PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Thursday, February 17, 2011

Penyakit Was-Was (Ragu-Ragu) Dalam Ibadah


Penyakit was-was adalah antara penyakit yang paling serius dan ada kalanya akan mencapai tahap yang kronik. Pada tahap ini penghidapnya akan kelihatan seperti tidak dapat dipulihkan lagi memandangkan keadaan diri mereka yang teruk. Was-was adalah serangan penyakit hati yang melanda manusia melalui saluran gangguan makhluk yang disebut Allah sebagai al-Khannas. Firman Allah SWT :

“Katakanlah (Wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia, yang menguasai sekalian manusia, Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke Dalam hati manusia, (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia". (An-Nas : 1-6)

Agama Islam adalah agama yang tidak memberikan kepayahan atau kesulitan kepada umatnya untuk melaksanakan segala ibadah kepada Allah. Berlakunya was-was adalah disebabkan kurangnya pengetahuan agama dalam setiap ibadah yang dilakukan seperti, cara berniat ketika melakukan ibadah, cara melakukan ibadah yang benar dan banyak lagi sehinggakan penyakit was-was makin menjadi-jadi. Was-was juga boleh berlaku kepada sesiapa yang mempunyai ingatan yang lemah atau pelupa dalam setiap perbuatan yang dilakukan didalam ibadahnya.

Kaedah untuk menghilangkan penyakit was-was ini ialah dengan cara seseorang itu perlu mempunyai pengetahuan agama Islam yang tinggi dan mengetahui cara melaksanakan ibadah yang betul. Sedikit sebanyak kaedah ini dapat membantu mengurangkan sifat was-was yang ada dalam diri seseorang. Contohnya seperti mandi hadas, cukup dengan keyakinan kali pertama mengalirkan air ke anggota badan ketika mandi hadas, hal ini sudah memadai dan mandi hadas tersebut sah dan tidak terbatal.

Ketika melakukan ibadah, perlu difokuskan perbuatan yang dilaksanakan dalam ibadah tersebut supaya tidak lupa. Jika terlupa, ulangi kembali rakaat solat yang terlupa sama ada rakaat tersebut sudah dilakukan ataupun tidak. Perbuatan ini bertujuan untuk mengelakkan dari berlakunya sifat was-was dan jiwa yang tidak tenteram apabila selesainya ibadah.

19 comments :

  1. saya ingin tahu adakah ayat alquran atau zikir tertentu bagi mengatasi penyakit was was ini.terima kasih.

    ReplyDelete
  2. salam ustaz..
    sy selalu merasa was was..adakah solat sy diterima Allah?
    dan satu soalan lagi ustaz...jika kite bermimpi salah satu gigi patah apakan maksud mimpi tersebut?
    harap ustaz dan merungkaikan kekusutan sy...
    terima kseh.

    ReplyDelete
  3. Salam ustaz. Saya ada satu soalan.

    Saya diberitahu bahawa tidak boleh menggunakan sabun ketika mandi wajib. Beberapa JAM sebelumnya, saya baru sahaja mandi biasa. Maka, saya terus sahaja mandi wajib (tanpa mandi biasa/sabun terlebih dahulu). Habis saja mandi wajib, saya jadi was-was kerana muka terasa berminyak( minyak asal, bukan sebab make-up atau sbgnya). Adakah sah mandi wajib sekiranya muka berminyak ~ minyak semula jadi.?

    ReplyDelete
  4. Salam.
    Saya sering was-was bila mandi wajib, saya selalu rasa tidak sempurna mandi wajib saya. Bila mandi wajib, saya selalu rasa air tak kena sepenuhnya pada rambut. Tapi, saya dah membasahkan rambut cukup lama. Rasa ragu tetap ada. Adakah saya boleh praktikkan konsep tidak ada ragu selepas yakin seperti di atas? Sedangkan sukar sekali saya nak rasa puas/yakin..

    Saya harap pihak admin dpt mmberi jawapan secepatnya.

    ReplyDelete
  5. Salam

    Was-was ini adalah penyakit dan ia adalah dari gangguan syaitan..

    Boleh juga anda prektikkan, bila sudah basah semua ia sudah memadai kita anggap air sudah sampai..Kalau payah sangat selati rambut sehingga yakin kena air.. Mandi wajib ini senang dan tak susah, was-was kita yang menyebabkan dia menjadi susah.

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum ustaz..
    sy ingin menujukan persoalan mengenai mandi wajib kepada ustaz, sekiranya seseorang itu berpenyakit was2 adakah memandai baginya untuk mandi seperti biasa shj?

    ReplyDelete
  7. mandi biasa itu tak sama dengan mandi wajib, tak boleh begitu, mandi wajib adalah mandi mengangkat hadas besar, mandi biasa hanya mampu membersihkan diri sahaja..mandi wajib adalah ketentuan syarak, jadi mau tak mau dia kena mandi wajib dan penyakit was2 dia kena diubati...

    ReplyDelete
  8. assalam ustaz...
    sah ke sembahyang sy jika waktu saya sembahyang tu terpijak semut yang dah mati..... sy menyedarinya selepas abis sembahyang

    ReplyDelete
  9. Salam

    Maaf saya tidak dapat menjawab soalan anda atas sebab2 tertentu, saya ada tugas yang lebih penting untuk disiapkan segera.. maaf atas kesulitan yang berlaku...

    ReplyDelete
  10. Salam,ustaz saya nk tanya.macam mne tiba2 saya sdg main game dan tgk2 ade kesan seluar basah,saya ragu2 yg basah itu air mani atau pun tidak.adakah saya perlu mandi atau tidak?.

    ReplyDelete
  11. Ustaz, adakah mandi wajib diterima kalau ada rasa was was, walaupun mandi wajib itu dibuat dengan baik dan sempurna? Harap dijawab terima kasih.

    ReplyDelete
  12. Salam ustaz, selepas saya mandi wajib, didapati terdapat sejenis kerak/kesan di bawah telapak kaki kiri saya, saya jadi was-was samada kerak/kesan itu menghalang air dari sampai ke kawasan itu atau tidak. Semasa saya mandi wajib, saya sudah pastikan tiada apa-apa kekotoran yang boleh menghalang air dari sampai. Selepas mandi wajib, baru saya sedari ia disitu. Saya masih tidak dapat kenalpasti kesan apa ditelapak kaki saya itu, sama ada kulit mati atau sebaliknya. Saya berasa was-was, persoalannya, sahkah mandi wajib serta ibadat solat yang telah saya lakukan selepas mandi wajib tersebut atau perlukah saya melakukan mandi wajib semula? Harap ustaz dapat membantu, terima kasih.

    ReplyDelete
  13. salam ustaz..saya ingin bertanya adakah sah mandi wajib saya apabila saya merasa was was adakah saya telah meratakan air ke seluruh badan dan saya membasuh semula badan?adakah sah solat saya?saya dah buntu memikirkanya dan saya sering rasa was was dan rasa rasa wa-was.saya selalu memikirkannya.Saya juga rasa hilang keyakinan untuk membuat sesuatu perkara..

    ReplyDelete
  14. salam ustaz adakah wajib menqada puasa yang telah dilakukan jika setelah saya mandi wajib tetapi was-was dan mandi semula ,adakah saya perlu mengqada puasa saya

    ReplyDelete
  15. rawat was-was dengan langkah mudah
    rawatwaswas.blogspot.com

    ReplyDelete
  16. rawat was-was dengan langkah mudah
    rawatwaswas.blogspot.com

    ReplyDelete
  17. Salam ustaz. Adakah batal mandi wajib seseorang jika terlintas di hatinya " Aku nak keluar islam" sbb merasakan terlalu sukar utk mandi wajib. atau terlafaz niat tersebut? (was-was)

    ReplyDelete
  18. Besnis produk kesihatan myherb2u-goji,tricajus,susu kambing,mlm call +60192311900
    http://www.healthbuilders.com.my/
    othmandraman@yahoo.com
    http://othmandraman.blogspot.com/?m=1
    http://www.dnaglobal2u.com/
    http://www.iphytoscience.com/
    http://www.drtina.mynucerity.biz/indexi.php
    Kedai P01 pasar majlis sek16 shah alam,selangor,malaysia
    Rakan kongsi/penyewa/pekerja diperlukan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG