ini, kerana disebabkan fitnah manusia boleh berbunuhan antara satu sama lain, disebabkan fitnah juga suami dan isteri boleh bercerai dan sebabkan fitnah juga pasangan bertunang tersebut akan binasa.

Jika ada apa-apa perkara yang ingin dibincangkan, bolehlah melalui talifon, YM, Facebook dan sebagainya, malah teknik ini dapat mengelakkan lagi dari melakukan maksiat dan sebagainya. Jadikan teknologi itu sebagai manfaat untuk orang yang dah bertunang untuk saling kenal mengenali antara satu sama lain. Tapi ingat jangan sampai laqa (lalai) sehingga boleh menyumbang kearah maksiat. Gunakan kebijakkan akal yang Allah anugerahkan kepada manusia untuk bertinda berdasarkan pemikiran yang positif dan berlandaskan hukum Allah. Paling baik sekali, panggil tunang lelaki datang kerumah ketika mana ibu dan ayah ada di rumah dan berbincanglah di depan ibu dan bapa, hal ini lebih berkesan untuk menjauhkan lagi dari perbuatan menghampiri zina atau maksiat. Bila setiap perkara tidak membelakangi kedua ibu bapa, maka itu merupakan tanda redho ibu bapa dan apabila memperolehi redho ibu bapa, maka itu merupakan redho Allah.

Sunday, March 28, 2010

Niat, Syarat & Cara Solat Jamak & Qasar



Salam bahagia kepada semua, terima kasih atas persoalan yang dikemukakan dari salah seorang pengunjung blog ini. Soalannya ialah “Berdasarkan keadaan sekarang ini terdapat banyak masjid dan surau d merata tempat,bolehkah Ustaz huraikan tentang solat jamak @ qasar yg mana pada dasar permerhatian saya sesetengah orang engan mengerjakan solat jamak @ qasar semasa bermusafir . Apakah niat, syarat dan cara mengerjakannya?” 

Jawapannya

Menurut Dato Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid dalam bukunya Indahnya Hidup Bersyariat bahawa :

Pengertian solat jamak ialah mengumpulkan dua solat dalam satu waktu, contohnya mengumpulkan waktu zohor kepada asar atau asar kepada zohor, maghrib kepada isyak atau isyak kepada maghrib. Manakala solat qasar ialah memendekkan solat daripada 4 rakaat menjadi 2 rakaat. Solat yang boleh dipendekkan menjadi 2 rakaat ialah solat zuhur, asar dan isyak. Solat jamak atau solat qasar diharuskan kepada sesiapa yang musafir lebih dari 2 marhalah (60 batu) atau lebih 90 KM.
 

Pembahagian Solat Jamak

Jamak Taqdim ialah melakukan solat jamak pada waktu yang awal iaitu zuhur dan maghrib. Contohnya solat zuhur dijamakkan dengan asar pada waktu zuhur, solat maghrib dan isyak pada waktu maghrib, maka ini dinamakan solat jamak taqdim.

Jamak Takhir ialah melakukan solat jamak pada waktu yang akhir iaitu asar dan isyak. Contohnya melaksanakan solat zuhur dan asar pada waktu asar, solat maghrib dan isyak pada waktu isyak, maka ini dinamakan solat jamak takhir.
 

Hikmah dan Hukum solat Jamak dan Qasar

Hikmah solat Jamak dan Qasar adalah untuk mempermudahkan atau memberikan keringanan kepada orang yang musafir lebih dari 2 marhalah. Orang musafir sering mengalami masalah dalam perjalanannya, sukar untuk berhenti solat dan sebagainya, maka dari itulah Allah memberikan kemudahan kepada umat Islam untuk jamak dan qasar solat fardhunya. Tiada alasan lagi bagi orang yang musafir untuk meninggalkan solat fardhu. Hukum solat jamak dan Qasar ini adalah harus, terpulang kepada orang yang musafir untuk mendirikan solat sempurna atau jamak dan qasar, tidak menjadi masalah, nak buat jamak qasar tidak menjadi masalah atau tidak mahu buatpun tidak menjadi masalah.
 

Syarat Jamak Taqdim
  1. Solat pada waktunya yang awal seperti solat zuhur dan maghrib.
  2. Niat jamak pada waktu solat yang pertama.
  3. Berturut-turut antara solat yang pertama dan kedua dan tidak boleh diselangi dengan perbuatan lain dari solat.
  4. Diselangi dengan iqamah dan mengambil wuduk maka jamaknya tidak batal.
  5. Berkekalan musafirnya sehingga solat yang kedua.
Syarat Jamak Takhir
  1. Berniat untuk mentakhirkan solat yang pertama pada waktu kedua ketika masuk waktu solat pertama.
  2. Berkekalan musafir sehingga selesai kedua-dua solat.

Syarat Qasar
  1. Musafir hendaklah tidak bertujuan maksiat.
  2. Perjalanan tidak kurang dari dua marhalah.
  3. Solat yang diqasarkan hendaklah solat zuhur, asar dan isyak sahaja.
  4. Hendaklah diniatkan qasar dalam niat solat.
  5. Tidak boleh berimam orang yang solat penuh (sempurna).
  6. Berkekalan perjalanan sehingga sempurna solat.
  7. Dia tahu orang musafir itu harus mengerjakan solat qasar.

Niat Solat Jamak dan Qasar

Jamak Taqdim dan Qasar

Zuhur-Asar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر أداء لله تعالى

“Sengaja aku solat fardhu zuhur dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya asar tunai kerana Allah Taala”.

أصلي فرض العصر ركعتين قصرا مجموعا إلي الظهر أداء لله تعالى

“Sengaja aku solat fardhu asar dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepada zuhur tunai kerana Allah Taala”.

Maghrib-Isyak

أصلي فرض المغرب ثلاث ركعات مجموعا إليه العشاء أداء لله تعالى

“Sengaja aku solat fardhu maghrib 3 rakaat dihimpunkan kepadanya isyak tunai kerana Allah Taala”.

أصلي فرض العشاء ركعتين قصرا مجموعا إلي المغرب أداء لله تعالى

“Sengaja aku solat fardhu isyak dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepada maghrib tunai kerana Allah Taala”.


Jamak Takhir dan Qasar

Asar-Zuhur

أصلي فرض العصر ركعتين قصرا مجموعا إليه الظهر أداء لله تعالى

“Sengaja aku solat fardhu asar dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya zuhur tunai kerana Allah Taala”.

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلي العصر أداء لله تعالى

“Sengaja aku solat fardhu zuhur dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepada asar tunai kerana Allah Taala”.


Isyak-Maghrib

أصلي فرض العشاء ركعتين قصرا مجموعا إليه المغرب أداء لله تعالى

“Sengaja aku solat fardhu isyak dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya maghrib tunai kerana Allah Taala”.

أصلي فرض المغرب ثلاث ركعات مجموعا إلي العشاء أداء لله تعالى

“Sengaja aku solat fardhu maghrib 3 rakaat dihimpunkan kepada isyak tunai kerana Allah Taala”.
Cara Mengerjakan Solat Jamak dan Qasar

Di sini saya datangkan cara mengerjakan solat jamak dan qasar berdasarkan penerangan Ustaz Sulaiman Endut dalam bukunya Asas-asas Fardhu Ain, iaitu seperti berikut :
  1. Solat zuhur dan asar itu hendaklah dilakukan dalam waktu zuhur. Kalau jamak takhir hendaklah dilakukan dalam waktu asar.
  2. Berdiri lurus mengadap kiblat.
  3. Berniat hendak mengerjakan solat zuhur secara jamak taqdim dan qasar. Kalau jamak takhir solat jamak dan qasar pada waktu terakhir.
  4. Setelah itu kerjakan solat zuhur sebanyak dua rakaat sehingga selesai memberi salam.
  5. Kemudian berdiri semula untuk mendirikan solat yang kedua iaitu asar.
  6. Berniat untuk mengerjakan solat asar secara jamak takhir.
  7. Kerjakanlah solat asar sebanyak dua rakaat sehingga selesai.
  8. Kalau qasar jamak taqdim atau jamak takhir antara solat maghrib dan isyak, maka hendaklah niatkan solat maghrib secara jamak takdim atau jamak takhir sahaja tanpa menyebut qasarnya.

Saturday, March 27, 2010

Hukum Pinjam PTPTN Dan Belanja Kawan Dengan Duit PTPTN


Salam kepada semua pengunjung blog ini, persoalan yang telah dikemukakan dari pengunjung blog ini ialah berkenaan duit pinjaman ptptn...contoh..dia belanja kita makan pakai duit ptptn...dan selepas itu dia tak bayar duit PTPTN... jadi kita yang makan makanan hasil duit PTPTN yang dia tidak bayar itu macam mana?halal ke tidak? kita berdosa juga atau dia sahaja yang berdosa?

Jawapannya

Sebelum itu saya memohon maaf atas segala kelemahan yang ada di dalam artikel ini, kerana masalah ini diluar bidang saya dan bidang kepakaran saya ialah Dakwah Dan Kaunseling Islam. Tetapi tidak mengapa saya cuba berikan penjelasan sekadar kemampuan saya dengan sedikit ilmu yang pernah dipelajari dahulu. Duit PTPTN adalah dari skim yang tidak sah menurut syariat Islam, kerana ia mengandungi riba (qharar). Contohnya peminjam meminjam wang dari PTPTN sebanyak RM 10.000.00 untuk belajar di IPTA atau IPTS dalam Negara. Selepas pelajar tersebut tamat pengajiannya, dia perlu bayar pinjaman tersebut pada kadar yang ditetapkan oleh pihak PTPTN dan dijumlahkan semua bayaran tersebut hampir RM 20.000.00. Jadi lebihan RM 10.000.00 dari pinjaman itu adalah riba. Pendapat saya bahawa PTPTN masih tidak mematuhi cara muamalah Islam. Firman Allah yang bermaksud :

“Orang-orang Yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang Yang dirasuk Syaitan Dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa Sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. oleh itu sesiapa Yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa Yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. dan sesiapa Yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.” (Al-Baqarah : 275)

Perkara ini juga ditegaskan oleh Mufti Perak Datuk Harussani Zakaria, yang menyebutkan kadar lebihan yang dibayar oleh peminjam PTPTN dianggap riba sekiranya bukan kos perkhidmatan.

Alamak ustaz kalau tidak pinjam PTPTN macam mana hendak bayar yuran, bagaimana hendak sambung belajar, keluarga di kampung tidak mampu untuk membiayai pelajaran saya? Sepengetahuan saya, jika kita cari dan selidiki sebenarnya ada lagi institusi yang menghulurkan bantuan pelajaran sepertimana PTPTN yang jelas dalam skim mereka tidak mempunyai riba sepertimana PTPTN. Contoh saya berikan di sini ialah seperti Majlis Amanah Rakyat, Pejabat Zakat, Yayasan Pendidikan Negeri, Bank Islam dan sebagainya. Saya sendiri semasa menyambung ijazah sarjana muda dahulu tidak 10 senpun menggunakan PTPTN atau mana-mana badan yang mengandungi riba. Semua bantuan kewangan saya adalah dari sumber-sumber yang dinyatakan di atas ini.

Bagaimana pula orang yang belanja kawan makan atau sebagainya dengan menggunakan menggunakan duit pinjaman PTPTN? Jawapannya ialah haram jika kita tahu duit itu dari sumber rezeki yang tidak halal iaitu dari hasil riba. Tetapi dimaafkan bagi sesiapa yang memakan riba atau sumber yang haram tanpa diketahuinya. Firman Allah yang bermaksud :

“Dan makanlah dari rezeki Yang telah diberikan Allah kepada kamu, Iaitu Yang halal lagi baik, dan bertaqwalah kepada Allah Yang kepadanya sahaja kamu beriman.” (Al-Maidah : 88)

Jika kawan kamu belanja atau sedekahkan duit atau seumpama dengannya bukan dari sumber yang haram, maka itu dibolehkan, kerana sedekah itu adalah perkara yang mulia sepertimana firman Allah yang bermaksud :

“Iaitu orang-orang Yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang Yang menahan kemarahannya, dan orang-orang Yang memaafkan kesalahan orang. dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang Yang berbuat perkara-perkara Yang baik”. (Al-Imran : 134)

Orang yang belanja kawan dengan menggunakan duitnya sendiri selain dari duit PTPTN, tetapi hutang PTPTN tidak dijelaskannya dengan sengaja? Masalah bayar hutang ataupun tidak, itu adalah dari dirinya dan tidak bersangkutan dengan orang lain. Hutang perlu dijelaskan bagi yang berkemampuan apabila sampai waktu bayarannya. Orang yang tidak membayar hutang adalah orang yang menzalimi dirinya dan diri orang lain, dia juga akan ditimpa dengan malapetaka yang sangat buruk di dunia dan di akhirat. Hadis Nabi yang bermaksud :

“Penangguhan hutang oleh orang yang berkuasa membayarnya, adalah satu kezaliman, halal maruah dan hukuman ke atasnya (iaitu pemberi hutang boleh mengambil tindakan ke atas diri dan maruahnya).” (Riwayat Ibnu Majah)

Bagaimana Pula bagi orang yang sudah mengambil skim PTPTN dan sudah tentu orang tersebut berada dalam riba? Jawapannya ialah jika mampu untuk dijelas seluruhnya dengan cash money, maka lebih baik dilangsaikan sahaja hutang PTPTN itu dengan segera supaya kita tidak terlibat dengan riba dan riba yang telah dikenakan casnya tidak terlalu banyak. Manakala bagi orang yang tidak mampu untuk menjelaskan hutang PTPTN sekaligus, maka bayarlah seperti biasa. Masalah ini juga boleh dikategorikan sebagai terdesak dan dalam keadaan darurat sangat dia tiada sumber lain yang dapat memberikan pembiayaan selain dari PTPTN, maka di situ diperbolehkan untuk kita meminjam sekadar untuk menjelaskan yuran dan apa-apa kos pembelajaran sahaja. Hutang perlu dibayar sebab itu adalah hak orang yang memberi hutang, bukan hak orang yang berutang. Ulamak berpendapat bahawa orang yang tidak menjelaskan hutang adalah orang yang zalim terhadap orang yang memberikan hutang. Orang yang tidak membayar hutang juga adalah dosa dan selagi mana ia tidak membayar hutang tersebut, maka selagi itulah dia membinasakan dirinya, kerana roh orang yang berutang tidak diterima Allah. Hadis Nabi yang bermaksud :

“Kurangkan dirimu daripada melakukan dosa, maka akan mudahlah bagimu ketika hendak mati. Kurangkan daripada berhutang nescaya kamu akan hidup bebas”. (Riwayat Baihaqi)

Friday, March 26, 2010

Jom Kongsi Hikmah Solat Untuk Kebaikan Semua


Solat atau sembahyang adalah rukun kedua yang menjadi asas terbinanya Islam. Solat juga merupakan tiang agama dan satu ibadah wajib ke atas setiap umat Islam melakukannya dalam apa jua keadaan selagi akalnya masih waras. Dalam al-Quran terdapat lebih 25 tempat ayat " Aqama " yang merujuk kepada makna perintah mengerjakan atau mendirikan solat dan terdapat lebih 70 kali perkataan " Assolah " atau sembahyang diulang dan disebut dalam al-Quran, antaranya Firman Allah SWT yang bermaksud :


"Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah sembahyang itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya." (Surah an-Nisa' : 103)


Sebagai umat Islam, samada remaja, muda-mudi, dewasa, lelaki mahupun perempuan hendaklah memerhati, memahami dan menghalusi sehalus-halusnya perintah solat ini. Sebab itu, Baginda nabi SAW telah berpesan kepada umat Islam sejak 1400 tahun lalu supaya ibu bapa mengajar dan menyuruh anak-anak tentang ibadah sembahyang sejak umur mereka 7 tahun dan pukullah mereka jika enggan sembahyang ketika berumur 10 tahun. Kita wajib berdoa mengharapkan anak-anak dan keturunan kita sentiasa mendirikan sembahyang sesuai dengan Firman Allah yang bermaksud:


Wahai Tuhan kami! kurniakanlah keampunan kepada ku dan kepada kedua ibu bapa ku serta kepada orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hisab dan pembalasan." (Surah Ibrahim : 40)

Begitu juga kita hedaklah menyuruh kaum keluarga kita mengerjakan solat seperti Firman Allah dalam surah Toha ayat 132 yang bermaksud :

"Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu, dan (ingatlah!) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa."


Di sini dapat difahami betapa besarnya kepentingan sembahyang kepada orang-orang Islam yang beriman, di antaranya :

Solat dapat meningkatkan seseorang untuk sentiasa mengingati Allah

Firman Allah SWT yang bermaksud :

"Sesungguhnya Akulah Allah, tiada Tuhan melainkan aku, oleh itu, sembahlah akan daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati daku." (Surah Toha ayat : 14)

Berdasarkan maksud ayat tersebut sembahyang adalah jalan bagaimana untuk kita sentiasa mengingati Allah SWT. Sekaligus sembahyang juga merupakan tanda pengabdian dan syukur seorang hamba kepada Allah SWT. Atas segala nikmat dan rahmat yang Allah kurniakan kepada kita.

Solat dapat menghapus dosa

Kita umat Islam tidak terlepas dari melakukan dosa dan solat lima kali sehari semalam dapat menghapuskan dosa yang dilakukan. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW dalam sebuah hadis yang bermaksud :


"Dari Abi Hurairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Sembahyang lima waktu dan sembahyang Jumaat hingga Jumaat berikutnya adalah penebus dosa antara jarak waktu sembahyang-sembahyang itu, selama dijauhinya dosa-dosa besar." (Hadis riwayat Muslim)

Solat dapat mencegah perbuatan keji dan mungkar

Solat yang dikerjakan dengan khusyuk dan menepati segala rukun-rukunnya boleh mencegah orang yang melakukannya dari melakukan maksiat dan kemungkaran. Firman Allah SWT yang bermaksud :


"…. Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar, dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya), dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan." (Surah al-Ankabut : 45)

Solat dapat memberi barakah hidup dan berbahagia kehidupan

Kehidupan orang yang memelihara solat jauh berbeda dengan orang yang meninggalkannya. Ini Jelas kita melihat orang yang memelihara solat kehidupannya dipenuhi dengan keberkatan dan kebahagiaan. Sebagaimana Firman Allah yang bermaksud :


"Sesungguhnya berbahagia dan berjayalah orang-orang beriman. (Iaitu) mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya." (Surah al-Mukminun : 1-2)

Perlu diingatkan, bahawa solat adalah ibadah yang diterima oleh Baginda nabi SAW secara langsung daripada Allah SWT, ketika nabi SAW mengadap Allah SWT di “Sidratul Muntaha” dalam peristiwa Isra’ Mikraj adalah berbeza dengan ibadah lain seperti ibadah puasa, zakat, haji dan lain-lain yang diterima melalui wahyu dengan perantaraan malaikat Jibril AS pembawa wahyu. Ini adalah satu kenyataan bahawa ibadah sembahyang itu terlalu istimewa di sisi Allah SWT.


Dari segi perubatan dan kesihatan solat yang khusyuk boleh mendamaikan jiwa, mengawal tekanan perasaan dan menjadikan tubuh badan menjadi sihat serta cergas. Begitu juga, Rasulullah SAW ketika berhadapan masalah, akan memperbanyakkan solat kerana solat bagi baginda adalah amalan penyejuk hati. Seterusnya golongan yang memperkecilkan solat merupakan golongan yang sesat. Dalam surah Maryam ayat 59 yang bermaksud :


"Maka datanglah selepas mereka pengganti (yang keji) yang mensia-siakan solat mereka serta mengikut hawa nafsu maka kelak mereka akan menemui kesesatan."

Abdullah bin Abbas berkata maksud mensia-siakan solat bukanlah meninggalkan solat sama sekali tetapi melewatkan dari waktunya. Imam Said Ibni al-Musayyib berpendapat iaitu mereka melaksanakan solat Zuhur dalam waktu Asar, solat Asar di dalam waktu Maghrib, solat Maghrib di dalam waktu Isyak dan solat Isyak ditangguhkan sehingga masuk waktu subuh serta solat subuh dilaksanakan selepas matahari terbit. Sesiapa yang mati dalam keadaan ini tanpa bertaubat dia akan dihumbankan ke dalam sebuah lembah yang bernama "Ghaiy" di dalam neraka dan diberikan makanan yang amat jijik. Hal ini disebutkan oleh Said Hawa dalam kitab "Asas Fi Tafsir". Jika bersolat fardhu di luar waktu sudah begini hukumnya, bayangkanlah azab yang bakal menimpa mereka yang tidak bersolat fardhu sama sekali.

Thursday, March 25, 2010

Berniaga Bersama Rabbani & Program Rezeki Baru Anda

Ahlan wahsalan ya marhaban kepada semua, program kebajikan ummah ini telah dirasmikan pada hari kelahiran junjungan Nabi Muhammad SAW dan majlis sambutan Maulidurasul yang gilang-gemilang yang telah di adakan baru-baru ini. Program ini di namakan program kebajikan ummah dibawah naungan Marhaban2u.com - Rezeki Baru Anda dilancarkan.

Program yang berasaskan bantu-membantu dalam memberi khidmat kebajikan kepada ummah disamping memberi pulangan lumayan dan disertakan produk berupa bacaan Al-Quran dan dendangan nasyid terbaru dari kumpulan Rabbani 'Mahabbah'

Anda tidak akan rugi kerana modal yang diperlukan hanya RM20 saja. Tiada Risiko!
Kini anda mampu untuk memperolehi pendapatan yang lebih dengan mempromosi link yang diberikan oleh pihak syarikat.

"Sekiranya kita lambat bertindak, esok kehidupan kita tetap sama"

= Nak Tau Lebih Lanjut Sila Klik Banner Di Bawah Ini Untuk Ke Laman Webnya =


marhaban2u.com


marhaban2u.com

Status Anak Luar Nikah (Anak Yang Tidak Sah Tarafnya)


Salam bahagia dan salam gembira kepada semua, semoga iman dan taqwa kita lebih baik grafnya. Soalan pengunjung yang berbunyi “Di sini ana nak cadangankan kepada ustaz untuk menghuraikan status anak luar nikah disisi Islam kerana saya rasa setenggah masyarakat memandang serong terhadap golongan ini. Adakah gelaran ANAK HARAM sesuai pada mereka padahal mereka lahir diatas ketelanjuran dan kesilapan mak ayah mereka? Bagaimanakah jika mereka membesar dan menjadi imam,wali dan statusnya. Tolong ustaz huraikan status anak ini disisi ISLAM bukan disisi MASYARAKAT?

Jawapannya

Status anak luar nikah (anak yang tidak sah tarafnya) adalah anak yang lahir dari hubungan ibu bapa tanpa ikatan pernikahan yang sah dari segi syariat Islam. Anak tersebut bukan anak haram, bukan najis dan kotor, sebenarnya anak itu adalah sempurna dan dilahirkan dalam keadaan fitrah dan bersih tanpa dosa. Bagi saya tidak baik dan tidak patut sangat menggelar anak tersebut sebagai anak haram. Yang menjadi masalah ialah hubungan zina kedua ibu bapanya tanpa ikatan perkahwinan. Haram itu adalah pelakuan ibu bapanya dan bukan anak itu haram. Firman Allah yang bermaksud :

“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia Dalam bentuk Yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai Dengan keadaannya).” (At-Tin : 4)

“Dan Sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda Yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka Dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk Yang telah Kami ciptakan.” (Al-Isra : 70)

Hadis Nabi yang bermaksud :
“Setiap anak yang dilahirkan adalah fitrah”.

Ketiga-tiga dalil yang diberikan di atas ini, sangat jelas dan tidak dapat dipertikaikan bahawa setiap manusia yang dilahirkan adalah dalam keadaan yang sangat baik dan bukan dalam keadaan aib dan hina sepertimana yang digambarkan oleh sesetengah pihak terhadap anak-anak luar nikah ini. Jangan dibinasakan anak tersebut disebabkan anak tersebut luar nikah. Sepatutnya kita sebagai orang Islam wajib memuliakan antara satu sama lain, berbuat baik antara satu sama lain kerana ini yang dikehendaki oleh Islam dan ini juga merupakan sifat Rasulullah saw.

Jangan kita menghina anak tersebut dan meminggirkannya sehingga dirinya merasa hina disebabkan salah ibu bapanya. Dosa besar bagi orang yang menaburkan fitnah dan mengaibkan orang di atas segala dosa yang telah dilakukan oleh ibu dan bapanya. Dosa ibu bapanya yang lalu biarlah mereka dengan Allah, kita sebagai umat Islam berdoa kepada Allah mudah-mudahan Allah mengampunkan segala dosa ketelanjuran mereka dahulu. Sebagai umat Islam tidak sepatutnya menuding jari kepada sesiapa atas kesalahan yang telah dilakukan, tetapi sepatutnya mengajak dan memberikan nasihat yang baik kepada mereka supaya mereka mengerti akan pelakuan mereka itu adalah salah di sisi syariat dan bersegeralah bertaubat. Sesungguhnya Allah menerima ampun bagi sesiapa yang bertaubat dengan sebenar-benar taubat (taubat nasuha).

Anak luar nikah tidak dipertanggungjawabkan atas kelakuan ibu bapanya yang terlanjur dan tidak boleh kita menuding jari kepada anak tersebut, dia juga mempunyai perasaan dan mempunyai hati yang perlu dijaga oleh kita. Setiap amalan kejahatan dan kebaikan adalah merupakan tanggungjawab individu tersebut dan tidak dipertanggungjawabkan kepada orang lain. Firman Allah yang bermaksud :

“Patutkah manusia menyangka, Bahawa ia akan ditinggalkan terbiar (dengan tidak diberikan tanggungjawab dan tidak dihidupkan menerima balasan)?” (Al-Qiyamah : 36)

Setiap anak yang dilahirkan perlu dibimbing dan dididik kearah yang dituntut dalam Islam, menghantar anak mempelajari ilmu-ilmu agama terlebih dahulu kerana ini merupakan fardhu ain dan wajib dituntut oleh setiap individu muslim sebagai panduan hidupnya. Jika anak tersebut menjadi ustaz, menjadi imam, menjadi muazzin dan sebagainya, maka itu lebih positif dan bagus kerana anak tersebut merupakan saham kebaikan kepada ibu bapanya dan sudah pasti anak tersebut akan sentiasa mendoakan kebaikan terhadap ibu bapanya. Jika anak tersebut mengetahui akan status dirinya adalah anak luar nikah, saya rasa mungkin anak tersebut menerima kenyataan dengan redho dan mengetahui ini adalah ketentuan Allah.

Bagaimana jika anak luar nikah jadi imam di masjid atau di surau? Jawapannya solat jemaah itu tetap sah jika anak luar nikah itu menjadi imam atas kelayakkannya, mengikuti krateria-krateria sebagai seorang imam, fasih bacaannya, sebutan jelas dan tajwidnya betul, maka itu tidak menjadi masalah dan solat jemaah tersebut sah.

Adakah boleh anak luar nikah jadi wali kepada adik-adiknya? Jawapannya menurut pendapat ulamak anak luar nikah tidak boleh dibin atau dibintikan kepada bapanya, kerana hubungan ibu dan bapanya diluar ikatan perkahwinan yang sah. Anak luar nikah ini perlu dibin atau dibintikan kepada Abdullah. Jadi jelas di sini, bahawa anak tersebut tidak dikira dari darah daging ayahnya. Anak luar nikah ini tidak boleh jadi wali kepada adik-adiknya.

Adakah bapa yang melakukan zina sehingga dia dilahirkan itu boleh jadi walinya? Jawapannya adalah tidak boleh sebab, menurut pendapat ulamak bapak tersebut tidak sah dan tidak diiktiraf kerana mereka melakukan hubungan diluar ikatan perkahwinan yang sah. Maka anak tersebut boleh diwalikan oleh wali hakim (perkara ini boleh dirujuk kepada bahagian pembangunan keluarga Islam Jabatan Agama Islam mana-mana negeri dalam Malaysia.

Wednesday, March 24, 2010

Adakah Haram Atau Harus Memegang Anjing Dan Babi


Salam kepada semua, Persoalan yang dikemukakan oleh seorang pengunjung mengenai hukum memegang anjin dan babi adakah haram atau harus? Jawapan dari persoalan tersebut ialah harus dan tidak menjadi masalah menyentuh anjing dan babi. Anjing dan babi adalah binatang yang dikategorikan sebagai najis mukhallazoh (berat), untung menghilangkan najis ini mestilah dibasuh dengan 1 kali dengan air tanah dan 6 kali dengan air mutlak.

Hujah dari jawapan tersebut ialah tiada dalil Al-Quran dan hadis yang mengharamkan menyentuh binatang tersebut. Hanya ada dalil yang mengharamkan kita memakan binatang anjing, babi dan keturunannya. Dalil yang mengharamkan memakan anjing dan babi ialah :

Firman Allah yang bermaksud :

“Katakanlah (Wahai Muhammad): "Aku tidak dapati Dalam apa Yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu Yang diharamkan bagi orang Yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah Yang mengalir, atau daging babi - kerana Sesungguhnya ia adalah kotor - atau sesuatu Yang dilakukan secara fasik, Iaitu binatang Yang disembelih atas nama Yang lain dari Allah". kemudian sesiapa Yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka Sesungguhnya Tuhan mu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Al-An’am : 145)

Firman Allah yang bermaksud :

“Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang Yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda Yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Al-Baqarah : 173)

Sabda Nabi Muhammad saw yang bermaksud :

“Cara menyucikan bejana milik salah seorang kamu apabila dijilat anjing hendaklah dibasuh sebanyak tujuh kali, salah satu daripadanya mestilah mengunakan tanah”. (Diriwayatkan oleh Muslim, Ahmad, Abu Daud dan Al-Baihaqi)

Dari dalil di atas, menunjukkan bahawa diharamkan memakan anjin, babi dan keturunannya dan tiada dalil yang menyatakan haram menyentuh anjing dan babi. Harus bagi sesiapa yang menyentuh anjing dan babi. Apabila bersentuhan dengan binatang tersebut, perlulah menyamaknya dengan menggunakan 1 bejana (cebok) air tanah yang suci disapukan dan digosotkan ditempat yang terkena atau tersentuh binatang tersebut. Selepas membasuh dengan air tanah, hendaklah dibasuh dengan air mutlak (air yang suci lagi menyucikan) sebanyak 6 kali berturut-turut sehingga hilang bau, warna dan rasanya. Jika didapati masih ada bau, warna dan rasanya, maka ditambahkan lagi basuhan air mutlak tersebut sehingga hilang ketiga-tiga sifat najis tersebut.

Tidak usahlah menyentuh binatang tersebut tanpa tujuan dan hajat, kerana tiada faedah bagi orang yang melakukan pekerjaan sia-sia. Setiap umat Islam berlulah bersikap ihsan terhadap binatang, kerana Allah swt akan memuliakan orang yang ihasan kepada binatang. Ada kisah seorang sahabat Rasulullah yang singgah disebuah perigi untuk mengambil air minum, sahabat tersebut turun ke dalam perigi tersebut untuk minum, setelah sahabat tersebut minum dan hilang hausnya, maka beliau naik kembali dari perigi tersebut, beliau terlihat seekor anjing melihatnya dalam keadaan lidahnya terjelir keluar dari mulutnya, sahabat tersebut turun mengambil air dengan menggunakan kasutnya untuk diberikan minum kepada anjing yang kehausan sehingga anjing itu kenyang.

Tuesday, March 23, 2010

Islam Motivator dan Consultant Yang Terbaik


Salam mahabbah kepada semua pengunjung, saya doakan anda sihat dan dibanyakkan rezeki dari Allah, selawat dan salam ke atas Nabi Junjungan Muhammad saw. Zaman sains dan teknologi merupakan zaman cabaran bagi umat Islam sedunia. Islam di tuduh sebagai agama teroris, agama penganas, agama kuno, agama tidak relevan, agama pergaduhan dan sebagainya. Umat Islam sekarang semakin berpecah dan semakin jauh dari amalan Islam yang sebenar seperti tudung dijadikan adat, pakaian muslim dan muslimah dijadikan adat, timbulnya Islam liberar, Islam sekular, Islam Moden, Islam Material dan sebagainya. Semua ini adalah berpunca dari kejatuhan zaman keagungan Islam di Turki disebabkan dari umat Islam sendiri yang dikenali sebagai Kamal Attatuk. Umat Islam sekarang ini semakin parah dan semakin teruk dan mereka terikut-ikut dengan tamadun atau kebudayaan barat yang jelas tidak berpaksikan kepada syariat Islam.

Terbaru dan masih panas lagi berita ini didengari di dada-dada akhbar tempatan mengenai pembuangan anak, pembunuhan dan penderaan anak. Semua ini berlaku adalah disebabkan umat Islam tidak lagi berpandukan sumber Islam iaitu Al-Quran dan sunnah. Bagi pendapat saya, selagimana umat Islam tidak kembali kepada ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw yang telah dinyatakan dengan jelas dalam Al-Quran dan sunnah, maka selagi itulah umat Islam akan jauh tersedat dari kehidupan mereka yang tidak normal. Islam itu adalah agama yang sempurna dan agama yang diakui oleh Allah akan kebenarannya sepertimana Firman Allah yang bermaksud : “Sesungguhnya agama yang diterima Allah adalah Islam”.

Cara hendak mengubati penyakit-penyakit sosial ini mestilah melalui pendidikan Islam yang jelas mendidik rohani dan jasmani manusia menjadi insan yang sempurna dan kamil (baik). Janganlah dicadangkan berbagai cara menurut akal manusia yang terbukti terbatas dengan semua keadaan dapat menyelesaikan masalah umat ini. Banyak syarikat atau pakar-pakar motivasi merangka modul yang baru untuk memberikan kefahaman dan dorongan kepada umat manusia, setiap masa ada sahaja modul baru yang diperkenalkan, tetapi kesannya hanya sementara sahaja, kemudian peserta tersebut kembali balik kepada kehidupannya yang asal. Pusat serenti yang bertanggungjawab untuk memberikan kesedaran tanggungjawab sebagai manusia juga tidak berkesan, malah ada diantara banduan pusat tersebut berpuluh kali masuk di pusat tersebut, tetapi kesannya hanya sementara sahaja. Gejala rempit pernah diumumkan oleh pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas kepada mat-mat rempit, tetapi ianya hanya berkesan seketika waktu sahaja. Semua teori yang dikemukakan hanya berkesan sementara sahaja. Cara apa lagi yang perlu kita buat untuk menangani masalah ini dengan berkesan.

Selagimana kita tidak jadikan Islam sebagai panduan dan pegangan hidup setiap umat Islam, maka selagi itulah segala cara, teknik, motivasi, kaunseling dan sebagainya tidak berkesan. Islam telah membuktikan keberkesanannya dalam merawat dan mencegah segala penyakit umat manusia. Allah telah menurunkan Nabi Muhammad untuk memberi rahmat kepada umat manusia untuk menjalankan kehidupan yang normal dari segi kehidupan manusia dan syariat Islam. Firman Allah yang bermaksud : “Tidak kami utuskan Nabi Muhammad melaikan untuk memberikan rahmat sekelian alam.” Semasa kegemilangan Islam dari zaman Nabi Muhammad hingga zaman kegemilangan Khulafa Uthmaniah umat Islam seluruh dunia terbela, umat yang terbaik dan umat contoh bagi sekelian umat di dunia. Semasa umat Islam hidup dengan mewah dan bahagia dengan menghayati Islam sebagai cara hidup mereka sehinggakan tiada seorang pun umat Islam yang miskin seperti sekarang ini. Setiap umat Islam yang ada di dunia ini dilindungi keselamatannya oleh khalifah yang memerintah ketika itu.

Kesimpulannya, selagimana umat Islam tidak berpegang dengan Kitabullah (Al-Quran) dan Sunnatullah (sunnah), selagi itulah manusia hidup dalam kegelapan dan kesesatan. Syariat Islam adalah teknik motivasi dan consultant yang paling terbaik dari segala syarikat motivasi yang ada di dunia ini, Al-Quran adalah modul yang paling berkesan dan falsafah Allah paling baik untuk membentuk jiwa manusia. Sunnah Nabi Muhammad adalah LDK yang paling jitu dan paling menyeluruh sasarannya dari aspek rohani dan jasmani. Firman Allah yang bermaksud :

“Demi masa, sesungguhnya manusia berada dalam kesesatan, melainkan manusia yang sentiasa beriman kepada Allah dan mengerjakan amalan soleh dan sentiasa berpesan-pesan kearah kebenaran dan sentiasa bersabar.” (Al-Asr : 1-3)

“Dan Kami tidak mengutus kamu, melainkan kepada umat manusia seluruhnya sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan, tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahui.” (As-Saba :28)

“Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu. Dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.” (As-Sham : 9-10)

Monday, March 22, 2010

Muslimah, Berilah Peluang Kepada Syarak Mengatur Dirimu!


‘Kesaksamaan Hak, Kesaksamaan Peluang Kemajuan Untuk Semua’. Begitulah tema yang dipilih oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2010 yang dirai seluruh dunia pada 8 Mac 2010. Alunan kesaksamaan gender yang sering dikumandangkan golongan feminis kini berbunyi lagi. Seiring dengan itu jugalah umat Islam khususnya Muslimah tanpa berfikir jauh terus menerima dan merangkul erat pemikiran merbahaya ini.

Gema kesaksamaan paluan pejuang feminis ini telah mendorong sebahagian muslimah untuk menuntut persamaan hak dan kedudukan dalam semua aspek tanpa melihat adakah ianya berpaksikan hukum Allah atau sebaliknya. Nilai yang menjadi ukuran saksama atau tidak semata-mata dilihat oleh pemikiran yang dipandu oleh akal dan emosi. Kenyataannya wanita tidak saksama dengan lelaki sebatas diukur dengan kurangnya bilangan wanita yang menduduki kerusi di Parlimen; menjadi pengarah di syarikat-syarikat saham dan korporat, menjawat jawatan dalam kabinet sebagai menteri atau timbalan menteri dan sebagainya. Ini antara aspek yang dinilai dalam menentukan saksama atau tidaknya lelaki dan wanita.

Kesaksamaan atau tidak dalam aspek apa sekalipun perlulah dinilai dari perspektif syarak. Berbaliklah kepada ukuran syarak. Apabila syarak memperincikan hak dan peranan lelaki dan wanita, maka laksanakanlah ia dengan redha dan ikhlas kerana Allah.

"Dan tidak patut bagi laki-laki dan perempuan yang Muslim dan tidak (pula) bagi laki-laki dan perempuan yang mu’min, apabila Allah dan Rasulnya telah menetapkan suatu ketetapan aka nada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsaiapa yang mendurhakai Allah dan RasulNya maka sesungguhnya dia telah berbuat kesesatan yang nyata". [TMQ Al-Ahzab :36]

"Sesungguhnya perempuan adalah saudara laki-laki " [HR Bukhari]

Kedudukan saudara yang diberikan antara lelaki dan perempuan menunjukkan bahawa sekalipun dalam beberapa hal peranannya berbeza, namun di antara keduanya terjalin hubungan kerjasama dan tolong-menolong.

Wahai para muslimah, tidak ada pilihan hidup yang lebih baik selain kembali kepada Islam. Sudah terbukti Islamlah yang mampu mensejahterakan kehidupan kaum wanita dan bukan perjuangan kesaksamaan hak secara membuta tuli. Bukankah hanya Allah yang mampu memahami segala kekurangan dan kelebihan makhluk yang diciptakannya? Sudah saatnya kalian memberi dan membuka peluang ke atas diri kalian untuk diatur ketentuan syarak dalam seluruh aspek hidup secara kaffah(menyeluruh) sebagaimana yang diperintahkan Maha Pencipta di dalam kitabullah : " Wahai orang-orang yang beriman, masuklah ke dalam agama Islam secara keseluruhan(kaffah) dan janganlah kamu mengikuti jejak langkah syaitan. Sungguh ia musuh yang nyata bagimu.” [TMQ Al Baqarah (2) : 208] Wallahua’alam.

Kiriman dari Jebbat

Sunday, March 21, 2010

Anak Dara Atau Gadis Sekarang Jahil Agama


Memahami isu hamil dan dara adalah berbeza dengan memahami bahawasanya tanpa pendidikan seks akan menghasilkan remaja yang naïf tentang imej diri, menjaga keperawanan dan maruah hingga terjerumus ke lembah seks bebas. Islam datang dengan hukum-hakam untuk menyelesaikan pelbagai masalah manusia.

Antaranya ialah hukum hakam tentang solat, puasa, haid-nifas, pernikahan, kelahiran dan sebagainya. Dalam proses memahami hukum-hakam ini, umat Islam didedahkan dengan aspek biologi dan fisiologi manusia sehingga mereka mengetahui tentang kitaran haid dan kaitannya dengan hukum solat, hukum berpuasa, hukum berkaitan hubungan jenis, nikah dan lain-lain.

Diriwayatkan oleh al-Bukhari bahawa Marwan bin Ajda’ berkata, saya pernah bertanya kepada Aishah radiallahu anha.: “Apakah yang boleh dilakukan oleh seorang lelaki terhadap isterinya apabila dia kedatangan haid?” Baginda Rasulullah Salallahu alahi wasallam menjawab: “Apa sahaja selain farajnya.” [HR Bukhari]

Pada masa yang sama, Islam mengajarkan kepada umatnya tentang kejadian manusia itu sendiri yang memiliki naluri melanjutkan keturunan (gharizatun nau’/procreation instinct) yang lahir darinya keinginan terhadap lawan jenis, kasihkan kerabat, mahukan anak dan lainnya. "Dijadikan indah pada (pandangan) manusia itu fitrah kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu wanita-wanita dan anak-anak". [Ali Imran (3):14].

Apa yang diajarkan oleh Islam bukanlah menafikan naluri ini tadi, sebaliknya menyarankan manusia untuk menikah ataupun menahan syahwat dengan berpuasa. “Barangsiapa berkahwin maka dia telah melindungi (menguasai) separuh agamanya, kerana itu hendaklah dia bertakwa kepada Allah dalam memelihara yang separuhnya lagi.” [HR Al Hakim dan Ath-Thahawi)].

“Wahai para pemuda, barangsiapa di antara kalian yang mampu menikah, maka menikahlah. Kerana dengan menikah itu, ia akan dapat menahan pandangan dan lebih memelihara kemaluan. Dan barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah ia berpuasa. Kerana dengan berpuasa itu akan dapat menahan syahwatnya". [HR al-Bukhari, (no. 5066)].

Dari penjelasan di atas, kita memahami bahawasanya mempelajari hal-hal berkaitan dara, seks, kehamilan dan sebagainya bukanlah satu disiplin ilmu tersendiri yang terpisah dari cabang ilmu-ilmu lain kerana ia adalah subset kepada hukum-hakam tentang haid, nifas, pernikahan, perceraian, solat, puasa, dsb. Ilmu tentang seks semata-mata tanpa fikrah Islam mungkin memberi pendedahan kepada remaja bagaimana untuk mengelak kehamilan yang tidak dirancang dan mengelak jangkitan penyakit seks (STD), akan tetapi tiada jaminan remaja dapat mengelak dari terlibat dalam gejala zina yang membawa kepada kemurkaan Allah. “Dan janganlah kamu Menghampiri zina, sesungguhnya zina itu satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk " [TMQ Al Isra' (17) : 32]. Wallahu alam bisshawab.

Kiriman Dari : Jebbat

Saturday, March 20, 2010

Senarai Syarikat Yang Melabur Ke Yahudi & Amerika


Berikut adalah senarai Syarikat dan produk mereka serta sumbangan mereka ke rejim Zionis dan Amerika:

Syarikat : Phillip Morris Produk : Rokok dan Makanan Jenama : Marlboro, Virginia Slims, Benson & Hedges, Winston, Gold Coast, Merit, Parliament, Alpine, Basic, Cambridge, Bristol, Bucks, Chesterfield, Collector’s Choice, Commander, English Ovals, Lark, L&M, Players and Saratoga, C? e d’Or, Philadelphia, Polo, Milka, Malabar, Marabou, Prince Fakta : 12 % keuntungannya adalah untuk Israel, Setiap hari umat Islam membelanjakan USD 800 juta untuk membeli rokok mereka, keuntungan purata 10% atau USD 80 juta sehari. JADI USD 9.6 JUTA DUIT ORANG ISLAM PERGI KE ISRAEL SETIAP HARI

Syarikat : Coca-Cola – McDonalds – Burger King – Pizza Hut ?KFC Produk : Minuman Jenama : Light Coke, Fanta, Sprite, Canada Dry, Crush, Schweppes, Minute Maid, Nestea, Dr. Pepper Fakta : Sejak 1966 Coca Cola meyokong penuh negara Israel. Coca Cola telah menerima anugerah tertinggi dari kerajaan Israel kerana lebih 30 tahun menyokong mereka serta membantah boikot Liga Arab terhadap Israel.

Syarikat : Nestle Jenama : Kit Kat, Perrier, Libby, Nescafe, Maggie, Buitoni, Nestea, Freskies, Vittel, Pure Life, Nido, Smarties, Lion, Polo, After Eight, Coffee Mate, Nesquik, Aero, Quality Street, Felix (cat food), Crosse & Blackwell, Milkmaid, Carnation, Shreddies, Baci Baby Ruth, Butterfinger, Milkybar, Frutips Fakta : Syarikat Swiss ini dimilikki 50.1% oleh syarikat Israel, Osem Investments. Pada tahun 2000 mengumumkan untuk melabur berjuta-juta dolar di Israel dalam R & D. Pada tahun Peter Brabeck-Letmathe bagi pihak Nestle menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.

Syarikat : Disney Produk : Disneyland, Euro-Disney, Jenama Disney, Kartun, Filem Fakta : Pameran Walt Disney Millennium di Epcot Centre Florida menonjolkan Jerusalem sebagai ibu negara Israel. Kos US 8 juta untuk pameran ini dibiayai US 1.8 juta oleh Israel untuk menentukan isi kandungan pameran. Ini adalah kempen Israel menggunakan Disneyland untuk menguasai Jerusalem sepenuhnya.

Syarikat : Delta Galil Industries Ltd. Produk : Pasaraya, Pakaian dan Kasut Jenama : JC Penney , Carrefour Nike, Reebok, Converse, Calvin Klein, Gap, Boss, Ralph Lauren, Banana Republic, Bauer, Wrangler, Dim, Old Navy Dockers, Celio, J. Crew , Caterpillar, Lou Riders, Pryca Fakta : Syarikat kain terbesar Israel. Pengasasnya Dov Lautman adalah kenalan rapat Presiden Israel ketika itu Ehud Barak.

Syarikat : Nokia Produk : Telekomunikasi, telefon bimbit dan elektronik Fakta : Nokia melabur begitu banyak di Israel dan memanggilnya PROJEK ISRAEL.

Syarikat : Danone Produk : Makanan, minuman dan biskut Produk : Evian, Alpina, LU Biscuits, Tuc, Volvic, Strauss dairy, Jacob biscuits, Danone yogart, HP foods, LEA & PERRINS, Sant? Galbani, Danao, Danette Fakta : Pada tahun 1998 Franck Riboud bagi pihak Danone menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel, Netanyahu. Anugerah tertinggi negara Israel untuk syarikat yang memperkukuhkan ekonomi Israel. Institut Danone, satu institut Penyelidikan dan Pembangunan telah di tubuhkan di Israel pada tahun 1998.

Syarikat : Johnson & Johnson Produk : Kesihatan. Fakta : Pada tahun 1998 Roger S. Fineon bagi pihak Johnson & Johnson, menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu.

Syarikat : Revlon Produk : Kosmetik Fakta : Jutawan Ronald Perelman yang memilikki Revlaon adalah seorang Zionis. Penyokong kuat Zionis Merupakan pemegang amanah Pusat Simon Wiesenthal Center yang menggunakan Holocaust untuk mendapatkan sokongan Zionisma dan Israel.

Syarikat : AOL Time Warner Produk : Media Elektronik dan Cetak Jenama : ICQ, Warner Bros, CNN, AOL, Times magazine Fakta : AOL memperuntukkan 30% daripada portfolio keuntungan di Israel. Pada tahun 1998 AOL menerima anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.

Syarikat : IBM Fakta : Mempunyai 1700 pekerja di Israel. Satu dari 3 syarikat yang disanjung semasa Jamuan Makan Malam Liga Persahabatan Amerika-Israel Untuk Demokrasi pada 25 Jun 2001 bersama Ariel Sharon.

Syarikat : L’Oreal Jenama : Giorgio Armani, Lancome, Biotherm, Garnier, Helena Rubinstein, Donna Karan, Vichy, Cacharel, Maybelline, Redken, La roche-posay, Carson Fakta : Setelah disaman US 1.4 juta kerana menulis surat pada Liga Arab bahawa mereka menutup kilang di Israel, mereka kemudian malbur dengan begitu banyak di Israel. Kongres Yahudi Amerika amat berpuas hati dengan L? real dan menganggap mereka sahabat akrab.

Syarikat : Intel Produk : Perkakasan komputer Fakta : Intel adalah penyokong kuat Israel. Pusat pembangunan pertama di luar Amerika didirikan di Haifa pada 1974.

Syarikat : Est? Lauder Jenama : Clinique, Tommy Hilfiger, DKNY, Aramis, Origins, Ko Malone, La Mer, Prescriptives, Bobbi Brown Essentials, Aveda, Jane, MAC Cosmetics, Kate Spade, Fragrances, Stila Fakta : Pengerusinya, Ronald Lauder, pernah menjadi pengerusi Persidangan Utama Kesatuan Amerika Yahudi. Juga adalah presiden Tabung Kebangsaan Yahudi yang fungsinya ialah untuk menghalalkan pengambilan tanah rakyat Palestin oleh Israel.

Syarikat : News Corporation Produk : 20th Century Fox, Star, SKY, New York Post, National Geographic Channel, News of the World, The Times, The Sun, Nursery World, The weekly Standard, Daily Telegraph, Harper Collins Fakta : Murdoch’s New Corp. melabur dengan begitu banyak di Israel.

Syarikat : Kimberly-Clark Produk : Huggies, Kotex, Kleenex, Scott, ANDREX products Freedom, Scottex Fakta : Pada tahun 1998 Robert P. Van der Merwe , Pengerusi Kimberly Clark , menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu, kerana sumbangan mereka dalam membangunkan ekonomi Israel.

LAIN-LAIN SYARIKAT

Syarikat : Procter and Gamble Produk : Kesihatan, sabun, syampu Jenama : Head & Shoulders, Pert Plus, Pentain, Always, Tide, Crest, Pampers, Lux, Palmolive, Camay, Zest, Ariel, Fairy, Signal 2, close up, colgate, Monsieur Propre, Oil of Olaz, Petrol Hahn, Pringles, Sanicroix, Tampax, Tempo, Vicks, Vizir, Yes Swiffer, Ace, Action 500, Bonux, Mr Clean

MARS INC – Bounty, M&M’s, Mars, Snickers, Twix, Uncle Ben’s, Whiskas, Pedigree, Balisto, Brebbies
HASBRO – Parker, Pokemon, Star Wars, Episode I, Monopoly, Brothers, MB, Playskool, Tiger
GILETTE – Braun, Duracell, Gillette, Oral-B, Paper-Mate, Parker, Waterman

COLGATE PALMOLIVE – Ajax, Palmolive, Tahiti, Axion, Bingo, Fabe, Felire, La croix, Mennen, Murphy, Paic Haagen, Dazs Ben & Jerry, CAMPBELL, Kellogg, Canderel, Levis, Raid, Heinz.

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

Sumber : Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)

Thursday, March 18, 2010

Jangan Berlebihan & Menunjuk-nunjuk Dalam Perkahwinan


Salam persahabatan kepada semua, mudah-mudahan anda semua dirahmati Allah. Musim percutian adalah musim kenduri perkahwinan yang menyatukan antara lelaki dan perempuan dalam ikatan perkahwinan yang sah. Perkahwinan dalam Islam adalah merupakan sunnah Rasulullah saw yang menggalakkan umatnya yang berkemampuan untuk berkahwin. Fadhilat perkahwinan sangat besar kepada sesiapa yang akan dan telah mendirikan rumahtangga. Di antara fadhilatnya ialah terhindar dari perbuatan maksiat, terhindar dari penyakit, sihat anggota badan, fikiran menjadi tenang, memiliki zuriat, memperolehi pahala, solat menjadi khusuk dan sebagainya.

Untuk memperolehi perkahwinan yang diberkati oleh Allah, mestilah setiap pasangan mengikuti sunnah Nabi Muhammad saw. Perkahwinan tidak boleh berlebih-lebihan, tidak boleh keterlaluan, tidak boleh bermegah-megah, tidak boros, tidak menjadikan kenduri sebagai tempat membuat maksiat, pengantin menutup aurat, tidak bersanding kepada orang ramai, tidak mencampurkan budaya Islam dan budaya bukan Islam dan banyak lagi. Tetapi malangnya umat Islam di Negara ini tidak melaksanakan perkahwinan mereka secara Islam, mereka hanya mengikut syariat Islam ketika hendak akad nikah di masjid, sewaktu pertunangan dan waktu-waktu upacara keagamaan sahaja. Sebab itulah, orang sekarang ini banyak yang bercerai dan banyak menghadapi masalah dalam rumahtangga mereka. Ada yang berkahwin tidak sampai setahun bercerai, ada belum kenduri lagi sudah bercerai, ada kawin pagi malam sudah bercerai dan berbagai-bagai lagi. Akhir sekali anak-anak yang menjadi mangsa, anak-anak diabaikan sehingga mereka terjebak dalam masalah sosial dan sebagainya. Ini salah siapa dan tanggungjawab siapa? Fikir-fikirkanlah jawapannya….

Pandangan Saya Mengenai Masalah ini

Orang sekarang ini dikenali segabai orang moden dan tidak lagi mengamalkan adat-adat atau syariat Islam dalam perkahwinan mereka. Orang sekarang bercinta dahulu sehingga kenal habis semua sifat dan tingkah laku pasangan mereka. Ada pasangan sehingga terlanjur melakukan zina atau maksiat dengan alasan mereka saling mencintai dan akan berkahwin kemudian. Orang yang tahu sikit-sikit agama, menggunakan alasan agama dalam menghalalkan percintaan mereka untuk meneruskan niat dan keinginan nafsu mereka, alasan mereka ialah bercinta tidak menjadi masalah selagi mana cinta itu tidak laqa (lalai) dan cinta untuk mencari pasangan mereka untuk dijadikan isteri atau suami yang sah.

Sebenarnya Islam telah mengajar umatnya untuk menjalinkan percintaan sesama manusia. Islam mempunyai kaedahnya yang tersendiri seperti merisik, meminang, akad dan kahwin (kenduri). Inilah cara Islam untuk mencari jodoh dan menjalinkan hubungan antara lelaki dan perempuan. Kalau dilihat orang tua-tua dahulu berkahwin tanpa kenal dan cinta, mereka bercinta dan kenal selepas mereka kahwin, mereka kekal bahagia. Sebenarnya tiada istilah bercinta dahulu sebelum berkahwin, sebab orang yang bercinta dahulu sebelum kahwin, lazimnya mereka akan rasa jemu dengan pasangan mereka sebab mereka telah mengetahui segalanya tentang pasangan mereka semasa bercinta. Pasangan yang pernah melakukan maksiat, berpegangan tangan dan sebagainya, maka Allah akan menarik nikmat tersebut ketika mereka telah berkahwin nanti.

Hantaran berlebihan dan menyukarkan bakal suami untuk berkahwin, hal ini memang saya tidak setuju dengan sesetengah masyarakat yang meletakkan harga hantaran begitu tinggi. Kononnya anak mereka kelulusan tinggi, anak perempuan mereka cantik dan sebagainya. Saya nasihatkan kepada semua, janganlah meletakkan harga hantaran berlebihan dan jangan sesekali memberatkan bakal suami dengan masalah hantaran ini. Ambillah hantaran dengan sekadarnya sahaja untuk melepaskan kos perbelanjaan kenduri dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Biarlah hantaran dan mas kahwin sekadarnya sahaja dan tidak memberatkan bakal suami, kerana sesiapa yang mengambil hantaran dan mas kahwinnya sekadar kemampuan bakal suaminya, maka perkahwinan mereka akan diberkati Allah. Sabda Nabi Muhammad saw yang bermaksud :

"Wanita yang paling berkat ialah wanita yang paling murah hantarannya." (HR Ahmad, al-Hakim dan Baihaqi).

Pasangan yang ingin berkahwin dengan membuat pinjaman bank untuk perbelanjaan perkahwinan mereka kurang keberkatannya, kerana duit dari hasil hutang, sedikit sebanyak akan tersangkut dengan riba bank, apabila wang perkahwinan bukan dari sumber titik peluh sendiri, maka kurang rasa kesusahan dan kenikmatannya apabila memiliki seorang isteri. Biar susah mengumpulkan duit untuk berkahwin, apabila dapat isteri dengan titik peluh empat kederat sendiri, kita akan rasa satu kepuasa dan kenikmatannya, kerana isteri yang diidamkan selama ini dapat dengan penat lelah sendiri. Pepatah melayu mengatakan bahawa “selalunya perkara yang susah dimiliki ini akan dihargai dan akan dijaga sebaik mungkin.”

Sebenarnya boleh buat pinjaman bank untuk perbelanjaan kahwin jika tidak berkemampuan setelah berusaha, memang duit yang dikumpulkan tidak mencukupi juga, kerana gaji bulanan sangat kecil. Maka bolehlah untuk buat pinjaman perbelanjaan kahwinnya. Elakkan tunggakkan hutang kahwin tidak berbayar, kerana dikuatiri perkahwinannya tidak berkat dan menghadapi masalah dihari akan datang nanti. Perbelanjaan kahwin ini biarlah dari sumber rezeki yang halal dan berkat, kerana hal ini mempengaruhi perkahwinan dan zuriatnya. Apabila rezeki yang halal digunakan sebagai perbelanjaan kahwinnya, maka Allah akan menurunkan keberkatan kepadanya dan keluarganya, Allah akan sentiasa memelihara keluarganya dari perkara-perkara maksiat dan dosa.

Kenduri kahwin yang berlebihan akan berlakunya pembaziran dan kelalaian dan jauh dari apa yang dikehendaki oleh syariat Islam. Masyarakat sekarang berbangga dengan dirinya apabila melaksanakan kenduri besar, kenduri yang hebat, ada lagu, ada DJ, ada persandingan, ada persembahan silat dan banyak lagi. Cuba fikir, sebenarnya kenduri kahwin ini hendak mencari keberkatan atau hendak mencari kemegahan? Jika hendak mencari keberkatan, biarlah kenduri itu dihiasi dengan perkara-perkara yang berlandaskan dengan syarak Islam. Jangan adakan persandingan, jika adapun biarlah bersanding dihadapan keluarga sahaja atau ditempat yang tertutup, bukan untuk ditunjukkan kepada tetamu yang datang. Pakaian penganting mestilah menutup aurat dan tidak bersalaman dengan bukan muhrim, kerana perkara yang haram tetap haram dan perkara yang halal tetap halal. Jangan memasang lagu-lagu yang laqa (lalai) atau berunsurkan cinta dunia, lagu Hindustan, lagu melayu dan sebagainya, kerana malaikat tidak datang ke kenduri yang memasang lagu-lagu lalai untuk memberikan rahmat. Boleh untuk berlagu, tetapi biarlah lagu-lagu nasyid, selawat dan bacaan Al-Quran. Firman Allah yang bermaksud :

"Janganlah kamu bertabarruj (menunjuk) seperti kelakuan orang zaman jahiliah dahulu." (Al-Ahzab : 33).

Carilah keberkatan dalam perkahwinan kita semua, kerana keberkatan itulah yang akan membuatkan perkahwinan kita kekal bahagia, biarlah perkahwinan berlandaskan kepada syariat Islam, alam berumahtangga memerlukan orang yang menghayati Islam untuk membimbing keluarganya kearah yang dikehendaki oleh Islam. Keluarga bahagia ini mestilah berlandaskan Islam dalam semua amalan rumahtangga mereka. Anak-anak yang akan dilahirkan juga akan mudah ditarbiah, mudah ditegur dan taat kepada kedua ibu bapa, kerana ibu bapa tersebut meletakkan prinsip perkahwinan Islam ketika mencari jodoh, semasa kahwin dan selepas kahwin. Maka sebab itulah mereka memperolehi zuriat yang baik. Apabila keluarga yang mengamalkan kehidupan Islam, maka secara tidak langsung akan melahirkan masyarakat Islam yang saling hormat menghormati, ingat mengingati antara satu sama lain dan beriman dan bertaqwa kepada Allah. Dari sinilah masyarakat Islam dapat digelar sebagai ummatan wasatan (umat pertengahan) dan khairul ummah (umat terbaik).

Tuesday, March 16, 2010

Kesan Lebih Buruk Jika Dibiarkan Penjualan Gajet Seks Di Pasaran Malaysia


Salam kepada semua pengunjung blog ini, dunia sekarang ini banyak pancarobanya kepada semua umat manusia. Baru-baru ini saya terbaca sebuah akhbar tempatan mengenai gajet seks yang dijual di pasaran Malaysia secara terbuka. Mulanya saya tidak tahu lagi maksud gajet seks itu, bila dibaca artikel surat khabar tersebut, baru faham apa maksud gajet seks. Maksud gajet seks adalah peralatan-peralatan seks yang digunakan untuk mencari kepuasan seks ataupun alat yang boleh meningkatkan nafsu seks seseorang.

Menurut hemat saya, pihak berwajib perlu lebih tegas dalam masalah penjualan barang-barang gajet seks ini, kerana ia akan membawa masyarakat Negara ini kearah zina secara tidak langsung sepertimana berlakunya di Negara-negara Eropah. Malah hal ini lebih berbahaya kepada muda-mudi yang tidak mengenal larangan dan halangan Islam terhadap perkara ini, yang mereka tahu ialah memenuhi tuntutan nafsu mereka. Saya kuatir, penjualan gajet seks, boleh meningkatkan lagi masalah keruntuhan akhlak muda-mudi sekarang ini, sepertimana masalah yang dihadapi, ialah penyalah gunaan dadah, seks bebas, buang anak, rempit, melepak, gangster dan sebagainya. Sepatutnya masalah ini diambil serius oleh pihak-pihak tertentu untuk membendung masalah ini. Jangan dibiarkan ianya merebak, nanti buruk padahnya kepada masyarakat Islam Negara ini. Daripada melakukan seks bebas sehingga mengandung, mereka juga melakukan kesalahan buang anak untuk menutup malu dan menyembunyikan kesalahan mereka. Kes cabul atau rogol berlaku dalam masyarakat Malaysia sekarang ini sehingga kanak-kanak bawah 10 tahun sanggup dirogol oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Setelah rogol kanak-kanak tersebut mereka bunuh dengan kejam sekali sepertimana berlaku kepada adik Nurin Jazlin yang dibunuh dengan kejam sekali.

Mungkin setengah pihak menganggap perlu adanya gajet seks untuk membendung masalah seks bebas, kerana seseorang yang mempunyai gajet seks boleh melaksanakan keinginan seksnya dengan sendirinya tanpa mencari pasangannya. Bagi saya, ini bukan cara untuk membendung masalah seks bebas, malah, cara ini akan memberikan kesan yang buruk kepada rakyat Negara ini. Jelas terbukti masalah seks bebas ini tidak dapat dibendung dengan cara-cara yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh ilmu. Semakin hari semakin kedengaran di akhbar dan saluran TV tentang masalah pengguguran, buang anak, bunuh anak dan sebagainya. Semakin hari semakin parah dan susah untuk diubatinya lagi.

Kesimpulan saya, hanya pendidikan Islam dan penghayatan Islam sahajalah yang dapat membendung masalah ini dengan lebih berkesan. Alasan saya, pendidikan Islam adalah didikan yang diturunkan dari Allah dan Dia sahaja yang tahu tips atau kaedah untuk membendung masalah umat ini. Pada zaman rasulullah terbukti berkesan segala teknik yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad saw melalui Malaikat Jibril sangat berkesan dan berupaya merubah dunia ini dari kegelapan jahiliah kepada sinar nur iman dan Islam. Belum terbukti lagi ilmu lain dari pendidikan Islam dan penghayatan Islam dapat menangani masalah keruntuhan akhlak manusia sekarang ini. Pendidikan Barat tidak berkesan kerana mereka hanya memandang dari satu sudut sahaja untuk membendung masalah ini dengan cara, menyedia gajet seks, rumah asuhan perempuan yang mengandung anak luar nikah, rumah anak luar nikah, kondom di jual berleluasa, sekolah dicampur, pendidikan seks diajar di sekolah-sekolah atau IPT dan banyak lagi cadangan mereka, tetapi semuanya tidak berkesan dan masalah ini semakin parah dan teruk lagi.

Akhir sekali, pihak yang berwajib perlu mengambil berat masalah penjualan gajet seks ini, kerana ia membahayakan lagi generasi muda kita, kemungkinan mereka akan lebih mengetahui dan lebih berkeinginan seks disebabkan oleh gajet seks ini. Lumrah sikap manusia sentiasa inginkan yang baru dan sentiasa mencari pengalaman baru dalam diri mereka. Jika tidak dibekali dengan iman dan Islam, maka rosaklah mereka dengan melakukan berbagai maksiat tanpa mengetahui dosa dan pahala. Jadikanlah Islam itu sebagai ikutan bagi semua masyarakat Islam di Malaysia yang tercinta ini, kerana Islamlah agama yang mampu merungkai kekusutan masalah sosial. Sebagai ibu bapa perlulah sentiasa memantau anak-anak mereka supaya tidak terjebak dalam lembah maksiat dan dosa besar ini, peranan ibu bapa sangat penting dalam pendidikan anak-anak. Hal ini akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti kepada semua ibu bapa. Firman Allah yang bermaksud :

“Wahai orang-orang yang beriman jauhkan diri kamu dan keluarga kamu dari azab api neraka Allah”.

Monday, March 15, 2010

Air Mata Keinsafan Orang Beriman


Airmata Keinsafan. Panglima Romawi yang Bertaubat Kesabaran Imam Al-Baqir dan Taubat Orang Nasrani Taubat Seorang Wanita Buta Taubat Lelaki yang Sibuk Taubat Para Wali Panglima Romawi yang Bertaubat

Terjadinya peperangan Yarmuk, salah seorang panglima Romawi yang bermana George memanggil Khalid bin Walid. Kedua orang paglima itu saling mendekat sampai kedua kepala kuda mereka saling bertemu. Kepada Khalid, George bertanya: “Wahai Khalid, aku meminta kamu berbicara dengan jujur dan jangan berdusta sedikitpun, kerana Tuhan Yang Maha Mulia tidak pernah berdusta, dan jangan pula kamu menipuku, kerana sesungguhnya orang yang beriman itu tidak akan berdusta di sisi Allah.”


“Tanyalah apa yang ingin engkau tanyakan,” kata Khalid.
“Apakah Allah menurunkan kepada Nabi-Nya Muhammad SAW sebuah pedang dari langit kemudian diberikannya kepadamu sehingga jika kamu pakai pedang itu untuk berperang, pasti kamu akan menang?”

“Tidak!” Jawab Khalid.

“Apakah sebabnya kamu digelar dengan Saifullah (Pedang Allah)?” Tanya George.

Khalid menjawab: “Ketika Allah SWT mengutus Nabi Muhammad SAW, seluruh kaumnya sangat memusuhinya termasuk juga aku, aku adalah orang yang paling membencinya. Setelah Allah SWT memberikan hidayah-Nya kepadaku, maka aku pun masuk Islam. Ketika aku masuk Islam Rasulullah SAW menerimaku dan memberi gelaran kepadaku “Saifullah” (pedang Allah).”

“Jadi tujuan kamu berperang ini untuk apa?” Tanya George.

“Kami ingin mengajak kamu supaya bersaksi bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu adalah utusan Allah dan kami juga ingin mengajak kamu untuk mempercayai bahawa segala apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW itu adalah benar.” Jawab Khalid.

George bertanya: “Apakah hukumannya bila orang itu tidak mahu menerimanya?”

Jawab Khalid: “Hukumannya adalah harus membayar jizyah, maka kami tidak akan memeranginya.”

“Bagaimana kalau mereka tidak mahu membayar?” Tanya George.

“Kami akan mengumumkan perang kepadanya,” kata Khalid bin Walid.

George bertanya: “Bagaimanakah kedudukannya jika orang masuk Islam pada hari ini?”

Khalid menjawab: “Di hadapan Allah SWT, kita akan sama semuanya, baik dia orang yang kuat, orang yang lemah, yang dahulu mahupun yang kemudian masuk Islam.”

“Apakah orang dahulu masuk Islam kedudukannya akan sama dengan orang yang baru masuk?” Tanya George.

Khalid menjawab: “Orang yang datang kemudian akan lebih tinggi kedudukannya dari orang yang terdahulu, sebab kami yang terlebih dahulu masuk Islam, menerima Islam itu ketika Rasulullah SAW masih hidup dan kami dapat menyaksikan turunnya wahyu kepada baginda. Sedangkan orang yang masuk Islam kemudian tidak menyaksikan apa yang telah kami saksikan. Oleh kerana itu siapa saja yang masuk Islam yang datang terakhir maka dia akan lebih mulia kedudukannya, sebab dia masuk Islam tanpa menyaksikan bukti-bukti yang lebih meyakinkannya terlebih dahulu.”

George bertanya: “Apakah yang kamu katakan itu benar?”

“Demi Allah, sesungguhnya apa yang aku katakan itu adalah benar,”jawab Khalid.

George berkata: “Kalau begitu aku akan percaya kepada apa yang kamu katakan itu, mulai saat ini aku bertaubat untuk tidak lagi memusuhi Islam dan aku menyatakan diri masuk ke dalam agama Islam, wahai Khalid tolonglah ajarkan aku tentang Islam.”

Lalu Khalid bin Walid membawa George ke dalam khemahnya, kemudian menuangkan air ke dalam timba untuk menyuruh George bersuci dan mengerjakan solat dua rakaat. Ketika Khalid bersama dengan George masuk ke dalam khemah, maka tentera Romawi mengadakan serangan besar-besaran terhadap pertahanan umat Islam. Setelah selesai mengerjakan solat, maka Khalid bin Walid bersama dengan George dan kaum Muslimin lainnya meneruskan peperangan sampai matahari terbenam dan di saat itu kaum Muslimin mengerjakan solat Zohor dan Asar dengan isyarat sahaja.

Dalam pertempuran itu, George yang telah bergabung dengan barisan kaum Muslimin itu terbunuh, dan dia hanya baru mengerjakan solat dua rakaat bersama dengan Khalid bin Walid. Walaupun demikian, ia telah menyatakan keIslamannya dan berjanji untuk tidak akan kembali lagi kepada agama lamanya. Semoga Allah menempatkan George ke dalam golongan orang-orang yang mati syahid. Amin.

Kesabaran Imam Al-Baqir dan Taubat Orang Nasrani Seorang Nasrani bermaksud mengejek-ejek Imam Muhammad bin Ali bin Husain yang digelar orang dengan panggilan “Al-Baqir” (yang luas pentahuannya). Orang Nasrani itu berkata kepadanya: “Engkau adalah baqar (lembu).” Maka Imam Baqir menjawab dengan penuh kelembutan: “Bukan, tetapi saya adalah Al-Baqir.” Orang Nasrani tersebut tidak menghiraukan jawapan itu. Selanjutnya ia berkata: “Engkau adalah anak seorang tukang masak. Engkau adalah anak seorang wanita hitam yang mulutnya berbau busuk.” Al-Baqir menjawab: “Seandainya engkau benar, maka aku doakan semoga wanita itu diampuni oleh Allah, dan jika engkau bohong, maka aku doakan semoga Allah mengampunimu.”

Ternyata sikap lemah-lembut dan pemaaf yang dimiliki oleh Imam Muhammad bin Ali bin Husain itu telah menimbulkan rasa kagum pada diri orang Nasrani tersebut, sehingga akhirnya diapun bertaubat untuk tidak mengulangi lagi perangai buruknya itu dan menyatakan dirinya masuk ke dalam agama Islam.

Taubat Seorang Wanita Buta Saleh Al-Muri bercerita, bahawa dia pernah melihat seorang perempuan tua memakai baju kasar di Mihrab Daud Alaihissalam. Perempuan yang telah buta matanya itu sedang mengerjakan solat sambil menangis terisak-isak. Setelah selesai solat dia mengangkat wajahnya ke langit dan berdoa: “Wahai Tuhan Engkaulah tempatku memohon dan Pelindungku dalam hidup. Engkaulah penjamin dan pembimbingku dalam mati. Wahai Yang Maha Mengetahui perkara yang tersembunyi dan rahsia, serta setiap getaran batin tidak ada Raja bagiku selain Engkau yang kuharap dapat mengelak bencana yang dahsyat.” Saleh Al-Muri memberi salam kepada perempuan tersebut dan bertanya: “Wahai puan! Apa yang menyebabkan hilangnya penglihatanmu?” “Tangisku yang disebabkan sedihnya hatiku kerana terlalu banyaknya maksiatku kepada-Nya, dan terlalu sedikitnya ingatan dan pengabdianku kepada-Nya. Jika Dia mengampunkan aku dan menggantinya di akhirat nanti, adalah lebih baik dari kedua-dua mataku ini. Jika Dia tidak mengampunkan aku, buat apa mata di dunia tetapi akan dibakar di nereka nanti.” Kata perempuan tua itu.

Saleh pun ikut menangis kerana sangat terharu mendengar hujjah wanita yang menggerunkan itu. “Wahai Saleh! Sudikah kiranya engkau membacakan sesuatu dari ayat Al-Quran untukku. Kerana aku sudah sangat rindu kepadanya.” Pinta perempuan itu. Lalu Saleh membacakan ayat yang ertinya: “Dan mereka tidak menghormati Allah dengan penghormatan yang semestinya.” (Al-An’am: 91)


“Wahai Saleh, siapakah yang berkhidmat kepada-Nya dengan sebenarnya?” Kata perempuan itu lalu menjerit kuat-kuat dengan jeritan yang boleh menggoncangkan hati orang yang mendengarnya. Dia jatuh ke bumi dan meninggal dunia seketika itu juga. Pada suatu malam Saleh Al-Muri bermimpi berjumpa dengan perempuan tua itu dalam keadaan memakai baju yang sangat bagus. Dalam mimpi tersebut Saleh bertanya: “Bagaimana keadaanmu sekarang?”

Perempuan itu menjawab: “Sebaik saja rohku dicabut, aku didudukkan di hadapan-Nya dan berkata: “Selamat datang wahai orang yang mati akibat terlalu sedih kerana merasa sedikitnya khidmatnya kepada-Ku.”

Taubat Lelaki yang Sibuk Diceritakan bahawa ada seseorang menceritakan kepada Hasan Al-Basri: “Wahai Abu Said! Di sini ada seorang lelaki yang tidak mahu berkumpul dengan orang ramai. Dia sentiasa duduk sendirian saja.” Hasan pergi kepada orang yang dimaksudkan itu dan berkata: “Wahai hamba Allah! Aku melihat engkau suka duduk menyendiri saja. Mengapa engkau tidak suka bergaul dengan orang ramai?” “Ada suatu perkara yang telah menyibukkan aku dari berkumpul dengan manusia.” Sekurang-kurangnya engkau pergi kepada lelaki yang dipanggil sebagai Hasan Al-Basri dan duduk di majlis ilmunya.” kata Hasan lagi.

“Ada satu perkara yang mencegah aku dari berkumpul dengan manusia termasuk Hasan Al-Basri.” Kata lelaki itu.

“Semoga Allah merahmatimu. Apakah gerangan yang sentiasa menyibukkan engkau?”

“Aku setiap hari tersepit di antara nikmat dan dosa. Maka setiap hari diriku sibuk mensyukuri nikmat-nikmat Allah dan sibuk bertaubat atas dosa-dosa tersebut.” Jawab lelaki itu.

“Wahai hamba Allah! Kalau begitu engkau lebih alim dari Hasan Al-Basri. Maka kekalkanlah amalan yang telah engkau lakukan.” Kata Hasan Al-Basri.

Taubat Para Wali Zun Nun Al-Misri mendengar bahawa ada seorang yang sangat alim dan zuhud, maka pergilah dia ke sana untuk belajar. Sesampainya di sana dia menjumpai seorang lelaki menggantungkan dirinya pada sebatang pokok dengan kepala ke bawah. Orang itu berkata: “Wahai diri! Tolonglah aku dalam mentaati Allah. Kalau tidak nescaya aku akan hukum engkau dalam keadaan seperti ini sampai engkau mati kelaparan.” Zun Nun mendekati orang itu lalu memberi salam dan dia menjawab.

“Apa yang telah terjadi dengan engkau ini?” Tanya Zun Nun.

“Tubuhku ini telah menghalangi aku untuk berseronok dengan Allah, kerana ingin bersuka-suka dengan manusia.” Jawab orang itu.

Dengan jawapan itu, Zun Nun menyangka bahawa orang itu telah menumpahkan darah sesama Muslim atau telah berbuat dosa besar lainnya.

“Apa yang telah engkau lakukan?” Tanya Zun Nun.

“Tahukah engkau bahawa jika seseorang itu bercampur baur dengan orang lain, banyak perkara yang boleh berlaku?”

“Kalau begitu, engkau ini betul-betul orang warak dan alim,” kata Zun Nun.

“Mahukah aku tunjukkan kamu orang yang lebih alim dariku?” kata orang itu.

“Boleh juga,” kata Zun Nun.

“Nah, sekarang pergilah engkau agak ke atas bukit ini. Insya Allah, engkau akan berjumpa dengan wali Allah yang saya maksudkan itu,” kata lelaki itu.

Maka segeralah Zun Nun mendaki agak sedikit ke atas lagi sehingga akhirnya ia berjumpa dengan satu tempat pertapaan yang di dalamnya ada seorang pemuda sedang duduk bersila, sementara di hadapan pintu pertapaan itu ada sebelah kaki yang terpotong membusuk dan dimakan ulat. Zun Nun sangat ngeri dan tidak faham apa yang dilihatnya itu. Maka diapun bertanya kepada pemuda tersebut apa ertinya semuanya itu.

Pemuda itu menerangkan bahawa pada suatu hari dia sedang duduk di dalam beribadahnya, tiba-tiba ada seorang perempuan yang melintas di luar. Apabila dia terpandang kepadanya, timbul keinginannya kepada wanita cantik itu dan cuba untuk mengejarnya dari belakang. Akan tetapi, baru saja dia melangkahkan sebelah kakinya ke luar dari tempatnya, tiba-tiba dia mendengar suara: “Wahai manusia, apakah engkau tidak merasa malu? Setelah tiga puluh tahun engkau menghadapkan hati kepada Tuhan, tiba-tiba sekarang engkau telah mahu ditipu oleh syaitan dan akan mengejar perempuan jahat itu.”

Disebabkan kerana kesalahannya itulah, pemuda itu telah memotong sebelah kakinya yang telah terlanjur keluar dari tempat ibadahnya.

“Jadi aku ini sebenarnya orang berdosa,” kata lelaki itu. “Maka dari itu engkau tidak patut menemuiku yang sedang dalam penantian keputusan ini. Jika engkau ingin menjumpai seorang yang betul-betul wali, pergilah engkau ke puncak bukit ini.”

Sayang puncak bukit tersebut terlalu tinggi dan sukar untuk didaki sehingga Zun Nun tidak sanggup mencapainya. Sebaliknya dia hanya mendengarkan saja cerita si pertapa dari orang-orang yang mengetahuinya. Katanya ada seorang lelaki yang telah bertahun-tahun mengabdikan dirinya kepada Allah. Dia telah bersumpah untuk tidak makan selain dari usahanya sendiri dan tidak akan makan makanan yang telah diproses. Dengan izin Allah, sekumpulan lebah telah membuat sarang di dekat tempat ibadahnya, dengan madu lebah itulah wali tersebut mengalas perutnya.

Sunday, March 14, 2010

Adab Atau Akhlak Seorang Muslim



Tafsir Surah An-Nisa' ayat 86


Ulama-ulama tafsir berselisih pendapat berhubung dengan maksud syafaat. Mujahid, al-Hasan, Ibnu Zaid dan lain-lain berkata yang dimaksudkan dengan syafaat itu ialah menolong dalam menunaikan hajat-hajat mereka.

Setengah ulama berkata yang dimaksudkan syafaat yang baik itu ialah melakukan kebajikan dan taat, manakala syafaat yang jahat itu ialah mengerjakan maksiat.

Sesiapa menolong dalam perkara kebaikan, pahala diberi kepadanya sebaliknya sesiapa yang mengerjakan kejahatan dia akan menerima akibat buruk (dosa) dari perbuatannya.

Setengah ulama' berpendapat syafaat juga dimaksudkan dengan doa yang baik kepada saudara-saudara seIslam terutamanya doa yang dilakukan secara sembunyi tanpa siapapun mengetahuinya melainkan Allah. Doa yang disebut di dalam hadith Nabi S.A.W. yang bermaksud :

"Sesiapa yang berdoa ditempat yang sunyi nescaya diperkenankan baginya dan malaikat mengaminkannya dan dia mendapat pahala sepertinya."

Begitu juga sesiapa yang berdoa supaya ditimpa kesusahan ke atas saudaranya yang baik sebagaimana perangai orang-orang Yahudi yang mendoakan kejahatan ke atas orang-orang yang beriman maka dia akan menerima dosa daripada perbuatannya walaupun dengan doa sahaja.

Termasuklah mereka yang berdoa untuk menentang Islam. Sesiapa yang berdoa supaya ditimpa kecelakaan terhadap orang-orang yang menegakkan Islam (sebagaimana yang berlaku di kalangan ahli kitab Yahudi dan ulama-ulama jahat), dia akan menerima padah dari perbuatan jahatnya itu. Firman Allah yang bermaksud:

"Dan (ingatlah) Allah amat berkuasa atas tiap-tiap sesuatu." (Surah an-Nisa': 85)

Seterusnya Allah mengajar orang-orang yang beriman dengan suatu adab yang baik iaitulah adab pergaulan sesama mereka dengan firman-Nya yang bermaksud :

"Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam) maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung akan tiap-tiap sesuatu." (Surah an-Nisa': 86)

Pendapat yang lebih kuat - yang dimaksudkan dengan hormat di sini ialah memberi salam walaupun ada ulama yang menjelaskan bahawa termasuk dalam ayat ini Tasymitul 'Atisy (berzikir ketika seseorang bersin) dan membalas orang yang 'Musyamit'.

Ertinya apabila seseorang itu bersin, dia berkata 'al-hamdulillah' dan yang berada di sisinya menjawab 'Yarhamukallah'. Ini adalah diantara perkara yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. tetapi yang lebih kuat dimaksudkan ayat ini ialah memberi salam.

Menjadi ijma' di kalangan para ulama bahawa memulakan salam itu disunatkan dan sangat digalakkan manakala menjawab salam diwajibkan. Firman Allah yang bermaksud:

"Dan apabila kamu diberi hormat dengan suatu penghormatan (salam) maka kamu hendaklah menghormatinya (menjawab salam itu)." (Surah an-Nisa': 86)

Ulama' berkhilaf dalam masalah sama ada menjawab salam itu wajib kifayah atau fadhu ain. Di sisi Imam Malik dan Imam Syafie, menjawab salam itu menjadi fardhu kifayah (wajib secara umum). Sekiranya ada orang yang menjawab salam di kalangan kumpulan yang ramai maka lepaslah tanggungjawab yang lain (yang tidak menjawab salam di kalangan mereka).

Saturday, March 13, 2010

Perkara Yang Mebatalkan Akidah, Tauhid Ataupun Iman




Salam perjuangan dan salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini. Artikel kali ini adalah daripada permintaan seorang pengunjung blog ini yang meminta saya menyediakan satu artikel yang berkaitan perkara-perkara yang membatalkan akidah. Maaflah di atas ringkasan yang saya buat ini jika ia mengalami kekurangan dan kecacatan. Sebenarnya saya sibuk sikit sebab hari ini ada kenduri sepupu kahwin. Jadi artikel ini saya ceduk dari blog saya yang dah lama dahulu. Blog lama saya tak boleh digunakan lagi sebab mengalami masalah dan rosak. Puncanya dari pertukaran domain free kepada domain berbayar. Tetapi segala usaha saya tak menjadi, hilanglah sikit duit beli domain tu. Saya redhokan sahaja masalah itu sebab ini adalah ujian Allah kepada saya untuk menguji saya dalam usaha menyampaikan dakwah ini. Mungkin dalam minggu ini sibuklah sikit, kerana saya terpaksa menghadiri kursus KPLI di Kuala Lumpur. Jika diizinkan Allah dan ada masa saya akan update blog ini.




Fokus kepada perbincang kali ini ialah berkaitan dengan perkara-perkara yang membatalkan iman atau akidah ada lapan perkara seperti berikut :
  1. Syirik iaitu mempersekutukan Allah dari sudut ibadah, sudut perbuatan pekerjaan atau pekerjaan harian.

  2. Seseorang itu tidak mengkafirkan orang musyrik atau membenarkan kekufuran mereka dan kefahaman mereka. Maka dengan hal ini ia telah kafir.

  3. Mempunyai keyakinan bahawa ada petunjuk lain daripada petunjuk Nabi saw. berkeyakinan bahawa hukuman yang lain daripada hukuman Nabi saw adalah lebih baik. Sepertimana mereka mengutamakan hukuman lain daripada hukuman yang telah ditetapkan Islam.

  4. Menginkari setiap perkara yang telah ditetapkan oleh Rasulullah saw sebagai syariat walaupun ia mengamalkannya. Dengan melakukan demikian ia telah menjadi kafir.

  5. Sihir, ilmu yang berkaitan perbuatan secara halus melalui pertolongan makhluk ghaib, iaitu dengan bantuan syaitan atau jin bertujuan memudharatkan atau mengelirukan manusia.

  6. Membantu orang kafir memerangi kaum muslimin.

  7. Berkeyakinan bahawa sebahagian individu tidak perlu mengikuti syariat Muhammad saw.

  8. Berpaling atau keluar daripada agama Allah atau perkara-perkara yang menjadi syarat sah sebagai muslim tanpa mempelajarinya dan tanpa melaksanakan ajarannya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG