PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Sunday, October 31, 2010

Universiti Kehidupan : Akhlak Manakah Asasnya

Kalaulah program “Bersamamu TV3” dibuat di sini” bisik hati saya ketika menziarahi rumah orang susah di sini. Takrifan orang susah di sini ialah orang yang betul-betul faqir kerana rata-rata orang sini susah.

Inilah keadaan di Cambodia ini.

Saya melangkah masuk rumah Mustafa, orang yang mempunyi enam anak. Barangkali rumahnya sebesar bilik anak-anak kita di Malaysia, atau besar sedikit dari enam biji kereta disusun rapat.

Rumah kecilnya ini mempunyai satu bilik. Tinggal di dalam rumah ini 9 orang, Mustafa bersama isterinya, ibu Mustafa dan 6 orang anaknya.

Anak perempuan yang paling besar berumur 15 tahun, anak perempuan keduanya 12 tahun dan yang paling kecil 2 tahun.

Anak-anak dara yang sedang membesar juga tidur di satu ruang. Kalau di sesetengah tempat di Malaysia, rumah begini sudah tidak ada lagi dan bagi rumah flat sudah tidak diluluskan plan satu bilik kerana mungkin dan terjadi sumbang mahram.

Tetapi kejadian itu tidak berlaku di sini, kenapa?

Mustafa merupakan seorang yang buta mata sebelah kerana terkena serpihan kayu yang masuk ke dalam matanya ketika beliau bekerja menebang pokok. Sampai di hospital, doktor yang mengeluarkan serpihan itu mengeluarkan serpihan ini hingga luka matanya.Menurut Mustafa, setelah matanya dijahit, ia tidak lagi dapat melihat.

Saya memandang ke dinding rumah Mustafa, dindingnya dari buluh yang sudah terkopak sana dan sini, tetapi di dinding ini, tertampal kemas jadual waktu solat.

Terbisik di hati saya…

“Beginilah, sesusah mana pun, solat tetap dijaga, bagi anak-anaknya, solat tetapi dititik beratkan”

Ya.. itulah rahsianya, tidak pernah terjadi perkara buruk sekalipun duduk di rumah yang sempit. Pegangan kepada agama yang kuat.

Mustafa bekerja sebagai pengangkut barang dari pasar menggunakan kereta kuda uzurnya. Seluarnya sangat lusuh dengan jahitan seribu benang-benang yang lain warna dengan warna seluarnya.Tetapi ketika menghadiri solat di masjid, Mustafa akan memakai pakaian putih yang terbaik yang dimilikinya.

Di akan memimpin tangan anak kecilnya untuk dibawa ke masjid.

Ketika kami menziarahinya, seperti biasa, kami melihat aktiviti hariannya dan keluarganya. Dia memotong kayu untuk memasak nasi, tetapi ketika isterinya menyuapkan nasi ke mulut anaknya yang berumur dua tahun lebih, tidak ada lauk yang disertakan, hanya sesudu garam yang ditaburkan pada setiap suapan itu.

Tidak ada keluhan yang terdengar, selepas makan tetap mengucapkan kalimah pujian “Alhamdulillah”..

Sebagai seorang ibu, isterinya menjaga kebersihan anak kecilnya. Beliau melihat kuku anaknya yang panjang, diambilnya sebuah gunting, dan digunting kuku anaknya, tidak ada penyepit kuku, satu-satunya gunting yang dimilikinya menjadi alat untuk banyak perkara.

Pada waktu petang, anaknya akan bermain dengan anak-anak orang lain, bermain guli dan berkejaran, tetapi sampai waktu Maghrib, tak perlu dijerit, semuanya akan pulang ke rumah masing-masing.

Berbual dengan saudara Ali yang biasa menjadi jurukamera program “Bersamamu”..

“Beza ustaz, kadang kala saya tukang ambil gambar program “Bersamamu”, orang susah di negara kita, kadang kala mengucapkan pun tak ingat”

“Kadang kala saya yang ambil gambar ni pun, rasa macam angin juga tengok” kata saudara Ali lagi.

Kalau dah mengucapkan pun tak ingat, usah tanya soal solat. Kalau solat pun diabaikan, maka tidak pernah ada rasa untuk ingatkan Allah, dan apabila orang tidak ingatkan Allah, maka banyak perkara maksiat boleh berlaku.

Itu yang banyak berlaku. Orang susah yang tidak beriman menyumbang kepada gejala sosial. Orang susah tidak beriman paling banyak sumbang mahram, paling banyak bekerja di rumah urut, paling banyak jadi pelacur, paling banyak mencuri, paling banyak menghisap dadah.

Yang kaya tidak beriman dengan caranya di dalam jenayah kolar putih.
Tidak ada orang yang dapat menafikan bahawa agama menjaga manusia menjadi baik, tetapi biasanya agama tidak dimulakan dari awal.

Anak dah mengandung luar nikah, baru cari ustaz yang ada pondok agama, anak dah tak boleh pakai dekat sekolah kebangsaan baru nak hantar sekolah agama.

Bagus dan tak salah, tapi alangkah baiknya jika agama dimulakan sejak awal. Kan lebih bagus.

Tapi tak ramai orang yang mempunyai pemikiran demikian.

Waktu sekarang tidak seperti zaman dahulu, kalau kita nak anak kita mahir dalam bahasa Inggeris, kita boleh hantar mereka ke tuisyen yang hebat-hebat dan dalam beberapa bulan, dia pasti akan dapat bertutur dengan fasih.

Kalau nak anak kita hebat dalam apa-apa mata pelajaran, kita boleh hantar dia kepada guru-guru hebat.

Kita nak pelajaran, kita boleh dapatkan dan tak perlu risau.

Tetapi, tidakkah kita bayangkan, jika anak kita rosak akhlaknya, tidak mudah untuk dipulihkan sikap dan peranginya?

Belum tentu seorang ustaz yang hebat dapat memulihkan akhlak seseorang yang rosak akhlaknya.

Merenung wajah Mustafa memberi keinsafan. Walaupun dia miskin harta, tetapi jiwanya cukup kaya dengan iman dan anak-anaknya juga terdidik untuk memegang agama dengan baik.

Semoga kita selalu mendahulukan pendidikan agama untuk diri dan anak-anak kita, semoga Allah terus anugerahkan kita akhlak yang baik seperti mana akhlak orang-orang yang soleh terdahulu, amin…

“Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat”

al-faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Phnom Penh

17 Zulkaedah 1431/25 Oktober 2010 jam 11.00 malam


Rumah Mustafa yang sangat uzur


di dalam rumah ini tinggal seramai 9 orang


Mustafa juga menjga ibunya yang telah tua, tidak diabaikannya, berbeza dengan anak sekarang yang terlalu sibuk bekerja hingga kadang kala tidak pernah rasa bersalah meletakkan ibu di rumah orang tua


Wajahnya tidak pernah kusut dengan masalah, tenang dan sentiasa bersemangat mencari nafkah untuk keluarganya


Inilah rahsia paling ampuh yang telah dilupakan, menjaga waktu solat untuk memastikan diri terjaga dari kehinaan dan maksiat


Tanggung jawab ibu yang menjaga kebersihan anaknya, dengan berlantaikan buluh yang dibelah menjadi lantai, tidak pernah lari dari rumah meninggalkan suami kesusahan


Berlaukkan garam, tetapi tetap sentiasa bersyukur pada setiap kali habis makan.


Anak kedua Mustafa, tetapi menjaga auratnya sekalipun umurnya baru 12 tahun


Antara aktiviti harian Mustafa


Orang di sini susah bukan kerana malas, tetapi kerana ruang kerja tidak menjajikan pulangan yang besar


Seribu jahitan di seluar, tetapi ketika ke masjid, dia memakai pakaian yang paling baik yang dia ada


Antara kerja Mustafa, menjadi penghatar barang dari pasar ke rumah-rumah

Wednesday, October 27, 2010

Aurat Terbuka Ketika Solat


Soalan :

Assalamualaikum ustaz,

Ada soalan, saya berdiri berhampiran imam dan nampak seluar imam sedikit terlondeh ketika sujud. bahagian pinggul nya terdedah. setahu saya ia aurat kerana sudah berada di bawah paras pusat. adakah saya harus mufaraqah atau terus menggantikan tempat imam? bagai mana kalau ia sudah berada di tahiyyat akhir? boleh kah saya bergerak bangun dan mengganti imam atau sekadar mufaraqah? jzkj.

Jawapan :

  1. Imam as-Syafi'i mengatakan batal solat jika terbuka aurat sama ada banyak mahupun sedikit, perlu diulang solat kecuali tiupan angin yang membuka.

  2. Ibn Qudamah pula berkata tidak mengapa jika tidak sengaja, di mana imam sujud dan auratnya terdedah. Dan selepas itu imam tersebut dihadiahkan pakaian yang lebih besar dan selesa (agar tidak terbuka lagi auratnya).

  3. Kalau makmum yakin solat imam batal, maka mufaraqah untuknya. Apabila solat imam batal, ia juga akan membatalkan solat makmumnya, sebab itulah Imam ini dipilih dari kalangan orang yang alim, baik, adil dan mempunyai bacaan yang baik dari kalangan jemaahnya.

  4. Kalau tidak sengaja, maka teruskanlah solat dan pastikan untuk solat seterusnya digunakan pakaian yang sama agar tidak terbuka auratnya. pilihlah pakaian yang lebih baik.

  5. Pendapat lain yang menyatakan bahawa pakaian yang terbuka disebelah bawah atau ketika sujud, dimaafkan seperti Imam yang memakai kain ketika sujud nampak sehingga pahanya disebelah bawah atau baju melayu yang terbuka apabila dilihat sebelah bawah nampak pusatnya.

Kesimpulannya

Saya lebih cenderung kepada pendapat Imam As-Syafi’i, kalau kelihatan pakaian imam menampakkan auratnya ketika solat, maka solat imam tersebut batal dan makmunnya perlu mufaraqah iaitu keluar dari ikut imam. Kalau aurat imam tersebut terbuka disebelah bawah seperti waktu sujudnya atau dipandang sebelah bawah mesti menampakkan aurat imam tersebut, maka ia tidak mengapa dan solatnya sah, sebab aurat yang terbuka disebelah bawah tidak dapat dikontrol oleh kita. Sebelum solat lantiklah imam yang diyakini pakaiannya dan bacaannya, kalau tiada yang lebih baik dari kita, maka kita sendirilah yang menjadi imam, kalau tiada juga bertawakallah kepada Allah.

Monday, October 25, 2010

Islamic Fashion Festival Dari Sudut Ilmiah Islam


Kita sering mendengar berkenaan penghinaan terhadap Rasulullah S.A.W ini hanya terjadi di kalangan orang-orang kafir sahaja. Ini kerana mereka sendiri tidak berpuas hati dan bersetuju dengan ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W . Mereka juga sentiasa mencuba pelbagai cara dan wasilah untuk menunjukkan rasa benci mereka terhadap ajaran yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W.

Apa yang menyedihkan lagi, perbuatan sekutuk ini bukan hanya didominasi oleh orang kafir sahaja, malah sekarang ini orang Islam sendiri juga bersubahat dan tidak ketinggalan untuk turut sama menghina junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dengan tanpa disedari.

Baru-baru ini heboh berkenaan penganjuran Islamic Fashion Show atau Islamic Fashion Festival yang kononnya ingin memperagakan pemakaian secara Islam yang sebenar, tetapi malangnya disebalik niat baik tersebut terdapat unsur-unsur yang menghina kemulian junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W di tempat yang tidak selayaknya. Jika kita melihat kepada gambar di atas, kelihatan seorang model yang memperagakan pakaiannya dan di dadanya terdapat tulisan nama Nabi Muhammad S.A.W yang ditulis dalam keadaan terbalik. Suasana bertambah buruk lagi apabila model tersebut tidak menutup aurat sepertimana yang dikehendaki oleh syarak. Adakah layak bagi seorang Nabi yang menjadi sanjungan ummat seluruh alam diperagakan sebegini rupa? Sudahlah nama yang mulia tersebut diletakkan pada tempat yang tidak sesuai, malah dihina pula dengan pakaian yang sedikit pun tidak menunjukkan ciri-ciri wanita muslimah berdasarkan tujuan asal festival tersebut di anjurkan.


Berdasarkan isu ini eloklah kita melihat dari segi pandangan syarak berkenaan permasalahan ini seperti berikut :

  1. Ciri-ciri pakaian muslimah yang sebenar

  2. Hukum menghina Nabi S.A.W.

Ciri-ciri pakaian muslimah yang sebenar

Menurut ayat Al-Quran dalam suran An-Nuur Allah S.W.T berfirman :

“Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya”. ( Surah An-Nuur, Ayat 31 ).


Berpandukan ayat ini jelas kepada kita, menunjukkan cara pakaian muslimah sebenar yang dituntut oleh Islam adalah seperti yang dinyatakan dalam ayat Al-Quran di atas. Jika kita melihat kepada majlis yang dianjurkan pada baru-baru ini adakah ia memenuhi syarat-syarat yang telah digariskan oleh Islam? Malah model tersebut memperagakan pula kepada penonton yang sudah pasti tiada hubungan kekeluargaan yang dibolehkan oleh syarak untuk melihatnya. Dan kebiasaannya, pertunjukkan fesyen ini jelas terdapatnya unsur-unsur maksiat kerana sama ada ia diperagakan oleh seorang model perempuan mahupun seorang lelaki, ia merupakan suatu perkara yang boleh menaikkan syahwat kepada sidang penonton yang melihat aksi model-model tersebut. Maka perbuatan ini jelas haram di sisi jumhur ulamak.

Nas Ulamak Berkenaan Pengharaman Tersebut :

  1. Berkata Imam Muhammad Amin Ibn ‘Abidin dalam kitabnya Hashiyyah Ibn ‘Abidin : “Tidak dibolehkan melihat sesuatu sudut pun dari bentuk badan seorang wanita yang ajnabi, kerana pengharaman melihat itu kerana takut timbulnya fitnah disebabkan perhiasan yang terdapat pada tubuh badan seorang wanita. ( Hashiyyah Ibn ‘Abidin, jilid 3, m/s 261 ).

  2. Berkata As-Syeikh Al-‘Adawi dalam kitabnya Hashyiah kepada Syarah Al-Kharasyi : “Tidak dibolehkan bagi seorang wanita muslimah menunjukkan perhiasan tubuh badannya kepada orang kafir, walaupun wajah dan kedua tapak tangan bukanlah aurat pada asalnya”. ( Hashiyyah Al-‘Adawi, juzuk 1, m/s 347 ).

  3. Berkata Imam An-Nawawi dalam kitabnya Majmuk : “Apabila melihat seorang lelaki kepada wanita yang ajnabiah dengan tanpa sebab yang munasabah, maka di haramkan kepadanya untuk melihat walaupun tidak melihat kepada aurat pelempuan tersebut”. ( Majmuk, juzuk 16, m/s 138 ).

Ini antara beberapa pandangan ulamak berkenaan pandangan seseorang kepada wanita, dan di sini jelas berlaku unsur-unsur kemaksiatan ketika festival tersebut sedang berlangsung. Umumnya di sini, pengharaman aktiviti memperagakan fesyen adalah sangat jelas, kerana banyak batas-batas agama yang tidak dijaga dalam majlis tersebut, seperti :

  1. Peraga fasyen lelaki / wanita mendedahkan aurat kepada sidang penonton.

  2. Percampuran antara lelaki dan perempuan dalam majlis tertutup yang boleh menimbulkan fitnah.

  3. Membangkitkan syahwat sidang penonton ketika melihat model mengenakan pakaian yang menjolok mata.


Semua ini secara pastinya berlaku ketika majlis tersebut berlangsung, maka majlis ini secara dasarnya adalah dilarang oleh syarak berdasarkan dalil yang telah dilampirkan di atas. Setelah kita mengetahui tentang pengharaman festival tersebut yang mempunyai unsur-unsur maksiat, jadi bagaimana pula hukum berkenaan dengan salah seorang daripada model ketika memperagakan pakaiannya yang tertulis nama Nabi Muhammad S.A.W secara terbalik di dadanya? Adakah ini dikatakan sebagai fasyen yang berbentuk islamik, tetapi melihat kepada pakaian model tersebut tidak melambangkan ciri-ciri pemakaian muslimah yang sebenar? Perkara ini jelas salah satu penghinaan terhadap Islam dan menghina Rasulullah S.A.W itu sendiri dengan meletakkan sesuatu yang mulia di tempat yang hina dengan melakarkan nama baginda di pakian yang sedemikian.

Hukum Menghina Nabi S.A.W

Mengenai hukum penghinaan Nabi ini suatu hukum yang dibahas panjang oleh para ulamak, kerana ia berkait dengan masalah akidah. Jumhur ulamak bersepakat bahawa, "walaupun sesorang itu mengakui bahawa Allah S.W.T itu tuhan yang patut di sembah, tetapi tidak beriman dengan Rasulnya, maka ia tetap dikira sebagai seorang yang kufur dari sudut pandangan Islam". Ini menunjukkan bahawa nilai seorang Rasul menurut pandangan syarak. Berdasarkan kemuliaan ini, adakah layak bagi mereka yang cuba untuk mempersendakan Nabi yang telah banyak berjasa kepada ummat Islam seluruhnya sebegitu rupa?

Menurut pandangan Ulamak terhadap penghinaan Nabi boleh di ringkaskan seperti berikut :

Penghinaan Daripada Orang Islam

  1. Berkata Qadhi E’yadh : “Telah bersepakat sekalian ulamak bahawa membunuh dikalangan orang Islam yang mencerca dan menghina Nabi S.A.W”. (As-Syifa’ Bi Ta’rif Huquq Al-Musthofa, jilid 2, m/s 211).

  2. Berkata Abu Bakar Ibn Al-Munzir : “Sepakat para ahli ilmu bahawa menjatuhkan hukum bunuh bagi mereka yang menghina Rasulullah S.A.W”. (Tabqaat As-Syafi’ah Al-Kubra, jilid 3, m/s 102).

  3. Berkata Abu Sulaiman Al-Khattabi : “Aku tidak mengetahui bahawa ada pendapat yang berbeza pada menjatuhkan hukum bunuh bagi mereka yang Islam menghina akan Nabi Muhammad S.A.W”. (Mukhtasar As-Sunan, juzuk 6, m/s 199 ).

Hukum Menghina Nabi S.A.W Berdasarkan Qias

Berdasarkan hadis Nabi S.A.W :


“Sesiapa yang menukar agamanya ( Islam ) maka bunuhlah ia” . (Sahih Imam Al-Bukhari, no hadis 3017 dan 6922, hadis riwayat Ibnu ‘Abbas).

Menurut pandangan Ulamak, bahawa seseorang yang menghina Nabi itu juga dikira sebagai orang yang murtad, dan hukumnya juga sama seperti hukuman yang di jatuhkan ke atas orang yang murtad iaitu bunuh. Ini kerana perbuatan menghina Nabi S.A.W lebih teruk berbanding orang yang murtad sahaja. ( As-Saif Al-Maslul ‘Ala Man Sabba Ar-Rasul, m/s 151 ).

Inilah sebahagian dalil yang menunjukkan bahawa jenayah penghinaan Nabi ini amat berat sehingga boleh melucutkan akidah seseorang muslim. Adapun begitu, Islam masih memberikan peluang kepada pesalah untuk bertaubat dan kembali ke jalan yang sebenar dan berazam agar tidak mengulangi semula perbuatan tersebut. Ini juga berdasarkan qias bagi pesalah yang murtad dari agama Islam, dan masa yang diberikan selama tiga hari untuk seseorang itu bertaubat.

Berkata Muhammad Bin Shahnun daripada Ibn Qasim :

“Orang yang murtad diseru kembali kepada Islam sebanyak tiga kali, jika ia masih enggan maka pancunglah lehernya”. ( Al-Musannaf, juzuk 10, m/s 127).


Dalil Penerimaan Taubat

“Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu Yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana Sesungguhnya Allah mengampunkan Segala dosa; Sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”. ( surah Az-Zumar, ayat 53).

“Bagaimana Allah akan memberi petunjuk hidayah kepada sesuatu kaum Yang kufur ingkar sesudah mereka beriman, dan juga sesudah mereka menyaksikan Bahawa Rasulullah (Nabi Muhammad) itu adalah benar, dan telah datang pula kepada mereka keterangan-keterangan Yang jelas nyata. dan (ingatlah), Allah tidak akan memberikan petunjuk hidayahNya kepada kaum Yang zalim. mereka itu balasannya ialah Bahawa mereka ditimpa laknat Allah dan malaikatNya sekalian orang-orang (yang beriman). mereka kekal di dalamnya, tidak diringankan azab seksa daripada mereka dan mereka pula tidak diberi tempoh atau perhatian; kecuali orang-orang Yang bertaubat sesudah (ingkar) itu, serta memperbaiki keburukan mereka, maka Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”. ( Surah Ali Imran, ayat 86-89 )

Berdasarkan nas ini, ia menjadi dalil kepada penerimaan taubat bagi mereka yang murtad, dan secara umumnya jenayah penghinaan terhadap Nabi S.A.W juga termasuk di dalam ayat tersebut, berpandukan qias yang dinyatakan sebelum ini. ( As-Saif Al-Maslul ‘Ala Man Sabba Ar-Rasul, m/s 175).

Kesimpulan daripada perbahasan di atas, isu yang telah berlaku ini bukanlah suatu perkara yang remeh dan jarang berlaku dalam masyarakat kita, malah perkara tersebut sering berlaku sejak kebelakangan ini. Kita mengharapkan kepada kepimpinan Islam yang berani menyatakan kebenaran dan membanteras kemungkaran yang berlaku di sekeliling kita.

Sumber : Manhal PMRAM

Sunday, October 24, 2010

Maksiat Makin Berleluasa Di Malaysia


Manusia memang mempunyai nafsu dan sesetengahnya amat cenderung kepada kejahatan. Ini ditegaskan dalam al-Quran. Firman Allah bermaksud :

“Sesungguhnya nafsu itu cenderung kepada kejahatan.” (Yusuf : 53)

Oleh yang demikian, Allah memberikan akal untuk mengimbangi tuntutan nafsu. Allah juga menghiasi diri manusia dengan keinginan nafsu kepada perempuan, anak pinak, harta benda yang banyak seperti emas dan perak, kenderaan yang canggih dan binatang ternak serta ladang. Semuanya itu kesenangan hidup di dunia. Firman Allah yang bermaksud :

“Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali Yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).” (Al-Imran : 14)


Dalam diri manusia, memang sentiasa ada pertarungan untuk melakukan kejahatan atau keburukan.

Ini dijelaskan Rasulullah dalam hadis dari Ibnu Masud yang bermaksud : Sesungguhnya syaitan sentiasa berbisik dalam hati manusia. Malaikat juga berbisik dalam anak Adam. Adapun bisikan syaitan itu ialah dorongan supaya melakukan kejahatan dan mendustakan kebenaran. Bisikan malaikat pula ialah galakan supaya orang itu mengamalkan kebaikan dan meyakini kebenaran.

“Oleh itu sesiapa yang terasa bisikan yang baik maka hendaklah ia mengetahui bahawa perkara itu daripada Allah, serta hendaklah ia bersyukur kepada Allah. Dan sesiapa yang terasa bisikan yang satu lagi (bisikan kejahatan) maka hendaklah ia meminta perlindungan Allah daripada angkara syaitan.” (Riwayat Tarmizi dan An-Nasaii).

Menyedari hakikat ini, diri tiap insan sejak dari kecil hendaklah diasuh dengan didikan agama kerana dengan didikan agama itulah manusia dapat mengetahui nilai baik dan buruk yang mutlak. Didikan agama maksudnya mempelajari segala hukum halal haram, dosa pahala dan perkara yang berkaitan kehidupan dunia serta hidup selepas mati.

Pergaulan bebas remaja lelaki dan perempuan mungkin pada pandangan ahli pendidik dan budayawan, tidak menimbulkan apa-apa masalah, tapi daripada nilai dan kaca mata Islam, ia salah dan amat dilarang.

Ini dinyatakan Rasulullah dalam hadis daripada Ali bin Abu Talib, yang bermaksud :

“Pandangan lelaki terhadap wanita (terutama yang cantik) adalah panah daripada aneka macam panah iblis yang beracun. Maka barang siapa yang menghindar daripada panah itu, maka Allah akan menggantikannya dengan ibadah yang membuatnya rasa selesa.” (Riwayat Ahmad)

Agama Islam memerintahkan ibu bapa bersedia lebih awal agar lebih berwaspada mengenai kesan pergaulan bebas. Di dalam rumah sendiri pun anak-anak lelaki dan perempuan yang sudah baligh hendaklah dipisahkan kamar (tempat tidurnya).

Sabda Rasulullah, bermaksud :
“Perintahkan anak-anak kamu menunaikan sembahyang ketika umurnya tujuh tahun dan pisahkan tempat tidurnya.”

Jelas daripada hadis ini bahawa pergaulan bebas adik beradik pun dilarang, maka apatah lagi pergaulan bebas dengan orang lain yang halal nikahnya. Sudah tentulah ia sangat dilarang. Mengisi dada manusia dengan ilmu saja tidak mencukupi. Tanpa iman di dalam diri, mereka akan tewas dalam menghadapi pelbagai cabaran nafsu.

Ramai yang melakukan rasuah dan jenayah berat adalah kalangan mereka yang berkelulusan tinggi. Penyelewengan dalam pelbagai bidang bukanlah dilakukan oleh orang yang bodoh dan tidak bersekolah tinggi.

Ilmu semata-mata tidak menjamin seseorang itu menjadi baik. Rasulullah mengingatkan dalam sabdanya, bermaksud :

“Tidak akan berzina seseorang penzina itu kalau semasa berzina dia beriman. Dan tidak akan mencuri seseorang pencuri itu kalau semasa mencuri dia beriman.” (Riwayat As-Syaikhan).

Jika seseorang remaja itu benar-benar beriman, maka dia tidak akan melakukan zina. Seorang datuk yang sudah mencapai umur lebih 60 tahun tidak akan sanggup memperkosa cucunya berusia lapan tahun, kalau ia benar-benar beriman.

Namun begitu iman seseorang sentiasa terdedah kepada pelbagai ancaman. Iblis sentiasa mendorong manusia merosakkan keimanannya dengan melakukan aneka maksiat.

Firman Allah, bermaksud :

“Kata Iblis, demi sesungguhnya aku akan memperelokkan pada pandangan Adam dan zuriatnya, segala jenis maksiat di dunia ini. Aku akan menyesatkan mereka semuanya.” (Al-Hijr : 39)

Antara ancaman iman itu datangnya melalui bacaan dan melihat gambar dan video lucah yang sangat mudah didapati sekarang. Ramai wanita Islam yang melahirkan anak luar nikah (tidak sah taraf). Meninggalkan suruhan agama terutamanya sembahyang juga adalah punca iman semakin lupus dari dalam diri seseorang. Ini kerana sembahyang dapat menjamin seseorang mengelak daripada perbuatan mungkar dan keji.

Firman Allah bermaksud :
“Dan dirikanlah sembahyang. Sesungguhnya sembahyang itu mencegah perbuatan keji dan mungkar.” (Al-Ankabut : 45)

Jadi apabila sembahyang ditinggalkan maka hilanglah perisai yang dapat mengawal diri seseorang daripada melakukan kemungkaran.

Sebagai kesimpulan, setiap orang Islam mesti sentiasa menjaga imannya di samping berusaha menyubur dan mengukuhkannya. Jika iman tidak ada atau tidak kukuh maka pelbagai maksiat sanggup dilakukannya termasuk berzina dan membunuh tanpa sebab. Wallahualam.

Friday, October 22, 2010

Cara Bertaubat Yang Betul


Soalan :

Assalammualaikum ustaz...

boleh tak ustaz berkongsi dengan kami cara bertaubat yang betul dan yang diterima oleh Allah S.W.T...

Jawapan :

Taubat berasal dari kata "tawaba" dalam bahasa Arab menunjukkan makna pulang dan kembali. Sedangkan taubat kepada Allah SWT berarti pulang dan kembali ke haribaan-Nya serta tetap di pintu-Nya.

Maksud taubat adalah kembali kepada Allah setelah melakukan maksiat atau dosa. Taubat marupakan rahmat Allah yang diberikan kepada hambaNya agar mereka dapat kembali kepada-Nya. Firman Allah yang bermaksud :

“Wahai orang-orang Yang beriman! bertaubatlah kamu kepada Allah Dengan " taubat Nasuha", Mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke Dalam syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang Yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba Dalam gelap-gelita): "Wahai Tuhan kami! sempurnakanlah bagi Kami cahaya kami, dan Limpahkanlah keampunan kepada kami; Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu". (At-Tahrim : 8)

Al-Hafizh Ibnu Katsir berkata dalam kitab tafsirnya :

"Artinya adalah, taubat yang sebenarnya dan sepenuh hati, akan menghapus keburukan-keburukan yang dilakukan sebelumnya, mengembalikan keaslian jiwa orang yang bertaubat, serta menghapus keburukan-keburukan yang dilakukannya."

Hasan Al Bashri berkata :
“Taubat adalah jika seorang hamba menyesal akan perbuatannya pada masa lalu, serta berjanji untuk tidak mengulanginya.”

Al Kulabi berkata :
“Yaitu agar meminta ampunan dengan lidah, menyesal dengan hatinya, serta menjaga tubuhnya untuk tidak melakukannnya lagi.”

Sa'id bin Musayyab berkata :
“Taubat nasuha adalah: agar engkau menasihati diri kalian sendiri.”

Dari pendapat yang diberikan di atas bahawa taubat nasuha itu adalah taubat yang sebenarnya dan tidak lagi mengulangi kesalahan yang dilakukan. Taubat nasuha dilakukan dengan penuh penyesalan atas segala dosa yang dilakukan. Allah menerima orang yang bertaubat bersungguh-sungguh dan tidak lagi mengulangi perbuatan dosa tersebut. Manakala orang yang bertaubat kemudia masih melakukan perbuatan dosa tersebut tidak dinamakan sebagai taubat nasuha.

Ada manusia beranggapan buatlah dosa duhulu nanti kita boleh taubat pada masa tua nanti. Kalau dan bertaubat tidak mengapa, kalau tidak berkesempatan untuk bertaubat maka padah nanti di hari akhirat. Lagipun taubat sebegini diibaratkan tidak ikhlas dengan Allah, sebab orang tersebut masih berkeinginan untuk melakukan dosa. Jangan berlengah-lengah untuk bertaubat, kerana orang yang melengahkan taubat ini adalah orang yang jahil, sombong, tidak sedar diri dan zalim kepada dirinya. Firman Allah yang bermaksud :

“ Dan ingatlah, sesiapa Yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang Yang zalim.” (Al-Hujurat : 11)

Syarat-syarat Taubat

Mengikut Manhaj Salaf as-Soleh, antara syara-syarat taubat yang wajib dipenuhi agar taubat di terima oleh Allah :

  1. Berazam dan bertekad untuk meninggalkan (tidak akan mengulangi lagi) perbuatan dosa yang telah dilakukan.

  2. Kesal (menyesali) dan berduka di dalam hati terhadap perbuatan dosa yang dibuat.

  3. Bersegera meninggalkan dosa yang telah dilakukan semata-mata kerana Allah.

Jika dosa yang dilakukan berkaitan dengan orang lain, syaratnya ia wajib membebaskan dirinya dari hak yang bukan miliknya untuk dikembalikan kepada yang berhak atau minta dihalalkan, ini bererti jika berupa harta benda wajib dikembalikan. Jika berupa fitnah, ghibah (umpatan), penghinaan, cacian, kutukan, laknat dan kezaliman, maka wajib meminta maaf daripada orang tersebut terutama terhadap kezaliman yang dilakukan kepadanya.

Cara-Cara Bertaubat

  1. Menyedari besarnya dosa yang dilakukan sehingga menyesalinya dan menggeruni balasannya yang akan tertimpa diakhirat kelak jika tidak bertaubat, sebagaimana sabda Rasullullah saw : “Menyesali (dosa) itu adalah taubat”. (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

  2. Berniat serta berusaha sedaya upaya menjauhi dan meninggalkan dosa yang telah dilakukan dan bertekad tidak akan mengulanginya lagi.

  3. Meninggalkan setiap apa yang dibenci dan diharamkan oleh Allah zahir dan batin, lantas beralih kepada yang dicintai dan diredhaiNya.
  4. Bertaubat dengan taubat nasuha sebagaimana firman Allah : “Wahai orang-orang Yang beriman! bertaubatlah kamu kepada Allah Dengan taubat Nasuha, Mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke Dalam syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai” (At-Tahrim : 8)

Hukum Taubat

Ketahuilah bahawa hukum bertaubat adalah wajib kepada semua umat Islam untuk memohon keampunan kepada Allah atas segala kesalahan yang dilakukan. Firman Allah yang bermaksud :

“Dan bertaubatlah kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung." (An-Nur: 31)

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :

“Wahai sekalian manusia bertaubatlah kalian kepada Allah, karena sesungguhnya aku bertaubat kepada Allah seratus kali dalam sehari.” (Riwayat Al-Bukhari)

Manusia tidak pernah sunyi melakukan kesalahan, kerana manusia dibekalkan nafsu sentiasa suka kepada perkara yang lazat atau keseronokan. Maka di sini, taubat adalah wajib dan fardhu ain kepada semua umat Islam. Taubatlah cara untuk menghapuskan dosa dan diampunkan Allah atas segala kesalahan yang dilakukan. Sebagai muslim yang baik, marilah kita sentiasa memohon taubat kepada Allah, supaya segala kesalahan kita diampunkan.

Penutup

Taubat adalah kembali kepada Allah atau menyesali atas segala perbuatan dosa yang dilakukan selama ini. Ia bermunajat kepada Allah dan penuh keinsafan dan penyesalan atas segala dosa yang dilakukan. Taubat kepada mesti dengan sebenar-benar taubat, kerana orang yang tidak ikhlas taubatnya tidak akan diterima oleh Allah. Taubatlah dengan secepat yang mungkin dan jangan berlengah-lengah kalau kita menyedari telah melakukan kesalahan. Orang yang melengah-lengahkan taubat adalah orang yang sombong dengan Allah dan tidak takut dengan azab Allah yang sangat dahsyat. Sentiasalah bermuhasabah diri kita dan sentiasalah beristiqfar dan memohon ampun kepada Allah, mudah-mudahan Allah menerima taubat kita.

Akhir sekali saya datangkan kata-kata Imam Al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin seperti berikut :

"Sedangkan ilmu adalah, mengetahui besarnya bahaya dosa, dan ia adalah penghalang antara hamba dan seluruh yang ia senangi. Jika ia telah mengetahui itu dengan yakin dan sepenuh hati, pengetahuannya itu akan berpengaruh dalam hatinya dan ia merasakan kepedihan karena kehilangan yang dia cintai. Karena hati, ketika ia merasakan hilangnya yang dia cintai, ia akan merasakan kepedihan, dan jika kehilangan itu diakibatkan oleh perbuatannya, niscaya ia akan menyesali perbuatannya itu. Dan perasaan pedih kehilangan yang dia cintai itu dinamakan penyesalan. Jika perasaan pedih itu demikian kuat berpengaruh dalam hatinya dan menguasai hatinya, maka perasaan itu akan mendorong timbulnya perasaan lain, yaitu tekad dan kemauan untuk mengerjakan apa yang seharusnya pada saat ini, kemarin dan akan datang. Tindakan yang ia lakukan saat ini adalah meninggalkan dosa yang menyelimutinya, dan terhadap masa depannya adalah dengan bertekad untuk meninggalkan dosa yang mengakibatkannya kehilangan yang dia cintai hingga sepanjang masa. Sedangkan masa lalunya adalah dengan menebus apa yang ia lakukan sebelumnya, jika dapat ditebus, atau menggantinya.”



Wednesday, October 20, 2010

Persediaan Haji


Salam buat semua umat Islam, Semoga anda semua berada dalam keadaan baik dan bersemangat untuk memantabkan diri anda dan dapat memberikan buah fikiran dan tenaga untung kepentingan umat Islam. Kali ini memandangkan seruan haji telah bergema kepada semua umat Islam dunia, maka saya teringat untuk mengadakan artikel yang berkaitan dengan haji. Bulan Zulhijjah merupakan bulan haji yang difardhukan kepada semua umat Islam yang berkemampuan untuk menunaikan haji ke Baitullah (Mekkah). Haji merupakan rukun Islam yang kelima, sesiapa yang ingin menunaikan haji memerlukan banyak pengorbanan yang besar iaitu dengan menghabiskan duit lebih RM 12.000, menghabiskan tenaga, bergadai nyawa, menghabiskan masa dan sebagainya.

Sebagai tanggungjawab seorang abdullah (hamba Allah), saya ingin berpesan dan ingat memperingati kepada diri saya, semua bakal jemaah haji dan semua umat Islam. Bagi sesiapa yang ingin menunaikan haji, terlebih dahululah jagalah niat mereka untuk menunaikan haji di Baitullah dengan di niatkan ingin melaksanakan ibadah rukun yang kelima kerana Allah kerana haji merupakan seruan Allah bagi yang berkemampuan. Niat merupakan perkara yang wajib dan utama dalam setiap amalan ibadah dalam Islam sepertimana hadis Nabi yang bermaksud iaitu “Setiap pekerjaan kamu dimulakan dengan niat". Jika niat orang yang hendak melaksanakan haji sebagai untuk mendapatkan gelaran sebagai “haji”, ingin melancong, ikut-ikut orang sahaja, ingin menunjuk-nunjuk atau pergi membeli-belah, maka rugilah kerana Allah tidak akan menerima haji orang yang mempunyai niat selain daripada Allah. Fikirkannya baik-baik bukan mudah hendak melaksanakan ibadah haji kerana ia memerlukan pengorbanan atau jihat yang besar untuk melaksanakannya.

Buatlah persediaan awal bagi sesiapa yang ingin menunaikan haji, kerana persediaan itu adalah sangat baik dan dapat menyelesaikan beberapa kesusahan semasa melaksanakan ibadah haji. Contohnya bagi calon haji hendaklah pergi menghadiri kelas-kelas atau kursus-kursus haji sebagai persediaan dan gambaran permulaan. Bawa beberapa catitan atau buku-buku yang berkaitan bacaan dalam haji sebagai rujukan semasa melaksanakan haji, sering bertanya sesiapa yang pernah melaksanakan haji sebagai persediaan dan pengetahuan. Sediakan duit kecemasan sebagai persediaan untuk menghadapai berbagai kemungkinan seperti bayar dam bagi yang tidak cukup melaksanakan rukun haji. Buat pemeriksaan awal di mana-mana hospital atau klinik sebagai tindakan mencegah daripada berlakunya kemalangan yang dapat menggugat proses ibadah haji.

Laksanakanlah haji dengan sebaik yang mungkin untuk memperolehi haji yang mabrur (haji yang diterima Allah). Orang yang ikhlas pada dirinya untuk melaksanakan haji kepada Allah, sanggup bersusah payah untuk melengkapkan fardhu haji tidak kira dihimpit dan ditolak oleh orang kebanyakkan dengan berbekalkan keyakinan kepada Allah, nescaya orang ini akan memperolehi haji yang mabrur.

Haji yang diterima oleh Allah ialah haji yang ikhlas kerana Allah. Buktinya dapat dilihat sebelum seseorang itu pergi haji, seperti tidak pernah atau jarang-jarang solat berjamaah di masjid atau surau, tidak pernah pergi mendengar ceramah atau kuliah di masjid dan sebagainya. Tetapi apabila pulang dari haji ia lebih baik dari itu sikapnya berubah menjadi manusia yang benar-benar mengabdikan diri kepada Allah dan menjadi contoh dan tauladan yang baik kepada masyarakat kampungnya.

Akhir kata, marilah kita berdoa kepada semua jemaah haji semoga mereka dapat melaksanakan ibadah haji dengan baik, tanpa masalah, memperolehi nikmat kesihatan yang baik dan haji mereka memperolehi haji yang mabrur. Bagi sesiapa yang berniat hendak pergi haji dari masa akan datang lakukanlah persediaan awal dan kumpullah duit yang dihasilkan dari titik peluh kita sendiri dari sumber yang halal. Sentiasa berdoa untuk melaksanakan haji yang sempurna dan mudah-mudahan Allah terima haji kita.

Monday, October 18, 2010

Filem From Paris With Love Hina Islam


Sebelum ini saya pernah menonton filem ini dengan kawan-kawan ketika menghadiri kursus KPLI UPSI-MARA. Adegan filem nampak hebat dan penuh teknologi terkini dan ceritanya sama seperti filem box-office sebelum ini yang berjudul B13. Misi agen perisik menyelamatkan negara. Filem “B13” menyelitkan sedikit unsur penghinaan kepada Islam apabila orang Islam dilakonkan sebagai salah satu kelompok minoriti mafia yang terlibat dengan dadah. Tetapi, filem “From Paris With Love” menyajikan penghinaan yang lebih dahsyat iaitu Muslim sebagai pengganas dan Islam agama yang menyeru kepada keganasan.

Pada permulaan cerita, watak utama, Wax yang dilakonkan oleh John Travolta sudah mengetengahkan imej menghina Islam. Kononnya, cuba menyamar sebagai salah seorang anggota mafia dengan memakai serban di tengkuk. Ironinya, ini adalah satu agenda yang ingin mendidik minda manusia bahawa pemakaian serban adalah lambang mafia dan pengganas.

Saya cukup terkejut dengan perkembangan plot cerita ini kerana secara keseluruhannya menghina Islam dari awal hingga ke penghujung jalan cerita. Kumpulan Islam adalah kumpulan pengganas yang menjadi musuh utama dalam filem ini.

Orang Asia berbangsa Cina ditonjolkan sebagai kumpulan yang dipergunakan oleh kumpulan pengganas. Kumpulan pengganas menjual dadah kepada mereka sedangkan keuntungan jualan digunakan untuk membeli senjata bagi menjalankan kegiatan kumpulan pengganas Pakistan/Islam tersebut.

Dinding bangunan sarang 'pengganas' dipenuhi dengan kalimah-kalimah yang agung; Allah, La ilaha illallah, Muhammad dan sebagainya.

Watak yang dilabel pengganas kononnya adalah orang Pakistan beragama Islam. Turut dikaitkan sebagai sarang pengganas adalah negara Lubnan.

Dalam satu adegan, salah seorang watak utama, James Reese (Jonathan Rhys Meyers) mengacukan pistol kepada ‘pengganas’. Si pengganas yang telah mengangkat tangannya secara tiba-tiba mendekatkan diri dan memasukkan pistol yang diacukan tersebut ke dalam mulutnya. Kemudian, menarik picu pistol dan sempat mengucapkan dua kalimah syahadah sebelum melepaskan picu pistol sehingga hancur kepalanya.

Kemudian, seorang ketua kumpulan pengganas membawa kereta yang diisi bom dari arah yang bertentangan dengan kereta yang dinaiki oleh delegasi dari Amerika Syarikat yang sedang dalam perjalanan untuk menghadiri satu persidangan di Paris. Kononnya merancang untuk membuat aksi pengebom kereta berani mati. Watak-watak pengganas semuanya memegang nama-nama Arab/Islam seperti Rasyid dan sebagainya.

Akhirnya, satu rahsia terbongkar. Bekas kekasih Reese, Caroline kononnya menganut agama pengganas dan merancang untuk meletup diri dalam persidangan yang bakal berlangsung. Dia hadir dengan berpakaian seperti seorang Muslimah. Reese memujuknya agar meninggalkan agama yang merosakkannya yang menjanjikan ketenangan yang palsu. Akhirnya Reese terpaksa menembak mati kekasihnya sebelum sempat Caroline menekan butang bagi meletupkan diri.

Sumber : Wira Islam

Saturday, October 16, 2010

Email Atau Mesej Berantai Dari Sudut Dakwah Islam


Soalan :

Assalamualaikum ustaz,
ana mendapat 1 emel yg berbunyinya macam ini

Subject:

Fw: Sila sebarkan...amanah

Salam Syawal

''Jangan Berbangga dengan Calvin Klien & Armani Exchange anda kerana….
Pakaian Terakhir anda adalah Kain Kafan…& perfume anda adalah kapur barus..

'' Jangan Berbangga dengan BMW & Merz anda kerana….
Kenderaan terakhir anda adalah Keranda yang akan diusung…

'' Jangan Berbangga dengan Banglo dan Condo anda kerana….
Tempat Peristirehat anda yang terakhir adalah Kubur..

'' Jangan Berbangga dengan Kehenseman atau Kecantikan anda kerana…..
Akhirnya Hanya menjadi santapan si Cacing dan Serangga....

'' Saya bersumpah Demi ALLAH S.W.T , Demi ISLAM dan Demi ajaran AGAMA,
Saya akan menyebarkan mesej ini ke 15 teman2 saya..
Apabila Saya melanggar Sumpah saya ini, Maka MUSIBAH akan selalu menimpa saya...
Saya akan selalu GAGAL dlm usaha dan segala CITA-CITA takkan pernah terwujud.''

Anda sudah bernazar…

Pertanyaan daripada anda :

Adakah ini salah satu daripada contoh emel berantai yang sering diperkatakan. Adakah dengan membaca seperti

"Apabila Saya melanggar Sumpah saya ini, Maka MUSIBAH akan selalu menimpa saya...
Saya akan selalu GAGAL dlm usaha dan segala CITA-CITA takkan pernah terwujud.''

Anda sudah bernazar…"

nazar dengan sendirinya jatuh ke atas diri kita. Saya pernah membaca kisah tentang orang kafir yang sengaja mereka reka ayat seperti ini untuk merosakkan akidah umat islam. Apa pendapat ustaz.

Jawapannya :

Sebelum saya menyentuh masalah ini, maka lebih baik saya datangkan dahulu maksud dan konsep dakwah. Dakwah mengikut Kamus Dewan Edisi ketiga ialah kegiatan menyeru dan meyakinkan orang lain supaya menerima sesuatu kepercayaan.

Menurut Ensiklopedia Islam dakwah membawa maksud setiap kegiatan yang bersifat menyeru, mengajak dan memanggil orang untuk beriman dan taat kepada Allah s.w.t sesuai dengan garis akidah, syariat dan akhlak Islamiah. Secara kebahasaan, dakwah adalah kata dasar (masdar) dari kata kerja da’a yang bererti panggilan, seruan atau ajakan. Kata dakwah sering dirangkaikan dengan kata “ilmu” dan kata “Islam”, sehingga menjadi “ilmu dakwah” dan “dakwah Islam” atau al-da’wah al-Islamiyah.

Menurut Abu ‘Urwah, pengertian dakwah dari segi bahasa membawa maksud menyeru atau memanggil, sama ada kepada perkara yang haq atau batil. Selain itu, seruan kepada Allah swt. Allah s.w.t berfirman :

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha Suci Allah (dari segala i’tiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain”. (Surah Yusuf : 108)

Dakwah Islamiah yang asli (Syumuliah Fi Da'wah)

Maksud Imam Al-Banna adalah bahawa dakwah Islamiah seharusnya membawa risalah Islam yang asli. Dakwah tersebut bukanlah didalam maksud yang sempit atau terbatas, misalnya terbatas pada sudut kecendekiawanan (keintelekan) saja, atau pada sudut politik semata dan lain-lain. Seterusnya manusia juga perlu memperoleh penjelasan tentang jalan dakwah Islamiah agar mereka faham tujuan dakwah yang sebenarnya sehingga masyarakat umum tidak merasa samar-samar akan cara-cara dakwah Islamiah.

Dakwah yang bersifat Rabbani (Robbaniah Fi Da'wah)

Yaitu berdakwah dengan menyeru manusia kepada Allah.
“Maka janganlah Engkau (Wahai Muhammad) menyembah Tuhan Yang lain bersama-sama Allah, akibatnya Engkau akan menjadi dari golongan Yang dikenakan azab seksa. Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu Yang dekat. Dan hendaklah Engkau merendah diri kepada pengikut-pengikutmu dari orang-orang Yang beriman.” (As-Syuaraa : 213-215)

Wasilah-wasilah (jalan-jalan) dakwah hari ini dan kemarin mungkin berbeza, dakwah pada masa lalu lebih dalam bentuk ceramah-ceramah atau khutbah-khutbah ataupun ditulis dalam risalah-risalah atau surat-surat. Namun wasilah pada hari ini adalah melalui majalah-majalah, surat kabar, risalah-risalah, peralatan radio, IT dan sebagainya. Kesemuanya ini adalah merupakan jalan untuk sampai kepada hati manusia.

Maksudnya, dakwah pada hakikatnya adalah untuk menghubungi hati-hati manusia, seruan-seruan, program-program dan sebagainya hanyalah berfungsi sebagai media untuk mencapai hakikat tersebut. Jadi, dakwah Islamiyah adalah dakwah yang mana kita ingin mengetuk pintu-pintu hati manusia agar terbuka dan menerima hakikat keimanan kepada Allah swt. Oleh karena itu, tugas kita semua sebagai ahli dakwah adalah untuk memperbaiki jalan-jalan (untuk sampai pada hati manusia) sehingga tercapailah apa yang dimaksud.

Ringkasnya, tugas seorang da’i adalah memanggil manusia kepada Allah, dengan berbicara kepada hati mereka melalui pembentukan kesadaran yang murni terhadap tanggungjawab mereka kepada Allah. Para da'i tidak akan dapat berfungsi sebagai pendakwah yang dapat membawa hidayah seandainya hati para da'i tersebut masih kotor. Karena itulah, Imam Al-Banna mengungkapkan agar para da'i menjadi :
"Rahib di malam hari, pejuang di siang hari (Ruhban fil lail, wa fursan fin nahar)"

Dakwah yang membawa makna Islah

Maksud dakwah yang membawa makna Islah adalah bahwa kita harus berusaha memperbaiki keadaan yang meliputi Ummah. Termasuk di sini adalah berbagai usaha yang mencakup setiap aspek, yaitu mengislahkan insan, masyarakat, dan negara.

Kita haruslah berupaya sedapat mungkin melaksanakan ataupun membantu setiap aspek yang membawa Islah.

Imam Al-Banna menyimpulkan maksud ini dalam seruannya :

"perbaikilah undang-undang, perbaikilah suasana lahiriah masyarakat, perangilah amalan-amalan yang berlebihan (ibahiah) di dalam masyarakat, susunlah sistem pendidikan... "

Demikian juga di dalam sejarah hidupnya, beliau banyak menulis surat baik kepada para ulama maupun para pemimpin masyarakat agar mereka mengusahakan perbaikan masyarakat dan negara.

Dakwah seharusnya bukan datang untuk menentang segala yang ada di dalam masyarakat, melainkan untuk memperbaikinya. Kita bukanlah bertugas sebagai hakim yang menilai, menghakimi, dan menghukum masyarakat; melainkan sebagai tabib yang mengubati masyarakat. Kita haruslah bersikap seperti pohon, manusia melempari kita dengan batu namun kita membalasnya dengan buah kebaikan.

Methodologi Dakwah

Pada dasarnya dakwah mestilah dilakukan tanpa kekerasan kerana Islam tidak membolehkan kekerasan atau paksaan dalam agama seperti Firman Allah :

“Tiada paksaan dalam beragama(masuk Islam). Sesungguhnya sudah nyata petunjuk dari kesesatan”. (Al-Baqarah : 256)

Menurut al-Mawdudi, paksaan akan melahirkan nifaq dan munafiq kerana dakwah adalah mengajak dengan kesedaran. Namun demikian, terkadang diperlukan kekerasan untuk menjaga kemuliaaan agama atau untuk memelihara masyarakat, negara dan sebagainya. Sebagaimana yang ditegaskan oleh Rasulullah :

“Barang siapa di antara kamu yang melihat kemungkaran hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Jika ia tidak sangggup dengan lidahnya. Jika ia tidak sanggup, maka dengan hatinya dan ini adalah iman yang paling lemah. ” (Hadis Sahih Muslim)

Dakwah yang hendak dilakukan hendaklah mengikut metodologi yang diikuti oleh para Nabi dan Rasul, disamping menyesuaikannya dengan perubahan zaman dan persekitaran, mengikut apa yang terbaik untuk zaman dan masyarakat tersebut. Dakwah boleh disampaikan secara lisan, tulisan atau memanfaatkan dari perkembangan teknologi maklumat yang wujud pada masa kini. Secara dasarnya, al-Quran telah memperjelaskan tiga cara dakwah yang efektif, seperti Firman Allah yang bermaksud :

“Serulah kepada jalan tuhan kamu dengan cara hikmah, nasihat yang baik dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik. ” (Al-Nahl; 125)

Ahli tafsir tela menghuraikan maksud tiga cara tersebut :

  1. Hikmah : Iaitu keterangan yang jitu dan tepat yang dapat meyakinkan dan menghilangkan keraguan, dengan memasukkan roh tauhid dengan akidah iman, dalil-dalil dan keterangan-keterangan yang jelas sehingga meyakinkan akal. Termasuk dalam hikmah ialah dengan menggunakan susunan kata-kata yang biasa dan senang diterima akal dan bukannya menggunakan kata-kata yang tidak difahami atau sukar difahami oleh penerima dakwah sepertimana yang dilakukan oleh Rasullullah saw.

  2. Nasihat Yang Baik(Mauizah Hasanah) : Iaitu huraian–huraian yang memberi petunjuk dan nasihat yang dapat menyedarkan dan membuka pintu hati untuk mentaati semua pertunjuk Islam. Huraian-huraian ini dilakukan dengan jelas dan tanpa menyakitkan hati orang lain. Metode ini ditujukan kepada orang-orang yang menerima dan sudah komited dengan prinsip dan fikrah Islam. Mereka tidak memerlukan kecuali nasihat untuk mengingatkan, memperlembutkan hati, dan menjernihkan segala kekeruhan yang wujud.

  3. Berdialog Dengan Cara Yang Baik : Iaitu memberi hujah atau bukti-bukti yang dapat menolak sanggahan dan pendapat lawan. Menurut Amin Ahsan Ishlahi, metode mujadalah hasanah adalah metode yang diizinkan oleh al-Quran, iaitu dengan pendakwah memberi penjelasan kepada pihak lawan dengan menggunakan prinsip-prinsip dan kesimpulan logik agar dapat mereka merenungkannya, menerima kebenaran atau tidak menentang seruan dakwah lagi.
Fokus Isu Soalan

Saya sebelum ini banyak juga menerima email dan mesej seperti ini, tetapi semua email dan mesej seperti ini saya abaikan, sebab orang yang menyebarkan ini mencari keuntungan peribadi dan tiada fakta dan nas yang jelas. Kecualilah kalau mesej atau email berantai yang dihantar menceritakan isu-isu atau berita tentang peperangan Gaza, kuliah agama di masjid-masjid tertentu, jemputan perkahwinan, jemputan mendengar ceramah, memohon sumbangan, kata-kata hikmah dan sebagainya. Ini terpulanglah kepada kita untuk menyebarkan ataupun tak, sebab itu hak masing-masing. Dakwah juga berbentuk ajakkan dan penjelasan dan bukan perangkap sepertimana yang dinyatakan dalam email tersebut seperti :

'' Saya bersumpah Demi ALLAH S.W.T , Demi ISLAM dan Demi ajaran AGAMA,
Saya akan menyebarkan mesej ini ke 15 teman2 saya..
Apabila Saya melanggar Sumpah saya ini, Maka MUSIBAH akan selalu menimpa saya...
Saya akan selalu GAGAL dlm usaha dan segala CITA-CITA takkan pernah terwujud.''

Saya lihat dari isi email yang awal memang dah bagus dan baik disebarkan kerana ini satu peringatan dan teknik dakwah zaman moden. Tetapi ia menjadi celaru apabila ada ayat sumpah pulak yang sekaligus memerangkapkan orang yang membacanya. Mengikut kaedah fiqh sumpah yang tidak menyebut “Wa Allah, Bil Allah, Tal Allah” tidak dosa dan tiada kifarah atau denda yang dikenakan. Lagipun orang yang membaca tidak jatuh sumpahnya kerana itu bukan datang dari keinginannya iaitu dari hati dan lidahnya dan itu secara perangkap sahaja. Boleh jadi juga ini adalah kerja jahat dari musuh-musuh Islam yang tidak henti-henti mencari teknik dan helah baru untuk menyesatkan orang Islam. Masalah ini saya tak mahu mengulas panjang sebab saya tiada bukti mengatakan bahawa ini semua kerja jahat musuh Islam.

Banyak lagi cara untuk berdakwah yang boleh dilakukan selain dari menghantar email atau mesej berantai ini. Kalau anda abaikan email dan mesej berantai ini pun tak jadi apa-apa masalah dan tak mendatangkan apa-apa musibah. Sebabnya kalau dilihat dari email tersebut tiada bukti nas atau dalil yang mengatakan kalau orang yang tak menghantar email atau mesej tersebut akan dimurkai Allah dan akan dikenakan bala bencana. Sebagai orang Islam yang bijak, anda buang sahaja kandungan sumpah tersebut dan hantarkan sebahagian email lagi yang tidak mengandungi sumpah laknat kepada kawan-kawan anda yang berdekatan, supaya ia dapat dibaca dan dimanfaatkan. Dalam masa yang sama, anda telah menyebarkan dakwah Islam kepada kawan-kawan anda dengan menggunakan konsep hikmah dan mauizah hasanah. Mudah-mudahan anda mendapat ganjaran yang setimpal dari Allah.

Agama Islam adalah agama yang benar dan tiada paksaan kepada sesiapa yang ingin memeluknya. Kaedah dakwah yang saya berikan di atas adalah paling cantik untuk pendakwah (da’i) amalkan, kerana ia bersesuaian pada bila-bila masa dan keadaan. Lakukan dakwah dengan kebijaksanaan, ilmu, nasihat,contoh tauladan yang baik dan berdialoglah dengan memberikan bukti-bukti yang kongkrit untuk menarik minat manusia mengamalkan ajaran Islam.

Kecualilah umat Islam yang tidak mahu melaksanakan ibadah wajib dan melakukan jenayah-jenayah yang besar seperti, mencuri, maksiat, zina, tidak menutup aurat, murtad dan sebagainya. Maka barulah digunakan pendekatan kekerasan dan ancaman kepada mereka yang melakukan kesalahan tersebut dengan berpandukan dalil Al-Quran dan Hadis. Sekian dari penjelasan saya untuk masalah ini, saya mohon maaf kalau ada apa-apa kesilapan dan kekasaran.

Friday, October 15, 2010

Renungi Kehidupan Ingati Kematian



Setiap yang bernyawa pasti akan mati, begitu jugalah dengan manusia tiada seorang pun boleh lari dari ajalnya yang telah ditetapkan oleh Allah SWT, di mana bila ajal seseorang itu telah sampai malaikat Izrail tetap akan mencabut nyawanya tidak kira di mana seseorang itu berada. Sebagaimana Firman Allah dalam surah al-Jumu’ah ayat 8 :

"Katakan (wahai Muhammad) sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan nyata, lalu ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya).


Begitulah apabila nyawa seseorang telah terpisah daripada jasadnya, maka tinggallah segala apa yang dimilik sama ada ahli keluarga, saudara mara dan harta benda yang akan diwarisi oleh kaum keluaga. Jasad yang terbujur kaku akan diurus dan dihantar ke kubur untuk dikebumikan. Pada saat itu, terpisahlah ia ke alam lain iaitu alam kubur atau alam barzakh sementara menunggu hari pembalasan di akhirat.


Para alim ulama pernah berkata, kehidupan di dunia yang sementara ini, kadang-kadang menjadikan manusia lupa tentang kehidupan di alam akhirat yang kekal abadi. Maka kehidupan di dunia ini dianggap sebagai godaan terbesar yang boleh memesongkan manusia dari mengingati Allah SWT, kecuali bagi orang-orang yang berjaya mengurus kehidupan mereka dengan ketakwaan kepada Allah SWT, yang mana ketakwaan tersebut menjadi jambatan emas menuju ke syurga. Persoalannya, mengapa Islam menyuruh umatnya untuk sentiasa mengingati mati?.


Pertama, di antara sebab kenapa Islam menganjurkan umatnya supaya mengingati mati ialah, kerana manusia yang sentiasa mengingati mati akan dapat mendidik jiwanya menjadi randah diri, tidak resah gelisah, tidak lupa diri dan sombong bahkan bersedia untuk menempuh kehidupan yang kekal abadi di akhirat.


Kedua, mengingati mati adalah suatu kejadian yang pasti akan dialami oleh setiap manusia dan mati juga suatu perkara yang tidak dapat dihindarkan walau dengan apa cara sekalipun dan ianya pasti berlaku ke atas setiap diri manusia. Namun begitu, mengingati mati itu, bukanlah bermaksud memaksa diri untuk segera mati atau sengaja mendedahkan diri kepada kematian.


Ketiga, mengingati mati menjadikan diri seseorang itu lebih bersedia dan merancang kehidupan sebelum mati dan dapat mengingatkan dirinya untuk berhadapan dengan mati, dengan itu dia terdorong untuk meningkatkan ketakwaan dengan memperbanyakkan amal ibadah sebagai bekalan untuk bertemu dengan Allah SWT.


Sebaliknya, bagi orang yang melupakan tentang kematian merupakan kesuatu perbuatan yang tidak dapat diterima akal dan termasuk di kalangan orang yang tidak bijak merancang masa depan, kerana sesungguhnya dengan mengingati kematian itu memberi kesedaran dan peringatan tentang kehidupan di dunia yang dilaluinya dan kehidupan di akhirat yang bakal ditempohi.


Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Jabir yang bermaksud :


"Apabila seseorang dimasukkan nur (cahaya keimanan) maka hatinya akan menjadi lapang dan terbuka. Lalu sahabat bertanya : Apakah tandanya hati yang lapang dan terbuka itu?. Jawab Rasulullah SAW : Ada perhatian terhadap kehidupan yang kekal di akhirat dan timbulnya peringatan tentang tipu daya ini dan orang bersiap sedia mengahadapi mati sebelum datangnya ajal".


Apabila seseorang telah disemadikan jasadnya di dalam kubur, pastinya ia keseorangan, tiada lagi kawan-kawan, tiada lagi ahli keluarga, tiada lagi tempat untuk mengadu dan memohan pertolongan. Bagi orang yang beriman kehidupan mereka di alam kubur dipenuhi dengan segala macam kenikmatan kurniaan Allah SWT. Sebaliknya bagi orang yang syirik, kufur dan ingkar terhadap suruhan dan perintah Allah sudah pasti seksaan dan azab kubur diterima sebagai tanda hukuman yang akan diterima di hari akhirat.


Oleh itu, sebelum jasad diusung ke tanah perkuburan dan disemadikan disana, marilah kita memperkasakan diri dengan keimanan yang mantap dan ketakwaan yang sebenar-benarnya kepada Allah SWT. Di samping kita juga berdoa supaya kita termasuk di kalangan orang-orang yang soleh yang sentiasa memperbanyakkan amal ibadah tanpa jemu dan putus asa yang mana bekalan amal soleh sahajalah yang dapat menyelamatkan manusia dari azab kubur dan seksaan di akhirat. Janganlah kita menjadi seperti orang yang hanya mengaku beriman di mulut sahaja sedangkan di dalam hati masih kufur kepada Allah dengan perilaku seharian seolah-olah mempersenda-sendakan ajaran Islam.


Oleh itu, mimbar Jumaat hari ini ingin menyeru dan mengingatkan agar kita semua sentiasa bersedia untuk mengahadapi kematian dengan berlumba-lumba melaksanakan perkara kebaikan dengan berbekalkan keimanan dan amal soleh. Disamping menginsafi diri dengan perkara-perkara berikut :


  1. Kehidupan sesudah mati jauh lebih penting daripada kehidupan sebelum mati. kerana itulah, segala apa yang dimiliki daripada nikmat dunia ini tidak memberi manfaat di hari akhirat kecuali keimanan kepada Allah dan amal soleh yang sebenar-benarnya.

  2. Islam menganjurkan umatnya mengingati mati supaya kesempatan hidup ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya sesuai dengan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abi Bakrah RA : "Dari Abi Bakrah dia mendengar daripada bapanya bahawasanya seorang lelaki bertanya Rasulullah SAW: Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang paling baik? Jawab Baginda: Orang yang pangjang umurnya dan baik pula amalannya. Ia bertanya lagi: Siapakah orang yang paling jahat? Jawab Baginda: orang yang pangjang umurnya dan jahat pula amalannya".

  3. Sewaktu di alam kubur kita akan didatangi oleh dua malaikat iaitu Munkar dan Nakir untuk menyoal dengan beberapa pertanyaan. Bagi orang yang beriman dan melakukan amal soleh semasa hayatnya di dunia, dia akan dapat menjawab dengan mudah dan lancer, pada saat itu kuburnya diluaskan dengan seluas-luasnya serta dipenuhi dengan pelbagai nikmat yang berkekalan sehinggalah dibangkitkan pada hari kiamat. Sebaliknya jika gagal menjawab pertanyaan tersebut, kubur akan disempitkan dan diberikan azab seksa sehinggalah berlakunya hari kiamat. Sabda Rasulullah SAW : "Sesungguhnya kubur itu, adalah singgahan pertama ke akhirat, sekiranya yang singgah itu terselamat, maka perjalanan selepas daripada itu lebih mudah lagi. Dan jika tidak selamat, maka perjalanan selepas daripada itu lebih sukar lagi".

Firman Allah yang bermaksud :

"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak pinak, harta benda yang banyak berpikul-pikul dari emas dan perak, kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan ingatlah pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu syurga)." (Surah Ali-Imran ayat: 14)

Petikan : Khutbah JAKIM



Wednesday, October 13, 2010

Menuju Ketaqwaan Siri 2


Apakah Jalan Yang Menyampaikan Kepada KerohanianIni?

Al-Quranul-Karim dalam pandangannya yang menyeluruh kepada nirwana semesta ini, manusia dan kehidupan ini, telah menerangkan kepada kita satu manhaj yang amali dalam mempersiapkan manusia di segi roh, pembentukan keimanannya dan pentarbiyyahan kejiwaannya. Firman Allah yang bermaksud :

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertakwa kepada Allah, nescaya Ia mengadakan bagi kamu (petunjuk) yang membezakan antara yang benar dan yang salah, dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu. Dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar.” (Al-Anfal : 29)

Firman Allah yang bermaksud :

“Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan tetaplah beriman kepada Rasul-Nya (Muhammad) supaya Allah memberikan kepada kamu dua bahagian dan rahmat-Nya dan menjadikan bagi kamu cahaya untuk kamu berjalan dengannya serta diampunkan dosa kamu dan ingatlah Allah amat Pengampun lagi amat Pengasihani.” (Al-Hadid : 28)

Dan firman Allah yang bermaksud :

“Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan dan meninggalkan segala larangan) nescaya Allah mengadakan baginya jalan keluar (dari perkara yang menyusahkan) serta memberikannya rezeki dari jalan yang tidak disangkakannya.” (At-Talaq : 2-3)

Renungi dan perhatikanlah dalam keseluruhan rangkaian ayat-ayat tadi, apakah yang kita dapati? Kita mendapati bahawa ketakwaan kepada Allah Azzawajala adalah merupakan asas gelombang kekuatan, serta asas bagi nur (cahaya) yang menyuluh dan asas bagi pemberian serta sumbangan (pengorbanan). Dalam pada itu juga dengan ketakwaan kepada Allah Azzawajala sahajalah yang membolehkan seseorang mukmin membezakan antara yang “kurus” dengan yang “gemuk”, iaitu membezakan antara yang hak dengan yang batil.

Begitulah dengan ketakwaan kepada-Nya, Allah menjadikan bagi mereka yang bertakwa satu nur (cahaya). Lantaran dengan cahaya tersebut mereka berjalan di kalangan manusia lalu manusia seluruhnya berpandukan dengan nur hidayah (yang mereka bawa) dan bersinarkan dengan nur tersebut.

Dengan ketakwaan kepada-Nya, mereka (yang bertakwa) mendapat jalan keluar (daripada kesusahan) kepada jalan yang penuh dengan keamanan. Sekalipun mereka di ketika itu berhadapan dengan maut serta berhadapan dengan seksaan-seksaan. Sayyid Qutb dalam mentafsirkan firman Allah (Surah Al-Anfal : 29)

Menyatakan : “Inilah dia bekalan iaitu bekalan persediaan dan kelengkapan di perjalanan. Bekalan ketakwaan yang menghidup, membangkit dan menyedarkan hati, membuahkan di dalamnya setinggi-tinggi kesedaran, kewaspadaan dan berhati-hati. Menyediakan baginya sinar cahaya petunjuk yang menyingkap segala rintangan ujian di liku-liku perjalanan yang sejauh mata memandang. Cahaya petunjuk ini merupakan cahaya yang tidak dikelami dengan sebarang syubhat (kesamaran) serta mendindingi pemikiran yang sempurna dan benar. Kemudiannya, ia adalah merupakan bekalan mengampun dan memaafkan sebarang kesalahan, bekalan kedamaian yang mencurahkan ketenangan dan kegembiraan, bekalan cita-cita serta impian untuk memenuhi dan mencapai kurniaan Allah yang maha besar di ketika hari yang tiada di sana sebarang bekalan di ketika hari yang mana keseluruhan amalan adalah sia-sia, tidak mempunyai sebarang nilaian. Kesemuanya ini adalah merupakan kenyataan : Bahawa hanya ketakwaan kepada Allah sahajalah yang benar wujud dan menjelma di hati, satu petunjuk yang membezakan antara yang benar dan yang batil yang seterusnya menyingkapkan rintangan dan halangan di perjalanan. Begitu juga dengan hakikat-hakikat kepercayaan (akidah) ini tidak akan dirasai, difahami dan diketahui melainkan kepada mereka yang melaksanakan secara amali.”

Dengan hanya menggambarkan sifat-sifat di atas, seseorang yang menikmati kelazatan hakikat ini tidak dapat memindahkannya kepada orang yang tidak menikmatinya. Sesungguhnya urusan-urusan kehidupan sentiasa membayangi dan mengelirukan perasaan dan kewarasan. Begitu juga dengan jalan-jalan yang berbagai haluan telah membayangi dan mengelirukan pandangan dan pemikiran. Manakala kebatilan senantiasa mengaburi (membayangi) kebenaran ketika mana pemutusan (penentuan jalan) dan hujah keterangan dikelami oleh kehitaman, tetapi tidaklah ia terus terselubung dan dibisukan walaupun ianya telah tidak disahuti oleh hati dan akal. Begitu kerap juga perdebatan yang sia-sia serta perbincangan yang penuh dengan kesungguhan dan kehampaan. Kesemua ini adalah berpunca dan tidak wujudnya di sana “ketakwaan”. Apabila ianya wujud, terserlahlah kewarasan, nyatalah kebenaran, tersingkaplah jalan, tenteramlah hati, lapanglah segala tindakan, tenanglah jiwa dan tetap perasaan, serta teguhlah engkau di dalam perjalanan.

Sesungguhnya kebenaran tidaklah mengasingkan dirinya dari fitrah. Tetapi hawa nafsulah yang mendindingi kebenaran dengan fitrah, hawa nafsulah yang menyebarkan kelam kegelapan, mendindingi pendapat pemikiran menutupi jalan dan menyembunyikannya. Ianya tidak tertewas oleh hujah, tetapi ianya tertewas oleh ketakwaan. Tertewas oleh ketakutan kepada Allah dan muraqabah kepada-Nya ketika tersembunyi dan secara berterangan. Daripada ini nyatalah bahawa Al-Furqanlah (Al-Quran) yang menyinari pandangan dan menghilangkan segala kesamaran serta membuka (menjelaskan) jalan.

Lantaran itu apabila ternyata (kepada kita) betapa pentingnya ketakwaan, maka apakah hakikatnya serta bagaimanakah jalan untuk menyampaikan kepadanya? Ketakwaan sebagaimana takrifan sebahagian para ulamak ialah “Bahawa Allah tidak melihat engkau ketika mana ia menegah engkau dan bahawa Allah tidak mengurangi (merugikan) engkau ketika mana ia memerintahkan”. Atau takrifan sebahagian ulamak yang lain Takwa ialah memelihara diri daripada azab Allah dengan mengerjakan amal salih dan takut kepada Nya ketika terang dan tersembunyi.

Ketakwaan adalah merupakan suatu hasil yang jitu, serta buah yang semulajadi bagi perasaan yang dilimpahi dengan keimanan yang mendalam, yang menghubungi dengan muraqabah (mendekatkan) kepada Allah. Lahir satu perasaan ketakutan kepada-Nya, kegerunan dan kemurkaan dan seksaan-Nya, keinginan serta kesungguhan (ketamakan) kepada keampunan dan kurnia pahala-Nya.

Al-Quran begitu mengambil berat tentang fadilat (kelebihan) ketakwaan, bahkan dalam pada itu ia menyeru manusia kepada ketakwaan dan menempatkan serta memberikan keistimewaan kepadanya. Sebilangan besar dari ayat-ayatnya yang jelas sehinggalah para pembacanya, hampir-hampir tidak tertinggal satupun muka surat ayat-ayat suci Al-Quran ataupun sebahagiannya melainkan mereka akan mendapati kalimah “attakwa” di sana sini yang dinyatakan oleh yang Maha Pengingat dan Maha Bijaksana.

Para sahabat dan salafus salih begitu mengambil berat tentang ketakwaan di mana mereka memastikan, bermujahadah untuk mencapainya dan sering bertanya mengenainya. Baginda Umar bin Al-Khattab pernah bertanyakan Ubai bin Kaab tentang takwa. Ubai bertanya : “Pernahkah engkau berjalan di jalan yang berduri? Umar menjawab, “Bahkan!” Ubai bertanya : “Apa yang engkau lakukan apabila berjalan di jalan tersebut? Jawab Umar: “Aku berhati-hati dan berusaha (melepasi nya).” Lalu Ubai berkata: “Maka yang demikian itulah ketakwaan”.

Berasaskan kepada pengertian ketakwaan seperti yang dinyatakan oleh Ubai bin Kaab dalam jawapannya terhadap soalan yang dikemukakan oleh baginda Umar, Sayyid Qutb Rahimahullah menyatakan di dalam tafsirnya Fi Zilalil Quran : Yang demikian itulah ketakwaan, kehalusan rasa dalam tindakan, keheningan pada perasaan, ketakutan yang berterusan, kesentiasaan di dalam kewaspadaan dan pemeliharaan (diri) dan ranjau-ranjau di jalan. Jalan kehidupan. Jalan yang sentiasa dirintangi oleh ranjau-ranjau keinginan hawa nafsu, ranjau-ranjau kehalobaan, kebanggaan serta yang menakutkan dan menggetarkan hati, ranjau-ranjau tipuan pengharapan bagi mereka yang tidak mempunyai pengharapan. Tiupan ketakutan dari mereka yang tidak memberikan kemanfaatan serta kemudaratan dan puluhan macam ranjau-ranjau yang lain.

Cukuplah “takwa” dengan segala kelebihan dan keberkesanannya. Sesungguhnya ia merupakan pemancar kelebihan (fadilah) kepada masyarakat seluruhnya. Satu-satunya jalan untuk mengawal kerosakan, kejahatan dan dosa. Bahkan ia merupakan rukun yang paling asasi dalam pembentukan sesebuah keperibadian di segi kejiwaan dan akhlaknya. Membolehkannya untuk menghadapi sebarang kesusahan dan kepayahan dalam kehidupan ini, serta membantunya untuk membezakan antara sebuah kehidupan yang baik dan yang buruk juga menyabarkannya ketika berhadapan dengan mihnah (ujian), tribulasi dan kesusahan kehidupan ini. Itulah hakikat ketakwaan yang kesannya begitu terasa dalam pentarbiyyahan sesebuah peribadi dan pembentukan sesebuah jamaah.

Tuesday, October 12, 2010

Al-Azhar Minta Iran Musnahkan Makam Abu Lu'Lu'ah

Sheikh Ahmed Mohammed Al-Tayyeb

Hamid Baghai

Makam Abu Lulu'a

Sekumpulan ulama al-Azhar menyambut baik keputusan Sheikh Ahmed Mohammed Al-Tayyeb untuk membatalkan pertemuan dengan naib presiden dan menteri pelancongan Iran, Hamid Baghai.

Al-Azhar, pusat Sunni Islam sedunia itu, juga menyeru supaya dihalang pertemuan dengan pegawai-pegawai Iran melainkan Republik Islam itu mengambil langkah memusnahkan makam Abi Lulu’a al-Majusi, pembunuh khalifah kedua (sahabat Nabi) Omar bin al-Khatab.

Golongan Islam Sunni percaya bahawa empat khalifah pertama selepas Nabi Muhammad telah mengambil alih sebagai pemimpin Islam dengan dengan cara yang sah, bersalahan dengan golongan Syiah yang percaya bahawa hanya Saidina Ali merupakan pengganti yang sah untuk memimpin umat Islam.

Baghai melawat tempat lain

Dalam tahun 2007 Ayatollah Mohammed Ali Taskhiri menghantar surat kepada Kesatuan Ulama Islam Antarabangsa memaklumkan bahawa pihak berkuasa Iran telah menutup makam tersebut.

Rifaa al-Tahtawi, jurucakap al-Azhar berkata bahawa al-Tayyeb mengajar pada setiap Selasa dan ingin mengekalkan jadualnya, sementara pihak delegasi Iran pula lewat memohon mengadakan pertemuan dengan al-Tayyeb sekalipun berada selama empat hari di Mesir untuk menandatangani kerjasama laluan udara, menghubungkan Kaherah dan Tehran buat kali pertama selepas hubungan dingin selama 30 tahun.

Al-Tahtawi juga memberitahu yang Baghai telah melawat beberapa buah masjid yang dianggap penting oleh Muslim Syiah termasuk masjid al-Sayyeda Zainab (anak perempuan Nabi), al-Sayyeda Nafisa (Cicit perempuan Nabi dari Hussain), dan Imam Hussain (cucu Nabi).

Ketua kumpuan ulama tersebut, Dr. Mohammed al-Biri berkata bahawa tidak banyak yang ditawarkan oleh Iran bagi menutup jurang antara kedua fahaman tersebut, dan beliau menyeru Iran supaya menghapuskan sesuatu yang boleh menimbulkan kemarahan Muslim Sunni.

Pembunuh Omar

Makam Abu Lulu’a yang terdapat di bandar Kashan, hanya merupakan simbolik kerana jasadnya yang sebenar dikebumikan di Madinah, Arab Saudi.


Barisan Tindakan Islam, salah satu cabang Ikhwanul Muslimin di Jordan telah menghantar surat kepada Pemimpin tertinggi Iran Ayatollah Khamenei supaya memusnahkan makam tersebut bagi mengurangkan ketegangan hubungan antara Sunni-Shiah.

Setiausahanya Hamza Mansour juga telah menegaskan tentang fatwanya dalam satu surat kepada Khamenei melarang penghinaan dan cercaan ke atas para sahabat Nabi.
Mansour juga mengulas tentang Yasir al-Habib, warga kuwait, yang mana kewarganegaraannya telah dilucutkan selepas membuat kenyataan memperkecilkan al-Sayyeda Aysha, (Isteri Nabi Mohammed) dan beberapa sahabat yang lain.

Beliau berkata bahawa komen al-Habib itu tiada bezanya dengan fitnah ke atas umat Islam yang dibuat di Eropah dan Tel-Aviv, begitu juga dengan apa yang dihadapi oleh umat Islam di Palestin, Lubnan dan Afghanistan.

Dia juga meminta supaya orang Sunni dibenarkan membina masjid di Tehran, sama seperti Muslim Syiah lain yang boleh membina masjid mereka sendiri.

Mohammed Salim al-Awa, setiausaha Kesatuan Ulama Muslim Antarabangsa memberitahu Al Arabiya bahawa pihaknya telah dimaklumkan bahawa "makam tersebut adalah milik seorang sufi di Iran, yang tidak menerima ramai pelawat, dan pihak berkuasa Iran telah menutupnya."

Petikan dari : Berita Islam Global

Monday, October 11, 2010

Menuju Ketaqwaan Siri 1


Oleh : Syeikh Abdullah Nasih Ulwan

Setelah engkau maklumi saudaraku pendakwah bahawa keimanan, keikhlasan, keberanian, kesabaran dan bersikap optimis adalah merupakan perkara yang asasi dalam pembentukan psikologi pendakwah dan dalam persediaannya berdakwah. Begitu juga setelah engkau ketahui bahawa kesemua sifat ini tidak mungkin terkumpul melainkan di dalam jiwa mukmin yang merasai kemanisan iman dan menyerahkan dirinya untuk Islam. Ia tetap dan terus bergerak ke arah matlamatnya sehingga Allah mengizinkan baginya kemenangan, atau ia kembali menemui Allah dan ia tetap berada di jalan perjuangan yang dipenuhi dengan rintangan, ujian, pertarungan dan penderitaan.

Setelah engkau maklumi bahawa sekiranya keseluruhan sifat-sifat ini sentiasa menyusuli dan mendampingi liku-liku perjalananmu, nescaya ianya akan memindahkan engkau ke suatu titik mula perjalanan yang mana apabila engkau melangkahi jalan tersebut, engkau akan merasai tiupan sepoi-sepoi bayu keimanan, membekali engkau dengan bekalan ketakwaan, menyinari jiwamu dengan sinaran kerohanian dan jadilah engkau insan yang soleh, mukmin yang bertakwa, muslim yang warak dan lelaki yang ikhlas. Bahkan apabila engkau berjalan maka dalam perjalanan itu engkau akan mendapati kemudahan, apabila engkau bercakap, maka kata-katamu itu mempengaruhi, apabila engkau beramal maka amalan engkau menjadi contoh teladan (qudwah) apabila engkau muncul di khalayak ramai, maka di dalam pandangan air mukamu ada suatu tarikan dan apabila engkau memberikan pandangan maka di dalamnya terdapat suatu yang terang bersinar.

Sekiranya tahap yang disebutkan tadi ditentukan pengambilannya (bentuk), daripada tarbiyyah kepada mujahadah maka ianya akan menjadi sumber kekuatan yang utama untuk para dai’.

Seterusnya ianya akan menjadi perangsang kepada ketinggian kerohanian serta sebagai pusat arah tujuan matlamat pentarbiyyahannya. Bahkan ia merupakan penggerak yang pertama bagi kesedarannya dalam memikul tanggungjawab. Ia juga merupakan matlamat yang paling utama dalam perjalanannya di jalan (istiqamah) dan juga pemberi ingatan yang paling besar kepada segala kesalahan dan penyimpangannya daripada kebenaran.

Lantaran itu apabila jiwa para pendakwah kekosongan daripada petunjuk-petunjuk kerohanian yang sempurna ini maka sesungguhnya kehidupan mereka adalah merupakan kehidupan yang kosong. Ia tidak menghasilkan sebarang keberkesanan dan sumbangan kepada dakwah. Lantaran membawanya kepada kebinasaan dan kesesiaan di dalam kegelapan sifat-sifat ujub, munafik serta riak lalu tersungkur ia ke dalam kemelut yang dipenuhi lumpur-lumpur (perkara) yang melalaikan. Lantas terjerumus ke dalam sifat-sifat mementingkan diri sendiri (keakuan), keangkuhan serta ketakburan. Ia hanya berusaha dengan segala kemampuannya untuk menarik manusia kepada peribadinya bukan kepada Allah s.w.t., membina seluruh kemuliaan hanya untuk dirinya bukan untuk Islam, dan hanya bekerja untuk (kepentingan) dunianya bukan untuk akhirat. Natijah dari semuanya ini berlakulah kegelinciran dan kejatuhan serta berlakulah kebinasaan.

Apabila sejauh ini kepentingan kerohanian :

  1. Apakah jalan ke arahnya?

  2. Apakah sokongan yang mengukuhkannya?

  3. Apakah kesannya dalam pembinaan, pengislahan (pemulihan) dan perubahan?

Setiap persoalan di atas akan engkau dapati saudaraku pendakwah penyelesaiannya. Bahkan engkau akan dapati InsyaAllah suatu yang akan menyinari dan menyuluhi jalan yang akan menyampaikan engkau kepadaNya. Allah jualah menerangkan jalan (yang lurus) dan kepadaNya pergantungan pertolongan.

Nantikan Artikel Sambungannya pada masa akan datang…….

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG