PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Saturday, April 16, 2011

Dakwah Rasulullah Kepada Remaja

Program Remaja HALUAN

Daripada Abdullah bin Abbas r.a. : Bahawa pada suatu hari saya sedang berada di belakang Rasulullah SAW (di atas binatang tunggangannya), lalu sabda baginda : ‘Wahai anak, sesungguhnya aku mengajar kamu beberapa perkataan. Peliharalah (perintah) Allah, nescaya Dia akan memelihara kamu, peliharalah (kehormatan) Allah, nescaya engkau akan merasakan Dia berada bersama-samamu. Jika engkau memohon, pohonlah kepada Allah semata-mata. Jika engkau meminta pertolongan mintalah kepada Allah semata-mata. Ketahuilah bahawa jika semua umat manusia berkumpul untuk memberikan kepadamu sesuatu menafaat, nescaya mereka tidak akan mampu memberi menafaat itu, melainkan dengan sesuatu yang telah ditakdirkan oleh Allah. Begitu juga sekiranya mereka berkumpul untuk menentukan suatu mudharat untuk kamu, nescaya mereka tidak akan mampu menentukannya, melainkan dengan suatu yang telah ditentukan Allah ke atas kamu. Telah diangkat kalam (tulisan) dan telah kering (tinta) buku catitan.” (HR. Tarmizi dan dia berkata : Hadisnya hasan shahih).

SENI DAKWAH

  1. Untuk Ibn Abbas, sejak kecil Rasulullah SAW berdoa untuknya: “Ya Allah berikanlah kepadanya pemahaman tentang din, dan ajarkanlah kepadanya hikmah.” Apabila beliau di peringkat remaja, baginda bermusafir bersama-samanya dan terus mengambil peluang mentarbiahnya.

  2. Oleh itu dalam berdakwah untuk remaja (yang menjadi mad’u), perlu berdoa untuk masa depannya.

  3. Merancang masa depan mad’u sesuai dengan potensinya

  4. Memberi bimbingan yang berterusan.

  5. Baginda memanfaatkan setiap detik masa, hatta sewaktu bermusafir pun baginda mentarbiah mad’unya yang masih remaja. Baginda tidak merasa enteng terhadap mad’u kecil, bahkan baginda mengambil berat hal ehwal tarbiahnya.

  6. Baginda sentiasa bersemangat untuk mentarbiah mad’unya, sehinggakan sewaktu bermusafir pun baginda tidak melepaskan peluang untuk mentarbiah.

  7. Baginda, seorang ketua negara yang agung dan manusia paling mulia, tidak merasa hina menaiki kenderaan bersama remaja kecil. Baginda memperlihatkan contoh KEDEKATAN FIZIKAL, bersentuhan dan bermesra dengan anak remaja. Baginda tidak merasai jurang generasi dengan golongan remaja.

  8. Baginda mentarbiah remaja dengan silibus yang berpada, ringan tetapi berterusan – sepertimana kata baginda (yang bermaksud): “aku ingin mengajar kamu BEBERAPA PERKATAAN”.

  9. Baginda sentiasa meletakkan asas tauhid sebagai asas tarbiah generasi muda. Generasi muda yang sering gelisah dan sering dilanda pelbagai ketidaktentuan dan ketakutan baginda berpesan supaya bergantung dan memohon pertolongan kepada Allah.

  10. Hakikatnya, baginda merencanakan tarbiah jangka panjang untuk Ibn Abbas. Akhirnya lahirlah Ibn Abbas sebagai tokoh, pejuang dan pewaris risalah baginda. Begitulah juga para pendakwah di sepanjang zaman, perlu meletakkan satu rancangan jangka panjang dalam pembinaan generasi muda. Cagarannya ialah pengorbanan, kesabaran, tawakkal dan istiqamah.
Sumber : Blog Ustaz Azhar Idrus

2 comments :

  1. salam ustaz, lamanyer saye tak datang sini hu3...

    pasal Nabi dan remaja ni, kalo tak salah saya, Rasulullah penah tarik telinga ibnu abbas supaya solat sebelah baginda... berbeza dengan orang skang yg tak bagi anak2 kecil solat dalam saf orang dewasa, atau marah/halau mereka dari solat sama2 dengan orang2 dewasa, kalo saya kan ustaz, saye biarkan aje anak2 kecil ni solat sebelah saya supaya mereka bleh blajar solat jemaah, solat dengan betul dan tak main2 bersama2 kawan2 waktu solat... ade pendapat yg cakap bleh menyebabkan saf terputus, kan ustaz? tapi mende ni khilaf kan? contohnyer, dalam bab azan makruh bagi budak2 azan, tapi atas dasar nak mendidik tak salah, bila lagi nak ajar kan... nak harap orang2 tua? hmmm penakut lebih dari budak2, nak suruh iqamat pon macam nak suruh terjun lombong...

    ReplyDelete
  2. thanx for enlightement..

    ramai yang aplikasi konsep tabligh dalam dakwah.. tapi x ramai yg gunapakai fathonah dalam dakwah..

    Hikayat Lubang Najis: Orang Melayu Mesti Baca!!!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG