PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Friday, March 4, 2011

Pembahagian Najis Dalam Islam


Maksud Najis

Dari segi bahasa, najis bererti benda kotor seperti darah, air kencing dan tahi. Dari segi syara`, najis bermaksud segala kekotoran yang menghalang sahnya solat. Menurut Rosli Bin Othman dalam bukunya Al-Mukhtasar Al-Mufid (Ringkasan Hukum Solat dan Taharah) mengatakan bahawa :

“Najis juga boleh diertikan sesuatu benda yang kotor pada pandangan syara yang menghalang sahnya solat dan ibadah-ibadah yang pada maknanya.”

Kesimpulan dari pengertian di atas najis boleh didefinasikan kepada tiap-tiap benda yang kotor dan jijik dan tidak sah solat sekiranya hadir pada badan, pakaian dan tempat untuk mengerjakan solat. Sebelum melakukan solat, hendaklah terlebih dahulu membersihkan tubuh badannya dan pakaiannya dari segala najis. Firman Allah SWT :

“Dan pakaianmu, maka hendaklah Engkau bersihkan.” (Al-Muddatthir : 4)

Najis Mukhaffafah

Najis Mukhaffafah ialah kencing kanak-kanak lelaki yang belum makan makanan selain daripada susu ibu. Untuk membersihkan benda yang terkena najis ini, memadai dengan memercikkan air atas benda itu meskipun tidak mengalir. Adapun kencing kanak-kanak perempuan yang belum makan selain susu hendaklah dibasuh sampai mengalir air di atas benda yang kena najis itu dan hilang zat dan sifat-sifat nya sebagaimana mensuci kencing orang dewasa. Ali ra menyatakan bahawa nabi SAW bersabda :

“Air kencing kanak-kanak lelaki memadai direnjis dan air kencing kanak-kanak perempuan dibasuh”. (Riwayat Ibnu Majah)

Cara Bersuci

Cara membersihkan najis mukhaffafah ialah dengan cara hilangkan ain najis, setelah itu basuh bahagian yang terkena najis dan dilapkan, kemudian percikkan air di atas tempat yang terkena najis, Akhir sekali lapkan dengan kain bersih sehingga kering.


Tambahan

Pada zaman sekarang, ramai ibu-ibu yang memberikan susu formula kepada anak mereka. Ini semua adalah disebabkan faktor pekerjaan yang membuatkan si ibu tiada kesempatan untuk menyusukan anak mereka, situasi seperti ini akan menyebabkan susu ibu tersebut kering dari payudaranya dan terpaksalah mereka memberikan susu formula kepada anak-anak mereka. Air kencing yang dikeluarkan oleh anak mereka ini tidak dikira sebagai najis mukhaffafah walaupun umur anak mereka tidak sampai dua tahun. Najis anak mereka hendaklah dibasuh sepertimana najis mutawassitah.

Ketika membasuh pakaian di dalam mesin basuh jangan mencampurkan pakaian anak-anak, kerana dikuatiri pakaian mereka mempunyai najis. Apabila pakaian dewasa dan kanak-kanak yang mempunyai najis dicampurkan akan menyebabkan pakaian dewasa juga mempunyai najis kerana mesin basuh tidak dapat membasuh dengan cara mencucurkan air dari hujung ke pangkal pakaian tersebut. Cara untuk membasuh pakaian ialah dengan cara mengasingkan pakaian dewasa dan kanak-kanak supaya najis yang terlekat dipakaian kanak-kanak tidak terkena kepada pakaian dewasa. Lebih baik lagi setelah dibasuh dengan mesin, hendaklah dicucurkan pula dengan air mutlak ke pakaian tersebut sehingga bersih. Teknik ini lebih baik dan lebih diyakini kebersihannya.


Najis Mutawassitah

Najis Mutawassitah adalah semua najis selain najis mukhaffafah dan mughalladzah. Ini termasuklah tahi, kencing, darah, nanah,muntah, air liur basi, bangkai, arak dan lain-lain. Najis ini terbahagi kepada dua bahagian seperti :
  1. Najis Ainiah, iaitu najis yang masih wujud ainnya atau kesannya seperti warna, rasa atau bau. Najis ini hendaklah disucikan menurut syara berdasarkan bahagiannya yang akan dinyatakan.

  2. Najis Hukmiah, iaitu najis yang sudah hilang ainnya dan sudah tiada kesannya tetapi belum disucikan menurut syara. Seperti sesuatu yang terkena najis dan kerana kesan panas dan angin kesan najis tersebut telah hilang sehingga tiada warna, rasa dan baunya lagi.

Cara Bersuci

Najis ainiah hendaklah dicuci sehingga tiada lagi sebarang sifat warna, bau dan rasa. Seterusnya hendaklah dialirkan air mutlak sekurang-kurangnya sekali. Daripada Asma ra menyatakan : Telah datang seorang perempuan kepada Nabi saw lalu berkata :

“Apa pandanganmu tentang darah Haid yang terkena pakaian. Nabi saw bersabda: Hilangkan kesan darah tersebut, kemudian gosokkan dengan air, kemudian basuhlah ia, kemudian kamu sembahyanglah dengannya”. (Riwayat Al-Bukhari)

Najis hukmiah memadailah dengan mengalirkan atau Menjirus air mutlak pada tempat yang terkena najis. Memadai juga dengan merenjiskan air ketempat yang mempunyai kesan najis tersebut.

Tambahan

Ada beberapa maklumat tambahan yang perlu diberi perhatian mengenai najis ini, Di antaranya :
  1. Mayat manusia dan mana-mana anggotanya yang tercerai semasa hidup atau mati adalah suci. Firman Allah yang berbunyi : “Dan Sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan.” (Al-Israk : 70)

  2. Bangkai binatang yang haram dimakan dan mana-mana anggotanya yang tercerai semasa hidup atau mati adalah najis. Firman Allah yang berbunyi : “Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah.” (Al-Maidah : 3)

  3. Bangkai binatang yang halal dimakan yang mati secara tidak disembelih menurut sembelihan syara` adalah najis.

  4. Bulu binatang yang halal dimakan adalah suci walaupun bercerai semasa hidupnya.

  5. Bulu binatang yang haram dimakan adalah najis.

  6. Kulit binatang samada yang halal dimakan atau yang haram dimakan, kecuali babi, anjing, anak kacukan keduanya atau salah satu dari keduanya menjadi suci dengan disamak.

  7. Arak yang berubah menjadi cuka adalah suci dan halal dimakan.

Najis Mughallazah

Menurut Dato’ Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid dalam bukunya Indahnya Hidup Bersyariat mengatakan bahawa :

“Najis Munghallazah ialah najis berat iaitu najis babi dan anjing. Segala perkara yang ada hubungannya dengan kedua-dua binatang tersebut seperti tahi, kencing, daging, kulit dan sebaginya dikira najis munghallazah. Ini termasuk juga anak yang lahir salah satu daripadanya.”

Rumusan daripada pendapat di atas mengatakan najis mughallazah ialah anjing dan babi dan keturunan dari keduanya atau salah satu dari keduanya. Firman Allah yang berbunyi :

“Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang Yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda Yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Al-Baqarah : 173)

Abu Hurairah ra berkata Rasulullah SAW bersabda :

“Cara menyucikan bejana milik salah seorang kamu apabila dijilat anjing hendaklah dibasuh sebanyak tujuh kali, salah satu daripadanya mestilah menggunakan tanah.” (Riwayat Muslim, Ahmad, Abu Daud dan Al-Baihaqi)

Peringatan, sesiapa yang tersentuh anjing yang kering dengan tangan yang kering tidaklah dikirakan najis. Sekiranya salah satu di antara keduanya basah atau kedua-duanya basah, maka dikira najis dan ianya wajib disamak. Menyentuh babi yang kering ataupun basah adalah dikira najis (Wajib disamak).

Cara Bersuci
Cara menyucikan najis mughallazah ini, ialah dengan dibasuh tujuh kali. Sekali dengan air tanah (air yang dicampur dengan tanah yang suci). Kemudiaan dibasuh dengan air mutlak sebanyak enam kali ditempat yang terkena najis sehingga hilang ain, bau dan rasanya. Jika tidak hilang najis itu walaupun dibasuh sehingga beberapa kali, maka hendaklah ditambah sehingga hilang kesan najis tersebut.

Tambahan

Sebagai umat Islam perlu berjaga-jaga dengan produk-produk yang diperbuat daripada kulit babi, cara hendak mengetahui produk yang diperbuat daripada kulit babi ini adalah seperti terdapat tompok tompok di dalamnya terkandung titik tiga secara berdekatan. Ini adalah sedikit tips untuk mengesan barangan yang diperbuat daripada kulit babi.

Bagaimana pula orang yang telah menggunakan barangan yang diperbuat daripada kulit babi? Jawapannya anda jangan menggunakan barang itu lagi, anda perlu menyucikan tempat dan kawasan yang terkena barang tersebut dengan dibasuh 7 kali dan sekali dengan air tanah.

Memadai setiap pembelian dan barang yang dimiliki diyakini bahawa barang tersebut adalah suci dan tidak terlibat dengan unsur najis muqallazah. Elakkan dari mencari dari mana barang ini diprodukkan, dari apa ia diperbuat dan siapa yang membuat. Jika anda mencarinya, dikuatiri anda akan menghadapi masalah atau kesulitan yang besar di masa akan datang. Anda tidak berdosa jika barang yang anda miliki diyakini bersih dan terhindar dari najis muqallazah berdasarkan bukti-bukti tertentu dari sumber yang boleh dipercayai.

Benda-Benda Yang Tidak Dikira Najis

Haiwan yang mati tanpa disembelih dikira sebagai bangkai yang bernajis kecuali beberapa benda yang tidak dikira najis :
  1. Mayat manusia sama ada Islam atau kafir.

  2. Ikan sama ada besar atau kecil halal dimakan.

  3. Belalang.

  4. Ulat dalam buah-buahan atau seumpamanya yang ada dalam makanan. Kalau diketahui ada ulat dalam buah-buahan dan dimakannya bersama , maka hukumnya makruh.

  5. Semua binatang yang darahnya tidak bersifat mengalir, maka air tidak menjadi najis jika binatang berkenaan jatuh ke dalamnya. Tetapi memakannya tetap dilarang.

Najis Yang Dimaafkan

Tiada sebarang najis yang dimaafkan. Walaupun begitu, syarak memberi kemaafan terhadap kadar benda najis yang sedikit yang sulit untuk dielakkan, begitu juga untuk memudahkan dan bertolak ansur kepada umatnya. Oleh yang demikian, najis-najis berikut adalah dimaafkan :
  1. Najis yang tidak dapat dilihat oleh pandangan sederhana seperti darah yang sedikit dan percikan air kencing.

  2. Darah jerawat, darah bisul, darah kudis atau kurap dan nanah yang sedikit dan tidak menjijikkan.

  3. Darah binatang yang tidak mengalir darahnya seperti kutu, nyamuk, agas dan pijat.

  4. Tempat berbekam, najis lalat, kencing tidak lawas, air kurap atau kudis.

61 comments :

  1. Salam 'alaikum ustaz. Saya nak tanya. Kenapa anjing jadi najis mughallazah eh? Sebab haritu ada kawan kepada kawan saya tanya kenapa. Kalau babi tu dah tau sebab babi tu ada bacteria, kotor dan sebagainya.

    ReplyDelete
  2. Salam ustaz,
    Kalau kita pergi oversea, di airport2 luar negara biasa terjumpa kastam menggunakan anjing utk check beg.
    Jika anjing tersebut hanya dihidu, perlu tak kita samak beg tu.

    Sekian.

    ReplyDelete
  3. salam ustaz,
    seorang pensyarah saya bukan islam yang mengajar subjek food science and teknologi.Antara subtopik yang kami belajar adalah mengenai makanan halal dan haram.Makanan daripada babi menjadi topik yang paling hangat ketika perbincangan di dalam dewan kuliah.antaranye cara untuk membersihkan perkakas masakan yang pernah digunakan untuk memasak daging babi mestilah menggunakan air tanah dan dibilas sebanyak 6 kali dengan air mutlak.
    lalu pensyarah sy bertanya kpd kami (pelajar2 islam) MENGAPA NAJIS MUGHALLAZAH PERLU DIBASUH SELAMA 7 KALI?
    apakah cara terbaik untuk menerangkan pada orang bukan islam mengapa islam menganjurkan 7kali pembasuhan?

    ReplyDelete
  4. salam ustaz,
    Tanduk binatang yang halal dimakan (seperti rusa), di potong dan di jadikan ubat berbentuk kapsul untuk di makan. sedangkan haiwan tersebut masih lagi hidup dan tidak di sembelih. apakah statusnye ustad.

    ReplyDelete
  5. Nur :

    Anjing tu ada banyak nas yang mengatakan ia adalah najis berat dan perlu dibasuh dengan 7 air dan sekali dengan air tanah. Jelas bahawa anjing itu adalah najis berat dan tidak boleh dipertikaikan. Lagipun anjing ini juga mempunyai kuman yang bahaya dan ia dapat tersebar apabila salah satu daripadanya basah atau lembab. Sebab itulah anjing kalau kering dan orang tersebut kering tak perlu disamak.

    Anonymous kedua :

    Kalau anjing itu kering tak menjadi masalah dan tak perlu samak, kalau ia basah atau lembab maka ia kena samak.

    Anonymous ketiga :

    Sebab kuman yang terdapat pada anjing dan babi itu bukan mudah ia hilang dengan sabun atau sekali basuhan. kuman najis tersebut boleh hilang dengan basuhan air tanah sahaja dan air mutlak. Kuman najis tersebut kalau dimasak dengan suhu 100% sekalipun tak dapat nak membunuhnya. hanya boleh hilangkan kuman tersebut adalah samak. Sebab itulah orang Islam kurang terlibat dengan penyakit yang dibawa oleh anjing dan babi.

    Anonymous keempat :

    Binatang yang halal dimakan adalah binatang yang disembelih, walaupun ia diambil untuk dijadikan ubat. Jadi tanduknya adalah najis.

    ReplyDelete
  6. salam ustaz,

    ada terbaca mengenai satu keluarga membela anjing mungkin untuk menjaga keselamatan mereka dan mereka juga memberikan dalil2 bahawa anjing tidak najis.. minta penjelasan.

    ReplyDelete
  7. Salam

    Dalil dia camne, kalau dalil aqli iaitu hujah akal tak cukup sebab soal agama ni kena ikut dalil naqli (al-quran dan hadis) dahulu baru dalil aqli. Saya nak dalil tu?

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum ustaz,
    saya nak bertanya bagaimanakah kita nak menyucikan najis jika ia melibatkan keadaan sekeliling?
    Contohnya,kehidupan saya sangat terseksa kerana najis.
    Saya nak beribadat tetapi saya sangat was-was kerana saya khuatir pakaian saya terkena najis.
    Adakah perasaan was-was juga dikira najis?
    Perlukah saya untuk menyucinya?

    ReplyDelete
  9. Lagi satu ustaz,saya berasa was-was kerana ramai kawan-kawan saya yang membawa masuk kasut mereka ke dalam dorm.
    Adakah ini juga dianggap sebagai najis?
    Dan saya ingin bertanya kepada ustaz,adakah tangga di sekolah saya bernajis kerana ada yang mengatakan bahawa budak lelaki di sekolah saya tidak berhadas kecil selepas keluar tandas.
    Adakah kain sekolah yang saya pakai adalah labuh sedikit menjejak ke tanah tetapi pertanyaan saya adakah kain yang saya pakai itu adalah bernajis sekiranya ia menyapu semua tempat yang saya was-was.
    Adakah perkara ini juga dipanggil najis dan perlukah saya bersuci jika ia melibatkan keadaan sekeliling seperti yang saya katakan tadi?

    ReplyDelete
  10. Saya harap ustaz dapat menjawab pertanyaan saya dengan segera kerana setiap hari saya berasa semakin was-was.

    ReplyDelete
  11. Salam was-was tu bukan najis, tapi itu adalah gangguan syaitan, sepatutnya awak tak boleh was-was sebab boleh mengganggu ibadah. Awak kena usaha tinggalkan was-was ini sebab ia adalah penyakit hati.

    Sepatutnya tak menjadi masalah benda tu tangga ke kasut ke.. Yang penting anda nak solat basuh kaki dan ambil wuduk dan solat. Itu sudah memadai.

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum, bagaimanakah hukumnya jika kita mandi dengan air kolah yang kuantitinya kurang daripada 2 kolah tapi ada tahi cicak didalamnya? Adakah kita mandi dengan air najis?

    ReplyDelete
  13. Salam

    Kalau ia kurang dari dua kolah dan bercampur pula dengan tahi cicak, maka ia dinamakan air mutanajjis iaitu air najis.. Begitu juga air dua kolah ada tahi cicak sehingga merubah warna air dan bau air, maka ia juga dikira air najis.

    ReplyDelete
  14. assalamualaikum ustaz,
    kalau terkena najis mughallazzah ketika dalam keadaan hadas besar,yang mana harus dilakukan dahulu? mandi wajib atau samak dahulu??

    ReplyDelete
  15. assalamualaikum ustaz,

    kelmarin sy telah terkandas dalam hujan (naik motor) dan berhenti berteduh di sebuah kedai cina yg telah ditutup.. anjingnya dalam berkeadaan basah menggetarkan bdnnya dan air dr badannya terpecik dkt kaki dan seluar saya. haruskah saya samak seluar itu? sy berharap ustaz dapat menjawab soalan sy dgn segera supaya sy boleh segera menyamak.

    ReplyDelete
  16. salam ustaz.sy berkerja di ladang getah.di ladang itu bnyk najis yg bertaburan.tak tahu najis ape monyet atau pun babi.sy selalu memikir kn najis itu najis babi sebab bnyk tapak babi.sy selalu was-was kasut sy terpijak najis tersebut.sy selalu sertu kaki sy sebelum masuk rumah kerana was-was ada najis yg terkena kaki.kasut itu sy tak pernah sertu.pada hari lain sy pergi ke ladang,sy memakai kasut itu dalam keadaan kasut yg lembap kawasan ladang juga lembap dan basah.selepas siap bekerja sy balik,keadaan kasut basah sy risau ada najis atau air najis masuk ke dalam kasut dan terkena kaki.seluar sy basah juga dibahagian bawah.sy sertu kaki dari paras lutut ke bawah.kasut sy buang.selepas siap sertu sy masuk ke dalam bilik air untuk mandi.ketika mandi sy tengok ada kesan hitam di celah kuku dan di sebelah tepi tapak kaki sy.sy rasa itu adalah warna kasut yg turun kerana kasut itu basah dan melekat pada kaki dan kuku.kasut itu kasut kulit yg bewarna hitam.sebelum sy sertu,sy dah pun bersih kan kaki sy tapi masa mndi nampak pula kesan hitam.sy cuba untuk hilang kan kesan hitam tu dgn menggosok dgn tangan.kesan tu hilang sikit,tapi masih ada lagi kesan pada kuku susah untuk di hilang kan.adakah kesan hitam tu perlu dihilang kan juga sebelum di sertu?adakah kesan hitam tu najis kerana kasut tu dah kena najis dan air najis?kalau sertu dengan ada nye kesan hitam pada kaki tu tak apa ke?lepas mndi sy masuk dalam rumah,kemudian sy terfikir perlukah sy sertu balik kaki sy tadi sebab ada kesan hitam tu.sy rasa was-was kemudian sertu balik kaki dan tangan sy.selepas siap sertu kaki dan tangan sy masuk untuk sertu lantai dan dingding bilik air sy pula.sy risau semasa sy mndi tadi air yg terkena kesan hitam di kaki megalir ke lantai dan tepercik ke dinding bilik air.selipar yg sy pakai pun sy sertu juga.selepas siap sy masuk dalam rumah untuk memakai seluar dan baju.sy pun tengok balik dekat kaki ada lagi kesan hitam di tepi tapak kaki dan di belakang tumit.sy rasa amat risau.sy rasa macam-macam nak sertu lagi.macam mana dgn lantai rumah,tmpat yg sy sentuh,tempat sy baring,seluar sy pakai tadi dan semua la barang yg kena kaki sy.perlu sertu ke ustaz?tapi sy tak sertu apa-apa dah lepas tu sebab sy amat penat dan terus tertidur.ini hal terbaru yg sy was-was kan.sebelum ni dah bnyak perkara,boleh kata setiap hari sy was-was.lebih kurang sebulan dah ustaz.sy berharap sngat ustaz dapat membantu dan memberi nasihat..terima kasih ustaz

    ReplyDelete
  17. salam ustaz..sy harap ustaz dapat jawab dengan segera..terima kasih ustaz

    ReplyDelete
  18. salam ustaz ..ana nk tanya..kalau kite terpijak najis.kita x pasti samaada najis 2 najis dari anjing atau kucing..perlu k kite samak..ana bermain bola di padang..terpijak najis 2...tp selepas perasan ana buang najis 2 da gesel kaki atas tanah serta jalan lebih 7 langkah..adakah itu dikira sudah samak seperti mazhab shafie..mcmane kalau ana terpijak selipar atau lantai padahal kaki sudah kering tetapi masih ad baunya..

    ReplyDelete
  19. salam,dimaafkan bermaksud?maaf,saya kurang mengerti..

    ReplyDelete
  20. assalamualaikumm... ustaz boleh saya bertanya...
    ada kah muntah bayi itu juga najis.. dan kalau terkena dekat baju. tak boleh buat sembahyang

    ReplyDelete
  21. Assalam, ustaz. Saya nak tanya berkenaan najis yang dimaafkan. Apakah sebenarnya yang dimaafkan dengan najis yang dimaafkan ini? Adakah sekiranya kita tersentuh dengan najis yang dimaafkan ini kita dimestikan membasuh anggota yang telah terkena itu?

    ReplyDelete
  22. salam ustaz, sy nak tanya..pakaian sy terkena tahi burung semasa sedang berjalan-jalan...kemudian sy biarkan dan bersihkan tp mungkin masa sy berus baju tu x perasan ada lagi tahi burung..selepas baju tu kering barulah nampak kesan tahi burung(warna sahaja)..bagaimana dengan semua pakaian yg sy basuh bersama-sama dengan baju tu dan sy risau ianya berjangkit...?

    ReplyDelete
  23. Dekat baju tu kalau dah dibasuh tapi masih ada kesan tak apa dia dimaafkan..Masalah campur dengan baju lain, kalau kita basuh dengan menjeruskan air dari atas pakaian tu dan dibiarkan air tu turun sehingga diyakini bersih. maka itu dah selesai dan pakaian lain juga tidak dikira najis...

    ReplyDelete
  24. salam ustaz...td sy ader beli daging ayam.lpas 2 sy letak dlm peti sejuk kt opis..then bla tgahari ader bgkusan sebelah ayam sy.bla siasat rupa2 nya daging khinzir..so sy buang daging ayam sy.adakah sy kena samak tangan sy dengan 6kali air mutlak n sekali dgn air tanah?sbb sy ader terbaca dlm blog kalo tangan kering xperlu samak.

    ReplyDelete
  25. Salam Ustaz, kalau diserang oleh anjing & org islam itu meninggal, jenazah perlu disamak?

    ReplyDelete
  26. assalamualaikum ustaz,

    sy mempunyai anak 2 anak perempuan yg masih kecil. dalam proses utk membiasakan mereka tinggalkan pampers, kdg2 mereka terkencing dlm rumah dan hanya sy sedari slps melihat seluar mereka basah. persoalannya, perlukah sy basuh satu rumah sebab sy mmg tak tau kat mn mereka kencing sbnrnya, dan sekiranya perlu basuh satu rumah, bagaimana cara yang sebaiknya..mcm sulit sket nak basuh rumah tu..ka mcm mana ustaz..harap jwpn ustaz..tq

    ReplyDelete
  27. Assalammualaikum Ustaz.. Macamana pula dengan najis ( seperti tahi cicak ) yang berada di sekitar kawasan untuk mengambil wudhuk..kemudian air terpercik ke kain atau seluar kita, adakah kain atau seluar kita itu terkena najis..saya macam musykil sikit tentang perkara ini. Terima kasih..

    ReplyDelete
  28. Assalamualaikum ustaz,

    Saya nak tanya , air kencing orang dewasa yang sudah kering pada tilam adakah dikira najis ? Saya agak was-was samada saya terkencing atau tidak di atas tilam tersebut kerana bila saya sentuh sekeliling ketika bangun , tiada kesan basahan tetapi pada seluar saya sedikit mendap. Tolong ustaz jawabkan.

    ReplyDelete
  29. saya buat adunan tepung utk dibuat kuih dan dimasukkan ke dlm plastik bag (piping bag) tanpa menyedari seekor cicak tlh masuk ke dlm piping bag tsbt.(cicak tsbt asalnya masih hidup tapi mungkin mati selepas 'dihempap'adunan tepung yg saya tuang tsbt)

    adunan tepung ditekan dan keluar spt biasa melalui lubang kecil piping tsbt sehinggalah secara tiba2 adunan tidak keluar lagi seolah2 tlh tsumbat.bila saya teliti barulah saya menyedari seekor cicak tlh mati dan menghalang adunan dari keluar.

    apakah adunan yg keluar sblm itu dikira najis atu tidak.?bagaimana pulak hukum baki adunan yg masih tinggal di bahagian atas bangkai cicak tsbt..??

    ReplyDelete
  30. bagaimana pula dengan rumah yang dahulunye di huni oleh penghuni yang membela anjing?kemudian kita pula yang menyewanye...adakah kite perlu menyamak lantai rumah tersebut?

    ReplyDelete
  31. salam..pintu pagar rumah sewa kami telah dijilat anjing..dan silap sy yg terlupa untuk menyamaknya..apabila sy teringat balik,housmate sy mengatakan xpyh samak kerana kesan najis tersebut sudah terkena matahari dan kering..adakah kenyataan kawan sy tu betul..sy agk keliru.

    ReplyDelete
  32. salam ustaz,
    ustaz saya nak brtanya saya nak simen umah belilah batu, tetiba nampak najis yang dah kering dan tak pasti itu kucing atau anjing. persoalan saya perlu samak atau tidak kerana saya sendiri tidak pasti itu najis apa?

    ReplyDelete
  33. Salam. Ustaz, sah ke solat pakai telekung yg ada cairan colourless dari jerawat, sbb baru ter geser?

    ReplyDelete
  34. As salam ustaz, sy nk tny. Sy telah memcuci pakaian dgn mesin basuh, sblm cuci dah pilih yg mana patut diasingkan jika terkena najis. Walau bagaimanapun, stlh siap dan menjemur kain, baru perasan yg baju anak sy tu terkena muntah dia. Apa yg patut sy lakukan?

    ReplyDelete
  35. salam,, ustaz,, baru2 musolla asrama saya dimasuki anjing,, kemudian kami sama' tempat tersebut,, slps beberapa hari, slps saya mengambil wudhuk dan bersiap2 tok solat, tibe2 ade seorang junior saya mengatakan bahawa katenya bilik wudhuk itu dimasuki anjing,, tp kami tak pasti sama ade bnr atau tidak,, dan tidak juga terdapat tapak kaki anjing di dalam bilik wudhuk itu, saya jadi keliru dan terfikir2 tentang perkara itu,, adakah saya perlu sama' kaki saya atau bagaimana,,?? harap penjelasan dari ustaz,,

    ReplyDelete
  36. assalamualaikum ustaz, anak saya ada kena serang dengan anjing di mana anjing tersebut telah menggigit peha anak saya, adakah saya perlu samak peha anak saya iaitu tempat digigit oleh anjing tersebut. tq

    ReplyDelete
  37. Assamualaikum Ustaz, saya nak tanye . Saye terpengang taik kucing pelihara saya. Harus kah saya sertu tangan saya?

    ReplyDelete
  38. asalamualaikum ustaz,mcamana nk bersihkn bulu kucing yg tekena pda baju dangan suci..? sebab dah basuh bju2 tu pun blu kucing masih melekat lagi..adakah bulu kucing itu juga dikira najis..?? terimakasih..

    ReplyDelete
  39. Salam ustaz, kalau kita solat mase lendir yang keluar sebelum datang haid berdosa tak sebb kita tak datang haid lagi

    ReplyDelete
  40. Imam bukhari pernah berdalilkan hadis..Rasulullah memberi izin kpd sahabat yg terlibat memakan bekas gigitan anjing buruan.berdasarkan hadis tdk trdpt arahn supaya mmbasuh bekas gigitan anjing,apabila tdk trdpt arahan jelaslah air liur anjing adalah suci.(ibn hajar,fath al bari j.1,h,279)

    ReplyDelete
  41. asalammualaikum ustaz ni pasal najis mukhaffafah adakah najis lain selain air kencing bayi?

    ReplyDelete
  42. Kalau tahi arnab camner? Apa hukumnya kalau terkena kain solat?

    ReplyDelete
  43. Besnis produk kesihatan myherb2u-goji,tricajus,susu kambing,mlm call +60192311900
    http://www.healthbuilders.com.my/
    othmandraman@yahoo.com
    http://othmandraman.blogspot.com/?m=1
    http://www.dnaglobal2u.com/
    http://www.iphytoscience.com/
    http://www.drtina.mynucerity.biz/indexi.php
    Kedai P01 pasar majlis sek16 shah alam,selangor,malaysia
    Rakan kongsi/penyewa/pekerja diperlukan

    ReplyDelete
  44. Assalamualaikum ustaz.. Sya ada 2 soalan nak bertnya.
    1. Sewaktu sya menyertai aktiviti jungle traking, didapati sepanjang jalan yg dilalui terdapat kesan tapak kaki babi, ada yg kering dan ada yg masih lembap, permukaan jalan itu adalah tanah. Adakah sya perlu samak. Pkaian sya seperti seluar dan baju juga perlukah disamak kerana setelah selesai aktiviti tersebut, semua peserta berkumpul dan duduk di atas kawasan tanah, tetapi di situ tak ada kesan tapak kaki babi, cuma kesan kasut yg terpijak kesan tapak kaki babi sahaja.

    2. Terdapat tahi burung di atas topi keledar sya, sya tak membuangnya kerana ia sudah kering, tapi topi sya terkena hujan dan najis itu basah. Adakah air yg mengalir turun dari topi tersebut dikira najis kerana air tersebut terkena pada pakaian sya, beg galas dan air tersebut pon telah masuk ke dalam topi keledar. Kesan air tersebut juga terkena pda laptop dan telefon sya.. Sya mnta pertolongan ustaz untuk jawab soalan sya kerana sya merasa was2 untuk solat.

    ReplyDelete
  45. kencing x lawas itu boleh terangkan secara detail x..adakah x perlu basuh???

    ReplyDelete
  46. salam ustaz....,

    saya ingin bertanya satu soalan. sekiranya kita baru tersedar diri kita yakni pakaian kita terkena najis agak lama dan baru perasan dan juga kita tidak pasti apa jenis najis itu, apakah perlu kita samak pakaian kita?dan apakah perlu dilakukan sekiranya kita sudah membawa najis itu ke tempat lain seperti pejabat sebelum di sucikan..

    ReplyDelete
  47. salam ustaz,

    untuk bersamak kita perlukan 1 kali air tanah dan 6 kali air mutlak..persoalan disini.. adakah cara lain tuk kita bersamak sekiranya kawasan tempat tingal dan mana2 kawasan tiada mempunyai tanah meski pun sudah mencari...dan sekiranya jumpa, khuatiri tanah berkenaan tesebut suci dari najis atau tidak?

    tolong bantu saya untuk selesaikan masalah berikut..

    syuqran.

    ReplyDelete
  48. mintak izin share kt FB..

    ReplyDelete
  49. Assalaualaikum ustaz...
    Sy ade menjaga mak mwrtua yg sudah tua...die slalu terlupa uyk memakai selipar ketika masuk ke toilet utk kencing dan sebagainya...kadang2 bila die keluar,lapik kaki yg saya letakkan dipintu toilet berbau hancing...ustaz,bagaimana harus sy cuci lapik kaki tersebut?perlukah saya mengelap satu rumah sebab saya terlalu was2.perlukah saya pikir setiap tempat yg die pijak itu perlu dimop?atau sekadar cukup saya basuh lapik kaki itu sahaja...kadang2 bila jd camtu saya smpai tak solat...tlglah saya ustaz...

    ReplyDelete
  50. assalamualaikum ustaz.....sy nk tanye sy ada pinjam kereta seorg kawan berbansa cina,kawan saya tu kadang2 ada membawa anjing belaannya menaiki kereta itu...
    1).adakan kesan dari anjing tu seperti bulu anjng bekas anjing di tempat duduk dalam kereta tu.
    2) apabila sy menaiki kereta itu...adakan sy kena samak

    ReplyDelete
  51. assalamualaikum ustaz....seluar saya terkena kulit anjin....saya pon masukkan skali dengan baju lain...adakah baju lain pon dikatakan ada najis..kalau macam tu, macam mana nk bersihkan...sebab baju tu dalam kuantiti yang banyak...harap dapar bantu saya yang kebuntuan ni..

    ReplyDelete
  52. Ustaz...mcm mne kalau cth..
    Kucing kencing di koridor...kemudian kite basuh...tp ade bau lg....kmudian...lntai itu dimop....lntai koridor sering di mop brulng kali oleh cleaner....persoalannya...andai....lantai yg sdh dmop sabun brulang kali itu dipijak ketika nk smbhyg....cth...jemur tuala di koridor....masuk rmh setelah memijk koridor itu utk solat...kki msh basah....adkh bekas tapak kaki sepanjg kite melangkah ke dalm rmh dihukumkn najis...?adkh lntai dlm rmh najis? Sah ke slt diatas lantai dlm rmh tu?

    ReplyDelete
  53. Assalamualaikum, ustaz bagaimana cara hendak membersih tilam yg terkena darah Haid yg mana darah itu telah kering? Jzkk

    ReplyDelete
  54. Assalamualaikum, adakah sah mandi wajib saya jika ada luka/darah kering pada badan saya. Saya was was adakah ia najis yang perlu dibersihkan. Luka saya boleh diratakan air dan ia tak memudaratkan. Mohon pencerahan dari ustaz

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalammualaikum ustaz. knapa ikan dan belalamg tidak dikira sebagai bangkai dan mengapa air kencing perempuan tidak disebut dalam najis mukhaffafah. ?

      Delete
  55. Assalamu Alaikum.ustaz saya nak tanya, kenapa pakaiab yg terkena belacan tak boleh di pakai sholat?

    ReplyDelete
  56. Assalamualaikum ustaz,apa status kesucian seluar yg mempunyai bau dan warna najis selepas kentut(terutama ketika perut masuk angin)..dan jika seluar itu dipakai untuk solat(contoh solat maghrib) dan kemudian selesai solat
    itu barulah saya dpt kesan seluar tu ada warna dan bau najis..

    ReplyDelete
  57. Assalamualaikum ustaz , kalau sesuatu kotoran tu kita dah berusaha nak hilangkan tapi sukar cth kat celah kuku , saya x pasti yg di celah tu ada kotoran ke atau kulit sahaja yg kotor . soalan saya , adakah mandi wajib kita sah ?

    ReplyDelete
  58. Asslamualaikum ustaz , kalau kita main bola kaki ayam , kotoran tu ada kat celah kuku , Adakah kotoran tu dikira najis ?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG