PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Thursday, January 13, 2011

Memilih Isteri dengan Baik


"Dan, kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang berkahwin) dari hamba-hambanya sahayamu yang lelaki dan hamba-hambanya sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah (SWT) akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan, Allah (SWT) Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui." (An-Nur : 32 )

Ciri – ciri isteri solehah yang telah ditetapkan dalam sunnah Rasulullah saw:

  1. Wanita solehah, seperti hadis Rasulullah saw bahawa dunia ini seluruhnya adalah kesenangan. Tetapi sebaik-baik kesenangan di dunia adalah isteri yang solehah.

  2. Membantu suami ke jalan kebaikan, Rasulullah saw bersabda "Hendaklahnya kalian memiliki hati yang selalu bersyukur, lidah yang selalu berzikir, dan isteri mukminah yang menolongnya melakukan urusan akhirat."

  3. Wanita penyayang dan berketurunan, Rasulullah saw bersabda "Nikahilah wanita yang penyayang dan berketurunan atau boleh melahirkan zuriat, sebab aku akan membanggakan kalian di hadapan para nabi kelak di hari kiamat".

Rasulullah saw menjelaskan jika wanita solehah adalah satu perkara yang membawa kebaikan dalam hidup seorang lelaki, maka wanita yang buruk (jahat) adalah salah satu dari empat perkara yang mendatangkan penderitaan, seperti yang disebutkan dalam hadith sahih yang bermaksud :

"Di antara yang mendatangkan kebahagian itu ialah perempuan solehah yang jika kamu melihatnya maka akan membuatmu terhairan-hairan, dan jika kamu meninggalkannya berpergian maka dia akan menjamin keamanannya pada dirinya dan hartamu. Dan di antara yang mendatangkan penderitaan ialah wanita yang jika kamu melihatnya akan bersikap buruk padamu dan melontarkan kata-kata yang kasar kepadamu, dan jika kamu meninggalkannya berpergian maka kamu tidak akan merasa aman pada dirinya dan hartamu."

Berusaha Memperbaiki Isteri

Apabila isteri itu seorang yang solelah, maka itu merupakan kenikmatan dan anugerah Allah SWT. Tetapi, jika ia tidak solehah atau tidak baik, maka merupakan kewajipan pemimpin rumah tangga untuk berusaha memperbaikinya. Perkara ini boleh terjadi kerana beberapa sebab, di antaranya jika seorang lelaki mengahwini wanita yang pada dasarnya tidak taat agama, kerana lelaki tersebut pada mulanya tidak member keutamaan pada aspek keagamaan calon isterinya, atau ia menikahinya dengan harapan dapat memperbaikinya kemudian, atau kerana desakan dan paksaan keluarganya. Namun, ia hendaklah terlebih dahulu mengetahui bahawa yang memberi hidayah itu Allah SWT, dan Allahlah yang sebenarnya memperbaiki keadaan. Selain dari mendidik suami hendaklah sentiasa berdoa semoga isteri mereka akan berubah menjadi insan yang lebih baik dan akhir sekali bertawakkal kepada Allah SWT.

Untuk memperbaiki isteri ada beberapa cara:

  1. Memberikan tumpuan untuk memperbaiki cara peribadatannya kepada Allah SWT.

  2. Berusaha memperbaiki aspek keimanannya.

  3. Menganjurkannya melakukan qiyamullail (solat malam).

  4. Menganjurkan supaya rajin membaca Quran.

  5. Menganjurnya untuk menghafal zikir-zikir dan doa-doa serta mengingatkannya agar melakukannya pada waktu-waktu dan kesempatan-kesempatan yang di anjurkan.

  6. Mendidiknya agar rajin bersedekah.

  7. Menyuruhnya agar membaca buku-buku keislaman yang bermanfaat.

  8. Menyuruhnya agar mendengar kaset-kaset keIslaman yang berfaedah, baik yang berkenaan dengan ilmu pengetahuan mahupun pembinaan keimanan, serta terus berusaha untuk menyediakan kaset-kaset tersebut.

  9. Memilih sahabat-sahabat dari kalangan wanita-wanita yang beragama, dan mengikat tali persaudaraan bersama mereka, sebagai teman berbincang dalam kebaikan dan saling kunjung-mengunjungi dengan tujuan-tujuan yang bermanfaat.

  10. Mencegahnya dari melakukan kejahatan dan menutup pintu-pintunya dengan cara menjauhkannya dari bergaul dengan teman-teman yang buruk perangainya dan menjauhi tempat-tempat kejahatan.

Suasana Rumah Tangga Yang Diberkati

Rumah sebagai tempat mengingat Allah SWT

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud "Perumpamaan rumah yang dijadikan tempat mengingat Allah SWT dan rumah yang tidak dijadikan tempat mengingat Allah SWT adalah bagaikan perbezaan antara orang yang hidup dan orang yang telah meninggal."

Apabila rumah dijadikan tempat mengingat Allah SWT, maka malaikat akan masuk ke dalamnya dengan membawa rahmat dan berkat. Mengingat Allah SWT dengan banyak membaca Al- Quran, solat, zikir dan mengkaji ilmu agama dan membaca beraneka ragam ilmu. Selain itu rumah tersebut juga harus jauh dari kemaksiatan dan kemungkaran dengan dipenuhi

dengan gambar-gambar khurafat, patung-patung, lagu-lagu yang mengkhayalkan dan minuman keras. Rumah sebagai kiblat, tempat sujud dan ibadah kepada Allah SWT.

Pendidikan keimanan terhadap ahli keluarga

  1. Menyuruh isteri solat malam.

  2. Menyuruh isteri bersedekah. Jika ketua rumah tangga ingin menunjukkan teladan yang baik bagi anggota keluarganya maka hendaklah ia berpuasa pada ayyamul baidh "Hari-hari purnama" (tanggal 13, 14, 15), puasa Isnin-Khamis, puasa Hari Tasu'a (tanggal 9 Muharram), puasa Hari Asyura' (tanggal 10 muharram), puasa hari Arafah (9 Zulhijjah) dan banyak berpuasa pada bulan Muharram dan bulan Syawal, sehingga keteladanan ini akan menjadi pendorong bagi ahli keluarga.


Amalan sunnah dalam rumahtangga
  1. Bacaan ketika masuk rumah, masuk ke rumah dengan menyebut nama Allah SWT.

  2. Doa ketika keluar rumah, keluar rumah dengan menyebut nama Allah SWT dan membaca doa.

  3. Bersiwak, Rasulullah SAW apabila ingin masuk ke dalam rumah baginda akan memakai siwak iaitu membersihkan gigi dengan kayu siwak.

  4. Sentiasa mengamalkan doa-doa & amalan Rasulullah saw dalam apa jua aktiviti kehidupan sehari-hari. Mengusir syaitan dari dalam rumah Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah menjadikan rumah kalian laksana kuburan. Sesungguhnya syaitan itu akan pergi dari rumah yang dibacakan surah Al-Baqarah di dalamnya."
Dalam riwayat yang lain Rasulullah SAW menerangkan, "Bacalah surah Al-Baqarah di dalam rumah kalian sebab syaitan tidak akan masuk ke dalam rumah yang dibacakan surah Al-Baqarah di dalamnya."

Mengenai keutamaan dua ayat terakhir dari surah Al-Baqarah itu, serta pengaruhnya kerana membacanya di dalam rumah, baginda menyebutnya :

"Sesungguhnya Allah SWT telah menulis sebuah kitab dua ribu tahun sebelum Ia menciptakan langit dan bumi, dan kitab itu berada di Arasy, dan Allah (SWT) telah menurunkan darinya dua ayat yang Allah SWT jadikan sebagai penutup surah Al-Baqarah. Jika kedua ayat tersebut tidak dibaca di dalam sebuah rumah selama tiga hari maka ia akan didekati oleh syaitan."


Mengutamakan Pendidikan Agama & Mengajarkan Hukum-Hukum Islam

  1. Melakukan solat di rumah.

  2. Bukan orang lain menjadi imam.

  3. Meminta izin, hendaklah orang Islam meminta izin sebelum memasuki mana-mana rumah, dan janganla dia masuk kecuali dengan izin shahibu bait.

  4. Tidak perlu meminta izin masuk ke rumah penginapan (tamu).

  5. Diizinkan makan di rumah para keluarga.

  6. Meminta izin masuk ke bilik istirehat ibu-bapa.

  7. Larangan membuang masa di rumah orang lain tanpa izin mereka.

  8. Menetap di rumah semasa iddah.

  9. Memisahkan tempat tidur bagi isteri yang nusyuz (yang tidak taat padanya) untuk memberi pengajaran supaya isteri tersebut berubah.

  10. Tidak tidur malam sendirian di rumah, diriwayatkan oleh ibn Umar Rasulullah SAW melarang orang bersendirian di dalam rumah kerana bahaya bagi dirinya, larangan ini demi kemaslahatannya.

  11. Tidak tidur di atas loteng yang tidak ada dindingnya, kerana jika orang itu jatuh ke bawahlalu mati maka tidak ada orang yang dapat dipertanggungjawabkan atas kematiannya.

  12. Kucing tidak najis, dan Rasulullah SAW bersabda bahawa: "Kucing tidak najis, dan termasuk binatang yang bolak-balik di hadapan kalian".

Saling Berkomunikasi Dalam Keluarga

  1. Menyediakan masa bersama untuk ahli keluarga, Allah SWT menerangkan di dalam Al- Quran, "sedang urusan mereka (diputuskan) dengan musyawarah antara mereka….."

  2. Menyembunyikan perselisihan keluarga di hadapan anak-anak.

  3. Tidak menerima tetamu yang tidak disukai.

  4. Mengawasi aktiviti-aktiviti keluarga, siapa teman mereka, apa yang dibawa masuk ke dalam rumah, apa yang terdapat di dalam bilik mereka dan ke mana anak-anak pergi dan dengan siapa mereka pergi.

Memberikan Perhatian Kepada Anak-Anak

  1. Hafalan Al-Quran dan kisah-kisah dalam Islam Tidak ada yang lebih baik bagi seorang bapa selain membacakan ayat-ayat Al-Quran kepada anak-anaknya dan menerangkannya secara sederhana, serta memberi hadiah apabila mereka menghafalnya. Anak-anak dapat menghafal surah yang sering dibaca oleh bapanya misalnya, apabila sering diadakan majlis ta'lim dirumah pada setiap jumaat dan pada majlis itu sering dibaca surah Al- Kahfi maka tidak mustahil anak itu dapat menghafal surah tersebut dengan cepat. Sering menceritakan pada anak-anak kisah-kisah nabi, kisah teladan dan pahlawan –pahlawan Islam. Mengajar anak-anak zikir dan doa-doa harian yang dapat diamalkan oleh anak-anak seharian dan yang paling utama sekali bapa harus menunjukkan contoh yang baik supaya dapat diikuti olah anak-anak.

  2. Memperhatikan sahabat anak-anak.

  3. Menyediakan permainan yang bermanfaat.

  4. Memisahkan tempat tidur antara anak lelaki dan anak perempuan.

  5. Akrab dan lemah lembut terhadap anak-anak.

  6. Displin waktu tidur dan makan.

  7. Menilai pekerjaan wanita di luar rumah, dengan memastikan bahawa isteri dan anak-anak mempunyai pekerjaan dan halal di sisi agama.

  8. Menjaga rahsia rumah-tangga.

  9. Tidak menyebarkan rahsia hubungan suami-isteri.

  10. Tidak menyebarkan perselisihan- perselisihan yang terjadi antara suami-isteri.

  11. Tidak membongkar apa saja yang bersifat peribadi, sekiranya dibongkar di hadapan orang lain akan menimbulkan mudharat bagi rumahtangga atau salah seorang ahlinya.

Keperibadian Dalam Rumahtangga

  1. Bersikap lemah lembut terhadap ahli keluarga.

  2. Membantu menyelesaikan pekerjaan rumah.

  3. Bermesra dengan keluarga.

  4. Mencegah akhlak tercela di dalam rumah seperti dusta, ghibah (memperkatakan keburukan orang lain), namimah dan sebagainya.

  5. Menggantungkan cabuk pada tempat yang dapat dilihat oleh anggota keluarga, sebagai amaran bahawa apabila ada diantara anggota keluarga yang melakukan kesalahan berat maka mereka akan dihukum.


Menghindari Kemungkaran Di Dalam Rumah

  1. Berhati-hati, jangan sampai kerabat yang bukan mahram masuk ke dalam rumahnya yang ada wanita di dalamnya pada waktu ketiadaan suaminya.

  2. Memisahkan para lelaki dan wanita ketika melakukan kunjungan keluarga.

  3. Bersikap waspada pada pemandu dan pembantu rumah.

  4. Berhati-hati pada bahaya TV dan video.

  5. Berhati-hati pada bahaya telefon.

  6. Wajib menghilangkan segala bentuk symbol keagamaan orang-orang kafir dan agama batil dari dalam rumah.

  7. Menghilangkan gambar-gambar yang bernyawa.

  8. Laranglah merokok di rumah anda.

  9. Hindari jangan sampai anda suka memelihara anjing di rumah.

  10. Menghindari mengukir atau menghiasi rumah sehingga menyerupai rumah orang kafir.

Memilih Lokasi Dan Suasana Kediaman

Lokasi rumah

Sebaiknya, lokasinya dekat dengan masjid. Dalam hal ini, terdapat berbagai faedah yang amat besar nilainya, dengan mendengar azan, maka akan memudahkan bagi kaum lelaki pergi solat berjemaah, bagi wanita mudah ke majlis ilmu dan bagi kanak-kanak pergi ke kelas Al-Quran. Hendaklah rumah itu tidak berada pada bangunan yang ada kefasikan, atau berada pada kompleks perumahan yang ada padanya orang-orang kafir dan didalamnya terdapat kolam renang yang akan berkumpul lelaki dan perempuan. Kemudian rumah tidak terbuka, kalau pun terjadi demikian maka hendaklah dibuat tabir atau dengan meninggikan tembok.

Suasana di dalam rumah

Suasana di dalam rumah, hendaklah diperhatikan kemungkinan memisahkan antara lelaki dan perempuan dengan memasuki pintu yang berlainan. Jika hal ini tidak ada memadai dengan memasang pemisah dengan kain.

Memilih tetangga dahulu

Memilih tetangga dahulu sebelum memilih rumah Rasulullah Saw telah memberitahu mengenai empat perkara yang dapat mendatangkan kebahagian, lalu baginda menyebut hal itu, dan di antaranya ialah al-jar ash-shalih tetangga yang soleh. Juga baginda memberitahukan empat perkara yang dapat mendatangkan keburukan di antaranya ialah al-jar as-su' tetangga yang jahat.

Menyediakan kemudahan

Menyediakan kemudahan untuk ahli keluarga, kemudahan perabot di rumah dan keselesaan di rumah.

Mengutamakan kesihatan ahli keluarga

Rasulullah SAW apabila salah seorang dari keluarganya mengalami sakit, baginda menghembuskan berbagai bacaan ta'awwudz (meminta perlindungan) kepadanya.

Sumber : Laman Rasmi Bait Muslim PMRAM

18 comments :

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum ustaz...

    mohon izin kongsi ilmu Allah ni ye ustaz...

    ReplyDelete
  3. isteri yang solehah perhiasan untuk suami.. jadi si suami semestinya menjaganya dengan sehabis baik...

    Isu Semasa : Siapa Tak Pernah Fuck Dia Loser!!!

    ReplyDelete
  4. Maaf ustaz, saya ada kemusykilan..

    Dah tu camne wanita nk memilih lelaki yg soleh pula kerana jarang buku2 agama membahaskan perihal lelaki soleh dengan lebih detail? saya faham perihal wanita banyak perbahasannya dalam agama kita, tetapi jika kita lihat pada zaman sekarang, rata2 lelaki makan duit wanita, lelaki merobek maruah wanita(walaupun wanita pada dasarnya bersalah kerana lalai menjaga maruah) dan lelaki punca wanita bergolok gadai maruah dan sebagainya...
    (bukan nk menyalahkan lelaki, tetapi lelaki juga adalah pemimpin kan?)

    Kebanyakkan buku2 yang saya baca rata2 menceritakan bagaimana seorang wanita yg BAIK, SOLEHAH, BERPEGANGAN AGAMA YG KUKUH,PERIBADI BAIK SERTA BANYAK LAGI LA SIFAT BAIK2, yang perlu dipilih oleh sang lelaki sedangkan sang lelaki itu sendiri tidaklah sebaik seperti wanita tersebut.

    Ada kalanya ibu bapa yg sedar anak lelakinya berakhlak kurang baik MAHU menjodohkan anak lelakinya dengan wanita solehah atas dasar mahu wanita tersebut mengubah akhlak sang lelaki itu.

    Sedangkan wanita yg telah dirobek maruahnya oleh sang lelaki menjAdi seolah "tidak laku" dan dalam hal ini nampak seperti hanya wanita yg solehah sahaja yg mnjadi idaman sang lelaki sedangkan wanita yg terpesong dn rosak INI amat2 lah memerlukan bimbingan dari seorang lelaki soleh.. (tapi sudah tentu lelaki soleh mahukan wanita solehah)

    Bagaimana pula dengan janji Allah dalam Quran yg mengatakan bahawa "wanita baik utk lelaki baik"
    apabila saya melihat dua kejadian ini:

    1. seorang imam mengahwini seorang bekas pelacur
    2. seorang lelaki yg rosak akhlaknya mengahwini seorang wanita alim..

    harap ustaz jelaskan..
    (maaf, saya insan yg tidak berpengetahuan luas)

    ReplyDelete
  5. Salam ustaz.

    Saya hendak tanya beberapa soalan dan memerlukan pendapat dari ustaz, mungkin sedikit pendapat dari seorang suami terhadap isteri dan terhadap keluarga isterinya :-

    i) Benarkah jika seorang wanita telah berkahwin, maka terputus hubungannya dengan keluarganya? Dia sering mengugut dengan menyatakan tidak mengizinkan saya telefon keluarga tanpa pengetahuannya dan saya berdosa jika melanggar arahannya.

    ii) Adakah wajar seorang suami meletakkan syarat jika pergi ke rumah keluarga isteri, isterinya perlu sentiasa memakai tudung walaupun bersama yang muhrim(ibu/ayah kandung, adik-beradik)? Apakah kata-kata yang sebaiknya harus saya tuturkan jika keluarga bertanya mengenai perkara ini agar mereka tidak memandang serong pada suami kerana suami berkeras jika saya membuka tudung di hadapan keluarga, saya akan berdosa kerana tidak taat padanya?

    iii) Wajarkah jika keluarga isteri tersebut memandang serong terhadap suami kerana sikapnya yang tidak mahu isteri bergaul/bermesra dengan keluarganya sendiri?

    iv) Apakah berdosa si isteri menolak permintaan ibu/keluarganya untuk bergaul mesra kerana suami tidak suka sedangkan sebelum berkahwin, dia tidak pernah sekali menyakiti hati ibu/bapanya?

    v) Apa yang perlu dilakukan dalam situasi ini, si suami seolah-olah ingin menjarakkan perasaan dan hubungan kekeluargaan dengan menganggap isteri adalah hak mutlaknya dan tidak menghormati keluarga isteri dan tidak mahu belajar untuk bergaul mesra dengan keluarga isteri.

    vi) Saya tidak sangka perkahwinan saya ini akan menambahkan benci keluarga terhadap suami sedangkan mereka bukan orang yang sedemikian dan sewaktu susah, merekalah yang banyak membantu kami.

    Prinsip suami yang keterlaluan dalam segala hal benar-benar menyebabkan keluarga saya membencinya dan saya tidak tahu apa lagi yang harus dilakukan.

    Sudah cuba untuk menerangkan pada suami agar sentiasa bersederhana dan menjaga hati ibu ayah/ keluarga saya tetapi dia tidak mahu.

    Dan sudah cuba sedaya upaya menjelaskan pada keluarga bahawa suami seorang yang baik tetapi sikap keterlaluan dia di hadapan keluarga menyebabkan saya tidak tahu lagi bagaimana cara untuk membaikkan keadaan.

    Saya memahami suami tidak faham dengan cara keluarga saya tetapi dia tidak mahu berusaha untuk belajar memahaminya dan terus menganggap keluarga saya tidak betul dari segala segi.

    Tujuan saya bertanya di sini adalah untuk meneguhkan pendirian mana satu yang harus saya tetapkan samada benarkah cara suami itu iaitu hak mutlak isteri dan tidak perlu mendengar apa-apa keluhan dari keluarganya lagi.

    ReplyDelete
  6. okay
    ini seriously bermanfaat
    thanks ustaz
    alhamdulillah
    assalamualaikum

    ReplyDelete
  7. salam ustaz,

    Byaknya tak tau..indahnya islam.
    jazakallah..mhn copy..:)

    ReplyDelete
  8. Salam

    FAT :

    Sebenarnya saya telah menulis tentang cara memilih lelaki untuk dijadikan sebagai suami. Sila lihat di link bawah ini :

    http://www.ustaznoramin.com/2010/11/tips-mencari-calon-suami-yang-baik.html

    Anonymous pertama :

    1. salah sebenarnya hubungan tidak terputus malah perkahwinan membesarkan lagi hubungan silatur rahim antara keluarga suami dan isteri. Suami berhak ke atas isterinya, tetapi kurang baik dan tidak beradab kalau suami menghalang isterinya berhubung dengan keluarganya seperti ibu bapanya. Anak perlu mentaati kedua ibu bapanya.

    2. Tidak wajar syarat tersebut, sebab keluarga sebelah anda dari bapa awak sehingga abang kandung dan adik kandung anda adalah mahram. Kalau keluarga belah suami anda barulah anda perlu bertudung kecuali kepada ibu bapanya dan kakak dan adik ipar perempaun.

    3. Tidak wajar sebab Islam menyarankan umatnya husnuzon atau bersangka baik, kalau ada apa-apa yang diragukan berbincang dengan pihak suami dengan baik dan cari penyelesaian secara hikmah.

    4. Sebagai isteri perlu mentaati perintah suami selagi mana ia tidak bertentang dengan syariat Islam. Dalam hal ini anda perlu bijak ibarat tarik benang dalam tepunglah. Suami anda tidak marah dan keluarga anda dan dia tidak marah dan bersangka buruk.

    5. Cuba berbincang dengan suami anda dan carilah jalan dengan cara yang hikmah. Memang itu hak suami, tetapi suami perlu perihatin terhadap hati isterinya. Lagipun itu ibu bapanya. Anda berdoalah supaya Allah sedarkan suami anda dan bukakan pintu hatinya.

    Kemungkinan suami anda ada rasa kurang senang dengan keluarga anda atau sebagainya. Kalau boleh bincang dan cari puncanya dan cuba selesaikan bersama. Atau suami anda kuat cemburu apabila anda rapat dengan keluarga. Apa-apa pun selesaikan dengan cara hikmah dan pohonlah pertolongan kepada Allah.

    ReplyDelete
  9. salam.. apa lg yg lebih hebat dr keberkatan dari-Nya. berusahalah kita utk mendptkannya.. suami,isteri & ank2 yg soleh & hebat akhlaknya. sentiasa bersyukur & bersederhana dlm semua perkara. semoga kita semua diberkati .. ameen. ameen.. ameen ..

    ReplyDelete
  10. salam ustaz..semoga isteri2 di luar sana tergolong dalam isteri yang solehah dan mendapat keberkatan oleNya...amin...thank ustaz...post ustaz so impressed me..

    ReplyDelete
  11. Salam, ustaz..

    Bagaimana pula dengan seseorang wanita yang diketahui bahawa beliau adalah mangsa saka keturunan nenek moyang di sebelah ayah dan ibunya? bolehkan seseorang lelaki menerima hakikat ini,sedangkan keturunan yg baik adalah salah satu ciri2 utk mencari calon isteri
    mohon ustaz jelaskan perkara ini.

    salam.

    ReplyDelete
  12. Salam

    Saka itu bukan salah anda, itu salah moyang anda dahulu.. Tak menjadi masalah untuk berkahwinan dan calon yang baik. Saka itu boleh diubat dan anda yang kena saka tak dosa kerana hal itu bukan keinginan anda, tapi itu adalah kesan dari perbuatan moyang anda.

    ReplyDelete
  13. salam ustaz..saya nak tanye dekat ustaz maruah seoarang lelaki dengan maruah seorang perempuan mana lebih berharga lagi?

    ReplyDelete
  14. Salam

    Dua-dua lebih berharga, Islam tidak pernah merendahkan martabat mana-mana jantina, sebabnya manusia ini Allah jadikan sebaik2 makhluk.

    ReplyDelete
  15. salam ustaz..

    Saya kerap kali membuat solat istikharah agar diberi petunjuk tebaik dalam memilih jodoh.Si A saya kenal melalui ibu saudara si A yang ingin menjodhkan saya dengan anak saudaranya dan alhamdulillah dia mempunyai pegangan agama yang kukuh.Si B saya kenal kerana dia junior masa sekolah dulu dan kembali berjumpa apabila masing2 sudah bekerja dan dia meluahkan perasaan ingin menjadikan saya sebagai calon isteri.Saya pernah bermimpi perkara baik tentang A dan juga pernah mimpi solat berjemaah dengan si B juga.Apakah maksud mimpi2 tersebut dan yang terbaik untuk membuat pilihan?mohon penjelasan dari ustaz.

    ReplyDelete
  16. assalamualaikum ustaz mohon kongsi. :)

    ReplyDelete
  17. Besnis produk kesihatan myherb2u-goji,tricajus,susu kambing,mlm call +60192311900
    http://www.healthbuilders.com.my/
    othmandraman@yahoo.com
    http://othmandraman.blogspot.com/?m=1
    http://www.dnaglobal2u.com/
    http://www.iphytoscience.com/
    http://www.drtina.mynucerity.biz/indexi.php
    Kedai P01 pasar majlis sek16 shah alam,selangor,malaysia
    Rakan kongsi/penyewa/pekerja diperlukan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG