PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Thursday, March 10, 2011

Darah Haid Wanita Mengikut Ilmu Fiqh


Dari segi bahasa haid adalah bermakna As-Saylan yang bererti mengalir. Haid juga sesuai dengan perkataan azayan yang bererti kotoran. Sebagaimana firman Allah SWT :

“Dan mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. katakanlah: "Darah haid itu satu benda yang (menjijikkan dan) mendatangkan mudarat". (Al-Baqarah : 222)

Kata-kata yang bermaksud dengan haid dan sering digunakan oleh masyarakat Arab ialah darasun, qara’u, thamasyun, mahidhun dan banyak lagi. Menurut ahli fikah mengatakan bahawa :

“Haid adalah suatu darah yang keluar dari rahim perempuan melalui farajnya pada masa tertentu dan dalam keadaan sihat jasmaninya.”

Menurut Abu Mazaayal Husnaa dalam bukunya yang berjudul Wanita Dan Darah mengatakan bahawa :

“Haid adalah suatu tabiat semulajadi yang mesti dialami oleh semua wanita. Pada umumnya perempuan itu mengalami haid sebulan sekali sehingga juga sering disebut datang bulan.”

Menurut Muhammad Isa Selamat MA dalam bukunya yang berjudul Mandi Hadas yang mengatakan bahawa :

“darah haid iaitu darah yang keluar dari rahim perempuan yang sihat, yang tidak ada sesuatu sebab. Menurut biasanya perempuan didatangi haid itu, apabila ia meningkat umur 9 tahun, biasanya waktu berumur 12 tahun. Lama haid sekurang-kurangnya sehari semalam, menurut biasanya ialah tujuh hari tujuh malam. Apabila lebih dari 15 hari. Maka itu bukanlah dari haid lagi tetapi adalah darah istihadhah (darah penyakit).”

Rumusan yang dapat diambil dari keterangan dan pendapat diatas, haid ialah darah kotor yang keluar dari kemaluan perempuan (faraj) yang berumur sembilan tahun ke atas. Darah haid keluar dalam keadaan sihat anggota badan perempuan secara tabiat dan masa yang tertentu. Darah haid biasanya bewarna merah, tetapi jika dalam masa haid keluar darah lain dari warna merah juga dikira sebagai haid.


Usia Keluarnya Haid

Umur wanita yang didatangi haid sekurang-kurangnya sembilan tahun ke atas. Maksudnya tidak ada wanita yang didatangi haid bawah dari Sembilan tahun. Jika ada wanita yang keluar darah dari farajnya bawah daripada umur sembilan tahun, maka ia tidak dikira sebagai haid. Ini berdasarkan kepada dalil-dalil berikut :
  1. Dari Aisyah ra yang mengatakan bahawa : “Apabila kanak-kanak perempuan sudah berumur Sembilan tahun bererti dia sudah termasuk wanita yang baliqh.”

  2. Wanita belum bersedia untuk hamil dan belum sanggup untuk mendidik anak-anak mereka jika kurang dari sembilan tahun.

Usia Putus Haid

Batasan usia wanita yang berhenti atau putus haid mempunyai dua pendapat. Di antaranya ialah :
  1. Menurut jumhur ulamak wanita yang putus haid itu mempunyai batasa iaitu umur wanita tersebut 60 tahun. Wanita yang berumur 60 tahun masih keluar darah dari kemaluannya lagi, maka itu tidak dinamakan sebagai darah haid dan darah itu adalah darah istihadhah.

  2. Ada sebahagian ulamak berpendapat bahawa tiada batasan haid bagi wanita. Darah haid mungkin akan berterusan hingga akhir hayat mereka.
Kesimpulannya, batasan haid bagi wanita adalah diantara umur 60 tahun, ini berdasarkan kepada kajian yang telah dilakukan para ulamak yang terdahulu seperti Imam Syafie. Lazimnya juga kebanyakkan wanita putus haid diantara umur tersebut.


Dasar Islam Tentang Haid

Dasarnya adanya hukum wanita yang didatangi haid ini diambil dari firman Allah SWT yang berbunyi :

“Dan mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. katakanlah: "Darah haid itu satu benda Yang (menjijikkan dan) mendatangkan mudarat". oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh Dengan isteri kamu) Dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan Yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang Yang sentiasa mensucikan diri.” (Al-Baqarah : 222)

Sebab turunnya ayat ini, banyak sahabat yang menanyakan tentang apa yang boleh mereka lakukan terhadap isteri mereka ketika sedang haid. Pertanyaan ini adalah disebabkan orang-orang Yahudi mengasingkan atau mengeluarkan isteri mereka yang sedang haid dari rumah. Isteri mereka juga tidak dibenarkan makan dan tidur bersama mereka. Dari hal ini Rasulullah SAW bersabda :

“Perlakukanlah apa sahaja terhadap isteri-isteri kamu selain jimak.” (Riwayat Muslim)

Lagi Sabda Rasulullah SAW :

“Haid itu merupakan suatu ketetapan Allah terhadap perempuan keturunan anak Adam.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Jelas di sini, bahawa wanita yang didatangi haid, boleh melakukan apa sahaja. Seperti makan bersama suaminya, tidur bersama, bekerja bersama dan sebagainya. Dibolehkan si suami bermesra bersama isterinya yang sedang dalam keadaan haid dengan syarat tidak menyentuh di antara pusat hingga lutut. Daripada Abdullah Bin Saad ra berkata :

“Dia telah bertanya Rasulullah SAW : Apakah yang dibenarkan aku lakukan terhadap isteriku ketika ia dalam keadaan haid. Jawab Rasulullah SAW bagi kamu yang di atas daripada kain sarung (antara pusat dan lutut).” (Riwayat Abu Daud)


Tempoh Masa Wanita Mengeluarkan Haid

Ulamak Fikah telah menetapkan lamanya wanita mengeluarkan darah haid ialah seperti berikut :
  1. Masa keluarnya haid adalah selama 24 jam atau satu lahzoh (seketika), bermaksud selama satu hari dan malamnya. Bagi wanita yang keluar darah tidak sampai 24 jam, maka ia tidak dikira sebagai darah haid dan ia dikira sebagai darah istihadhah atau darah penyakit.

  2. Lazim atau kebiasaan bagi wanita yang didatangi haid adalah sebanyak 6 atau 7 hari dan malamnya.

  3. Masa paling panjang bagi wanita yang didatangi darah haid adalah selama 15 hari dan malamnya.

Masa Suci Daripada Haid

Sekurang-kurangnya waktu suci ialah 15 hari beserta malamnya. Darah haid juga tidak ada had tertentu bagi tempoh panjangnya. Ini kerana kadang-kadang seorang wanita tidak didatangi haid dalam tempoh setahun atau dua tahun bahkan ada yang beberapa tahun. Dari Ummu Salamah ra berkata :

“Dia meminta fatwa kepada Rasulullah SAW mengenai seorang perempuan yang selalu mengeluarkan darah. Nabi SAW bersabda : Hendaklah perempuan itu mengenalpasti terlebih dahulu bilangan malam dan siang selama haid serta kadar hari-harinya pada setiap bulan. Setelah mengetahui waktu haid dan kadarnya itu, maka hendaklah dia menghentikan solat pada waktu-waktu tersebut. sesydah waktu haid itu berakhir, dia dikehendaki menampal kemaluannya dengan sehelai kain, lalu kerjakanlah solat.” (Riwayat Al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, An-Nasai dan Ibnu Majah)

Namun jika wanita tersebut tidak mampunyai kebiasaan yang tetap, dia dikehendaki memperhatikan tanda-tanda darah yang membolehkannya mampu membezakan antara darah haid dengan darah biasa.

Seorang wanita dapat mengetahui dirinya suci ataupun tidak dari darah haid, maka ia boleh memasukkan kapas di dalam farajnya. Jika cecair basah yang melekat dikapas tersebut berwarna putih jernih dan tidak terdapat warna darah haid. Maka ia sudah dianggap suci dan wanita tersebut boleh mandi hadas. Tetapi kalau dikapas itu masih melekat warna darah yang cair walaupun sedikit sekalipun, maka ia dianggap masih tidak suci lagi. Dari Aisyah ra berkata :

“Sekumpulan kaum wanita mengirimkan dirjah kepada Aisyah yang berisikan kapas, yang di dalamnya didapati sesuatu yang berwarna kuning. Melihat itu, Aisyah berkata : Jangan kamu tergesa-gesa untuk mengerjakan solat hingga kamu melihat warna kapas itu putih bersih.”

Warna kuning atau warna keruh itu dikatakan sebagai darah haid apabila keluar pada hari-hari di mana seseorang wanita itu biasanya haid. Tetapi jika keluar darah selain dari waktu kebiasaan haid, maka ia tidak dianggap sebagai darah haid. Dari Ummu Athiyah ra berkata :

“Kami tidak menganggap warna kuning atau warna keruh itu sebagai darah haid setelah bersuci.” (Riwayat Abu Daud dan Al-Bukhari)

Sifat, Bau Dan Warna Darah Haid

Sifat Darah Haid

Wanita yang didatangi haid kadang kalanya ia berasa agak panas atau hangat. Adakalanya juga darah yang keluar itu tidak disedari oleh wanita. Contohnya seperti orang sakit buasir sewaktu mengeluarkan air kencing tanpa disedari olehnya.

Bau Darah Haid

Darah yang keluar dari faraj wanita kadangkalanya ia berbau agak busuk, ada darah haid yang berbau seperti darah biasa dan ada juga darah haid yang tidak berbau sama sekali.

Warna Darah Haid

Darah yang keluar dari faraj wanita itu mempunyai lima jenis, di antaranya ialah darah bewarna hitam, warna merah, warna kelabu, warna kuning tua, warna coklat dan warna kuning keputihan. Peringkat keluarnya darah haid itu ialah seperti :
  1. Darah bewarna hitam keluar dari faraj wanita yang berbau busuk dan keluarnya agak panas.

  2. Darah bewarna merah yang keluar dari faraj wanita, ia berbau busuk dan keluarnya agak panas.

  3. Darah bewarna kelabu yang keluar dari faraj wanita, ia berbau dan keluarnya agak panas.

  4. Darah kuning tua atau coklat yang keluar dari faraj wanita, ia berbau dan terasa agak panas.

  5. Warna kuning cair atau kuning keputihan, darah seperti ini keluar kebiasaannya tidak begitu terasa dan tak berbau sangat. Darah seperti ini adalah darah dipenghujung haid.

Hikmah Keluarnya Haid

  1. Melatih kaum wanita agar terbiasa membersihkan kotoran dan berbagai najis. Sehingga nantinya tidak merasa jijik membersih najis anak atau membersih najis suami yang uzur.

  2. Sebagai tanda wanita tersebut sudah baligh. Dia perlu dibataskan pergaulannya bersama lelaki yang ajnabi dan ia juga telah diletakkan ketetapan hukum dari Allah.

  3. Sebagai tanda habisnya iddah bagi wanita yang diceraikan oleh suaminya. Hal ini bertujuan untuk memastikan rahim wanita tersebut bersih dari benih bekas suaminya yang terdahulu.

  4. Suami dan isteri akan dapat mengekalkan rasa kasih sayang antara satu sama lain. Hal ini disebabkan haram bagi suami menyetubuhi isterinya selama ia didatangi haid.

Aturan Menqadha Solat Selepas Haid

Haid Pada Awal Waktu Solat

Wanita yang didatangi darah haid pada masa waktu solat telah masuk dan wanita tersebut belum melakukan solat waktu tersebut, maka ia wajib menggqadha solat yang telah ditinggalkannya itu kerana haid. Daripada Abi Mas’ud ra berkata :

“Rasulullah SAW bersabda : Sebaik-baik amal itu adalah mengerjakan solat pada awal waktunya.” (Riwayat Al-Bukhari, Muslim, At-Tarmizi dan Hakim)

Cara mengqadha solat adalah setelah dipastikan tiada darah lagi yang keluar atau pasti keluarnya cecair putih jernih yang tiada mengandungi sebarang warna darah. Maka ia diwajibkan mandi dan terus mengqadhakan solat yang telah ditinggalkan ketika waktu datangnya haid yang pertama dahulu.

Bercumbu Dengan Isteri Haid

Seorang suami boleh mencium atau meraba isterinya yang sedang haid kecuali faraj isterinya sahaja. Suami boleh meraba atau mencium isterinya sama ada wajahnya, lehernya, dadanya, pusatnya dan juga pahanya. Tetapi suami tidak boleh meraba atau menyentuh kemaluan isterinya. Haram sama sekali bagi suami yang meliwat isterinya dari jalan dubur kerana isterinya didatangi haid. Maimunah isteri Rasulullah SAW berkata :

“Rasulullah SAW mencumbui isteri-isterinya selain yang di bawah kain sarung, sewaktu mereka dalam haid.”

Suami yang ingin mencumbui tubuh isterinya yang sedang haid di antara pusat hingga lututnya. Itu pun disyaratkan wanita itu memakai kain sarung. Hal ini adalah bertujuan untuk mengelakkan suami menyetubuhi isterinya. Dari Ikrimah yang mendengar sebahagian isteri-isteri Rasulullah SAW mengatakan bahawa :

“Adalah Rasulullah jika mengigingkan sesuatu dari tubuh isterinya yang haid, baginda menutup kemaluan isterinya dengan kain.” (Riwayat Abu Daud)

Makan Ubat Supaya Datang Haid

Diharuskan menggunakan ubat-ubatan yang mendatangkan haid dengan syarat bukan sebagai helah untuk meninggalkan ibadah seperti tidak solat dan berbuka pada bulan Ramadhan. Mendapat izin suami kerana sengaja mendatangkan haid akan menggugurkan hak suami dari dua sudut, pertamanya ialah menghalangnya daripada bersetubuh dengan isterinya. Keduanya menghalangnya untuk merujuk semula dalam kes penceraian, iaitu isteri sengaja mendatangkan haid supaya tempoh iddah berlalu dengan cepat sehingga seandainya suami ingin merujuk semula, dia tidak sempat untuk berbuat demikian.

Menghalang Atau Menunda Haid

Diharuskan menggunakan ubat-ubatan yang menegah haid dengan dua syarat tidak berlaku mudarat ke atas dirinya. Jika mengakibatkan mudarat maka ia diharamkan berdasarkan firman Allah yang berbunyi :

“Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.” (Al-Baqarah : 195)

Boleh bagi wanita yang memakan ubat untuk menghalang keluarnya darah haid dengan tujuan supaya ia dapat menghabiskan puasa Ramadhannya, boleh mengerjakan segala amalan haji dan sebagainya. Tetapi, sekiranya darah masih keluar, maka ia tetap dikira sebagai darah haid.

Membasuh Kain Yang Terkena Darah Haid

Pakaian yang terkena darah haid, hendaklah dikikis dahulu darah tersebut sebelum dicuci. Setelah dikikis hendaklah dibasuh seperti membasuh najis biasa. Dari Asma Binti Abu Bakar ra berkata :

“Seorang wanita bertanya kepada Rasulullah SAW katanya : Ya Rasulullah, Bagaimana caranya apabila pakaian kami kena darah haid? Apakah yang mesti kami perbuat? Rasulullah SAW menjawab : Apabila pakaian kena darah haid, kikislah darah itu kemudian bersihkan dengan air. Setelah itu anda solat memakai kain itu.” (Riwayat Al-Bukhari)

31 comments :

  1. Terima kasih ustaz...mohon share.

    ReplyDelete
  2. ustaz ade org ckp datang darah haid tu utk menebus dosa2nya yg lps..termasuk menghapuskan dosa2 yg besar ke ustaz

    ReplyDelete
  3. Menghapuskan dosa2 kecil sahaja, bukan dosa besar..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum ustaz, nak tnye kalau datang haid dan disertai sakit perut tu adakah ianya normal bagi kaum wanita?sekiranya darah keluar disertai cecair keputihan, tetapi pada hari berikutnya darah itu takde keluar.Adakkah itu darah haid?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam dalam artikel ini tidak berapa lengkap..nak cerita lebih lengkap boleh dapatkan buku saya yang bertajuk TOOLKIT Fardu Ain..

      Boleh beli melalui blog ini iaitu dengan cara klik pada gambar buku toolkit fardu ain..dan lakukan pembelian online...

      Dalam bukutu banyak cerita mengenai darah wanita, siap jadual lagi untuk anda rujuk masa-masa datangnya haid atau nifas, atau istihadah..

      Delete
    2. Salam ustaz.. Brpe hrga nya?

      Delete
    3. Harga buku yang cetakkan kedua RM 35.00..Kalau habis kena beli cetakkan ketiga RM 41.00..

      Mahal sebab dia cetak kertas kualiti tebal dan bercolor

      Cetakkan ketiga mahal sikit sebab kulit dia keras...Saya tak tahu soal ni sebab yang uruskan syarikat penerbitan, mungkin sebab ada sambutan kot...

      Delete
  5. salam ustaz....

    jika isteri dalam haid ketika bersama suami, isteri sedar haidnya sudah kering tetapi masih belum berhadas besar.bolehkan suami membuat hubungan seks dengan isteri yg sudah kering haid tetapi tidak bersuci lg?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam dalam artikel ini tidak berapa lengkap..nak cerita lebih lengkap boleh dapatkan buku saya yang bertajuk TOOLKIT Fardu Ain..

      Boleh beli melalui blog ini iaitu dengan cara klik pada gambar buku toolkit fardu ain..dan lakukan pembelian online...

      Dalam bukutu banyak cerita mengenai darah wanita, siap jadual lagi untuk anda rujuk masa-masa datangnya haid atau nifas, atau istihadah..

      Delete
  6. sy remaja berusia 19thun dan mengalami masalah keputihan. dah lama hal ini terjadi, sejak sy form1. tp pd awlnye sy rs perkara ini biasa, tp lama kelamaan sy mula bimbang. kdang2 bau nye bsuk dan sgt kuat.warnanya kuning, amount nye byk., kdang2 kuning kehijauan. kdang2 ad jgak cecair jernih yg mngalir keluar mmbuatkn panty sy bsah *maaf jika description sy trlalu detail dan menjijikkan* yg pasti, keputihan mmg xprnah putus keluar dr kemaluan sy. seringkali ia seakan bergentel. ini menjadi satu masalah yg berat bg sy ketika sy mahu mandi wajib setelah haid. amat susah untuk sy tentukan sama ada sy telah suci dari darah haid atau pn belum.ini mengakibatkn sy tidak tenang serta mandi wajib berulang kali.apabila it seems like the last day of my period, tp stain warna kuning striking yg hampir ke jingga masih ada.adakah sy telah suci dr haid atau pn msih belum boleh mandi wajib? boleh tlg sy? minta pandangan ustaaz. terima kasih. assalamualaikum.

    ReplyDelete
  7. salam..minta bantuan semua termasuk ustaz..sy berumur 22 thn..sy dh x dtg haid slma 3 thn...tapi skt prt mcm nk keluar haid setiap bulan cuma drh x keluar...bagaimana nk mengatasinya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam adik nisya lavender...sistem badan wanita ni banyak dipengaruhi hormon..ada supplement kesihatan yang boleh menolong memperbetulkan sistem hormon wanita..mungkin adik perlu mencubanya..hanya sekadar pandangan..

      Delete
  8. salam...nak bg pandangan sedikit sekadar berkongsi ilmu yang ada..untuk adik yang berusia 19thn tu,adalah lebih baik adik pergi berjumpa doktor,kerana dari penjelasan yang adik bg menunjukkn keadaan keputihan yang sangat teruk,mungkin adik malu untuk ke hospital,bimbang dirawat oleh doktor lelaki,adik blh pergi ke klinik yang ada doktor perempuan,sekurang2nya keadaan kesihatan adik dapat diketahui...

    kepada saudari nisya pula eloklah adik pergi berjumpa pakar sakit puan untuk mengetahui status sbnar awk,kaedah scan mungkin akn dilakukan untuk melihat keadaan awk...tq..

    ReplyDelete
  9. Ustaz, saya ingin bertanya sekali lagi walaupun saya dh baca di atas, bahawa darah haid itu adalah darah yang mengalir terus untuk 24 jam. Sekiranya cuma ada tompokkan sahaja, dan tidak untuk 24 jam adakah ianya di kira darah haid? Saya mengalami tompokan satu atau dua pada sebelah petang yang keluar kemudian berhenti. kemudian lewat malam ada satu tompokan lagi. Seterusnya tiada lagi sehingga waktu pagi. mohon penjelasan dari ustaz.

    terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam dalam artikel ini tidak berapa lengkap..nak cerita lebih lengkap boleh dapatkan buku saya yang bertajuk TOOLKIT Fardu Ain..

      Boleh beli melalui blog ini iaitu dengan cara klik pada gambar buku toolkit fardu ain..dan lakukan pembelian online...

      Dalam bukutu banyak cerita mengenai darah wanita, siap jadual lagi untuk anda rujuk masa-masa datangnya haid atau nifas, atau istihadah..

      Delete
  10. assalam
    saya baru melahirkan anak (dah 90 hari) secara pembedahan. masa nifas, darah tidak banyak seperti haid. tetapi selepas 45 hari dating semula lendiran bewarna coklat, ada nurse yang saya rujuk mengatakan kemungkinan itu adalah darah haid. setelah beberapa hari kering, saya mandi wajib. wpun, dalam tempoh selepas itu, sekali sekala dtg semula tompokan coklat (kdg2 sekali sehari), kdg2 lebih sehari. sy menganggap kemungkinan hormone masih belum stabil, dan badan mungkin sedang 'adjust'.

    soalan saya, adakah tompokan sekali sekala itu dianggap haid? sy pasti itu bukan istihadah kerana ia tidak berturutan dan berpajangan/berterusan.

    Bantu, saya keliru.terima kasih ustaz.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam dalam artikel ini tidak berapa lengkap..nak cerita lebih lengkap boleh dapatkan buku saya yang bertajuk TOOLKIT Fardu Ain..

      Boleh beli melalui blog ini iaitu dengan cara klik pada gambar buku toolkit fardu ain..dan lakukan pembelian online...

      Dalam bukutu banyak cerita mengenai darah wanita, siap jadual lagi untuk anda rujuk masa-masa datangnya haid atau nifas, atau istihadah..

      Delete
  11. Salam dalam artikel ini tidak berapa lengkap..nak cerita lebih lengkap boleh dapatkan buku saya yang bertajuk TOOLKIT Fardu Ain..

    Boleh beli melalui blog ini iaitu dengan cara klik pada gambar buku toolkit fardu ain..dan lakukan pembelian online...

    Dalam bukutu banyak cerita mengenai darah wanita, siap jadual lagi untuk anda rujuk masa-masa datangnya haid atau nifas, atau istihadah..

    ReplyDelete
  12. KEMALUAN KELUAR CECAIR BUSUK SEAKAN-2 NANAH DAN KDG KALA DISERTAI DGN DARAH , APAKAH USTAZ BOLEH TERANGKAN ? KDGKALA SAKIT BAHAGIAN BAWAH RAHIM MNYEBABKAN SY SUSAH UNTUK BERJALAN DGN NORMAL . PERIOD PUNN TIDAK MENENTU .



    DILEMA .

    ReplyDelete
  13. salam...saya berumur 20 thn...apa yang saya alami sejak lebih kurang 3 thun lpas sy sering datang haid dlam jangka masa yang lama...contoh sy dtg haid 7 hari dan 2 mggu selepas itu saya dtg haid lagi tetapi dalam keadaan y sedikit dan bewarna agak kehitaman..berlanjutan dalam 3-4 hari...masalah nie sgt merumitkan tambah2 apabila tiba bulan ramadan..adakah sy boleh puasa atau solat jika didatangi haid seperti itu?? adakah itu darah istahadah??sy harap ustaz dpt membantu

    ReplyDelete
  14. Besnis produk kesihatan myherb2u-goji,tricajus,susu kambing,mlm call +60192311900
    http://www.healthbuilders.com.my/
    othmandraman@yahoo.com
    http://othmandraman.blogspot.com/?m=1
    http://www.dnaglobal2u.com/
    http://www.iphytoscience.com/
    http://www.drtina.mynucerity.biz/indexi.php
    Kedai P01 pasar majlis sek16 shah alam,selangor,malaysia
    Rakan kongsi/penyewa/pekerja diperlukan

    ReplyDelete
  15. Ustaz saya ingin bertanya soalan haid dalam haji bagi pihak seorang kawan. Semasa menunaikan haji pada tahun 2010 kawan saya memaklumkan semasa ingin tawaf haji, haidnya masuk hari ke 9. Kebiasaan haidnya ialah 6-7 hari. Hari tersebut juga merupakan hari dia terpaksa balik ke Malaysia. Maka dia melaksanakan tawaf haji dan sainya kemudian tawaf wadak dan kembali ke Malaysia. Selesai dia melakukan semua aktiviti itu, dia mendapati ada satu titik kuning sangat cair pada pakaian dalamnya. Soalannya adakah sah haji kawan saya ini? Jika tidak sah apa patut dia buat ya Ustaz. Saya kata padanya dia kena Dam Ihsar tetapi takut juga nasihat saya tidak tepat. Mohon bantuan kawan saya ini Ustaz, terima kasih banyak2 Ustaz. Jika kena Dam Ihsar adakah ia boleh dilakukan sekarang dan berapa ekor kambing patut disembelih Ustaz. Adakah tetap seejor atau bertambah seiap tahun. Mohon penjelasan. Terima kasih.

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum buat ustaz dan pembaca sekelian, terima kasih atas ilmu yang diberikan. Di sini terdapat perbincangan berkaitan dengan TAHARAH oleh Ustazah Norhafizah Musa. Semoga perkongsian ini bermanfaat
    Fiqh Wanita: Taharah (Bahagian 1)
    Fiqh Wanita: Taharah (Bahagian 2)

    ReplyDelete
  18. assalammualikum...ustaz...nk tnye...kalu kita cek guna kapas xda warna..tp kalu warna kuning melekat kat suar dalam 2...sah x smbhyg...keliru

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum ustaz.. Saya nak bertanya kepada ustaz.. Saya dah uzur minggu lalu.. Tetapi pada minggu ni.. Keluar keputihan yang seperti warna air yang jernih berserta berwarna merah.. Adakah itu dikira sebagai haid? Adakah perlu saya mandi wajib?

    ReplyDelete
  20. Subhanallah. penjelasan tentang darah haid wanita ini sangat bermanfaat dan sangat lengkap. terima kasih. senang sekali bisa berkunjung ke web ini.

    ReplyDelete
  21. ustaz,

    1- pengiraan tempoh haidh tidak terjejas dengan situasi seorang wanita atau bagaimana?
    misalannya, seorang wanita haidh, darahnya tidak berhenti; selama sebulan lamanya. pada hari ke 15, wanita tersebut bersuci dan, selepas itu dikira istihadhah. dan selepas berlangsungnya istihadhah, hingga ke 16 hari istihadhah nya, adakah hari ke 16 istihadhah itu dikira haid semula?
    Kerana maksimum haid adalah 15 hari 15 malam, waktu bersuci antara 2 haidh itu jua adalah 15 hari 15 malam juga.

    2- apakah pengiraan tempoh tidak dijejas/terjejas dengan kesihatan/pengambilan ubat?

    ReplyDelete
  22. Assalammualaikum,ustaz.terima kasih ats perkongsian ilmu drpd ustaz.sy nk
    tanya...kalo darah haid tu keluar sedikit pun dikira darah haid ke?mohon penjelasan drpd ustaz.tq....

    ReplyDelete
  23. Assalamu'alaikum ustad
    pak ustad saya mau tanya setelah haid biasanya saya mengecek menggunakan kapas dan kapas itu bewarna putih.Tapi setelah beberapa jam cairan itu keluar dengan sendirinya berwarna kuning keruh dengan kadar yang sangat sedikit hal itu kurang lebih samapi 9 hari .apakah itu termasuk darah haid atau tidak.
    Terimakasih. pak Ustad

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum ustaz saya nak tye ape hukum lelaki bkn muhrim melihat darah perempuan bkn muhrim pd tuala wanita

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG