PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Friday, April 29, 2011

Haram Sambut Hari Lahir Dengan Meniup Lilin Dan Menyanyi




Bolehkah menyambut hari jadi dengan meniup lilin dan bernyanyi....setengah orang cakap tak boleh...kalau tak, boleh ke kita tukarkan lagu "Allah selamatkan kamu"?

Jawapannya

Sebenarnya menyambut hari lahir ini tak salah, sebab Rasulullah setiap hari Isnin dia berpuasa untuk memperingati hari kelahirannya. Kemudian setiap tahun 12 Rabiulawal semua umat Islam menyambut hari kelahiran dan perjuangan Rasulullah untuk memartabatkan agama Islam.

Majlis menyambut hari kelahiran adalah baik kerana itu adalah caranya kita menginggati segala nikmat yang Allah berikan kepada kita dan ia merupakan salah satu cara kita bersyukur kerana Allah melahirkan kita di dunia ini dengan keadaan baik dan sihat.

Tapi kita kena ingat kalau majlis ini salah pengisiannya atau salah meraikannya dengan cara tidak mengikut apa yang ditetapkan oleh syarak seperti adanya tarian, menari, konsert, bercampur antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya. Meninggalkan solat dan sebagainya. Maka ini jelas menjadi haram. Menjadi persoalan ramai umat Islam diluar sana bolehkah meraikan hari kelahiran dengan memasang lilin di atas kek dan menyanyikan lagu
“selamat hari jadi”?

Jawapannya, perkara ini datang bukan dari budaya Islam dan ia datang daripada budaya barat. Hadis Nabi Muhammad SAW yang membawa maksud :

“Barangsiapa menyerupai sesuatu kaum maka dia bukan dari golongan ku.”

Jelas di sini bahawa merayakan hari kelahiran dengan meniupkan lilin itu bukan dari Agama Islam, malah ia dipraktikkan oleh masyarakat Kristian setiap kali mereka menyambut hari kelahiran mereka. Barang siapa yang menyambutnya dengan cara memasang lilin di atas kek dan menyanyikan lagu hari lahir adalah haram sebab dia bukan dari budaya Islam. Cara Islam menyambut hari kelahiran adalah dengan melaksanakan kenduri kesyukuran, membaca doa dan menjemput semua kaum kerabat dan sahabat-sahabat yang berdekatan dengan tujuan untuk bersilaturahim antara satu sama lain.

Akhir kalam, masuklah kedalam Agama Islam dengan cara keseluruhannya bukan masuk yang mana sesuai kita ambil dan yang tidak sesuai dengan nafsu kita tinggalkan. Jadilah umat Islam yang taat kepada perintah Allah dan meninggalkan perkara yang mungkar dan syubhah, kerana ini lebih menjaminkan keselamatan kita di dunia dan di akhirat. Rayakanlah hari kelahiran sepertimana yang ditetapkan oleh syarak Islam, mudah-mudahan majlis yang dijalankan itu diberkati dan dirahmati oleh Allah.

23 comments :

  1. sy ada seorg kawan

    setiap kali tiba hari lahirnya, dia akan berpuasa sunat

    sbb dia bersyukur yg dia masih hidup :-)

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah kita masih bernafas di bumi Allah ini

    http://marhaenkacak.blogspot.com/2011/04/edisi-mesti-baca-hikayat-lubang-najis.html

    ReplyDelete
  3. Ust telah setuju mengenai hari jadi :
    "Majlis menyambut hari kelahiran adalah baik kerana itu adalah caranya kita menginggati segala nikmat yang Allah berikan kepada kita dan ia merupakan salah satu cara kita bersyukur kerana Allah melahirkan kita di dunia ini dengan keadaan baik dan sihat".

    Namun berbeza pula pendapat ustaz mengenai :
    ""Barang siapa yang menyambutnya dengan cara memasang lilin di atas kek dan menyanyikan lagu hari lahir adalah haram sebab dia bukan dari budaya Islam".

    Alasan yg diberi Ust adalah :
    "haram sebab dia bukan dari budaya Islam". Berlandaskan kepada hadis berbentuk umum :
    "“Barangsiapa menyerupai sesuatu kaum maka dia bukan dari golongan ku.”

    Persoalan :
    - Adakah benar hadis umum tersebut boleh menjadi 'ilat untuk mengharamkan perbuatan tersebut?.
    - Adakah benar setiap perbuatan "bukan budaya Islam", haram dilakukan?.
    Jelas sekali bahawa hadis itu bukan berbentuk umum, dimana setiap setiap perbuatan perbuatan yg menyerupai perbuatan orang bukan Islam adalah haram. Kerana perkataan "tasyabuh" dlm hadis tersebut tidak mengikat perbuatan yang dilarang.
    Terdapat dikalangan ulamak yang mentafsirkan "Tasyabuh" sebagai sesuatu yang berkaitan dengan aqidah dan keagamaan, bukan perbuatan yang berkait dengan adat dan budaya. Kerana banyak daripada budaya dan adat yang diamalkan sebelum kedatangan Islam terus diamalkan pada zaman Rasulullah SAW oleh para sahabat RA.
    Ustaz menyatakan :
    "perkara ini datang bukan dari budaya Islam dan ia datang daripada budaya barat".
    Adakah sesuatu yang berasal dari budaya barat diharamkan dalam Islam?. Apakah benar setiap budaya barat bertentangan dengan Islam dan mesti diharamkan?.
    Pada tahun 60an, memakai tali lehir dan topi diharamkan, 'ilat kepada pengharaman tersebut adalah "tasyabuh" dgn pakaian orang barat, dimana kebanyak org barat adalah kafir (kristian).
    Namun pada hari ini, hukum tersebut tidak lagi relevan, dimana pakaian tersebut tiada kaitan dengan agama dan akidah seseorang. Bahkan pakaian tersebut dipakai kerana kesesuaian dengan budaya dan iklim masyarakat barat.
    Perbuatan meniup lilin di atas kek semasa menyambut hari jadi tiada kaitan dengan upacara keagamaan dan aqidah agama Kristian. Perbuatan ini hanya budaya barat, yang mungkin asing daripada budaya melayu.
    Mungkin kaedah sadu az-Zaraie' boleh diguna pakai untuk menentukan hukum perbuatan ini, namun tidaklah sampai mengharamkan sesuatu budaya yang tiada kaitan dengan akidah dan budaya.
    الأصل فى المعاملات المباح
    - Pohon penjelasan-.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mohon penjelasan juga

      Delete
  4. Oh, huhu.. Tma kasih ustaz atas info dan peringatan ini.. =]

    ReplyDelete
  5. Salam, artikel yg menarik perhatian, lg2 hari jadi sy dh hampir. Tp sy brsependapat dgn PakTehPas. Sbkn golongan yg nak menghalalkan benda yg dilarang tp alasan pengharaman sambut hari jadi dgn tiup lilin adalah kurang kuat. Contohnya, melayu dan Islam adalah dua benda berbeza. Budaya melayu bukan budaya Islam tp banyak budaya Islam sama dgn budaya melayu. Walaupun ada adat melayu yg tiada asal usul dari Islam, tk bermakna adat itu dilarang. Barat walaupun majoriti agama kristian, tp mereka masih ada penganut Islam. Maka selagi budaya yg dtg dari Barat tk bercanggah dgn akidah dan syarak, saya merasakan tiada salah kalo nk diamalkan dgn acuan Islam. Cuma pandangan, maafkan kalo silap fakta.

    ~Yugi~

    ReplyDelete
  6. Salam Kepada Pak Teh Pas syukran atas teguran yang diberikan dengan penjelasan yang cukup baik, dan saya harap diskusi baik seperti ini dapat berlansung di dalam komen2 di blog saya, saya hargai paktehpas atas perkongsian ini.

    saya juga adalah insan biasa, kadang2 artikel-artikel yang dibuat ikutkan nafsu, kadang2 ikutkan sedikit ilmu. jadi kesimpulannya saya insan yang lemah dan selalu lakukan dosa.. dan saya perlukan teguran dan peringatan dari anda semua.

    Maksud budaya barat itu saya jelaskan terlalu umum, itu kesilapan saya.. tapi pada maksud yang saya nak sampaikan di sini, adalah budaya kristian dan nyayian... dari menyanyi lebih baik berdoa atau buat apa2 yang lebih baik lagi..Di dalam artikel saya di atas juga menjelaskan budaya tiup lilin ini datang dari upacara agama kirstian dan lilin itukan salah satu alat ibadah mereka.

    ReplyDelete
  7. salam ustaz,
    saya tidak bersetuju dengan pendangan ustaz
    jikalau benar pengharamanya,
    ustaz perlu mewartakan pada seluruh malaysia dan berbincang dengan mufli2....
    ini kerana tidak semestinya, meniup lilin n menyanyi menyebabkan kita kafir..

    sama jugak pengharaman rokok n poco2.. mufli2 tidak sependapat tentang larangannya..

    rokok pon ada ulam2 pon yg menghisapnya walaupon tahu kesan buruknya,,

    semasa meniup lilin pon, x terlintas si peniup lilin untuk menyekutukan allah ataupn mengikut budaya yahudi...

    sebelum meniup lilin tu, org melayu islam menyani lagu ..''' allah selamatkan kamu'' adakah sam sengan golongan yahudi??

    sesetengah keluarga yang kurg mampu, hanya membeli kek n makanan ringan untuk menyambut kelahiran ahli keluarganya tanpa mampu untuk menjemput saudara mara mahupon ustaz untuk membaca doa selamat.. cukuplah hanya sekadar dengan membaca doa n memanjat kesyukuran kepada allah n sentiasa mengikuti suruhan allah dan meninggalkan laranagn allah.. jangn sempitkan fikiran ustaz.. jika difikirkan amalan menbaca yasin di malam jumamat adalah perkara bidaah yang tidak di suruh nabi.. tetapi menjadi budaya umat islam n orang melayu di negara kita.. bidaah adalah perkara yang dibuat2 oleh orang islam dan bukan perkara yang di suruh nabi.. adakah ini berdosa?? seperti meniru budaya kristian menbaca kitab2 pada hari ahad??

    saya bukan menghukum ustaz, hanya memberi pandangan peribadi saya, jika benahlah menyambut kelahiran pengan meniup lilin adalah haram di sisi agama islam.. wartakanlah supaya tidak menjadi perbuatan yang dialukan hampir semua rakyat malaysia isalam..

    sekadar pandangan peribadi.. sekian..
    yang baik dari allah, yang buruk dari saya..

    ReplyDelete
  8. terima kasih atas pandangan yang diberikan.. Dalam bab fiqh ini tak semestinya semua pendapat itu sama, kalau sama tak semesti timbulnya berbagai mazhab dan pendapat..

    Kalau tak setuju tak mengapa, yang penting setiap perlakuan mesti ada hujahnya dan sandarannya.. Sapa nak pakai pandangan saya ini boleh dan kalau ada pandangan lain nak gunapun boleh..

    Yang penting kita kena berlapang dada, kalau benda itu ragu2 dan syubhah lebih baik ditinggalkan..

    ReplyDelete
  9. hairil kata :
    "sama jugak pengharaman rokok n poco2.. mufli2 tidak sependapat tentang larangannya.."

    Dalam perundangan Islam, perbezaan hukum yang dikeluarkan oleh para ulamak bukan merupakan hujah untuk membebaskan kita dari mana-mana hukum. Sesuatu hukum syarak akan dianggap tepat dan benar bila hukum tersebut menepati kehendak al-Qur'an dan as-Sunnah.
    Para fuqaha telah menggunakan pelbagai kaedah supaya setiap hukum yang dikeluarkan selari dengan kehendak al-Qur'an, as-Sunnah dan maqasid as-Syarieyah. Antara kaedah-kaedah yang diguna pakai adalah kaedah al-Istishab, al-Istihsan, al-Maslahah al-Mussalah, al-Adat dan Fatwa as-Sahabah.
    Pengkaji sejarah perundangan Islam telah mengemukakan beberapa sebah berlakunya perbezaan hukum di kalangan fuqaha'. Antara sebabnya adalah :
    1- Perbezaan ilmu yang dimiliki oleh seseorang ulamak.
    Dimana inilah punca utama timbulnya perbezaan hukum di kalangan alim ulamak negara kita. Secara fitrah ilmu yang dimiliki oleh seseorang ulamak tidak sama taraf dengan seseorang yang lain.
    Misalnya, seseorang mempunyai ilmu dan kepakaran dalam bidang tasauf, kebolehan yang dimiliki berbeza dari seorang yang memiliki kepakaran dalam ilmu hadis. Latar belakang kepakaran ini menjadi tunjang kepada ketepatan hukum yang dikeluarkan oleh seseorang ulamak.
    Bolehkah seorang yang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang fiqh mengeluarkan hukum fiqh yang menepati kehendak syarak dan maqasid as-Syarieyah?.
    Bagi masyarakat melayu, asas penting ini tidak diberikan pertimbangan yang khusus. Kesan dari pengabaian ini, pelbagai hukum telah dikeluarkan tanpa hujah dan rujukan yang tepat. Sikap masyarakat yang beranggapan "semua ustaz pandai dalam bidang hukum" telah mendatangkan kecelaruan kepada masyarakat.
    Keadaan ini makin parah, bila ahli agama yang memiliki nama, namun tidak memiliki ilmu, secara mudah mengeluarkan hukum berdasarkan kelemahan ilmunya.
    Contoh yang paling mudah adalah, adakah mereka yang diberi kuasa untuk mengeluarkan fatwa atau dipanggil mufti memiliki kepakaran dan pengkhususan dalam mengeluarkan hukum fiqh?. Apabila kepakaran ini tidak dimiliki oleh seseorang mufti, dengan mudah masyarakat akan mempertikaikan sesuatu fatwa yang dikeluarkan.
    Contoh lain yg boleh dijadikan rujukan, apabila seorang ustaz yg dimasyhurkan sebagai seorang ulamak pembaharuan. Beliau secara mudah membidaahkan setiap amalan yang dipraktik oleh orang melayu dengan alasan menyalahi sunnah.
    Bila kita selidiki latar belakang ustaz ini, kepakarannya dalam ilmu hadis. Maka hukum yang dikeluarkan terlalu mudah, sama ada bidaah atau sunnah. Dimana setiap amalan yg tidak diamalkan Rasulullah SAW adalah bidaah yang menyesatkan, dan setiap yang sesat adalah haram diamalkan.
    Seorang yang mempelajari perundangan Islam akan menghukumkan sesuatu berasaskan lima hukum yang ditetapkan. Untuk memudahkan umat Islam mengamalkan ajaran agama dan menjalani kehidupan mereka hanya satu sahaja yang ditegah daripada melakukannya, iaitu sesuatu yg dihukumkan haram. Ini bermakna sesuatu yang wajib, sunat, harus dan makruh tidak diharamkan.

    Sekian Terima Kasih.

    ReplyDelete
  10. Terima kasih paktehpas, bagus nama tu saya suka yang nama di belakang yang mula dengan huruf P...saya hargai perkongsian ini..satu ilmu untuk saya dan semua pengunjung blog ini..Saya pun tak setuju juga dengan ustaz yang bergelar pro tajdid tu.. sebab dia cepat menyalahi orang lain tanpa diselidiki dahulu hujah orang..

    ReplyDelete
  11. salam ustaz sepatutnya ceritakn sekali dlm post ni budaya barat yg ditiru masa sambutan hari jadi, bukan mslah tiup lilin kek je tapi perbuatan sebelum tiup lilin tu yg ptut ditekankan dan diperingatkan iaitu memohon hajat. blh rosakkan akidah tu..

    ReplyDelete
  12. @nur fannun: a'ah.,betol tu,. mungkin terpengaruh dgn crita2 melayu yg ada kat dlm tv kot.,sbb mostly cter mlayu or cter org putih mesti akan buat cmtu,.nk tiup lilin, mnx hajat.,ish2

    ReplyDelete
  13. salam ustaz,saya setuju dgn pendpt ustz tersebut.

    ReplyDelete
  14. terima kasihhhhh sgt2 ustaz atas info yg ustaz beri ni

    ReplyDelete
  15. Assalaamu'alaikum warahmatullah..

    Artikel bagus.. Saya beriman kepada Nabi Isa a.s dan Nabi Muhammad saw. Saya nak sambut hari lahir Nabi Isa a.s juga setiap 25 Disember (krismas), boleh kan?

    Tentulah boleh, sebab Nabi saw pun kita sambut hari lahirnya. Malah menyambut hari lahir Nabi saw adalah untuk mertabatkan agama Islam, oleh itu ia lebih besar dari Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Jadi kita boleh sambut Krismas sebab itu hari lahir Nabi Isa a.s jee..

    Terima kasih ustaz sebab bagi hadith bahawa Nabi saw sambut hari lahirnya setiap Isnin dengan berpuasa.

    Emm.. Ustaz, boleh tak ustaz berikan nombor-nombor hadith dengan perawinya sekali mengenai Nabi saw sambut hari lahirnya setiap Isnin itu? Saya kurang pasti.

    Jadi sebelum ada hadith yang sahih selagi itulah semua artikel ustaz ini tidak boleh dipercayai dan diamalkan kerana ustaz mungkin jahil mengenai hal ini dengan mengatakan sesuatu yang sambil lewa lalu memberi penafsiran yang buruk kepada orang awam seperti saya.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  16. Yg pasti kita buat apa yg dituntut oleh islam.. Mudahkan... X perlu nk pikir jauh2 sgt.. Kita ambil yg mudah.. Jgn susahkan benda yg mudah... Kalau rs benda tu x sealiran dgn hadis dan quran serta bleh mendatangkan was2 perbuatan tu lebih baik tinggalkan je... Buat cara islam suruh... Rasanya islam xde suruh pun tiup lilin kan? So pikir2kan... Guna akal yg tenang. Jgn kusutkan benda yg teratur..

    ReplyDelete
  17. Besnis produk kesihatan myherb2u-goji,tricajus,susu kambing,mlm call +60192311900
    http://www.healthbuilders.com.my/
    othmandraman@yahoo.com
    http://othmandraman.blogspot.com/?m=1
    http://www.dnaglobal2u.com/
    http://www.iphytoscience.com/
    http://www.drtina.mynucerity.biz/indexi.php
    Kedai P01 pasar majlis sek16 shah alam,selangor,malaysia
    Rakan kongsi/penyewa/pekerja diperlukan

    ReplyDelete
  18. Semoga Allah merahmati kita


    ReplyDelete
  19. Sebenarnya 25 disember tak wujud pada zaman Nabi Isa dulu.
    Lagipun, orang kafir bukan sambut kelahiran Nabi Isa, tapi orang lain iaitu yg mereka anggap tuhan mereka.
    Hari kelahiran Nabi Muhammad SAW ialah 12 Rabiulawal tahun Gajah. Manakala, hari kelahiran Nabi Isa saya tak tahu, yang pastinya bukan 25 disember.
    Agak-agaknya si tukang post pasal Nabi Isa tu cetek ilmu agamanya, atau mungkin... tak baik berburuk sangka.
    Sama-samalah kita membaca ALQURAN tiap2 hari agar hati kita sentiasa bersih, dan sentiasa berdoa kepada ALLAH. Kalau baca Mathurat pun bagus juga, ada ayat2 dari surah Al-Baqarah dan surah Al-Imran, terus baca ALQURAN sekaligus sambil membaca doa-doa lain.

    ReplyDelete
  20. asal usul kek harijadi dan lilin kek http://en.wikipedia.org/wiki/Birthday_cake .. ada juga link wedding cake di laman tersebut. dan jelas ada hubungan dengan unsur syirik dan khurafat

    ReplyDelete
  21. بسم الله

    ,مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ"
    Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk bagian dari mereka.” [HR. Ahmad dan Abu Daud. Syaikhul Islam dalam Iqtidho‘ (1/269)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG