PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Sunday, March 27, 2011

Sudah-sudah Laaa Dengan Berita Tidak Jelas Fakta




Sejak kebelakangan ini, hampir kesemua surat khabar harian dan media elektronik diaibkan dengan berita-berita politik yang menyebelahi sebelah pihak dan tidak telus dalam menyampaikan berita. Hal ini terbukti dengan banyaknya individu menfailkan saman terhadap surat-surat khabar harian atau TV. Artikel yang diterbitkan oleh Utusan Malaysia pada tarikh 09 April 2010 yang bertajuk Azlina saman fitnah RM5 juta Berita Harian, Sheila Rusly :

“Seorang usahawan terkemuka, Datuk Azlina Che Abdullah hari ini memfailkan saman RM5 juta terhadap akhbar Berita Harian dan pelakon yang juga bekas rakan kongsi beliau, Sheila Rusly @ Rusli di Mahkamah Tinggi di sini hari ini berhubung tiga artikel yang dikatakan memfitnahnya.”

Begitu juga dengan kes laporan polis yang dibuat oleh Pegawai Adun Bukit Payong iaitu Ustaz Mohd Nor Hamzah terhadap artikel yang didakwanya fitnah diterbitkan oleh Berita Harian :

“Pegawai kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung, yang ditahan dalam keadaan mencurigakan dengan seorang wanita warga Indonesia dihukum denda RM2,800 oleh Mahkamah Rendah Syariah Daerah Marang semalam, selepas mengaku bersalah terhadap tuduhan berkhalwat awal pagi Jumaat lalu.”

Mengikut hemat saya, sepatutnya pihak media boleh meneliti dahulu tentang kesahihan berita tersebut dengan berbagai kaedah seperti menghubungi dahulu individu tersebut untuk membuktikan kesahihan berita tersebut ataupun tapis dahulu berita tersebut dari sumber mana diperolehi dan individu yang menyampaikan berita ini adakah ia boleh dipercayai atau tidak. Islam cukup serius dalam hal seperti ini, kerana berita atau artikel yang disebarkan tidak tepat atau tidak sahih, maka ia boleh dikatakan bahawa berita itu adalah fitnah dan perbuatan yang sangat dilarang dalam Islam. Firman Allah :

“Dan (ingatlah Bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan.”


Terbaru berita yang panas yang melibatkan video seks pemimpin tertinggi pembangkang. Sepahaman saya tentang cerita ini, pelakon yang terlibat dalam video tersebut tidak jelas dan gambar video tersebut juga kelabu dan tidak jelas. Kalau ikut dalam hukum Islam, gambar seperti ini sudah lama ditolak dan tidak boleh disabitkan dengan kesalahan tersebut. Itu tidak termasuk saksi yang terlibat dalam penyebaran video tersebut. Ada diantara mereka penah disabitkan dengan kes rogol pelajar sekolah sehingga mengandung, rasuah dan sebagainya. Dalam Islam kalau saksi fasik maka segala hujahnya dan buktinya ditolak walaupun benar. Ada dua pendapat tentang undang-undang syarak dalam masalah ini. Pertama, video tidak boleh disabitkan dengan kesalahan sebab video ini termasuk dalam benda yang ragu dan syubhah sebab dia boleh diedit dan boleh diolah. Kedua, boleh disabitkan kesalahan dengan syarat video itu mesti ditayangkan kepada 4 orang saksi yang tidak fasik dan bertaqwa dan ia terbukti perbuatan itu berlaku, maka boleh dijatuhkan hukuman. Tetapi malangnya kedua-dua pendapat ini satupun tiada dalam kes video lucah tersebut. Kalau tak percaya sila lihat dalam kitab-kitab fiqh bahagian jenayah.

Berita seperti ini sangat memalukan bangsa dan agama, kerana ia boleh menyebabkan orang bukan Islam mengatakan bahawa melayu Islam ini tak habis dengan berita-berita tidak jelas faktanya. Kembalilah kepada Islam yang sebenar kerana Islam sahaja dapat memberikan jawapan yang benar tentang masalah ini.

14 comments :

  1. Salam utz..beginilah jadinya kalau pemimpin x suka hidup cara Islam..Yahudi juga dicari sebagai rujukan...S.kaba melayu 1 muka penuh iklan no ekor..makan x jaga..sume belasah..halal haram x peduli...MasyaALLAH..

    ReplyDelete
  2. betul tu ustaz,,bila jadi macam ni,lagi bnyk ftnah bertaburan..wpun bukan berkaitan ngan sy,tp dia sedara seislam...aib sangat benda ni..boleh lak dipertonton ke ramai orang..hmm...benarlah sabda nabi, di akhir zaman,fitnah berleluasa..

    ReplyDelete
  3. btol tuh ustaz..tpikn ustaz..yg sy blja..4 org sksi yg bertaqwa tuh..kne tgk scare live kn??sbb vdeo2 ni sume bnda yg syubhah..n klu dpertontonkn bnda yg syubhah ni pon xgne gak kn ustaz?maaf klu slh ye ustaz..ape pon..sy skong ckp ustaz tuh..mdia kbnyknnye xtelus..lbih kpda sblh pihk j..

    ReplyDelete
  4. bagaimana akhbar yg penuh dengan iklan ubat seks..

    ok kot..

    jangan double standard ulas kes orng. kalu Rais terusan dituduh walau takde bukti sahih.

    Maksumkah ANWAR ini?...fikirlah dengan tenang..imbas kembali pembohongan dia secara besar besaran...

    dari : insan

    ReplyDelete
  5. setuju dengan pendapat..wahai sahabat..jangan sampai negara kita ditimpa bala Allah disebabkan kesalahan kita. pastikan keadilan wujud dalam menyelesaikan setiap masalah..

    ReplyDelete
  6. Politik sekarang tidak telus...Semuanya berdasarkan kepentingan diri masing-masing...Sekiranya pandangan ulamak diambil kira. kemungkinan perkara-perkara sebegini tak berlaku..

    ReplyDelete
  7. kebanyakkan editor akhbar sekarang perangai mcm setan..semua pihak sama je..utudsan sama..harakah pon sama..tulis main bedal je..dlm utusan prnah siarkn perkara baik yg pembangkang buat ke? mungkin ada sikit2..dlm harakah ada tulis prkara baik yg kerajaan buat? rasanya tak penah..politik di malaysia politik kotor..semua parti main kotor..takda yg trkecuali..

    ReplyDelete
  8. Knp akhbar arus perdana sahaja yang ustaz ulas?? bagaimana cerita-cerita akhaber dari pihak sebelah sana pun sama asyik kena saman..

    Adakah kerana pihak tersebut menyaman menandakan dia x bersalah dan cerita itu satu fitnah? atau sengaja ingin menutup kesalahannya..

    Benar untuk menghukum orang itu bukan mudah, tetapi mengapakah jika pihak sebelah sana yang membawa berita semuanya diterima, aib pemimpin kerajaan ditelanjangi semahu2nya..dimana keadilan disitu ustaz?

    Jika ustaz kata akhbar arus perdana(kerana berat kepada kerjaan) ini menyebarkan fitnah bagaimana dengan akhbar daripada peihak pembangkang?

    Semuanya telus dan benarkah? bagaimana ustaz boleh jamin cerita yang dikeluarkan oleh akhbar pembangkang (Harakah, Suara Keadilan dsbnya) semuanya benar?

    Jgn berat sebelah dalam menyatakan kebenaran ustaz..biarlah pukul rata bukan atas pengaruh parti politik tertentu sahaja ustaz mengeluarkan pendapat..

    Dan ustaz klu fitnah itu direkayasa oleh pembangkang adakah ustaz akan menghentam juga atau memejamkan mata sahaja?

    Fitnah yang berleluasa juga kadang kala wujud daripada mereka yg bergelar bijak pandai dalam agama tetapi sebenarnya munafik, berpura2, pandai dalam bab agama tetapi sebenarnya mempergunakannya memenuhi nafsu dan keinginan diri sendiri.

    ReplyDelete
  9. Salam ust...
    saya setuju dgn tulisan ust. Apa yg dpt sy lihat ialah 'dlm utusan meloya dan berita hairan hanya keputusan nombor TOTO dan 4D aje yg 100% betul. Lain2 cerita kebanyakannya putar belit dan auta. Apabila baca akhbar arus perdana tu cubalah sekali sekala belek harakah dan suara keadilan utk bandingkan cerita. Surat khabar arus perdana ni jauh sgt menyimpang dari cerita sebenar. PM haprak, menteri haprak, editor haprak maka akhbar pun hapraklah jadinya.

    ReplyDelete
  10. tak pernah akhbar harakah disaman...

    ReplyDelete
  11. Benar itu ustadz.. saya setuju dengan ustadz.

    ReplyDelete
  12. nice sharing ustaz..

    sbb surat khabar harakah tu tak penah tipu fakta..
    diorg tahu ape yg ditulis mengikut kaca mata islam..ade ke kt harakah cerita pasal berita porno umno n bn?..aku rse xde..

    ReplyDelete
  13. apa yang dipaparkan surat khabor melayu tu semuanya tak betul...yang betul hanyalah normbor ekor je......4d, toto je yang betul, berita2 lain semua hampeh, langsubg xder yang betul pun.

    ReplyDelete
  14. Besnis produk kesihatan myherb2u-goji,tricajus,susu kambing,mlm call +60192311900
    http://www.healthbuilders.com.my/
    othmandraman@yahoo.com
    http://othmandraman.blogspot.com/?m=1
    http://www.dnaglobal2u.com/
    http://www.iphytoscience.com/
    http://www.drtina.mynucerity.biz/indexi.php
    Kedai P01 pasar majlis sek16 shah alam,selangor,malaysia
    Rakan kongsi/penyewa/pekerja diperlukan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG