Saturday, January 8, 2011

Cara Mengapankan Jenazah


  1. Mayat diletakkan di atas kain yang sudah diap di susun.

  2. Letakkan kapas pada rongga-rongga pada badan mayat seperti telinga, tempat luka jika ada, anggota-anggota sujud seterusnya sampai ke kaki.

  3. Tangan diqiamkan atau diluruskan.

  4. Pakaikan kain, baju, telekong dan seterusnya 2 lapisan kain yang menutupi seluruh badan. (mulakan dari kiri ke kanan dan kanan ke kiri).

  5. Percikkan air mawar atau minyak atar di atas kapan.

  6. Akhirnya diikatkan dengan tali ikatan yang disediakan (hujung kepala, dada, pinggang, lutut dan hujung kaki).
Perbezaan Kapan Lelaki, Perempuan Dan Kanak-kanak

  1. Lelaki – 3 lapis.

  2. Perempuan – 5 lapis.

  3. Kanak-kanak – 3 lapis.
(makruh sekiranya kita menggunakan kain kafan yang mahal kerana ini adalah amalan yang membazir). Sabda Rasulullah saw :

“Jangan kamu permahalkan tentang kafan kamu, kerana sesungguhnya ia segera reput atau rosak”. (Riwayat Abu Daud)

Jenazah Di Dalam Ihram Haji Atau Umrah

Hendaklah dikafankan dengan pakaian ihram selepas dimandikan tidak boleh diletakkan minyak wangi atau wangian kepadanya.

  1. Bagi mayat lelaki – hendaklah dibuka kepalanya.

  2. Bagi mayat perempuan – hendaklah dibuka mukanya.

4 comments:

  1. SALAM USTAT.....
    NK TANYA SIKIT...
    KALU KITA LAPIKKAN KAIN YG BEWARNA KT DALAM LIANG LAHAD..

    BOLEH KE?

    PERNAH TERBACA KISAH RASULULLAH SEBELUM JASADNYA DI MASUKKAN KE DALAM LIANG LAHAD....
    SAHABAT TELAH MENGALASKAN KAIN BEWARNA MERAH IAITU SELIMUT YG SELALU RASULULLAH GUNANKAN SEMASA HAYAT BELIAU...

    ReplyDelete
  2. Salam

    Boleh selagi mana tiada unsur kurafat dan syirik

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum ustz,sy nk tny beberapa soalan,
    kenapa mandi jenazah wajib manakala niatnya adalah sunat,

    ReplyDelete
  4. Salam

    Mana ada niat sunat, kalau lafaz niat tu sunat la.. awak dapat kat mana? setiap amalan ibadah niat adalah wajib.. sebab hadis mengatakan

    "setiap amalan itu dimulakan dengan niat".

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Comment

Followers