PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Saturday, January 15, 2011

Fadhilat Solat Subuh Berjemaah


Ganjaran pahala solat Subuh mengatasi keindahan dunia sebagaimana sabda Rasulullah saw lebih-lebih lagi apabila dilakukan secara berjemaah :

"Berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berjalan ke masjid-masjid di waktu gelap bahawa dia akan mendapat cahaya yang sempurna di Akhirat kelak." (Hadith riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)

Jagalah solat Subuh kerana ia menggerunkan kaum kafir kerana kesatuan kita dan menjadi lambang kekuatan kita umat Islam.

Rasulullah saw mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis :

"Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya)." (Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)

Sabda Rasulullah saw :

"Seseorang mukmin yang mengerjakan solat Subuh selama 40 hari secara berjemaah, akan diberi oleh Allah swt dengan dua kebebasan, iaitu dibebaskan daripada api neraka dan dibebaskan daripada nifaq (sifat munafik)"

Diriwayatkan daripada Muslim daripada Uthman bin Affan berkata, Rasulullah saw bersabda yang maksudnya :

"Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh." (Hadis riwayat Muslim)

Sumber : IluvIslam


8 comments :

  1. salam... tqvm ustaz..

    ReplyDelete
  2. salam ustaz Amin,

    semoga sihat dan gembira selalu bersama keluarga..:)
    sy ade kemusyikilan nie..sy ade update n3 pasal ikan pari...dan soalanya,ape benar ikan pari datang haid,dan bila time tu ikan tersebut akan berbau hancing??

    harap ustaz dapat terangkan yer....terima kaseh!

    satu lagi ustaz kalau bolih lah..ustaz komen kat n3 nie yer... http://atehqshe.blogspot.com/2011/01/ikan-pariperiod-huhu.html

    ReplyDelete
  3. salam ustaz, adakah kita perlu membaca bismillah ketika membaca surah pilihan selepas bacaan al-fatihah untuk rakaat pertama dan ke dua?

    ReplyDelete
  4. Salam

    Tak perlu, yang wajib ketika hendak membaca Al-fatihah, sebab bismillah adalah sebahagian dari surah fatihah.

    ReplyDelete
  5. jazakallah ustaz atas jawapan.

    ReplyDelete
  6. "Seseorang mukmin yang mengerjakan solat Subuh selama 40 hari secara berjemaah, akan diberi oleh Allah swt dengan dua kebebasan, iaitu dibebaskan daripada api neraka dan dibebaskan daripada nifaq (sifat munafik)"


    ustaz sy nak tanya kalaulah hari ni kita solat jemaah,pastu esok tak solat jemaah tapi dlam masa 1 /2 tahun cukup 40 hari ,adakah akn mndpt ganjaran sprti yg tertulis di atas??

    TOLONGG USTAZ...jawab. hehehe
    sy mohon sgt..

    ReplyDelete
  7. Kebanyakan angka 40 dan sebgainya di sabitkan dengan bermaksud istiqomah.. Dalam kedaan berterusan.akan tetapi ganjaran itu urusan Allah dan kita hanya perlu melaksanakanya..masuk syurga kerana Rahmat dan bukan amalan semata mata. Wallahulam

    ReplyDelete
  8. Salam,
    ....Masuk syurga kerana Rahmat dan bukan amalan semata mata...boleh tolong jelaskan...terima kasih.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG