PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Monday, January 10, 2011

Solat Jenazah


Solat Jenazah

Solat yang dilakuakn oleh orang hidup kepada orang yang telah meninggal dunia agar diampunkan dosanya, mendapat rahmat dan keredaan Allah swt.

Solat jenazah adalah fardhu kifayah keatas orang hidup kecuali yang mati syahid. Menurut Imam Syafie : Wali adalah lebih utama (aula) berbanding pemerintah. Mulai bapa, datuk ke atas dan anak-anak lelaki, cucu lelaki ke bawah dan seterusnya. Imam-imam mazhab bersepakat tentang harus solat ke atas beberapa jenazah serentak tetapi afdzal kalau dilakukan secara berasingan dan ia didahulukan ke atas mayat yang paling dimuliakan sewaktu hidup. Kedudukan jenazah yang ramai bolehlah diletakkan sama ada secara berbaris atau disusun beberapa baris.

Persediaan Solat Jenazah

  1. Mayat diletakkan didepan imam melintang ke qiblat.

  2. Mayat lelaki kepalanya sebelah kiri imam dan imam berdiri di sebelah kepada atau dada mayat.

  3. Mayat perempuan kepalanya sebelah kanan imam dan imam berdiri di pinggangnya.

  4. Bagi solat ghaib, imam dan makmum mengadap qiblat tanda ada jenazah di depan.
Sebelum solat, sunat Bilal melafazkan :

الصَلاَةُ جَامِعَه الصَلاَةُ الْمَيِّت اَلْحَاضِرُ رَحِمَكُمُ الله

Jawab Makmum :

الصَلاَةُ لاَ اِلَهَ اِلاَّ الله

Sof solat jenazah seboleh-bolehnya dijadikan 3 sof dan makmum digalakkan melebihi 40 orang.

Rukun Solat Jenazah

  1. Niat pada takbiratul ihram.

  2. Berdiri bagi yang berkuasa tanpa sebarang rukuk dan sujud.

  3. Takbir 4 kali termasuk takbiratul ihram.

  4. Membaca surah Al-Fatihah sesudah takbir pertama.

  5. Selawat atas Nabi Muhammad saw (selawat Ibrahimiyyah) sesudah takbir kedua.

  6. Doa khas bagi jenazah sesudah takbir ketiga.

  7. Memberi salam sesudah takbir keempat.
Cara Mengerjakan Solat Jenazah

Berdiri betul dan lafaz niat solat jenazah

Lafaz niat solat jenazah mayat perempuan.

أُصَلِّي عَلَى هَذِهِ اْلمَيْتَةِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى

“Sahaja aku solat keatas ini mayat perempuan empat takbir fardhu kifayah kerana Allah taala”.

Lafaz niat solat jenazah mayat lelaki.

أُصَلِّي عَلَى هَذَا اْلمَيِّتِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى

“Sahaja aku solat keatas ini mayat lelaki empat takbir fardhu kifayah kerana Allah taala”.

Lafaz niat solat jenazah mayat kanak-kanak Lelaki.

أُصَلِّى عَلَى هَذَا اْلمَيِّتِ الطِفْلِ اَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى

“Sahaja aku sembahyang atas mayat kanak-kanak lelaki empat takbir fardhu kifayah kerana Allah Taala”.

Lafaz niat solat jenazah mayat kanak-kanak perempuan.

أُصَلِّى عَلَى هَذِهِ اْلمَيْتَةِ الطِفْلَةِ اَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى

“Sahaja aku sembahyang atas mayat kanak-kanak perempuan empat takbir fardhu kifayah kerana Allah Taala”.

Lafaz niat solat jenazah bagi imam ditambah perkataan إِمَامًا.

أُصَلِّي عَلَى هَذِهِ اْلمَيْتَةِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ إِمَامًا للهِ تَعَالَى

“Sahaja aku solat keatas ini mayat perempuan empat takbir fardhu kifayah menjadi imam kerana Allah taala”.

Lafaz niat solat jenazah bagi makmum ditambah perkataan مَأْمُوْمًا

أُصَلِّي عَلَى هَذِهِ اْلمَيْتَةِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ مَاْمُوْماً للهِ تَعَالَى

“Sahaja aku solat keatas ini mayat perempuan empat takbir fardhu kifayah mengikut imam kerana Allah taala”.

Kemudian bertakbir dengan takbir yang pertama (takbiratul ihram) disertai dengan niat di hati, kemudian baca Al-Fatihah.

Takbiratul ihram

اَ للهُ اَكْبَرُ

“Allah Maha Besar”.

Beserta dengan niat

“Sahaja aku solat keatas ini mayat perempuan/lelaki/kanak lelaki/kanak perempuan empat takbir fardhu kifayah menjadi imam/mengikut imam kerana Allah taala”.

Membaca Surah Al-Fatihah


“Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani, segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam, yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat), engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja Kami memohon pertolongan. tunjukilah Kami jalan Yang lurus. iaitu jalan orang-orang Yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang Yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang Yang sesat.” (Al-Fatihah : 1-7)

Takbir kedua baca selawat.

أَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى اَلِ إِبْرَاهِيْمَ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى اَلِ إِبْرَاهِيْمَ فِى الْعَالمَِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ.


“Ya Allah berilah rahmat kepada junjungan Nabi Muhammad saw, dan berilah kesejahteraan kepada junjungan kami Nabi Muhammad saw sebagaimana Engkau memberikan kepada Nabi Ibrahim dan keluarganya. Berkatilah Nabi Muhammad saw dan keluarganya sebagaimana Engkau telah memberikan keberkatan kepada Nabi Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya atas alam-alam ini, Engkaulah zat yang terpuji dan Maha mulia.”

Takbir ketiga berdoa untuk si mati.

أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالْثَلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتُ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ اْلقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ


“Ya Allah, ampunilah baginya dan kasihilah dia dan afiatkan dia dan maafkanlah kesalahannya dan muliakan kedudukannya dan lapangkan kuburnya dan bersihkan dia dengan air salju dan air dingin. Bersihkanlah dia dari kesalahannya sebagaimana dibersihkan kain putih dari kekotoran, dan gantikanlah kampunganya dengan kampung yang lebih baik dan ahli keluarganya yang baik, suami isteri yang lebih baik. Masukkanlah dia ke dalam syurga dan lindungilah dia dari seksa kubur dan fitnahnya dan dari seksa neraka.”

Takbir keempat berdoa untuk si mati lagi.

أَللَّهُمَّ لاَ تَحْرِمْنَا أَجْرَهُ وَلاَ تَفْتِنَّا بَعْدَهُ وَاغْفِرْلَنَا وَلَهُ وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِى قُلُوْبِنَا غِلاَّ لِلَّذِيْنَ آمَنُوْا رَبَّنَا إِنَّكَ رَؤُوْفٌ رَحِيْمٌ

“Ya Allah, janganlah Engkau haramkan permohonan kami untuk kebajikannya dan janganlah Engkau membiarkan kami di timpa fitnah setelah ketiadaannya dan ampunkanlah kami dan dia juga rakan kami yang terdahulu beriman dan janganlah Engkau sematkan perasaan hasad dengki kedalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Tuhan kami, sesungguhnya Engkau bersifat pengasih dan penyanyang.”

Memberi salam ke kanan dan ke kiri.

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ

Bacaan sesudah salam
  1. Surah Al-Ikhlas 3 kali.

  2. Surah Al-Falaq 1 kali.

  3. Surah An-Nas 1 kali.

  4. Surah Al-Fatihah 1 kali.

  5. Surah Al-Baqarah ayat 1-5.

  6. Ayat Kursi 1 kali.

  7. Doa yang sesuai.

38 comments :

  1. perkongsian yg menarik..
    sukran ust...

    ReplyDelete
  2. salam ustaz...saya ada 1 pertanyaan..ada tak mazhab yg mewujudkan sujud di dalam solat jenazah??

    ReplyDelete
  3. salam, terima kasih di atas info yg berguna dan penting buat umat Islam...

    ReplyDelete
  4. Salam

    Nur Syafiqah mana ada mazhab yang baut solat jenazah sujud... kalau sujud tanduk pungung makmum di hadapan la..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum ustz...
    smg ustz sihat2 selalu...
    aa nak bertanyekan adakah syarat khusus yang di syaratkan utk solat ghaib dan sekiranya ada boleh ustz jelaskan serba sedikit..
    ~jazakallahu kheiran kasira~

    ReplyDelete
  6. Salam

    Solat qaib adalah solat yang bukan dihadapan mayat, solat qaib boleh dilakukan dimana-mana dan ia perlu diniatkan kepada si mati tersebut dan cara solatnya sama seperti solat jenazah.

    ReplyDelete
  7. salamun'alaik..shukran kerana berongsi info berguna ini ya ustaz =)

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum ustaz . boleh tak sembahyang jenazah 4 orang sekaligus ? tapi empat gus tu 2 lelaki dan dua perempuan ? boleh tak ?

    ReplyDelete
  9. Salam

    Boleh sembahyang sekaligus semua mayat..
    Tukarkan perkataan "hu" kepada "hum"

    ReplyDelete
  10. Salam,
    Nak tanya kalau di Mekah selalu ada sembahyang jenazah tapi saya tak tahu mayat lelaki/perempuan/kanak-kanak kerana tak paham bahasa arab,
    Bagaimana niat yang betul ?

    ReplyDelete
  11. Hasrul(Tanah merah..Kemahang dua)January 25, 2012 at 6:22 AM

    Terima kasih ustaz...mak long saya baru meninggal pagi tadi..25/01/2012..al-Fatihah..baru nak gerak gi umah arwah ni.

    ReplyDelete
  12. apakah doa yang biasa dibaca setelah bagi salam

    ReplyDelete
  13. bgus dan berkesan..

    ReplyDelete
  14. kama naqqoitu @ kama naqqoita?

    ReplyDelete
  15. ustaz;saya mahu brtanya doa ketiga untuk mayat lelaki,jika mayat perempuan hi akan ha kan,tapi saya keliru sedikit,bolehkah nustaz memberi untuk doa untuk mayat perempuan...terima kasih...

    ReplyDelete
  16. ust. apa patut kita lakukan utk hati yg hiba......

    ReplyDelete
  17. Apakah hukum jika sembahyangkan mayat lelaki kepalanya sebelah kanan imam?

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum ustaz, apakah DOA YANG SESUAI untuk kita baca ye ustaz?

    ReplyDelete
  19. Shukran ya ustaz atas perkongsian panduan solat jenazah ini.. Sgt2 membantu.. Seorg sahabat qarib saya meninggal semalam dan panduan ustaz benar2 membantu saya.. Shukran Jazilan ya ustaz..

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum...

    apa yang di baca ole imam tu masa selepas solat jenazah lepas tu angkat keranda jenazah akan dibacakan doa, lepas tu sebelum keluar dari pintu rumah pun di bacakan doa dan keluar dari rumah juga d bacakan doa ?

    boleh bagi tau doa apa yg di bacakan tu?

    ReplyDelete
  21. Salam ustaz........ terimakasih dan.halalkan.ilmu.yang di beri.

    ReplyDelete
  22. salam ustaz, kesemua bacaan dan doa2 dari takbir pertama hingga takbir keempat dibaca dengan kuat atau didalam hati. setelah selesai mensolatkan jenazah, sesudah salam surah dibaca dalam keadaan berdiri atau duduk.., dibaca dgn kuat atau dalam hati dan dlm keadaan menadah tangan atau tidak. saya brharap ustaza dapt membantu saya.. terima kasih.

    ReplyDelete
  23. salam ustaz, moho sahre ye ustaz.. saya sertakan link sekali nanti ye tq

    ReplyDelete
  24. salam..mohon share ustaz..tq,

    ReplyDelete
  25. Jazakallah ya ustaz .

    ReplyDelete
  26. Besnis produk kesihatan myherb2u-goji,tricajus,susu kambing,mlm call +60192311900
    http://www.healthbuilders.com.my/
    othmandraman@yahoo.com
    http://othmandraman.blogspot.com/?m=1
    http://www.dnaglobal2u.com/
    http://www.iphytoscience.com/
    http://www.drtina.mynucerity.biz/indexi.php
    Kedai P01 pasar majlis sek16 shah alam,selangor,malaysia
    Rakan kongsi/penyewa/pekerja diperlukan

    ReplyDelete
  27. ASSALAMUALAIKUM USTAZ...SAYA MINTAK IZIN UNTUK COPY DAN DIJADIKAN BUKU PANDUAN KEPADA PARA JEMAAH MASJID KAMI...HARAP USTAZ DAPAT IZINKAN

    ReplyDelete
  28. terima kasih atas perkongsian.
    sy nk tanya ada perbezaan ke solat jenazah antara 4 mazhab.? kalau ada boleh jelaskan d mana perbezaanyan..syukran

    ReplyDelete
  29. as slm ya ustaz..
    minta copy n share,,

    ReplyDelete
  30. Alhmdulillah...terima kasih..tiada terkata mereka yg telah membaca Dan menambah ilmu Dari perkongsian INI... dan melakukannya... Insyaallah semoga ustz mndpt mnfaatnya dr Allah melalui perkongsian INI..

    ReplyDelete
  31. "AnonymousOctober 25, 2011 at 10:09 PM

    Salam,
    Nak tanya kalau di Mekah selalu ada sembahyang jenazah tapi saya tak tahu mayat lelaki/perempuan/kanak-kanak kerana tak paham bahasa arab,
    Bagaimana niat yang betul ?"

    Assalamualaikum ustaz...sy pun nak tau jawapan pada soalan yg sama..harap dapat bantu sebelum sy ke sana 3 hari lagi..syukran jazilan

    ReplyDelete
  32. Assalamualaikum wbt. ustaz. Penerangan yang jelas dan tulisan yang besar dan terang memudahkan saya membacanya. Berbanyak-banyak terima kasih ustaz,semoga kita dipanjangkan umur dan dimurahkan rezki.


    ReplyDelete
  33. Salam ustaz. Kenapa dh malas nk reply?

    ReplyDelete
  34. Tu kan ustaz habaq kt atas dah pindah web..smart hijrah

    ReplyDelete
  35. Assalam perlu ke angkat tgn utk berdoa time takbir ke-3??

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG