PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Wednesday, January 12, 2011

Cara Pengebumian Jenazah & Maklumat Tambahan


Adab Ketika Menghantar Jenazah

  1. Tidak bercakap kuat sama ada hal-hal keduaniaan mahu pun membaca Al-Quran atau zikir.

  2. Haram membawa bersama api, memainkan muzik atau gendang.

  3. Makruh menutup keranda mayat lelaki.

  4. Dilarang duduk di tanah sehingga jenazah diletakkan.


Perkara Tahyul Dan Khurafat Mengenai Kematian

  1. Mimpi cabut gigi – bawa alamat kematian.

  2. Bunyi burung hantu – ada kematian.

  3. Hujan panas tiba-tiba – ada yang mati berdarah.

  4. Perempuan mati bersalin – akan menjelma menjadi pontianak.

  5. Mayat akan bangun kalau dilompat kucing.

  6. Kacip atau besi diletakkan di atas mayat – hilang syaitan.

  7. Kubur wali keramat – dapat hajat dan tunai nazar.


Maklumat Tambahan

  1. Menurut Imam Syafie orang yang mati kerana membunuh diri dengan sengaja hendaklah dimandikan dan disolatkan. Manakala pendapat Abu Yusof dan Ibn Al-Human pula, mayat orang membunuh diri tidak disolatkan.

  2. Sunat bagi Imam Syafie mengangkat tangan semasa takbir dan diletakkan dibawah paras dada. Imam Hambali mengangkat tangan semasa takbir dan diletakkan dibawah pusat.

  3. Sunat merendahkan suara ketika membaca (tidak nyaring) dan tidak dibaca Doa Iftitah.

  4. Sunat bertahmid sebelum selawat dan berjemaah dalam saf.

  5. Sunat berdoa untuk orang yang beriman.

  6. Beri salam.


Cara-cara Mengebumikan Jenazah

  1. Hendaklah diturunkan jenazah seberapa cermat yang boleh, lemah-lembut dan penuh hormat di dalam suasana tenang.

  2. Letakkan jenazah ke dalam liang lahad dan baringkan di atas lambung kanan dengan mengadap kiblat.

  3. Disandarkan mayat dengan ketulan tanah supaya jenazah itu tidak terbalik atau terpesong dari kiblat.

  4. Tutup liang lahad dengan papan.

  5. Sunat meraub tanah tiga raub selepas mayat dimasukkan ke dalam liang lahad atau selepas ditutup dengan papan dan diletakkan di belakang mayat.Ketika rauban pertama bacalah: منها خلقناكم .Pada rauban kedua وفيها نعيدكم dan pada rauban ketiga ومنها نخرجكم تارة اخرى

  6. Timbuskan tanah dengan perlahan-lahan dan cermat. Pastikan supaya tanah tidak memasuki liang lahad tadi.

  7. Sunat meninggikan kubur sekadar sejengkal dari paras bumi.

  8. Sunat diletakkan tanda seperti batu nisan dan sebagainya supaya senang dikenali.


4 comments :

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. salam.ustaz,adakah produk untuk mewarnakan rambut yg mengandungi cop halal boleh di guna oleh umat islam,dari segi jenama produk tersebut memang jenama yg agak popular yg sememangnye halal,boleh kew kita menggunakannya??dan ada kew pewarna rambut yg halal??bkankah kalau mewarna rambut memang dilarang islam kecuali inai.

    adakah terdapat inai yg berwarna hitam??setahu saya inai tiada yg bewarna hitam.kerana ramai remaja sekarang menggunakan inai hitam di kuku,alasannye boleh,sebab inai.adakah boleh??ustazah saya pernah berkata yg inai tiada yg berwrna hitam.

    ReplyDelete
  3. Salam

    Soal ini adalah syubhah dan benda yang subhah lebih baik ditinggalkan.. memang ada tanda halal tapi dia boleh ke sampai air ke rambut tersebut bila wuduk dan mandi hadas.. Kalau tak boleh sia-sia je solat dan ibadah yang lain selama ini..

    Betul kata ustazah anda tu inai tiada yang warna hitam, tapi kalau dia inai yang betul itu tidak menjadi masalah bagi orang yang memakainya janji air boleh sampai ke rambut.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG