PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Monday, March 21, 2011

Fakta dan Kesan Merokok


Merokok adalah penyebab utama penyakit dan membawa kepada kematian. Ia bertanggungjawab ke atas 90% barah paru-paru dan beberapa barah lain, 75% penyakit pernafasan, 25% penyakit jantung, komplikasi semasa mengandung dan penyakit pernafasan di kalangan kanak-kanak.

Sesiapa yang merokok lebih 20 batang rokok sehari mempunyai 10-15 kali ganda lebih mudah untuk mendapat serangan jantung kerana merokok merendahkan tahap lipoprotein berkepadatan tinggi (lemak yang baik) dalam darah.

JENIS PEROKOK

  1. Perokok Aktif : Individu yang menyedut asap rokok aliran utama melalui mulut.
  2. Perokok Pasif : Individu yang menghirup asap aliran sisi dan asap alirah utama yang dihembus keluar oleh perokok atau terdedah kepada asap rokok persekitaran.
ANTARA KANDUNGAN KIMIA ROKOK

  1. Aseton (penanggal cat).
  2. Ammonia (pencuci lantai).
  3. Naphthylamine.
  4. Metanol (bahan api).
  5. Naftalena (ubat gegat).
  6. Kadmium (digunakan dalam bateri kereta).
  7. Polonium-201.
  8. Gas monoksida (gas beracun).
  9. Vinil Klorida.
  10. Hidrogen Sianida (racun yang digunakan dalam kebuk gas).
  11. Toluidina.
  12. Uretana.
  13. Toluena.
  14. Arsenik (racun anai-anai).
  15. Dibenzakridine.
  16. Fenol.
  17. Butana.
  18. DDT (racun makhluk perosak).
  19. Nikotin.
  20. Benzopyrine.
  21. Tar
KESAN BAHAN KIMIA TERHADAP KESIHATAN

NIKOTIN

Kesan Awal
  1. Menyempitkan saluran darah.
  2. Meningkatkan kadar denyutan jantung dan membuatkan jantung bekerja lebih kuat.
  3. Meningkatkan jumlah oksigen yang diperlukan oleh jantung.

Kesan Akhir
  1. Ketagihan.
  2. Meningkatkan tekanan darah.
  3. Menyebabkan darah membeku dengan mudah.
  4. Lebih cenderung kepada serangan jantung, strok/ulser usus dan perut.
TAR

Kesan Awal
  1. Nafas berbau.
  2. Gigi menjadi kuning.
  3. Pakaian, rumah, dan tempat kerja berbau asap.

Kesan akhir
  1. Barah paru-paru.
  2. Emfisima (kesukaran bernafas).
  3. Lain-lain penyakit barah
KARBON MONOKSIDA

Kesan awal
  1. Mengurangkan oksigen dalam darah.
  2. Kekurangan oksigen dalam darah, yang menyebabkan nafas menjadi pendek.
  3. Kurang stamina.
  4. Kurang oksigen untuk janin.
Kesan akhir

  1. Meningkatkan peluang mendapat atherosclerosis (mengecilkan dan menyekat saluran darah).
  2. Memusnahkan saluran darah dan membawa kepada penyakit saluran darah, penyakit jantung, dan penyakit paru-paru
ANCAMAN ROKOK TERHADAP ORANG SEKELILING

Wanita
  1. Kelahiran bayi kurang berat badan dan tidak cukup bulan.
  2. Lebih terdedah kepada kanser.
  3. Kurang kesuburan.
  4. Putus haid awal.
  5. Kematian dan keguguran bayi dalam kandungan.
Kanak-kanak
  1. Mudah mendapat penyakit lelah.
  2. Mendapat jangkitan paru-paru.
  3. Pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu.
  4. Orang dewasa merokok menjadi contoh yang buruk kepada kanak-kanak.

*****

Jagalah sebaik-baiknya apa yang telah Allah SWT kurniakan kepada kita. Allah cipta elok-elok, bukan untuk dirosakkan, hanya kerana mengikut hawa nafsu


12 comments :

  1. Bahaya betul ek org merokok...Ustaz, camana cr nk atasi spy tdk merokok ni ustaz?
    Jom Sertai Link Exchange, Tingkatkan Trafik Blog

    ReplyDelete
  2. yew.. bapa hunny perokok tegar.. walaupun dah bagi nasihat.. tetap x jalan.. nasib anak-anak lelaki dia x ikut..

    ReplyDelete
  3. macam mana kalau seorang ustaz yg menghafal quran pulak yg merokok dan dia tahu bahaya merokok ni? macam mana eh nak bg nasihat pd golongan yg mcm ni?

    ReplyDelete
  4. assalamulaikum ustaz..nice article! mohon izin.. nak share di facebook.. tq.

    ReplyDelete
  5. salam ustaz.. tq kongsi info..

    ReplyDelete
  6. hapuskan rokok kalau mcm tu..haramkan rokok..kenapa nak kena jual jugak??..sebab duit??..dh tulis kat kotak rokok 'BAHAYA'..kenapa jual jugak??..hairanlah saya..

    ReplyDelete
  7. sye benci rokok,tp org yg sye syg mghisapny...sedih betul... bagaimana ye creny utk menangani mslh ini,utk membuatkan org yg ketagih rokok berhenti marokok????

    ReplyDelete
  8. apakah hukum merokok yg sebenar2nye???

    ReplyDelete
  9. tulah sebabnya rokok tu haram... sebab memudaratkan diri dan orang lain...

    ReplyDelete
  10. anis bru taw b'tapa bhayanya rokok neyh.....klau dlu taw ckit2 jew....

    ReplyDelete
  11. anis bru taw b'tapa bhayanya rokok neyh.....klau dlu taw ckit2 jew....

    ReplyDelete
  12. Besnis produk kesihatan myherb2u-goji,tricajus,susu kambing,mlm call +60192311900
    http://www.healthbuilders.com.my/
    othmandraman@yahoo.com
    http://othmandraman.blogspot.com/?m=1
    http://www.dnaglobal2u.com/
    http://www.iphytoscience.com/
    http://www.drtina.mynucerity.biz/indexi.php
    Kedai P01 pasar majlis sek16 shah alam,selangor,malaysia
    Rakan kongsi/penyewa/pekerja diperlukan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG