Saturday, March 19, 2011

Darah Istihadah Menurut Penjelasan Ilmu Fiqh


Menurut Ustaz Sulaiman Endut dalam bukunya yang berjudul Asas-asas Fardhu Ain mengatakan bahawa :

“Darah istihadhah ialah darah penyakit yang keluar dari faraj perempuan. Darah ini bukanlah merupakan darah haid atau darah nifas. Ia adalah sejenis darah penyakit. Seseorang perempuan yang ketika didatangi darah istihadhah, wajib berpuasa, bersembahyang dan boleh mengerjakan ibadah lain sama seperti orang lain yang tidak didatangi haid dan nifas.”

Rumusan yang dapat dibuat berdasarkan pendapat di atas, istihadah merupakan darah yang keluar bukan pada masa haid dan nifas. Darah istihadah disifatkan sebagai darah penyakit. Untuk mengetahui darah istihadah ialah darah yang keluar dari rahim perempuan yang melebihi (15 hari dan malamnya) atau kurang (24 jam) dari tempoh haid dan nifas. Dari Aisyah ra berkata :

“Fatimah Binti Abi Hubaisy telah datang menemui Nabi SAW dan berkata : Wahai Rasulullah, aku telah beristihadhah, oleh itu aku tidak suci, maka adakah aku perlu meninggalkan solat? Sabda Rasulullah SAW : Tidak, itu hanyalah darah penyakit dan bukan darah haid. Ketika kedatangan haid hendaklah engkau meninggalkan solat, dan apabila kadarnya telah berlalu, maka hendaklah engkau membasuh darah yang berada pada diri engkau dan hendaklah engkau bersolat.” (Riwayat Al-Bukhari)

Darah ini membatalkan wuduk tetapi tidak mewajibkan wanita tersebut mandi hadas dan tidak wajib meninggalkan solat serta puasa. Oleh itu wanita yang keluar darah tersebut hendaklah membasuhnya, mengikat atau membalut tempat keluarnya dan hendaklah berwuduk setiap kali hendak solat fardhu.

Faktor Istihadhah

Wanita yang mengeluarkan darah istihadhah adalah disebabkan kestabilan kesihatan tubuh badan yang terganggu atau stamina tubuh tidak terjamin yang disebabkan oleh kerosakkan organ-organ atau kelenjar-kelenjar yang berada dipersekitaran rahimnya. Kadang kala boleh juga disebabkan oleh gangguan emosi wanita tersebut.

Darah istihadhah ini mengalir secara berterusan dan kadang kala ia berlarutan sehingga beberapa minggu. Jika keadaan sebegini berterusan, maka lebih baik mendapatkan rawatan dan nasihat doktor dengan segera untuk mengetahui apa puncanya.

Ciri-ciri Istihadhah

  1. Wanita umur sembilan tahun yang mengeluarkan darah.

  2. Wanita yang keluar darah melebihi batasan haid sebanyak 15 hari dan malamnya. Atau wanita yang mengeluarkan darah kurang dari 24 jam atau satu hari dan malamnya.

  3. Wanita yang mengeluarkan darah melebihi batasan masa nifas sebanyak 60 hari dan malamnya.

  4. Wanita didatangi darah sebanyak dua kali yang diselangi dengan masa suci kurang dari 15 hari dan malamnya.
Hukum Istihadhah

  1. Tidak wajib mandi ketika ingin mengerjakan solat wajib ataupun sunat pada bila-bila masa. Kecuali satu kali ketika haidnya sudah berhenti.

  2. Orang Istihadhah wajib berwuduk setiap kali hendak mengerjakan solat.

  3. Hendaklah ia membasuh kemaluannya sebelum berwuduk dan kemudian ia menutup kemaluannya dengan sehelai kain atau kapas untuk menahan atau mengurangi najis daripada terus keluar. Jika cara ini tidak berjaya menahan darah istihadhah, maka hendaklah ia menyumbat atau mengikat kemaluannya supaya tidak bocor.

  4. Tidak menjadi halangan bagi suami yang ingin menjimak isterinya ketika istihadhah. Ini merupakan pendapat mejoriti para ulamak, kerana ia tidak mempunyai satu dalilpun yang mengharamkannya.

  5. Hukum wanita istihadhah sama sepertimana wanita yang suci daripada haid dan nifas. wanita istihadhah boleh mengerjakan solat, puasa, tawaf, membaca Al-Quran, menyertuh Al-Quran dan sebagainya.

17 comments:

  1. terima kasih ustaz.

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas ilmu ini..

    ReplyDelete
  3. bolehkah wanita yang didatangi istihadah menjadi imam kepada makmum wanita

    ReplyDelete
  4. Salam

    Boleh janji dia ikat kemas kemaluannya supaya darah tidak bocor..

    ReplyDelete
  5. salam,ustaz...
    kalau waktu kitaran haid kita tidak menentu dan ketika datang haid selama 11 hari, selepas 11 hari tersebut, darah yang keluar tidak menunjukkan ciri ciri haid dan kadang2 sukar dibezakan.. minta penjelasan dari ustaz...

    ReplyDelete
  6. Kena tengok kepada kebiasaan anda habis haid, kalau selalunya 11 hari, maka hari selepasnya dikira sebagai istihadhah...

    ReplyDelete
  7. Salam ustaz.

    saya dah alami masalah haid tak tetap sejak pertama kali saya datang haid pd umur 10 thn dan skarang saya berusia 20 tahun. selalunya haid saya datang 8 hari dan tempoh suci saya dalam 13 hari.

    soalan saya:
    1) adakah saya dikira istihadah dalam masa 2 hari itu sebelum cukup 15 hari tempoh suci?

    2) hadis Aisyah r.a. yang menceritakan bahawa Ummu Habibah menderita istihadah selama 7 tahun. Ketika ia menanyakan hal itu kepada Rasulullah SAW, baginda menyuruh untuk mandi. Baginda berkata: 'Ini adalah penyakit.' Kemudian, Ummu Habibah mandi setiap kali hendak sembahyang.
    (Riwayat Bukhari dan Muslim)

    apa komen ustaz ttg hadis ini yg menyatakan tidak perlu perbaharui wuduk setiap kali solat? cuma digalakkan mandi sebelum solat. Kalau perlu berwuduk, bagaimana dgn solat sunat, adakah hukumnya sama, contohnya solat terawih?

    3) dalam beberapa bulan kebelakangan ini tempoh haid saya meningkat jadi lebih 8 hari. adakah saya istihadah?

    terima kasih ustaz. 10 tahun saya cari jawapan untuk soalan2 ini. terlalu banyak pendapat. jadi saya keliru.

    Wassalam. (:

    ReplyDelete
  8. Salam

    Maaf saya tidak dapat menjawab soalan anda atas sebab2 tertentu, saya ada tugas yang lebih penting untuk disiapkan segera.. maaf atas kesulitan yang berlaku...

    ReplyDelete
  9. salam.

    sy tahu selepas hari ke15 hari haid ialah darah istihadhah...jadi sy nak tanya, darah istihadhah tiada kiraan hari ke? jika lbh sebulan keluar darah istihadhah, maka tidak kiraan darah haid dalam selang masa darah yg keluar?

    ReplyDelete
  10. slam
    sy na tnye mcm mne hendak mengenal pasti darah penyakit??
    adkah drah penyakit ini berbahaya??
    sy hrap ustaz dpt mnjwab soaln gdis yg bru brumur lima blas tahun ini..

    ReplyDelete
  11. jazakallah ustaz atas penerangannya.. alhamdulillah saya dah dapat jawapannya.. :)

    ReplyDelete
  12. salam...sya ada bbrapa kmusykilan

    1) sya nak tnya skit
    pg 15/4 ada ccair sprti kputihan tp wrna cklat
    ptg 2 kluar drh tp x byk
    msa bgun sbuh 16/4 sya lhat xda sbrg ksn drh kat pad pd mlm 15/3
    pd pg dlm kul 8 ke 9 kluar lg ccair kntal mcm kputihan tp wrna coklat
    haid sya tak ttp tp haid bulan lps brhnti dlm 31/3 atau 1/4
    jd ni drh dn ccair kntal yg kluar istihadah ke haid
    mohon bntuan...dn pnjlasan sbb2 brlakunya istihadah
    dan istihadah kna mndi hads x,,,:)

    2) blh x mngaji al quran mggunakan wudhu kta msa smbhyg dan msa 2 drh istihadah 2 x kluar@ kna kat pad dia
    atau dia kna ambil wudhu lain lps smbhyg dan trus bca quran
    dan blhkah gna pad yg sma klau drh 2 x kna pd pad

    3) mcmn lak klau tgh bca quran 2 drh ttiba kluar dn ktika tu kita dlm wudhu solat
    kna ambik wudhu lain x
    msa suci antara haid prtama ngan kdua ialah skrg2nya 15 hr kn
    ktakan haid prtama 2 sya dtg sbyk 7 ke 8 hr...start 25/3 dan berhenti dlam 31/3@1/4
    jd drh yg kluar pd 15/4 n 16/4...yg mna satu trikh 2 istihadah

    4) klau drh yg kluar 16/4 2 kluar shari smlm adakh dia dkra haid atau istihadah

    ReplyDelete
  13. salam ustaz saya nak tanya soalan. saya dah habis haid selama 15 hari. kemudian saya suci (tiada lagi darah keluar). saya tunaikan kewajipan seperti biasa. tapi selepas 5 hari datang lagi darah. Adakah itu darah haid atau darah istihadah? saya keliru. mohon ustaz beri penjelasan.

    ReplyDelete
  14. Salam ustaz,

    Kalau nak buat solat sunat, perlu ke dia tukar tuala wanita?? Ataupun hanya ambil wudhuk sahaja ketika setiap kali nak solat sunat???

    ReplyDelete
  15. assalamualaikum ustaz . ana nk bertanya .. kebiasaannya , ana mngalami haid tak tntu bilangan harinya . kadang2 7hari , kadang2 5 hari .. pada hari ke5 haid ana telah bersih dan ana mandi hadas , hari ke6 ana solat dan berpuasa , tp hari ke7 dtg sedikit darah di antara waktu zohor dan asar , kebetulan pada hari itu ana jgak berpuasa . jadi apakah itu darah haid atau istihadah ? bgaimana pula dgn puasa pada hari ke7 ana ? sah atau batal ?

    ReplyDelete
  16. Aisha :

    Tengok pada kebiasaan darah haid, kalau sebelum nie datang 7 hari, maka haid itu dikira 7 hari dan darah yang sedikit keluar selepasnya itu dikira istihadhah.

    Tapi kalau tidak menentu, seperti sebelum ini ada yang 7 hari, ada 10 hari atau tidak menentu..maka ambil sahaja 15 hari..jadi darah awak itu dikira 15 hari dan malamnya, darah yang keluar sebelum hari 15 adalah darah haid..

    ReplyDelete
  17. okeyh , fahaam . syukran ustaz . jazakallah khayr

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Comment

Followers