PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Thursday, September 30, 2010

AWAS Perangkap Anak-anak Perempuan Islam


Dr. Rubiah adalah pensyarah part-time di UM, UiTM, UKM dan OUM serta amat bergiat aktif dalam pergerakkan NGO Islam, disamping itu juga beliau merupakan motivator yang sering diundang dalam menyampaikan ceramah motivasinya di sekolah-sekolah dan institusi lain. Di sini, saya ingin berkongsi dengan anda sedikit maklumat yang disampaikan oleh Dr. Rubiah mengenai isu yang sedang hangat diperkatakan, iaitu isu "Murtad" dan "Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan"

Perancangan

Berdasarkan penyelidikan beliau serta anggota NGO Islam yang lain, pihak-pihak yang memusuhi Islam, terutamanya pihak Kristian telah lama membuat perancangan rapi untuk menjadikan remaja-remaja Islam sebagai sasaran untuk dikristiankan. Umumnya, kita mengetahui bahawa mereka telah berjaya menjadikan"Dunia Hiburan" dan "Dunia Sukan" sebagai senjata untuk menjauhkan remaja-remaja kita dari agama Islam. Namun, satu pendedahan yang dibuat oleh Dr. Rubiah mengenai "Perangkap" yang digunakan oleh pihak kristian ini amat membimbangkan kami yang hadir semua. Berikut adalah kronologi bagaimana mereka memerangkap anak-anak gadis kita untuk dijadikan mangsa.MEMIKAT

Untuk makluman semua, pertubuhan-pertubuhan kristian telah bersepakat untuk memberi satu bentuk skim galakan kepada para jejaka kristian serta diberi tunjuk-ajar mengenai teknik untuk memikat gadis-gadis melayu Islam untuk dijadikan pasangan mereka. Berbagai-bagai teknik memikat akan digunakan dan ia bergantung kepada latar belakang gadis yang disasarkan. Tapi, apa yang membimbangkan kami semua adalah, sasaran utama mereka kini adalah gadis-gadis bertudung labuh yang berpendidikan agama. Teknik yang mereka gunakan adalah lebih kurang sama sahaja. Pada peringkat awal mereka akan mencari jalan untuk berkenalan dengan anak-anak gadis kita, samada melalui hubungan kerja, hubungan sesama pelajar mahu pun hubungan jiran tetangga. Kemudian, mereka akan berlakon seolah-olahnya mereka telah tertarik dengan kesopanan, cara berpakaian serta kelembuatan tingkah laku anak-anak gadis kita ini. Antara ungkapan yang sering digunakan adakah "Adakah semua anak-anak gadis melayu begitu ayu dan sopan?", "Di dalam masyarakat saya, tidak pernah saya bergaul dengan gadis yang begitu berakhlak", "Saya tertarik dengan tingkah laku awak". "Saya ingin mengenali awak dan agama awak dengan lebih dekat lagi" Biasanya, anak-anak gadis yang berpendidikan agama kita ini akan terbuka hatinya untuk menerima kehadiran jejaka kristian ini apabila si jejaka mula menyatakan keinginan untuk mengenali agama Islam dengan lebih dekat lagi.PERANGKAP

Apabila si jejaka merasakan anak gadis kita telah menerima kehadiran mereka, mereka akan menjalinkan persahabatan mereka dengan jujur, ikhlas, bersopan dan begitu "gentleman" sekali. Mereka akan ke perpustakaan, minum serta beriadah bersama dengan rakan-rakan yang lain. Pendek kata, sepanjang persabatan mereka, cubaan "ringan-ringan" pun tidak ada. Tetapi AWAS, para ibubapa. Satelah kian lama bersama serta mendapati sigadis telah mula ada perasaan cinta, si jejaka akan menunggu dengan sabarnya ketika untuk memulakan "langkah sebenarnya" yang pertama. Apabila si gadis didapatinya mula terleka, mereka akan digambarkan seolah-olah mereka terbawa-bawa oleh perasan cinta sehingga si gadis TerNODA. Ketika inilah, perangkap mereka sudah mula mengena.DILEMA

Perlakuan noda ini boleh berlaku mungkin sekali, dua, tiga atau seterusnya. Sebab bagi si jejaka, perangkapnya hanya dikira benar-benar mengena apabila si gadis didapati berbadan dua. Pada ketika ini, si jejaka akan menunjukkan kekesalannya yang tidak terhingga. Si jejaka kononnya akan bertanggungjawap di atas perbuatan mereka seraya berkata "Agama kita melarang kita menggugurkannya, maka terpaksa kita berkahwin, tetapi kita berlainan agama" Seterusnya kata si jejaka "Kalau kita ingin berkahwin secara Islam, saya sanggup memeluk Islam, tetapi kita terpaksa berhadapan dengan dua perkara. Pertama, mengikut hukum Islam, kita boleh dikenakan 100 sebatan sebagai balasan dosa. Kedua, masyarakat Islam akan mencemuh dan meminggirkan kita kerana mempunyai anak di luar nikah yang kita hasilkan bersama. Kita akan berasa amat malu, lebih-lebih lagi awak yang berpendidikan agama. Sanggup kah kita? Saya rasa, saya tidak sanggup menghadapinya" Kata si jejaka lagi "Kalau kita berkahwin secara agama saya, awak hanya perlu untuk menukar agama, dan kita akan terlepas dari dua seksa. Pertama, mengikut agama saya, kita hanya perlu untuk membuat pengakuan di hadapan paderi di gereja untuk menghapuskan segala dosa. Kedua, masyarakat agama saya akan menganggap anak kita ini senasib dengan Jesus (Nabi Isa) yang dilahirkan tanpa bapa. Mereka juga akan menganggap awak senasib dengan Mary (Mariam) yang melahirkan Nabi Isa. Maka, kita pasti tidak akan dipersia. Saya rasa ini option terbaik buat kita" Untuk makluman semua, mereka hanya merancang agar anak jejaka mereka memikat anak gadis kita. Tetapi mereka tidak akan mencuba agar anak gadis mereka untuk mendampingi anak jejaka kita kerana mereka sedar bahawa perangkap mereka yang ini tidak akan mengena.MURTAD

Mengikut penyelidikan Dr. Rubiah serta rakan-rakan dalam NGO Islam yang lain, amat ramai gadis-gadis melayu Islam yang memilih option kedua walaupun ada segelintir yang berjaya diselamatkan dan terpaksa disembunyikan demi maruah agama & bangsa. Mereka seterusnya mengemukakan permohonan untuk menukar agama (murtad) di pejabat agama. Namun Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan menjadi penghalang utama rancangan mereka.

Menurut Dr. Rubiah lagi, pihak IFC (Inter-Faith Council) telah berjaya mendapat 2 juta tanda tangan sokongan agar Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan ini dapat dipinda. Tetapi katanya lagi, untuk mendapatkan 1 juta tanda tangan umat melayu Islam bagi menghalang usaha mereka, adalah sesuatu yang teramat seksa. Ramai yang terlalu merasa curiga dengan alasan mereka khuatir tanda tangan mereka akan disalahgunakan untuk menyatakan sokongan atau bantahan terhadap usaha yang lain pula. Alasan demi alasan diterima???hinggalah satu masa nanti saudara mara terdekat kita tiba-tiba menjadi sebahagian dari statistik puluhan ribu mangsa.

Adalah diharap, satelah perhimpunan di Masjid Wilayah, Ahad yang lalu (23/07/06), lebih 2 juta tanda tangan telah berjaya diterima. Dimanakah semangat kita? Kita belum lagi diperlukan untuk mengangkat senjata. Maka, marilah kita bersama-sama berusaha dan mengembeling tenaga agar gejala ini tidak terus melanda agama dan negara. Doa adalah senjata para mukmin". Satelah kita berusaha, marilah kita bersama-sama berdoa agar anak-anak gadis kita akan terhindar dari menjadi mangsa. Doa juga dipanjatkan agar umat Islam di Palestin, di Lubnan, di Iraq dan seluruh dunia dihindari dari segala bencana.

Petikan : Pesatuan Pengguna Islam Malaysia

Wednesday, September 29, 2010

Zakat Pendapatan Wajib


Salam bahagia dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog ini. Segala puji bagi Allah yang menjadikan sekelian alam. Selawat dan salam kepada Nabi junjungan Muhammad saw dengan berkat perjuangan beliau menyampaikan dakwah sehingga Islam dapat dinikmati sehingga sekarang ini. Saya doakan kepada semua pengunjung blog ini berada dalam keadaan sihat dan bersemangat menjalankan segala aktiviti anda semua. Sejak kebelakangan ini saya terlalu sibuk dengan tugas-tugas utama sebagai guru agama, kakitangan awam, ketua keluarga dan sebagainya. Alhamdulillah setelah habis dari pemantauan P&P saya mempunyai sedikit masa lapang untuk menyiapkan satu artikel yang berkaitan dengan zakat pendapatan. Untuk menyediakan artikel ini adalah disebabkan cadangan seorang pengunjung blog ini supaya saya dapat menyediakan artikel zakat pendapatan sebagai rujukan semua.

Takrif zakat pendapatan ialah harta pendapatan dari semua jenis upah, imbuhan, bayaran atau hasil yang diperolehi daripada kerja atau usaha yang dilakukan sama ada secara tetap atau sekali sekali.

Zakat pendapatan memang tidak dinyatakan dalam mana-mana kitab Fiqh yang muktabar dahulu. Sebab itulah berlaku pertikaian dari kalangan umat Islam sekarang ini dengan mengatakan bahawa zakat pendapatan ini sahaja diada-adakan dan tidak perlu dibayar sebab dalam kitab-kitab terdahulu tidak ada. Tapi kita semua kena sedar bahawa sumber perundangan Islam itu ada empat bahagian iaitu Al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qiyas. Apa-apa yang telah ditentukan oleh para ulamak dengan ijtihadnya dan fatwanya telah digezetkan, maka umat Islam semua wajib mengikutnya sebagai tanda mematuhi syariat Islam. Kalau nak bicarakan tentang hal bagaimana dan siapa yang layak ijtihad atau mengeluarkan fatwa perlulah dibincangkan dalam artikel lain sebab ini melihatkan usul fiqh.

Di antara pendapat ulamak yang mutakhirin yang mewajibkan zakat pendapatan ialah Prof. Dr. Yusof Qardhawi, Dr. Hussein Shahatah dan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan. Zakat pendapatan juga pernah dilaksanakan pada zaman pemerintahan khalifah Umar Abdul Aziz, beliau telah memungut zakat pendapatan dari angkatan tentera dan kakitangannya yang bergaji.

Alasan rasional tentang kewajipan zakat pendapatan berdasarkan pendapat ulamak yang mengatakan bahawa para petani dikenakan zakat pertanian dari hasil pendapatan mereka yang bertani. Ini juga menunjukkan bahawa orang yang mempunyai pendapatan seperti makan gaji, upahan, bonus, elaun, pencen dan sebagainya juga dikira sebagai pendapatan dari hasil kerjanya, maka dari itu diwajibkan zakat pendapatan keatas mereka yang mempunyai pendapatan dari hasil pekerjaan mereka. Firman Allah yang bermaksud :


“Wahai orang-orang Yang beriman! belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu Yang baik-baik, dan sebahagian dari apa Yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. dan janganlah kamu sengaja memilih Yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil Yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali Dengan memejamkan mata padanya. dan ketahuilah, Sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji.” (Al-Baqarah : 267)

Sistem kewangan Islam semasa pemerintahan Islam dahulu menggunakan matawang dinar dan dirham sebagai urusan muamalah atau jual beli. Matawang dinar dibuat dari emas dan matawang dirham dibuat dari perak, jika kedua-dua matawang ini cukup haulnya selama setahun (mengikut tahun Hijrah), maka ia dikenakan zakat. Setelah keruntuhan pemerintahan Islam, matawang digantikan dengan duit kertas atau sebagainya dan nilai dinar atau dirham itu dinilai mengikut matawang kertas. Maka ia juga perlu dizakatkan mengikut apa yang telah ditetapkan, Hadis Nabi saw yang bermaksud :

”Jika kamu memiliki 200 dirham dan genap haulnya maka di dalamnya (zakat) 5 dirham, dan tidak taqwa ke atas kamu sesuatu iaitu di dalam emas, sehingga kamu memiliki 20 dinar. Apabila kamu memiliki 20 dinar dan genap haulnya, maka di dalamnya (zakat) setengah dinar.” (Riwayat Abu Daud)

Jenis-Jenis Harta Pendapatan

Penggajian dan Upah Kerja

Semua pendapatan secara gaji, upah, ganjaran, imbuhan dan sebgainya ang diperolehi oleh pekerja daripada majikan, hasil daripada usaha atau pekerjaan yang dilakukan untuk majikannya, sama ada semasa berkhidmat, selepas berkhidmat (pencen) atau selepas kematian. Contoh :

  1. Gaji, upah, bonus, tuntukan kerja lebih masa, gratuiti, pampasan, pencen, hadiah , anugerah & insentif, hasil ESOS (Skim pilihan sahan pekerja) dan sebagainya.

  2. Apa-apa hasil yang diperolehi dengan sebab pekerjaan atau penggajian.

Zakat Harta Kerja Bebas

Semua pendapatan secara upah, bayaran, imbuhan , royalti, komisyen dan sebagainya yang diperolehi hasil daripada usaha dalam bentuk kerja bebas atau perkhidmatan profesional. Contoh :

  1. Bayaran perkhidmatan konsultansi profesional seperti peguam, arkitek, doktor klinik atau hospital swasta dan sebagainya.

  2. Bayaran projek yang diterima oleh kontraktor dan keuntungan projek bermusim.

  3. Komisyen dan residual income pendapatan dari jualan insurans, takaful, unit trust, brokeraj dan seumpamanya.

  4. Bayaran royalti atau komisyen yang diterima hasl penulisan, penerbitan, aktiviti seni dan sebagainya.

Zakat Harta al-Mustaghallat

Semua pendapatan yang diperolehi daripada harta yang tidak diwajibkan zakat tetapi mendatangkan pulangan dengan cara sewaan atau jualan hasilnya. Contoh :

  1. Hasil sewaan rumah, bangunan, kilang, premis, perniagaan dan sebagainya.

  2. Hasil sewaan kenderaan, pengangkutan, peralatan, aset atau sebagainya.

  3. Hasil yang dikeluarkan oleh binatang ternakan seperti susu, telur, madu dan sebagainya yang dijual

Cara Pengiraan Zakat Pendapatan

Ada dua cara pengiraan zakat pendapatan iaitu :

Cara Pertama

Klik pada gambar untuk mendapatkan paparan yang besar

Cara Kedua

Klik pada gambar untuk mendapatkan paparan yang besar


Terpulang kepada pembayar menggunakan cara pertama atau kedua, hal ini tidak menjadi paksaan dan ikut kemampuan masing-masing.

Penutup

Segala penerangan di atas adalah berdasarkan sedikit ilmu yang dimiliki, jika ada kesalahan harap anda semua yang mengetahui dan mempunyai ilmu yang berkaitan dengan zakat menegur saya dalam ruangan komen yang disediakan. Marilah kita semua menunaikan zakat pendapatan yang telah difatwakan wajib keatas kita yang cukup haulnya sepertimana telah ditetapkan oleh pihak yang berwajib. Harta yang tidak dizakatkan adalah bukan dari harta kita dan ia merupakan harta orang lain. Untuk mengetahui penerangan ini dengan lebih lanjut lagi, silalah mengunjungi atau menghibungi pusat zakat negeri masing-masing untuk mengetahui cara kiraan yang telah ditetapkan.

Monday, September 27, 2010

4 Syarat Hidupkan Hati Dengan Al-Quran


Hati yang hidup menggerakkan potensi yang ada pada diri seseorang. Sebaliknya, hati yang mati membunuh segala bakat dan potensi diri. Sesuatu umat hanya boleh dibangunkan dengan menggerakkan potensi dirinya serta mengarahkannya kepada pembangunan.

Dengan pengutusan Rasulullah SAW, segala bakat dan potensi sahabat yang selama ini terpendam digerakkan dengan penghayatan al-Quran. Hati yang hidup adalah hati yang subur dan bersedia untuk mendengar, melihat dan menerima kebenaran.

Hati yang hidup begini mempunyai nur, tenaga dan kekuatan. Ia sentiasa tunduk dan patuh kepada Allah dengan penuh khusyuk, takwa serta kasih dan simpati kepada sesama makhluk.

Hati yang dihidupkan dengan al-Quran bersedia mematuhi segala perintah syarak. Dengan mematuhi segala perintah syarak barulah kehidupan manusia akan sempurna. Bukankah Allah berfirman bermaksud :

"Sesungguhnya al-Quran ini membimbing ke jalan yang lurus (benar)." - Surah al-Isra’, ayat 9

Perkara ini disebutkan juga dalam firman-Nya bermaksud :

"Taha (maknanya hanya diketahui Allah). Kami tidak menurunkan al-Quran kepadamu supaya kamu menjadi susah, tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut kepada Allah; iaitu diturunkan daripada Allah yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi?" - Surah Taha, ayat 1-4

Maka untuk menghidupkan hati dengan al-Quran, kita memerlukan beberapa syarat:

Pertama, al-Quran hendaklah dibaca dengan tenang dan khusyuk, dalam keadaan bersunyi diri (berkhalwah), terutama pada waktu tengah malam atau fajar (Subuh).

Allah berfirman bermaksud :

"Sesungguhnya membaca al-Quran pada waktu fajar (Subuh) itu disaksikan malaikat." - Surah al-Isra’, ayat 78

Kedua, membaca al-Quran dengan pengamatan maknanya seperti yang dijelaskan dalam firman Allah bermaksud :

"Tidakkah mereka merenungi (tadabur) al-Quran itu?" - Surah Muhammad, ayat 24

Pembacaan yang disertai dengan renungan dan pengamatan sedemikian akan membuka pintu hati seseorang untuk menerima kebenaran yang terkandung dalam al-Quran.

Dengan perkataan lain, roh dari alam tinggi (alam Ketuhanan) yang dibawa oleh al-Quran itu akan turun dan meresapi ke dalam hati pembaca al-Quran kemudian ia menghidupkannya.

Dengan itu hati dapat mengenal kebenaran dengan mudah dan mencintainya. Nilai kebenaran dan kebaikan akan tumbuh subur dalam jiwanya. Lantas ia menyukai kedua-keduanya, tetapi membenci dan menentang kebatilan dan kejahatan.

Ketiga, sentiasa bersikap bersedia untuk menerima kebenaran al-Quran sebelum membaca atau mendengarnya.

Manusia sering dikuasai oleh hawa nafsunya. Segala keinginan dunia (hingga membawa kepada kegilaan) adalah dinding (hijab) tebal yang menutup hati seseorang itu sehingga menyebabkan enggan menerima hidayah Allah melalui al-Quran.

Keempat, merealisasikan kehambaan ('ubudiyyah) diri sewaktu membaca al-Quran.

Perasaan ini akan dapat menimbulkan keazaman untuk merealisasikan segala ajaran al-Quran yang dibaca itu dalam kehidupan. Ini semata-mata untuk mendapatkan keredaan Allah.

Dalam perkataan lain, pembacaan yang sedemikian akan menimbulkan keazaman untuk bermujahadah iaitu melawan kemahuan diri yang bertentangan dengan tuntutan ‘ubudiyyah kepada Allah.

Melaksanakan segala perintah Allah yang terkandung dalam al-Quran adalah tafsiran makna ayat yang dibacanya itu di dalam kehidupan.

Untuk memastikan ia terus hidup dan segar, maka hati perlu sentiasa menjalani proses mujahadah (melawan segala kemahuan diri yang bertentangan dengan ajaran Islam).

Hati yang tidak bermujahadah, ertinya hati itu beku dan kotor. Hati yang kotor dan beku menyebabkan seseorang itu tidak ingin melakukan kebaikan, malah ia sentiasa melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Perkara ini dijelaskan dalam hadis Rasulullah SAW bermaksud: "Huzaifah berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda: Fitnah akan melekat di hati manusia bagaikan tikar yang dianyam secara tegak-menegak antara satu sama lain. Mana-mana hati yang dihinggapi oleh fitnah, nescaya akan terlekat padanya bintik-bintik hitam.

"Begitu juga dengan hati yang tidak dihinggapinya, akan terlekat padanya bintik-bintik putih sehinggalah hati itu terbahagi kepada dua.

"Sebahagiannya menjadi putih bagaikan batu licin yang tidak lagi terkena bahaya fitnah, selama langit dan bumi masih ada, manakala sebahagian yang lain menjadi hitam keabu-abuan seperti bekas tembaga yang berkarat, tidak menyuruh kebaikan dan tidak pula melarang kemungkaran, segala-galanya adalah mengikut keinginan." (Riwayat al-Bukhari di dalam Kitab Iman, Hadis No. 207)

Petikan : ILovIslam Dot Com

Saturday, September 25, 2010

Khalid al-Walid Asadullah


ORANG seperti dia, tidak dapat tanpa diketahui dibiarkan begitu saja. Dia harus diincar sebagai calon pemimpin Islam. Jika dia menggabungkan diri dengan kaum Muslimin dalam peperangan melawan orang-orang kafir, kita harus mengangkatnya kedalam golongan pemimpin" demikian keterangan Nabi ketika berbicara tentang Khalid sebelum calon pahlawan ini masuk Islam.

Khalid dilahirkan kira-kira 17 tahun sebelum masa pembangunan Islam. Dia anggota suku Banu Makhzum, suatu cabang dari suku Quraisy. Ayahnya bernama Walid dan ibunya Lababah. Khalid termasuk diantara keluarga Nabi yang sangat dekat. Maimunah, bibi dari Khalid, adalah isteri Nabi. Dengan Umar sendiri pun Khalid ada hubungan keluarga, yakni saudara sepupunya. Suatu hari pada masa kanak-kanaknya kedua saudara sepupu ini main adu gulat. Khalid dapat mematahkan kaki Umar. Untunglah dengan melalui suatu perawatan kaki Umar dapat diluruskan kembali dengan baik.

Ayah Khalid yang bernama Walid, adalah salah seorang pemimpin yang paling berkuasa diantara orang-orang Quraisy. Dia sangat kaya. Dia menghormati Ka'bah dengan perasaan yang sangat mendalam. Sekali dua tahun dialah yang menyediakan kain penutup Ka'bah. Pada masa ibadah Haji dia memberi makan dengan cuma-cuma bagi semua orang yang datang berkumpul di Mina.

Ketika orang Quraisy memperbaiki Ka'bah tidak seorang pun yang berani meruntuhkan dinding-dindingnya yang tua itu. Semua orang takut kalau-kalau jatuh dan mati. Melihat suasana begini Walid maju kedepan dengan bersenjatakan sekop sambil berteriak, "O, Tuhan jangan marah kepada kami. Kami berniat baik terhadap rumahMu".

Nabi mengharap-harap dengan sepenuh hati, agar Walid masuk Islam. Harapan ini timbul karena Walid seorang kesatria yang berani dimata rakyat. Karena itu dia dikagumi dan dihormati oleh orang banyak. Jika dia telah masuk Islam ratusan orang akan mengikutinya.

Dalam hati kecilnya Walid merasa, bahwa Al Qur-'an itu adalah kalimat-kalimat Allah. Dia pernah mengatakan secara jujur dan terang-terangan, bahwa dia tidak bisa berpisah dari keindahan dan kekuatan ayat-ayat suci itu.

Ucapan yang terus terang ini memberikan harapan bagi Nabi, bahwa Walid akan segera masuk Islam. Tetapi impian dan harapan ini tak pernah menjadi kenyataan. Kebanggaan atas diri sendiri membendung bisikan-bisikan hati nuraninya. Dia takut kehilangan kedudukannya sebagai pemimpin bangsa Quraisy. Kesangsian ini menghalanginya untuk menurutkan rayuan-rayuan hati nuraninya. Sayang sekali orang yang begini baik, akhirnya mati sebagai orang yang bukan Islam.

Suku Banu Makhzum mempunyai tugas-tugas penting. Jika terjadi peperangan, Banu Muhzum lah yang mengurus gudang senjata dan gudang tenaga tempur. Suku inilah yang mengumpulkan kuda dan senjata bagi prajurit-prajurit.

Tidak ada cabang suku Quraisy lain yang bisa lebih dibanggakan seperti Banu Makhzum. Ketika diadakan kepungan maut terhadap orang-orang Islam dilembah Abu Thalib, orang-orang Banu Makhzumlah yang pertama kali mengangkat suaranya menentang pengepungan itu.

Latihan Pertama

Kita tidak banyak mengetahui mengenai Khalid pada masa kanak-kanaknya. Tetapi satu hal kita tahu dengan pasti, ayah Khalid orang berada. Dia mempunyai kebun buah-buahan yang membentang dari kota Mekah sampai ke Taif. Kekayaan ayahnya ini membuat Khalid bebas dari kewajiban-kewajibannya.

Dia lebih leluasa dan tidak usah belajar berdagang. Dia tidak usah bekerja untuk menambah pencaharian orang tuanya. Kehidupan tanpa suatu ikatan memberi kesempatan kepada Khalid mengikuti kegemarannya. Kegemarannya ialah adu tinju dan berkelahi.

Saat itu pekerjaan dalam seni peperangan dianggap sebagai tanda seorang Satria. Panglima perang berarti pemimpin besar. Kepahlawanan adalah satu hal terhormat di mata rakyat.

Ayah Khalid dan beberapa orang pamannya adalah orang-orang yang terpandang dimata rakyat. Hal ini memberikan dorongan keras kepada Khalid untuk mendapatkan kedudukan terhormat, seperti ayah dan paman-pamanya. Satu-satunya permintaan Khalid ialah agar menjadi orang yang dapat mengatasi teman-temannya didalam hal adu tenaga. Sebab itulah dia menceburkan dirinya kedalam seni peperangan dan seni bela diri. Malah mempelajari keahlian mengendarai kuda, memainkan pedang dan memanah. Dia juga mencurahkan perhatiannya kedalam hal memimpin angkatan perang. Bakat-bakatnya yang asli, ditambah dengan latihan yang keras, telah membina Khalid menjadi seorang yang luar biasa. Kemahiran dan keberaniannya mengagumkan setiap orang.

Pandangan yang ditunjukkannya mengenai taktik perang menakjubkan setiap orang. Dengan gamblang orang dapat melihat, bahwa dia akan menjadi ahli dalam seni kemiliteran.

Dari masa kanak-kanaknya dia memberikan harapan untuk menjadi ahli militer yang luar biasa senialnya.

Menentang Islam

Pada masa kanak-kanaknya Khalid telah kelihatan menonjol diantara teman-temannya. Dia telah sanggup merebut tempat istimewa dalam hati rakyat. Lama kelamaan Khalid menanjak menjadi pemimpin suku Quraisy. Pada waktu itu orang-orang Quraisy sedang memusuhi Islam. Mereka sangat anti dan memusuhi agama Islam dan penganut-penganut Islam. Kepercayaan baru itu menjadi bahaya bagi kepercayaan dan adat istiadat orang-orang Quraisy. Orang-orang Quraisy sangat mencintai adat kebiasaannya. Sebab itu mereka mengangkat senjata untuk menggempur orang-orang Islam. Tunas Islam harus dihancurkan sebelum tumbuh berurat ber-berakar. Khalid sebagai pemuda Quraisy yang berani dan bersemangat berdiri digaris paling depan dalam penggempuran terhadap kepercayaan baru ini. Hal ini sudah wajardan seirama dengan kehendak alam.

Sejak kecil pemuda Khalid bertekad menjadi pahlawan Quraisy. Kesempatan ini diperolehnya dalam pertentangan-pertentangan dengan orang-orang Islam. Untuk membuktikan bakat dan kecakapannya ini, dia harus menonjolkan dirinya dalam segala pertempuran. Dia harus memperlihatkan kepada sukunya kwalitasnya sebagai pekelahi.

Peristiwa Uhud

Kekalahan kaum Quraisy didalam perang Badar membuat mereka jadi kegila-gilaan, karena penyesalan dan panas hati. Mereka merasa terhina. Rasa sombong dan kebanggaan mereka sebagai suku Quraisy telah meluncur masuk lumpur kehinaan Arang telah tercoreng dimuka orang-orang Quraisy. Mereka seolah-olah tidak bisa lagi mengangkat dirinya dari lumpur kehinaan ini. Dengan segera mereka membuat persiapan-persiapan untuk membalas pengalaman pahit yang terjadi di Badar.

Sebagai pemuda Quraisy, Khalid bin Walid pun ikut merasakan pahit getirnya kekalahan itu. Sebab itu dia ingin membalas dendam sukunya dalam peperangan Uhud. Khalid dengan pasukannya bergerak ke Uhud dengan satu tekad menang atau mati. Orang-orang Islam dalam pertempuran Uhud ini mengambil posisi dengan membelakangi bukit Uhud.

Sungguhpun kedudukan pertahanan baik, masih terdapat suatu kekhawatiran. Dibukit Uhud masih ada suatu tanah genting, dimana tentara Quraisy dapat menyerbu masuk pertahanan Islam. Untuk menjaga tanah genting ini, Nabi menempatkan 50 orang pemanah terbaik. Nabi memerintahkan kepada mereka agar bertahan mati-matian. Dalam keadaan bagaimana jua pun jangan sampai meninggalkan pos masing-masing.

Khalid bin Walid memimpin sayap kanan tentara Quraisy empat kali lebih besar jumlahnya dari pasukan Islam. Tetapi mereka jadi ragu-ragu mengingat kekalahant-kekalahan yang telah mereka alami di Badar. Karena kekalahan ini hati mereka menjadi kecil menghadapi keberanian orang-orang Islam.

Sungguh pun begitu pasukan-pasukan Quraisy memulai pertempuran dengan baik. Tetapi setelah orang-orang Islam mulai mendobrak pertahanan mereka, mereka telah gagal untuk mempertahankan tanah yang mereka injak.

Kekuatannya menjadi terpecah-pecah. Mereka lari cerai-berai. Peristiwa Badar berulang kembali di Uhud. Saat-saat kritis sedang mengancam orang-orang Quraisy. Tetapi Khalid bin Walid tidak goncang dan sarafnya tetap membaja. Dia mengumpulkan kembali anak buahnya dan mencari kesempatan baik guna melakukan pukulan yang menentukan.

Melihat orang-orang Quraisy cerai-berai, pemanah-pemanah yang bertugas ditanah genting tidak tahan hati. Pasukan Islam tertarik oleh harta perang, harta yang ada pada mayat-mayat orang-orang Quraisy. Tanpa pikir panjang akan akibatnya, sebagian besar pemanah-pemanah, penjaga tanah genting meninggalkan posnya dan menyerbu kelapangan.

Pertahanan tanah genting menjadi kosong. Khalid bin Walid dengan segera melihat kesempatan baik ini. Dia menyerbu ketanah genting dan mendesak masuk. Beberapa orang pemanah yang masih tinggal dikeroyok bersama-sama. Tanah genting dikuasai oleh pasukan Khalid dan mereka menjadi leluasa untuk menggempur pasukan Islam dari belakang.

Dengan kecepatan yang tak ada taranya Khalid masuk dari garis belakang dan menggempur orang Islam dipusat pertahanannya. Melihat Khalid telah masuk melalui tanah genting, orang-orang Quraisy yang telah lari cerai-berai berkumpul kembali dan mengikuti jejak Khalid menyerbu dari belakang. Pemenang-pemenang antara beberapa menit yang lalu, sekarang telah terkepung lagi dari segenap penjuru, dan situasi mereka menjadi gawat.

Khalid bin Walid telah merobah kemenangan orang Islam di Uhud menjadi suatu kehancuran. Mestinya orang-orang Quraisylah yang kalah dan cerai-berai. Tetapi karena gemilangnya Khalid sebagai ahli siasat perang, kekalahan-kekalahan telah disunglapnya menjadi satu kemenangan. Dia menemukan lobang-lobang kelemahan pertahanan orang Islam.

Hanya pahlawan Khalidlah yang dapat mencari saat-saat kelemahan lawannya. Dan dia pula yang sanggup menarik kembali tentara yang telah cerai-berai dan memaksanya untuk bertempur lagi. Seni perangnya yang luar biasa inilah yang mengungkap kekalahan Uhud menjadi suatu kemenangan bagi orang Quraisy.

Ketika Khalid bin Walid memeluk Islam Rasulullah sangat bahagia, karena Khalid mempunyai kemampuan berperang yang dapat digunakan untuk membela Islam dan meninggikan kalimatullah dengan perjuangan jihad. Dalam banyak kesempatan peperangan Islam Khalid bin Walid diangkat menjadi komandan perang dan menunjukan hasil gemilang atas segala upaya jihadnya. Betapapun hebatnya Khalid bin Walid di dalam medan pertempuran, dengan berbagai luka yang menyayat badannya, namun ternyata kematianya diatas ranjang. Betapa menyesalnya Khalid harapan untuk mati sahid dimedan perang ternyata tidak tercapai dan Allah menghendakinya mati di atas tempat tidur, sesudah perjuangan membela Islam yang luar biasa itu. Demikianlah kekuasaan Allah. Manusia berasal dari Allah dan akan kembali kepada-Nya sesuai dengan kemaua-Nya.

Petikan : Blog Fadhiri Dot Com

Wednesday, September 22, 2010

Dunia Jambatan Hidup Abadi Di Akhirat


Setiap makhluk yang bernyawa pasti menemui kematian. Demikianlah sunnatullah yang ditetapkan oleh Allah SWT yang menghiasi pentas kehidupan dunia ini. Namun, ada hikmat tersembunyi di sebalik proses kehidupan dan kematian.

Allah SWT menegaskan, setiap makhluk yang menghuni bumi ini akan binasa apabila tiba masanya. Dalam hal ini, Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Semua yang ada di bumi akan binasa. Zat Tuhanmu yang memiliki kebesaran dan kemuliaan akan tetap kekal.” (Ar-Rahman : 26-27)

Apa yang jelas daripada wujudnya kematian dan kehidupan yang bersilih ganti dalam perjalanan hidup ini ialah dunia yang didiami ini sebenarnya bersifat sementara, begitu juga kehidupan manusia di dunia ini.

Oleh itu, Islam menjelaskan kepada umatnya mengenai penciptaan dan kejadian manusia berdasarkan soalan; dari manakah kita datang? Untuk apa kita datang? Ke mana pula kita akan pergi? Jawapan itu ialah daripada Allah SWT kita datang, untuk Allah SWT kita hidup dan kepada Allah SWT jualah kita akan kembali. Dari sini, persepsi Muslim amat jelas matlamat sebenar kehidupan dan kematian.

Dengan kata lain, kehidupan di dunia ini menurut kaca mata seorang yang beriman kepada Allah SWT adalah jambatan menuju ke alam akhirat atau seumpama kebun akhirat, di mana seseorang akan menuai hasilnya pada hari akhirat. Kehidupan di akhirat adalah kekal dan tidak wujud lagi istilah kematian dalam kamus kehidupan akhirat.

Baginda Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud:
“Apabila ahli syurga masuk ke syurga dan ahli neraka masuk ke neraka, didatangkanlah maut itu dan diletakkan di antara syurga dan neraka, kemudian disembelih. Selepas itu terdengarlah seruan: Wahai penduduk syurga! Tidak akan terjadi lagi kematian. Wahai penghuni neraka! Tidak akan ada lagi kematian. Dengan demikian, semakin bergembira dan bersukacitalah ahli syurga dan sebaliknya semakin menderita dan sengsaralah ahli neraka.” (Riwayat Bukhari)

Ada umat Islam yang gerun apabila disebut perkataan mati. Ada pula yang tidak berasa apa-apa, malah biasa saja, biarpun berdepan dengan kematian rakannya. Sebahagian lain pula tidak beriman kepada hari akhirat menganggap apa yang berlaku tidak lain dimuntahkan oleh rahim dan kemudian ditelan oleh bumi, sebagaimana kepercayaan golongan Dahriyyin yang dirakamkan Allah SWT dalam firmanNya bermaksud:
“Dan mereka berkata; Tiadalah hidup lain, selain hidup kita di dunia ini. Kita mati dan kita hidup (silih berganti); dan tiadalah yang membinasakan kita melainkan peredaran masa. Padahal mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenai hal itu. Mereka hanya menurut sangkaan semata-mata.” (Al-Jaatsiyah : 24)

Bagi orang beriman dan meyakini hari akhirat, mereka percaya kematian yang bakal ditempuhi nanti bukan noktah. Sebaliknya, perjalanan hidup mereka masih jauh. Mereka berada di alam barzakh dahulu sebelum berpindah ke alam akhirat yang kekal. Orang beriman sebenarnya tidak sabar-sabar menghuni syurga yang penuh kenikmatan sebagaimana termaktub dalam firman Allah SWT bermaksud:
“Dan mereka mengucapkan; segala puji-pujian bagi Allah SWT yang memenuhi janji-Nya kepada kami dan menjadikan kami mewarisi bumi syurga ini dengan sebebas-bebasnya, kami boleh mengambil tempat dari syurga ini di mana saja kami sukai. Pemberian sedemikian ialah yang sebaik-baik balasan bagi orang yang beramal." (Az-zumar : 74)

Selanjutnya, ingatan orang Mukmin tetap segar dan berkumandang dengan firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya jika dinilai dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanya ibarat hiburan dan permainan. Sesungguhnya negeri akhirat ialah kehidupan yang sebenar-benarnya kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat).” (Al-Ankabut : 64)

Lanjutan daripada itu, antara pesanan Rasulullah SAW kepada umatnya dalam menelusuri titian hidup ini ialah mengingati mati. Amalan itu bukan bertujuan meninggalkan terus urusan keduniaan, lebih-lebih lagi Islam menyeru umatnya supaya membangunkan akhirat seimbang dengan pembangunan keduniaan sehingga kebajikan dan kebaikan itu meliputi kesemuanya.

Membangun keduniaan dengan bermodalkan ketakwaan dan keimanan kepada Allah SWT sebenarnya dituntut Islam. Baginda bersabda yang bermaksud:
“Seandainya terjadi hari kiamat dan di tangan salah seorang kamu ada biji benih kurma, maka hendaklah dia menanamkannya.” (Riwayat Ahmad).

Sehubungan itu, Baginda SAW memuji sesiapa yang sentiasa mengingati mati dalam diari hidupnya sehingga dianggap Rasulullah SAW sebagai orang paling bijaksana di kalangan orang Mukmin. Rasulullah bersabda yang bermaksud :
“Orang yang paling bijaksana di kalangan kamu ialah orang yang sentiasa menghisab dan menghitung dirinya serta beramal sebagai persedian untuk mengadap Allah SWT selepas mati. Sedangkan orang yang kurang waras ialah orang yang sentiasa menuruti hawa nafsunya dan sentiasa berangan-angan kosong terhadap Allah SWT .” (Riwayat Tirmizi).

Sunday, September 19, 2010

Bahaya Mengumpat Dan Mendengarnya


Islam adalah agama yang sentiasa menganjurkan kehidupan tenang, aman, damai dan bersatu padu dalam masyarakat Muslimin, khasnya dan keseluruhan manusia amnya. Islam tidak pernah membeza-bezakan darjat di antara manusia. Islam memandang manusia adalah sama taraf baik mereka yang dilahirkan dalam keluarga bangsawan, hartawan, mahu pun fakir miskin.

Sesungguhnya demi mencapai maksud kehidupan yang aman damai dalam masyarakat, Islam menggariskan panduan kemasyarakatan lengkap yang wajib dipatuhi oleh semua umat Muslimin.


Antara perkara yang diharamkan oleh Islam ialah ‘ghibah’. Ghibah bermaksud mengata (mengumpat) individu atau kumpulan tertentu tanpa pengetahuan mereka. Apa yang diperkatakan itu selalunya perkara buruk yang tidak disenangi simangsa. Firman Allah bermaksud :


“Wahai orang beriman jauhilah daripada banyak prasangka, sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang daripada kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Mengasihani.” (Al-Hujuraat : 12)

Begitulah beratnya dosa seseorang yang melakukan ghibah baik secara sengaja atau tidak. Mereka yang mengumpat atau memperkatakan sesuatu perkara tidak benar atau tidak disukai oleh saudara mereka digambarkan sebagai orang yang memakan daging mayat saudara mereka. Satu perbuatan yang jijik dan mengejikan, yang tidak mungkin dilakukan oleh seseorang yang waras. Sewaktu menghuraikan ayat di atas, Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah saw pernah bersabda :


“Adakah kamu semua mengetahui apakah ghibah? Sahabat menjawab, Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Rasulullah saw lalu menyambung sabdanya, kamu berkata mengenai saudara kamu perkara yang tidak disenanginya. Saya pun bertanya, walaupun saya berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya? Rasulullah saw menjawab, jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya.” (Al-Nawawi: Riyadhus Sholihin)

Ghibah tidak bermaksud sekadar umpatan dengan menggunakan kata. Ghibah boleh juga digambarkan dengan gerak badan seperti menggerakkan jari telunjuk ke kepala, melirik mata, mencebik bibir mulut, mengangkat alis mata dan sebagainya.

Apa saja perbuatan yang boleh menzahirkan maksud merendah-rendahkan atau mengejek seseorang yang berada di depan si pelaku atau tidak, adalah tergolong sebagai perbuatan ghibah. Saidatina Aisyah meriwayatkan :

“Saya pernah berkata sesuatu kepada Rasulullah saw. Cukuplah dengan Safiah tu, dia tu...(sambil mengisyaratkan sesuatu dengan tangannya). Rasulullah saw berkata, wahai Aisyah sesungguhnya kamu telah berkata sesuatu yang jika dilarutkan ke dalam air laut maka akan tercampurlah semua air dengannya.”

Maksud Baginda saw, sepatah kata umpatan (dengan isyarat) daripada Aisyah itu jika diibaratkan seketul pewarna, apabila ia dicampurkan ke dalam air laut maka ia akan merubah warna keseluruhan air laut itu. Begitulah dahysatnya perbuatan mengumpat, ia akan segera merebak dari sekecil-kecil perkara akan menjadi sebesar-besar perkara.


Mengikut ahli hadis, perkataan yang dimaksudkan oleh Aisyah tidak lebih sekadar menggelar Safiah (isteri Nabi yang berbangsa Yahudi) sebagai pendek atau rendah. Sekecil perkataan itu pun Islam tetap menegahnya, apa lagi jika sesuatu yang lebih besar.


Khalid ar-Rabi’e seorang ulama menceritakan, pada suatu ketika dia masuk ke sebuah masjid dan terdengar sekumpulan orang sedang mengumpat seorang lelaki (yang tidak berada di masjid berkenaan pada ketika itu). Khalid menegah mereka dan mereka akur lalu membuka cerita mengenai perkara lain. Namun percakapan mereka beralih kembali kepada hal lelaki itu tidak berapa lama kemudian. Beberapa perkara mengenai lelaki berkenaan terdengar juga ke telinga Khalid walaupun dia tidak mengia atau menyokongnya.


Pada malam itu, Khalid bermimpi didatangi oleh seorang lelaki yang terlalu tinggi dan berkulit hitam membawa sepinggan daging khinzir. Lelaki itu menunjukkan daging khinzir yang dibawanya ke mulut Khalid. Khalid menolak dengan alasan daging khinzir diharamkan ke atas orang Islam dan dia tidak akan memakan daging khinzir sama sekali. Namun lelaki itu dengan kasar memaksanya memakan daging itu hinggakan sebahagian daripada daging yang ditunjukkan oleh lelaki itu terkena bibir Khalid. Dia memarahi Khalid, katanya, sesungguhnya sebelum ini kamu memakan daging yang lebih buruk dan lebih kotor daripada daging khinzir. Apabila terjaga Khalid menyedari kesilapannya kerana terbabit dengan kumpulan pengumpat di masjid itu walaupun sekadar mendengar. Akibat mimpi itu, Khalid tidak dapat makan 40 hari kerana terbayang daging khinzir yang terkena bibirnya. (Al-Afifi: Min Wasaya al-Rasul)


Cerita Khalid tadi amat bertepatan dengan pengharaman ghibah tidak terkhusus kepada pengumpat, malah termasuk pendengar. Oleh itu seseorang Muslim yang baik hendaklah meneliti setiap perkataan saudaranya dan jangan terlalu mudah serta cepat mempercayai serta menyokong kata-katanya tanpa terlebih dulu memeriksa kesahihan fakta.


Apa lagi jika diketahui dia pernah berbohong, berolok-olok dan sebagainya pada masa lalu. Allah berfirman bermaksud :


“Wahai orang beriman, jika datang kepadamu seseorang fasiq (pernah melakukan dosa) membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti, supaya kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya (yang sebenar) yang menyebabkan kamu menyesal di atas perbuatan kamu itu.” (Al-Hujuraat : 6)

Seboleh-bolehnya tegahlah dan berilah teguran kepada mereka secara berhikmah jika kita mengetahui hal sebenar.


Seseorang Muslim yang tidak mendiamkan diri ketika berhadapan dengan kepalsuan akan mendapat ganjaran besar daripada Allah. Sabda Nabi saw yang bermaksud :


“Sesiapa yang menolak (menasihati atau memperbetulkan) umpatan saudaranya, akan dihalang mukanya daripada api neraka pada hari kiamat.”

Abu al-Dardaa pula meriwayatkan bahawa Baginda saw pernah bersabda :


“Sesiapa yang menolak umpatan saudaranya Allah akan menghalang mukanya daripada api neraka.” (Sunan Abi Daud).

Jika dikaitkan dengan keadaan semasa, kita melihat masyarakat terlalu mudah menjatuhkan atau merendah-rendahkan pihak lain dengan tuduhan tidak benar demi mencapai sesuatu maksud dalam tempoh singkat.

Mungkin bertujuan politik, perniagaan dan sebagainya. Seandainya keadaan ini dibiarkan merebak, masyarakat Muslim akan terus hidup terumbang-ambing lantaran tidak ada satu pun kebenaran yang boleh menjadi pegangan.


Tampuk kepemimpinan umat Islam juga akan berada di tangan orang yang berjaya memperolehi sokongan melalui tipu helah. Pada ketika itu tunggulah balasan kehancuran daripada Allah.


Mungkin ada yang mempersoalkan, jika memperkatakan seseorang walaupun mengenai perkara benar dianggap ghibah, tertutuplah peluang untuk memperolehi keadilan kerana umat Islam tidak dibenarkan membongkar perbuatan jahat yang dilakukan oleh seseorang?

Hakikatnya Islam adalah agama dinamik, hukumnya bukanlah undang-undang statik dan tidak akan berubah walau dalam apa keadaan sekalipun. Jelas dalam hal ini, Allah menegaskan melalui firman-Nya yang bermaksud :

“Allah tidak menyukai ucapan buruk (yang dicakapkan) dengan terus terang kecuali oleh orang yang dianiaya. Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Al-Nisa : 148)

Ini bererti pembongkaran perbuatan jahat di mahkamah atau ketika menghadapi proses pengadilan tidak dikira sebagai perbuatan ghibah. Bahkan ia adalah satu kewajipan ke atas umat Islam. Umat Islam mestilah berani membongkar perbuatan menyalahi nilai murni kehidupan supaya dapat dihapuskan serentak menjamin keamanan sejagat.

Dosa ghibah walaupun tidak sehebat dosa fitnah, sebagaimana diketahui Islam meletakkan dosa fitnah sebagai lebih besar daripada membunuh. (Al-Baqarah : 191)

Namun ghibah juga boleh membawa kepada fitnah. Secara logik cerita yang kurang enak didengar yang berasaskan sangkaan atau gambaran peribadi si A (pemula) akan berkembang menjadi lebih besar dengan pembawaan dan tokok tambah si B, si C dan seterusnya. Perkara asalnya kecil boleh merebak menjadi isu besar. Bukankah pada saat itu ia bertukar menjadi fitnah?


Oleh itu sama-samalah kita elakkan perbuatan ghibah seperti mengumpat, mencaci maki, mengejek dan sebagainya. Sesungguhnya semua umat Islam bersaudara, bererti sesiapa saja yang menjadi sasaran umpatan, kejian atau ejekan kita adalah saudara kita. Tidak wajar bagi seseorang yang waras bertindak demikian ke atas saudaranya sendiri.

Saturday, September 18, 2010

Ketenangan Yang Dicari


Sesungguhnya setiap manusia itu mempunyai kesungguhan dalam melakukan setiap perkara atau perlakuan yang dikehendaki. Namun begitu, adakah mereka menggunakan akal fikiran dalam melakukan sesuatu perkara.

Sesetengah manusia memikirkan sesuatu perbuatan itu baik untuk dirinya walaupun mendatangkan kemudaratan kepada orang lain. Sesetengah manusia pula memburukkan sesuatu perbuatan itu dengan alasan akan mendatangkan kemudaratan terhadap dirinya dan orang lain. Di situlah kita lihat manusia itu mempunyai epemikiran masing-masing yang kita tidak pasti apakah pemikiran baik untuk kita ataupun sebaliknya? Seorang ketua negara yang memberikan arahan kepada rakyat jelata dengan dasar-dasar yang dibuat olehnya sendiri, seorang raja yang sentiasa menjadi lambang kepada kerakyatan masyarakat, ketua pengarah yang sentiasa mengarah pekerjanya melakukan pekerjaan, seorang ketua parti yang sentiasa optimis dengan perjuangan parti atau sebagainya. Pernyataan tersebut seringkali dipersoalkan oleh manusia-manusia sedang mencari kedamaian dalam hati. Perjuangan yang dilakukan sebenarnya hanyalah ingin menenangkan ketidaktenangan dalam diri mereka.

Mereka inginkan kepastian, apakah golongan-golongan atasan dalam pernyataan tadi ikhlas dan telus dalam melaksanakan tugas dan peranan serta tanggungjawabnya? Adakah mereka menggunakan orang bawahan sebagai manusia yang seperti 'lembu dicucuk hidung'? Adakah mereka sedang bersenang-lenang sekarang sedangkan rakyat menanggung seksa? Dan banyak lagi persoalan yang sering bermain-main di pemikiran manusia-manusia yang sedang mencari ketenangan ini.

Sesungguhnya mereka inginkan yang terbaik untuk diri mereka, masyarakat mereka, bangsa mereka, agama mereka dan negara mereka. Disitulah konsep nilai itu wujud. Persoalan demi persoalan telah diajukan. Pihak yang berkenaan juga telah menjawab tohmahan demi tohmahan yang dilemparkan dengan pelbagai hujahan yang bernas besertakan bukti dan fakta yang menarik.

Namun, adakah itu sudah cukup memberikan ketenangan kepada manusia-manusia yang mencari ketenangan tersebut? Persoalan yang timbul pula kini adalah, apakah mereka tidak tahu bersyukur? Adakah mereka hanya mahukan jawapan yang pasti atau mereka hanya mahu menentang habis-habisan dan menafikankan dengan apa yang telah lengkap sedia ada? Persoalan demi persoalan langsung tidak mampu dijawab oleh kita yang semakin bijak pandai ini.

Ahli Antropologi yang sentiasa mengkaji bidang kebudayaan manusia ini juga gagal menemui pendekatan teoretikal yang dapat menerangkan situasi ini. Adakah pemikiran manusia kini semakin kompleks dan rumit? Jawapan yang mudah bagi soalan ini adalah 'ya', tetapi tiada bukti, hujahan serta fakta selanjutnya.

Hati semakin gelisah, tidak tenang, gusar dengan sesuatu. Sehinggakan perkara yang baik dikata tidak, yang buruk dikata baik, dan paling menyedihkan, sesetengah manusia itu seringkali menyalahkan manusia lain yang sama agama, sama bangsa mahupun sama negara. Yang tidak baik itu seharusnya kita yang berakal tinggi ini membetulkannya dan menjadikannya pengajaran kepada semua, dan bukannya menentang dan tamakkan harta dan kuasa. Berfikirlah wahai manusia, siapakah kita di Bumi Allah ini.

Kita sebagai seorang khalifah dan juga hamba yang hina lagi keji di sisi-Nya ini perlulah tunduk dan taat kepada perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Kembalilah kepada agamamu wahai manusia yang mencari ketenangan. Insya-ALLAH, kegelisahan akan dapat dipadamkan, ketidaktenangan dapat dihapuskan, serta kegusaran dapat diruntuhkan. Sesungguhnya, KETENANGAN yang dicari akan terus kekal bersemi di dalam hati setiap hamba yang sentiasa tunduk dan sujud kepada ALLAH.

Petikan : Murabbi Dot Net

Friday, September 17, 2010

Islam Cintakan Keamanan dan Persaudaraan


Sesungguhnya Islam, agama yang amat mementingkan keamanan dan perpaduan. Perpaduanlah yang akan membuahkan keamanan. Islam tidak hanya sekadar membina hubungan manusia dengan Allah semata-mata, tetapi lebih luas daripada itu, tuntutannya mencakupi juga, hubungan baik sesama manusia dan makhluk-makhluk yang lain. Hal ini ditegaskan oleh Allah di dalam firman-Nya di dalam surah Ali-Imran ayat 112 :

"Mereka diliputi kehinaan di mana saja mereka berada, kecuali jika mereka berpegang kepada tali Allah (Agama) Allah dan tali (perjanjian) dengan manusia dan mereka kembali mendapat kemurkaan dari Allah dan mereka diliputi kerendahan. Yang demikian itu kerana mereka kufur dengan ayat-ayat Allah dan sesudah para nabi tanpa alasan yang benar. Yang demikian itu disebabkan mereka derhaka dan melampaui batas".

Untuk membina perpaduan dan keamanan, Allah memerintahkan kita umat Islam agar benar-benar bersaudara antara satu sama lain. Asas persaudaraan dalam Islam, bukanlah sekadar hubungan kekeluargaan, atau suku sakat sesuatu bangsa sahaja, bahkan ia merupakan satu ikatan akidah yang cukup kukuh dan utuh, Firman Allah dalam surah a-Hujurat ayat 10 :

"Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara, oleh itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat".

Di samping ayat tersebut, terdapat juga beberapa ayat Al-Quran yang menjelaskan tentang hak yang perlu dipelihara oleh seorang Muslim terhadap saudara seagama. Bukan sekadar memelihara dari segi pergaulan dan tutur bicara sahaja, malah merangkumi segala aspek dalam kehidupan ini.

Sukalah ditegaskan bahawa, syariat Islam menuntut kita agar bersatu padu, saling bantu membantu dan bekerjasama dalam melaksanakan perkara-perkara yang membawa kebaikan bersama di atas muka bumi ini dengan matlamat mencari keredhaan Allah SWT. Jika kita mengkaji sejarah, dalam aspek pembinaan masyarakat Islam, kita dapat melihat dengan jelas bagimana baginda Rasulullah SAW berusaha bersungguh-sungguh menjalin hubungan sesama Islam tanpa mengira latar belakang keturunan, warna kulit dan kedudukan mereka. Sejarah telah membuktikan bahawa belum pernah berlaku penyatuan umat sehebat kejayaan yang telah dilakukan oleh Rasulullah SAW. Baginda Rasulullah SAW telah berjaya membina ketamadunan ummah dalam tempoh yang singkat dan menggabungkan pelbagai fahaman agama yang berbeza di bawah panji-panji Islam. Malah belum pernah berlaku dalam mana-mana sejarah penyatuan kehidupan manusia, di mana orang-orang dari golongan bangsawan dipersaudarakan dengan golongan hamba. Mereka sanggup berkorban harta, jiwa dan raga, hasil perasaan kasih sayang yang dipupuk, sehingga benar-benar menusuk dalam sanubari para sahabat. Antaranya seperti yang ditunjukkan oleh Saidina Abu Bakar as-Siddiq dengan Saidina Bilal bin Rabbah RA. Malah setiap sahabat dapat merasai akan nikmat dari persaudaraan serta perpaduan yang dibina berteraskan Agama Allah. Hal ini dapat dilihat dari hadis baginda Rasulullah SAW :

"Seorang mukmin terhadap seorang mukmin yang lain adalah seperti sebuah bangunan di mana sebahagiannya menguatkan sebahagian yang lain." (Hadis riwayat Muslim)

Kita perlu sama-sama berwaspada terhadap faktor-faktor dalaman atau sifat-sifat mazmumah yang bersarang dalam diri seperti sangka buruk, cemburu, hasad dengki, riya', takbur, keras kepala, tidak boleh ditegur dan seumpamanya. Kesemua sifat inilah yang menjadi punca dan mendorong kepada terjejasnya perpaduan dan keamanan dalam musyarakah, negara dan sejagat. Sifat-sifat seperti ini, merupakan sindrom umat masa kini yang semakin parah. Akibatnya, umat Islam kini menderita dan gagal bersaing dengan bangsa yang lain, sehingga terus dibelenggu perpecahan dan kehinaan. Baginda Rasulullah SAW pernah bersabda:

"Jauhilah kamu akan sifat dengki kerana sifat dengki akan memakan kebaikan kamu sepertimana api memakan kayu, atau sabdanya memakan rumput ". (Hadis riwayat Abu Daud)

Selain daripada itu, jika dilihat faktor luaran pula, bahawa musuh-musuh Islam sentiasa bersatu dan berusaha mencari jalan bagi menggagalkan persaudaraan dan perpaduan yang dibina, sehingga keamanan yang kita cita-citakan hancur lebur lenyap dalam kehidupan ini. Sebagai contoh umat Islam dilemparkan dengan pelbagai tohmahan dan fitnah agar bersengketa dan bermusuhan sesama sendiri. Akibatnya, umat Islam menjadi kacau bilau, huru hara dan mudah dikuasai. Di manakah silapnya sehingga dakwaan mengatakan Islam yang sempurna, tidak lagi membawa apa-apa kesan yang utuh dan ampuh kepada penganut-penganut agama lain?. Hakikat yang terjadi, kebanyakan negara umat Islam dibelenggu kemunduran dan mengahadapi pelbagai masalah. Tidak ada jalan lain, untuk mengatasi kemelut ini dalam usaha mengembalikan kegemilangan umat Islam, marilah kita mengukuh lagi persaudaraan demi keamanan sejagat. Janganlah kita berbalah sesama sendiri dalam perkara-perkara yang remeh-temeh, atau perkara furu’ agar kita tidak mudah diperkotak katikkan oleh musuh-musuh Islam. Oleh sebab itulah kita perlu bersatu, sentiasa berwaspada dan berkorban, menggembleng pemikiran serta tenaga, untuk memastikan dunia ini sentiasa aman dan damai. Kita tanamkan azam dalam diri kita dengan bertekad untuk mengembalikan kekuatan umat Islam.

"Dan orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat serta taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah, sesungguhnya Allah Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana." (Surah at-Taubah ayat: 71)

Petikan : Khutbah JAKIM


Wednesday, September 15, 2010

Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Malam Hari Raya


Di dalam Sunan Al-Baihaqi pada bab Ibadat pada malam 2 hari raya :

“Daripada Abu Darda’ beliau berkata: Sesiapa yang menbangunkan 2 malam raya, tidak mengharapkan apa-apa kecuali Allah, nescaya tidak akan mati hatinya ketika matinya kesemua hati.”

Berkata Imam Syafie: "Terdapat riwayat yang mengatakan Abu darda’ berkata : Sesungguhnya doa mustajab pada 5 malam; malam jumaat, malam hari raya adha, malam raya fithri, malam pertama rejab dan malam nisfu syaaban.”

Riwayat di dalam Kitab Syuabul Iman :

“Dari Ibn Umar beliau berkata: Lima malam tidak akan ditolak doa permintaan. Malam Jumaat, malam pertama dari tejab, malam nisfu syaaban dan dua malam raya (fitri dan adha).”

Berkata Imam Manawi di dalam Faidul Qadir : “Sunat menghidupkan kelima-lima malam tersebut. Para salaf sentiasa melakukan perbuatan tersebut.”

Cara Menghidupkan Malam Tersebut

Imam Nawawi menyebut di dalam Kitab Azkar :

“Disunatkan menghidupkan kedua malam hari raya (Fitri dan Adha) dengan zikir, solat dan selain keduanya. Walaupun hadis berkenaan menghidupkan malam tersebut kedudukannya lemah akan tetapi hadis-hadis berkenaan amalan yang mempunyai kelebihan tertentu diberi kelonggaran untuk berpegang dengannya.”

Berkata Imam Nawawi: “Secara zahir dapat difahami tidak dikatakan menghidupkan malam kecuali dengan dibangunkan sebahagian besar daripada malam tersebut.”

Di dalam kitab Al-Imdad :

“Maksud mendirikan malam adalah dengan melaksanakan solat sunat secara sendirian tanpa bilangan rakaat tertentu, dengan membaca Al-Quran, membaca hadis dan memperdengarkannya, dengan bertasbih dan memuji Allah, dengan berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang kesemuanya dilakukan pada sebahagian besar daripada malam hari tersebut.”

Dari Ibn Abbas :

“Membangunkan malam dengan solat Isyak secara berjamaah dan berazam untuk melaksanakan solat subuh secara berjemaah. Di dalam Sahih Muslim Baginda Nabi bersabda: Sesiapa yang melaksanakan solat Isyak secara berjemaah seolah-olah dia telah membangunkan separuh malam. Sesiapa yang solat subuh secara berjemaah, seolah-olah membangunkan keseluruhan malam.”

Kiriman : Al-Muttaqin TV


Tuesday, September 14, 2010

Fadhilat Puasa Enam Syahwal


Salam berbahagia dan salam Aidil Fitri buat semua muslimin dan muslimat. Dah lama tidak update blog sebab sibuk beraya rumah adik beradik belah saya dan isteri, maklumlah banyak adik beradik. Di masa yang terluang ini saya siapkan satu airtikel yang ringkas dan padat untuk anda semua yang mencari fadhilat puasa enam Syahwal. Di antara fadhilat puasa enam Syahwal ialah :
  1. Puasa enam hari di bulan Syahwal setelah Ramadhan, merupakan pelengkap dan penyempurnaan pahala dari puasa setahun penuh.

  2. Puasa Syahwal dan Sya’ban bagaikan solat Sunat Rawatib, berfungsi sebagai penyempurna dari kekurangan Solat Fardhu atau puasa fardhu, kerana pada hari Kiamat nanti perbuatan-perbuatan fardhu akan disempurnakan (dilengkapi) dengan perbuatan-perbuatan sunat. Sebagaimana hadis Rasulullah saw yang bermaksud : “Puasa fardhu yang dilakukan kaum muslimin memiliki kekurangan dan ketidak sempurnaan, maka amalan puasa sunat dapat menutupi dan menyempurnakannya.

  3. Membiasakan puasa setelah Ramadhan menandakan diterimanya puasa Ramadhan, karena apabila Allah swt menerima amal seorang hamba, pasti Dia menolongnya dalam meningkatkan perbuatan baik setelahnya.

  4. Puasa Ramadhan dapat menghapuskan dosa-dosa masa lalu. Orang yang berpuasa Ramadhan akan diganjarkan pahala pada hari Raya puasa yang merupakan hari kemenagan atau pembagian hadiah, puasa enam syahwal merupakan rasa syukur atas nikmat yang diberikan oleh Allah dan sungguh tak ada nikmat yang lebih agung dari pengampunan dosa-dosa.

  5. Puasa enam hari dalam bulan Syahwal adalah amal-amal yang dikerjakan seorang hamba untuk mendekatkan diri kepada Tuhannya pada bulan Ramadhan tidak terputus dengan berlalunya bulan mulia ini, selama ia masih hidup.

Thursday, September 9, 2010

Menyambut Perayaan Cara Islam dan Sunnah Rasulullah


Salam bahagia dan salam gembira kepada semua pengunjung. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada semua pengunjung blog ini, saya mohon maaf kalau-kalau setiap artikel dan jawapan saya berikan kepada persoalan anda semua tidak menepati apa yang anda inginkan. Saya juga memohon maaf jika ada apa-apa kesilapan yang telah dilakukan. Semperna nak menyambut hari raya ini, saya cuba siapkan satu artikel yang berkaitan sambutan hari raya yang telah diajarkan oleh Baginda Nabi Muhammad saw kepada umatnya. Jika kita melakukannya, maka kita semua akan mendapat pahala sunah atau pahala menghidupkan amalan yang telah diajarkan oleh Baginda.

Bertakbir

Bertakbir pada tarikh 1 Syawal bersempena Aidilfitri merupakan suatu amalan yang disyariatkan. Takbir pada hari Aidilfitri bermula ketika terlihatnya hilal (anak bulan) dan berakhir setelah selesainya kemuncak hari raya, iaitu ketika imam selesai berkhutbah. Firman Allah yang bermaksud :

“Supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.” (Al-Baqarah : 185)

Adalah juga disunnahkan untuk kita bertakbir disepanjang perjalanan dari rumah kita menuju ke masjid untuk menunaikan solat Aidilfitri. Menurut Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani dalam Kitab Meneladani Rasulullah saw Dalam Berhari Raya :

“Mengenai syariat bertakbir (pada hari raya Aidilfitri) yang perlu dilakukan oleh kaum muslimin ialah bertakbir dengan suara lantang ketika dalam perjalanan menuju ke tempat solat walaupun kebanyakan umat Islam mula memandang remeh sunnah ini.”

Bertakbir sejak mula keluar dari rumah bertujuan menyerlahkan syiar Islam di setiap pelusuk jalan yang dilalui ketika menuju ke masjid.

Lafaz Ucapan Selamat Pada Hari Raya Aidilfitri

Majoriti amalan umat Islam di Malaysia akan mengucapkan antara satu sama lain pada hari lebaran dengan ucapan “Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin”. Namun, apa yang lebih bertepatan dengan amalan para salafussoleh dalam meneladani sunnah Nabi saw adalah sebagaimana yang diceritakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani yang dinukilkan daripada Jubair bin Nufair ra dalam Kitab Fath Al-Bari :

“Apabila para sahabat Rasulullah saw bertemu di hari raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain ‘taqabbalullah minna waminka’ (Semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu).”

Meneruskan Qiamullail

Jika sepanjang bulan Ramadan kita telah bersungguh-sungguh menghidupkan malam kita dengan pelbagai ibadah terutamanya solat qiyam Ramadan (solat tarawih), ia seharusnya diteruskan juga pada hari-hari berikutnya dengan mengerjakan solat tahajjud. Saranan ini tidak bermaksud mengkhususkan pada malam Aidilfitri untuk dikerjakan qiamullail. Apa yang cuba ditekankan di sini adalah semangat mengerjakan qiyam Ramadan (solat tarawih) haruslah diteruskan dengan mengerjakan qiamullail pada hari-hari berikutnya sesudah bulan Ramadan.

Mandi Pada Pagi Hari Raya

Disunnahkan mandi di pagi hari raya sebagaimana mandi wajib, iaitu sebelum berangkat menuju ke masjid. Ali bin Abi Thalib ra pernah ditanya mengenai mandi :

“Adakah diharuskan mandi setiap hari? Beliau menjawab : Tidak harus melakukannya. Namun, mandi yang diharuskan ialah mandi pada hari Jumaat, hari Arafah, hari Aidiladha dan Aidilfitri.” (Riwayat Imam Syafie di dalam Musnad al-Syafi’i)

Makan Sebelum Solat Aidilfitri

Disunnahkan kaum muslimin menjamah makanan sebelum berangkat menunaikan solat Aidilfitri. Perbuatan ini bertujuan menutup segala andaian bahawa dibenarkan berpuasa pada hari raya. Menurut al-Muhallab dalam Kitab Fath Al-Bari :

“Mengenai hikmah menjamah makanan sebelum mengerjakan solat hari raya adalah agar seseorang tidak berpendapat bahawa dia boleh berpuasa sehingga solat hari raya Aidilfitri dilaksanakan. Seolah-olah Rasulullah s.a.w ingin menutup prasangka semacam ini.”

Kebiasaannya, Rasulullah saw akan memakan kurma dalam jumlah yang ganjil pada pagi hari raya. Namun, tidak bermakna umat Islam perlu menyediakan buah kurma untuk dimakan pada pagi hari raya Aidilfitri. Mereka bebas memakan apa sahaja. Tetapi, mengikut sunnah itu lebih baik daripada menyanggahinya. Sedangkan, sunnah itu termasuk perkara tauqifi (tidak boleh dipersoalkan). Anas bin Malik ra berkata :

“Rasulullah saw tidak akan pergi ke tempat solat pada pagi Aidilfitri sebelum memakan beberapa biji kurma. Murajja bin Raja berkata : Ubaidillah menceritakan kepadaku bahawa Anas r.a berkata : Rasulullah saw memakannya dalam jumlah yang ganjil.” (Riwayat al-Bukhari)

Namun, jika tidak memiliki kurma maka dibolehkan untuk mengisi perut dengan makanan lain terutamanya makanan yang manis-manis seperti madu. Sekiranya tidak ada makanan sama sekali, memadai dengan hanya meminum air.

Memakai Pakaian Yang Indah

Disunnahkan kaum muslimin menghiaskan diri dengan pakaian yang indah-indah pada hari raya. Imam Syafi’i berkata dalam Kitab Al-Umm :

“Aku lebih menyukai seseorang memakai pakaian terbaik yang dimilikinya pada hari-hari raya, iaitu pada hari Jumaat, dua hari raya (Aidiladha dan Aidilfitri) dan tempat diadakan majlis (seperti majlis perkahwinan). Dia hendaklah memakai baju yang bersih dan memakai wangi-wangian.”

Bagi kaum wanita pula walaupun disunnahkan memakai pakaian yang terbaik, namun mereka hendaklah menghindari dari memakai pakaian yang bercorak-corak serta perhiasan yang berlebih-lebihan sehingga menarik perhatian golongan lelaki. Bagi golongan kanak-kanak pula, Imam Syafi’i menambah :

“Mengenai golongan kanak-kanak pula, mereka boleh memakai pakaian paling bagus yang dimilikinya, baik lelaki mahupun perempuan dan mereka juga boleh memakai perhiasan emas atau apa sahaja perhiasan.”

Semoga di pagi hari raya kita akan memilih pakaian yang terbaik serta paling mahal mengikut kemampuan masing-masing menuju ke tempat solat hari raya. Disunnahkan juga bagi kaum lelaki memakai wangi-wangian tetapi tidak disunnahkan kepada kaumwanita. Sabda Rasulullah saw :

“Mana-mana wanita yang memakai wangian lalu dia melintas di hadapan lelaki supaya mereka dapat menghidu kewangiannya, dia adalah penzina.”(Riwayat al-An-Nasai)

Berjalan Kaki Menuju Tempat Dikerjakan Solat Hari Raya

Umat Islam dianjurkan berjalan kaki menuju ke tempat solat Aidilfitri jika tidak keberatan. Ali bin Abi Thalib ra :

“Termasuk sunnah, iaitu engkau berjalan kaki menuju ke tempat solat hari raya dan memakan sesuatu sebelum berangkat.” (Riwayat al-Tirmizi)

Namun begitu bagi yang sesiapa yang perlu menggunakan kenderaan kerana tempat solat terlalu jauh, ia dibolehkan dalam syarak. Tetapi, berjalan kaki menuju ke tempat solat lebih afdal berbanding menaiki kenderaan.

Mengikuti Jalan Yang Berbeza Ketika Pergi Dan Kembali Dari Mengerjakan Solat Hari Raya

Disunnahkan juga mengikuti jalan yang berbeza ketika pergi dan balik dari mengerjakan solat hari raya. Jabir bin Abdullah ra berkata :

“Nabi saw melalui jalan yang berbeza pada hari raya.” (Riwayat al-Bukhari)

Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah berkata dalam Kitabnya Zaadul Maad :

“Baginda saw selalu melalui jalan yang berbeza ketika menuju dan pulang dari tempat solat pada hari raya. Ada yang berpendapat, hal ini dilakukan agar dapat bersalaman dengan orang-orang yang melalui kedua-dua jalan itu. Sebahagian lain berpendapat untuk memberikan barakah kepada mereka. Ada juga berpendapat untuk memberikan pertolongan kepada mereka yang memerlukannya di kedua-dua jalan itu. Menurut pendapat lain pula untuk menampakkan syiar Islam di jalan-jalan. Pendapat yang lebih tepat adalah supaya perjalanan yang ditempuh lebih jauh (banyak langkahnya). Orang yang berjalan ke masjid atau tempat solat, salah satu langkah kakinya akan meninggikandarjat. Sedangkan langkah kaki yang lain akan menghapuskan kesalahan-kesalahannya.”

Tempat Perlaksanaan Solat Hari Raya

Sunnah mengerjakan solat hari raya di kawasan lapang atau musholla (tempat terbuka seperti padang sehingga khatib dapat melihat semua hadirin) merupakan satu amalan yang jarang dilakukan di Malaysia melainkan beberapa kelompok kecil yang benar-benar kuat berpegang kepada sunnah Nabi saw. Apakah musholla itu berbeza dengan masjid? Abu Said al-Khudri ra berkata :

“Pada hari Aidilfitri dan Aidiladha, Rasulullah s.a.w keluar menuju ke musholla. Ketika itu, perkara pertama yang dilakukan oleh baginda ialah mengerjakan solat hari raya (tanpa ada sebarang solat sunat).” (Riwayat al-Bukhari)

Tentang hikmah mengerjakan solat hari raya di musolla, Syeikh Abu Ubaidah Masyhur bin Hasan telah berkata dalam Kitabnya Koreksi Total Ritual Solat :

“Sesungguhnya mengerjakan kedua-dua solat hari raya di tanah lapang mengandungi hikmah yang besar. Di antaranya adalah seluruh kaum muslimin setidak-tidaknya mereka boleh berkumpul bersama (bersua muka) dua kali dalam setahun. Semua orang dariseluruh pelusuk negeri akan berkumpul di sebuah tempat sama ada lelaki, perempuan atau kanak-kanak. Mereka semua menghadap Allah dengan hati yang penuh konsentrasi, dikumpulkan dengan satu kalimat (tauhid), solat di belakang seorang imam, membaca takbir dan tahlil bersama dan berdoa kepada Allah dengan penuh ikhlas. Seakan-akan hati mereka terikat menjadi satu, merasa bahagia dan mensyukuri nikmat Allah yang telah dilimpahkan kepada mereka. Dengan itu, hari raya benar-benar bermakna bagi mereka.”

Mengerjakan Solat Aidilfitri

Di antara syiar yang palin utama dalam menyambut Aidilfitri adalah perlakasanaan solat Aidilfitri sebanyak 2 rakaat oleh seluruh umat Islam. Ibn Abbas ra berkata :

“Rasulullah s.a.w telah keluar pada hari raya Aidilfitri kemudian terus mengerjakan solat hari raya sebanyak dua rakaat. Baginda tidak melakukan sebarang solat sebelumnya dan sesudahnya.” (Riwayat al-Bukhari)

Disunnahkan menyampaikan khutbah sesudah mengerjakan solat hari raya Aidilfitri. Abu Said al-Khudri ra berkata :

“Pada hari raya Aidilfitri dan Aidiladha, Rasulullah saw akan keluar menuju musolla. Perkara pertama yang dilakukan oleh baginda (apabila tiba di masjid) baginda akan mengimami solat. Kemudian, baginda akan berpusing dan menghadap ke arah makmum yang sedang duduk di dalam saf mereka. Seterusnya, baginda akan memberikan nasihat, wasiat dan perintah kepada mereka (khutbah).” (Riwayat al-Bukhari)

Para jemaah tidak diwajibkan menghadiri atau mendengar khutbah hari raya. Sebaik sahaja selesai mengerjakan solat hari raya, sesiapa yang tidak ingin turut serta mendengar khutbah maka dia dibenarkan meninggalkan majlis itu. Abdullah bin al-Saib ra berkata :

“Aku pernah menghadiri solat hari raya bersama Nabi saw. Setelah selesai solat baginda bersabda : Sesungguhnya kami akan berkhutbah. Oleh itu, sesiapa ingin duduk mendengar khutbah, dia boleh duduk. Sesiapa yang ingin pergi, dia boleh beredar.” (Riwayat Abu Daud)

Bergembira Pada Hari Raya Aidilfitri

Islam adalah agama yang begitu praktikal lagi munasabah. Setelah sebulan umat Islam memberi tumpuan sepenuhnya untuk beribadah kepada Allah, maka kini tiba masanya untuk menyambut kejayaan itu dengan kegembiraan dan kemeriahan. Oleh itu, usaha-usaha untuk menimbulkan suasana kegembiraan di dalam keluarga masing-masing pada hari raya Aidilfitri adalah sebahagian daripada syiar Islam. Suasana kegembiraan ini berbeza mengikut adat setempat. Bagi kita di Malaysia, kegembiraan sambutan hari rayaAidilfitri dapat dilihat dengan memakai baju-baju baru yang indah, seluruh ahli keluarga berkumpul, ziarah-menziarah sesama umat Islam dan pelbagai lagi. Di sesetengah negara Timur Tengah, cuti umum hari raya Aidilfitri dipergunakan untuk membawa ahli keluarga bersiar-siar serta berkelah di tempat-tempat peranginan. Semua bentuk suasana kegembiraan dan kemeriahan ini adalah sebahagian dari tuntutan agama Islam sempena menyambut hari raya Aidilfitri selagi ia dilaksanakan sesuai dengan lunas-lunas syarak. Syeikh Sayyid Sabiq berkata dalam Kitabnya Fiqh Al-Sunnah :

“Mengadakan permainan serta kegembiraan yang tidak melanggar aturan agama, termasuk pelbagai bentuk nyanyian yang baik (dari segi makna), semua itu termasuk syiar agama yang disyariatkan oleh Allah pada hari raya untuk melatih tubuh jasmani dan memberi kepuasan serta kegirangan hati.”

Mengerjakan Puasa Sunat Enam Hari Pada Bulan Syawal

Sabda Rasulullah saw :

“Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan lalu diiringi dengan puasa enam hari di bulan Syawal, seolah-olah dia telah berpuasa setahun.” (Riwayat Muslim)

Demikianlah keutamaan puasa sunat enam hari di bulan Syawal. Cara yang paling afdal untuk melaksanakannya adalah memulakan berpuasa sesudah hari raya Aidilfitri secara berturut-turut (bermula pada 2 Syawal) sebagaimana yang ditetapkan oleh para ulama. Ini juga merupakan pendapat Imam Abu Hanifah dan Imam Syafi’i. Namun, seseorang bebas memilih mana-mana hari sepanjang bulan Syawal sama ada di awal, pertengahan mahupun di akhirnya bahkan dia juga boleh mengerjakan secara berturut-turut atau berpisah-pisah.

Penutup

Inilah sebahagian daripada hukum-hakam dan amalan yang disunnahkan ketika menyambut bulan Ramadan al-Mubarak dan hari raya Aidilfitri menurut al-Quran dan sunnah yang sepatutnya dijadikan contoh ikutan bagi seluruh umat Islam. Mudah-mudahan, sambutan hari raya Aidilfitri yang akan menjelma nanti disambut dengan penuh keikhlasan, kemeriahan dan selari dengan perintah Allah serta Rasul saw.

Tuesday, September 7, 2010

Iklan Raya TV3 Kontroversi


Salam sejahtera kepada semua, saya doakan anda semua sihat dan bahagia di sisi orang yang tersayang. Lagi beberapa hari Syawal akan menjelang tiba, ramai umat Islam Malaysia bersiap sedia untuk menghadapi hari lebaran. Kalau balik ke kampung, berhati-hatilah dalam perjalanan anda, saya doakan anda selamat dalam perjalanan pergi dan balik. Bagaimana pula usaha ibadah kita di Bulan Ramadhan yang akan meninggalkan kita tidak lama lagi. Para sahabat dan ulamak menangis atas pemergian Bulan Ramadhan yang mulia ini, kerana Bulan Ramadhan inilah peluang untuk menambahkan ibadah, peluang mendidik nafsu dan peluang untuk menghapuskan dosa-dosa yang telah dilakukan selama setahun.

Baru ini umat Islam Malaysia digejutkan dengan video iklan raya TV3 dengan mengisahkan seorang pak cik beca berterbangan di atas ruang angkasa dan mengambil kanak-kanak untuk dibawa bersiar-siar di sekitar negeri-negeri Malaysia. Saya lihat seolahnya seperti santaclaus yang membonceng beca yang dibawa oleh rusa-rusanya. Ini melibatkan soal akidah, kerana ini dapat memesongkan umat Islam yang tidak berilmu terutamanya kanak-kanak bahawa apabila datang hari raya, akan muncul pak cik tua membawa becanya berterbangan mencari kanak-kanak untuk dibawa bersiar. Ini juga memberikan gambaran yang negatif kepada orang kristian, bahawa perayaan Islam sama dengan mereka. Walaupun ini iklan biasa sahaja, tetapi ini perlu diperhatikan kesan dan impaknya nanti.

Islam sangat mencegah umatnya melakukan acara-acara yang bersifatkan tahyul dan acara yang dilakukan oleh agama lain. Hadis Rasulullah yang bermaksud :

"Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum maka ia termasuk golongan mereka." (Riwayat Abu Daud)

Saya lihat negara Malaysia ini sering kali membuat iklan yang mencampurkan perayaan, seperti raya 1 dalam 2, Raya Cina Melayu, Raya Melayu India dan banyak lagi. Sebenarnya ini sepatutnya tidak berlaku, kerana ia telah menyamakan perayaan Islam dengan perayaan agama lain. Raya puasa ini adalah untuk orang yang berpuasa selama satu bulan dan ia merupakan kemenangan kepada umat Islam yang berpuasa dan dapat melawan nafsu semasa di dalam bulan puasa. Kalau kita menyamakan raya Islam dengan raya agama lain, maka seolahnya orang non muslim juga mendapat kemenangan dalam bulan puasa. Ini mustahil, sebab Allah menolak segala amalan orang yang tidak beriman dan tidak mengaku Allah sebagai tuhannya.

Bukan tidak boleh orang non muslim ingin menziarah dan bersama orang Islam merayakan perayaan Islam. Tetapi janganlah disamakan perayaan Islam itu dengan perayaan agama lain. Bagus orang bukan Islam merayakan perayaan Islam dengan adanya rumah terbuka, adanya jamuan, terjalinnya hubungan persaudaraan sesama Islam dan ini juga akan menjadi satu contoh yang baik untuk non muslim bahawa Islam itu agama yang terbaik dan agama yang menjalinkan hubungan silaturahim. Ini juga merupakan dakwah Islam yang mulia. Firman Allah yang bermaksud :

“Wahai orang-orang Yang beriman! masuklah kamu ke Dalam ugama Islam (dengan mematuhi) Segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; Sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu Yang terang nyata.” (Al-Baqarah : 208)

Ingat, jangan pula merayakan Aidil Fitri ini dengan berlebihan atau membazir, kerana membazir ini adalah sahabat daripada syaitan. Perbanyakkanlah amalan sedekah kepada orang-orang miskin yang tidak mampu merayakan Aidil Fitri. Ini juga merupakan sunnah Nabi Muhammad saw.

Jadikanlah sumber perundangan Islam itu sebagai rujukan, kerana Islam yang sempurnalah dapat menyelamat umat Islam dari gangguan dan tipu daya syaitan. Jangan mudah ikut-ikutan tanpa hujah yang kukuh berdasarkan dalil naqli dan dalil aqli. Sesungguhnya setiap perbuatan tanpa hujah akan membinasakan kita semua, kerana orang yang tiada pegangan Islam akan sentiasa sesat dari pangkal jalan.


video

Monday, September 6, 2010

Ramadhan Masa Membuat Perubahan Akhlak


Allah swt telah mengurniakan pelbagai bentuk nikmat dan anugerah yang tidak terhingga banyaknya kepada kita. Antara anugerah yang paling berharga ialah bulan Ramadan yang sedang kita lalui sekarang ini.

Ibadah puasa yang dilaksanakan dengan sempurna selama sebulan mampu mengembalikan manusia kepada fitrah kejadiannya. Berdasarkan kelebihan puasa ini, maka Allah swt turut mewajibkan umat Islam yang terdahulu untuk berpuasa. Firman Allah swt yang bermaksud :

"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa. "(Al-Baqarah : 183)

Ayat tersebut menjelaskan bahawa puasa boleh mendidik seseorang menjadi mukmin bertaqwa kepada Allah swt iaitu mukmin yang patuh kepada semua perintahNya serta menjadi mukmin yang takut dan gentar kepadaNya dengan meninggalkan segala bentuk makisat sama ada zahir atau pun batin.


Selain itu, puasa bukan sahaja menahan diri daripada makan dan minum, malah seluruh anggota seperti telinga, mulut, mata, kaki, tangan dan hati juga hendaklah turut berpuasa. Seseorang itu tidak dinilai sempurna ibadah puasa selagi tidak menahan diri daripada melakukan segala tegahan Allah. Diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah saw bersabda :

"Apabila seseorang kamu berpuasa, maka janganlah kamu melafazkan perkataan yang tidak baik, dan yang tidak berhikmah atau kurang elok daripada perkataan mahu pun perbuatan. Apabila seseorang mencercanya atau hendak berkelahi dengannya. Maka dia hendaklah mengatakan: Sesungguhnya aku berpuasa! Sesungguhnya aku berpuasa!."

Bulan Ramadan dikurniakan dengan banyak keistimewaan yang luar biasa. Antaranya ialah pintu syurga akan terbuka dengan luasnya. Manakala pintu neraka akan tertutup serapat-rapatnya dan para syaitan akan diikat dan dirantai. Permulaannya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya kebebasan daripada api neraka. Ini menunjukkan bahawa punca-punca amal kebaikan dibulan Ramadan adalah terlalu banyak. Manakala rangsangan maksiat dan kejahatan adalah kurang dan terbatas. Diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah saw bersabda :

"Apabila datang bulan Ramadan maka pintu-pintu syurga akan dibuka dan pintu-pintu neraka akan ditutup serta syaitan-syaitan akan dirantai."

Gambaran ini menunjukkan betapa luasnya ruang yang disediakan oleh Allah swt melalui bulan Ramadan untuk mendidik nafsu manusia agar tunduk di bawah pengaruh iman dan taqwa. Alangkah bahagianya orang yang mengambil faedah dari kesempatan yang Allah sediakan ini.

Sempena Ramadan yang sedang kita lalui ini, marilah kita menghidupkan Ramadan dengan solat Tarawih, bertadarus al-Quran, memperbanyakan istighfar dan bermunajat kepada Allah swt di tiap-tiap malam sebelum bersahur. Dalam hadith sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah saw mengingatkan kita betapa besarnya fadilat menghidupkan Ramadan sabdanya :

"Sesiapa yang bangun mengerjakan solat sunat di dalam bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan keikhlasan mengharapkan keredhaan Allah, maka Allah akan mengampunkan dosa-dosanya yang terdahulu."

Perlu kita insafi bahawa hikmah daripada kewajipan berpuasa dengan berlapar dan dahaga sebulan Ramadan adalah untuk mendidik hati dan perasaan kita agar simpati dan perihatin kepada golongan yang kurang bernasib baik. Sesungguhnya mereka adalah sauara seagama kita yang telah diuji oleh Allah azza wajalla dengan kemiskinan dan kefakiran. Dalam masa yang sama ini juga merupakan ujian Allah kepada golongan yang berada.

Persoalan besar di sini ialah sejauh manakah golongan yang berada dapat melawan runtunan nafsu serta pujukan syaitan yang sentiasa membisikan hati agar kasihkan hartabenda, bencikan amalan bersedekah dan menghulurkan bantuan kepada yang lemah?. Sikap sebegini adalah bertentangan dengan prinsip bahawa hartabenda ialah amanah Allah untuk menyelamat dan membela golongan lemah tersebut. Firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 186 :

"Sungguh, kamu akan diuji pada hartamu dan diri kamu. Dan sesungguhnya kamu akan mendengar dari orang yang telah diberikan kitab dahulu daripadamu dan orang musyrik yang banyak menyakitkan hati. Dan jika kamu bersabar dan bertaqwa maka sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat."

Sempena dengan kedatangan Ramadan yang berkat ini, saya menyeru ibubapa dan masyarakat Islam agar dapat mengambil peluang untuk mendidik nafsu dan membersihkan jiwa daripada kekotoran dan dosa agar keluarga dan anak-anak kita istiqamah melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan tegahan-Nya. Bersamalah kita meningkatkan azam untuk menjadikan Ramadan kali ini sebagai medan mempertingkatkan kualiti modal insan dan kuantiti ibadah kita kepada Allah swt.


Sumber : Teks Khutbah JAKIM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG