PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Wednesday, March 2, 2011

Pembahagian Air Dalam Islam


Air Mutlak

Menurut Syeikh Abu Abdullah Hussin Nasir Bin Muhammad Taib dalam kitabnya Hidayatul As-Subyan mengatakan bahawa :

“Tiada sah mengangkat hadas dan menghilangkan najis melaikan melaikan dengan air yang mutlak iaitu tiap-tiap air yang suci daripada qaid yang lazim seperti tebu, gula, sabun dan umpamanya, dan iaitu tiap-tiap air yang turun daripada langit seperti hujan dan embun atau air yang keluar daripada bumi seperti air laut, air sungai dan air telaga. Maka sekelian itu suci dirinya dan suci bagi yang lainnya atas barang apa sifat adanya.”

Secara ringkasnya maksud air mutlak ialah air yang suci pada dirinya dan dapat menyucikan diri yang lain. Air mutlak adalah air yang belum bercampur dengan najis, air takungan yang lebih dari dua kolah dan air yang tidak digunakan lagi dan tidak bercampur dengan zat-zat yang lain. Jenis-jenis air yang terdapat dalam bahagian air mutlak ialah air sungai, air perigi, air hujan, air embun, air laut, air salji, air mata air dan air paip.

Sukatan dua kolah

Empat sama

Panjang = 60 cm (22.5 inci). Lebar = 60 cm (22.5 inci). Dalam = 62.5 cm ( 25 inci).

Ukuran timbangan atau sukatan

Liter = 174 liter. Kilogram = 190 kilogram. Kati = 317 kati. Tin minyak tanah = 11 tin

Air Mustakmal

Menurut Ibnu Akhil di dalam kitabnya yang berjudul Zadul Al-Mutaalim mengatakan bahawa :

“Air mustakmal adalah air yang kurang daripada dua kolah yang telah digunakan bagi mengangkat hadas seperti air yang telah digunakan pada wuduk dan mandi atau air yang telah digunakan pada menghilangkan najis.”

Secara ringkasnya air mustakmal ialah air yang telah digunakan, seperti air bekas mandi, air bekas wuduk, air bekas basuhan dan seumpamanya. Air mustakmal tidak sah dan tidak suci digunakan untuk menyucikan yang lain.

Air Mutanajis

Air mutanajis ialah air yang bercampur dengan najis. Ada beberapa ketetapan mengenai air mutanajis iaitu :
  1. Air yang mengandungi najis kurang dari dua kolah, sekalipun air itu tidak berubah warna, bau dan rasa. Maka hukum air itu adalah mutanajis dan tidak sah untuk bersuci.

  2. Bila air melebihi dua kolah, tetapi air tersebut berubah warna, bau dan rasa disebabkan najis. Maka air itu dinamakan air mutanajis dan tidak sah digunakan untuk bersuci.

  3. Air dicampuri barang yang tidak najis, tetapi mempunyai warna, bau dan rasa pada air tersebut, maka air itu tidak sah digunakan untuk bersuci.
Air Musyammas

Menurut Syeikh Abdul Faqir Al-Fatani Muhammad Bin Ismail Daud Al-Fatani di dalam kitabnya Matla Al-Badrain mengatakan bahawa :

“Air musyammas suci lagi menyucikan tetapi makruh isti’mal (menggunakannya) pada badan orang yang takut terkena penyakit sopak. Air Musyammas adalah yang berkekalan tetapnya dan ia dipanaskan oleh cahaya matahari pada negeri yang panas di dalam bekas (bejana).”

Secara ringkasnya air musyammas ialah air yang bertakung di dalam tin yang terdedah pada sinar matahari di negeri yang panas. Air ini suci lagi menyucikan tetapi makruh digunakan untuk bersuci. Walau bagaimanapun, di negara Malaysia tidak menjadi makruh kerana darjah panasnya tidak setinggi seperti negara-negara timur tengah, India dan Pakistan.

Air Muqayyad

Air muqayyad ialah air yang bercampur dengan sesuatu yang suci yang mengubah salah satu sifatnya sama ada dari segi warna, bau atau rasa yang menyebabkan air tersebut tidak dipanggil air mutlak lagi. Contohnya air mawar, air kopi, air tebu, air sabun dan seumpamanya. Walau bagaimanapun, qayyad pada air terbahagi dua :
  1. Qayyad Lazim iaitu qayyad yang tidak bercerai sehingga menjadikannya berbeza langsung dari air mutlak seperti air kopi, air madu, air mawar.

  2. Qayyad Musfaq iaitu qayyad yang bercerai iaitu yang tidak lazim bagi air seperti air hujan, air perigi. Maka air tersebut masih lagi dinamakan sebagai air mutlak.
Qayyad Lazim juga turut dinamakan sebagai air muqayyad yang membawa pengertian air bervariasi. Kesimpulannya air muqayyad ialah air yang suci bercampur dengan benda suci yang boleh mengubah air itu. Hukumnya suci tetapi tidak boleh menyucikan benda yang lain. Contohnya air kopi, air teh, air sirap , air kelapa, air mawar, air tebu dan sebagainya.

3 comments :

  1. kenapa Air Musyammas bahaya?

    Cahaya matahari sgt dikenali sbagai ejen yg boleh memecahkan ikatan klorin dari molekul asalnya. Tu sbb kalo air minum yg terdedah kat cahaya matahari jgn diminum. Takut klorin dh jd larutan yg lebih concentrated. Tk pasti kalo dulu ada letak klorin kat sumber air tp mgkin juga garam mineral (sbb air zam2 adalah sejenis air mata air) akan terurai jadi sebatian yg lebih bahaya apabila terkena matahari.

    Ini bukan sains yg main2, ini kimia tak organik. Segala yg dilarang oleh tuhan itu, buruknya hanya akan diketahui lepas satu tahap ilmu yg sesuai dgn zaman itu. Tak kan masa tu nk peningkn org dgn penjelasan panjang lebar pasal kimia? :)

    ReplyDelete
  2. Penerangan yang jelas dan terang. Mudah difahami. Contoh yang diberikan sangat membantu untuk lebih faham.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG