PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Thursday, April 21, 2011

Jangan Salah Faham Tentang Syukur


Bersyukur kepada Allah atas segala kemudahan dan nikmat yang diberikan, bagun sahaja dari tidur kita berada dalam keadaan baik dan sihat tanpa ada satu kekurangan dalam diri kita. Sebagai hamba Allah yang budiman dari segala nikmat yang diberikan oleh Allah kepada kita hendaklah disyukuri atau berterima kasih kepada Allah, dengan nama Ar-Rahman dan Ar-Rahimlah kita memperolehi segala nikmat dari Allah walaupun pada hari kemarin banyak melakukan dosa kepada Allah. Ramai orang tidak pernah rasa syukur kepada nikmat yang Allah berikan, malah segala nikmat ini disalah gunakan untuk kepentingan diri sendiri seperti nikmat tangan digunakan untuk mencuri, memberi rasuah, membuat maksiat dan memukul orang. Nikmat kaki pula digunakan untuk mengunjungi pusat-pusat hiburan, pergi ke Kedai Sport Toto dan pergi melakukan maksiat. Nimat rupa yang cantik digunakan untuk memperolehi pujian, mengaut keuntungan, diperagakan untuk tontonan lelaki yang bukan mahram dan sebagainya. Banyak lagi nikmat yang telah disalah gunakan tanpa rasa takut dan segan kepada Allah. Firman Allah yang bermaksud :

“Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan Demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar Sesungguhnya azabKu amatlah keras". (Al-Ibrahim : 7)

Lagi firman Allah yang bermaksud :

“Dan .syukurilah nikmat Allah, jika kamu memang menyembah.Allah.” (Surah al-Nahl:ayat 144)

Bagi sesiapa yang kufur kepada nikmat Allah atau menyalah gunakan nikmat Allah, maka ia akan diazab dengan diseksa oleh Allah dengan siksaan yang amat pedih di dalam neraka Allah. Orang yang menyalah gunakan nikmat Allah ini hatinya tidak akan rasa tenteram dan sentiasa memberontak untuk membuat lagi dosa-dosa atau perkara yang ditegah oleh Allah. Perkara ini boleh kita lihat sendiri, kalau orang yang melakukan zina, dia akan sentiasa melakukan zina sebab baginya itu adalah nikmat dan keseronokkan atau cara ia melepaskan strees. Begitu juga dengan kesalahan-kesalahan yang lain.

Bagaimana cara hendak bersyukur dengan baik dan praktikal? Banyak cara untuk kita bersyukur bukan sekadar lafaz di bibir sahaja sepertimana yang dibuat oleh para artis tanah air yang menjadi pujaan bagi orang yang kufur kepada nikmat Allah. Dengan rasa megahnya mereka apabila mendapat anugerah sesuatu menyebut saya bersyukur kepada Allah atas kejayaan yang diperolehi dengan pakaiannya seperti orang sedang berbogel. Sepatutnya mereka kena rasa malu kepada Allah dan diri sendiri sesungguhnya dengan keadaan mereka itu tidak layak bersyukur kepada Allah. Cara bersyukur dengan betul ialah kita menzahirkan dari hati, bibir dan perbuatan seperti :

  1. Hati bila bangun dari tidur atau dapat menjamah makanan untuk menghilangkan lapar terdetik dihati dengan mengatakan jika Allah tidak izin aku makan, maka aku tak dapat rasa nikmat seperti ini. Alhamdulillah, Subhanallah, Allahu Akhbar.

  2. Bibir bila bangun dari tidur kita membaca dosa dengan menyebut Alhamdulillah. Ataupun mengeluarkan perkataan-perkataan yang baik, bila ditimpa musibah sekalipun ia tetap mengatakan Alhamdulillah aku Cuma cedera sahaja tak patah kaki. Setiap apa yang dialaminya akan disebut perkataan-perkataan toiyyibah.

  3. Perbuatan bagun sahaja dari tidur kita pergi membersihkan badan dan mengambil wuduk, Solat Subuh, membaca Al-Quran, dengar siaran Tanyalah Ustaz TV9 dan sebagainya. Melakukan kerja-kerja baik juga adalah cara kita bersyukur dengan perbuatan, kerana segala anggota yang diberikan oleh Allah itu kita guna dengan baik sepertimana yang diamanahkan oleh Allah.
Sebenarnya panjang nak menceritakan nikmat syukur ini, Cuma di sini saya cerita dengan serba ringkas sahaja dan ini akan menjadi poin ceramah saya pada hari Khamis 29 April 2011 minggu depan di Balai Polis Trafik Johor Bahru. Wahai sahabat semua doakan saya dapat memberikan ceramah dengan baik dan dapat menyampaikan segala isi yang berguna untuk meningkatkan rasa kesyukuran dalam diri saya dan pendengar ceramah saya. Saya ini orang yang kuat gemuruh, kalau sahabat semua ada tips untuk hilangkan rasa gemuruh bolehlah kongsi di ruangan komen artikel ini. Ni ceramah kali ke 4 saya, masih baru dan perlukan tunjuk ajar daripada semua sahabat.

7 comments :

  1. assalamualaikum
    insyaAllah ustaz boleh lakukan !
    Allah akan tolong benda baik
    doakan juga kejayaan saya dlm hidup dunia akhirat =)

    ReplyDelete
  2. Salam..
    petua akak tak ada tapi
    akak doakan ustaz buat yang terbaik insyaallah ustaz ..boleh

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah ustaz... teringin sgt nak dgr ceramah ustaz nie..Blh Ustaz sediakan jadual ceramah ustaz kat blog nie?
    Nenek Termuda Di Dunia

    ReplyDelete
  4. Terima kasih ustaz atas perkongsian ini. Hari ni memang saya rasa negatif seawal datang bekerja, tidak seperti hari2 biasa. Mungkin sebab pagi2 dah pinjamkan telinga untuk dengar kawan mengadu masalah dia.. Astaghfirullah.. semoga perkongsian ini dapat kembalikan mood ceria saya. Alhamdulillah, terima kasih ustaz.. Saya doakan ustaz dapat menyampaikan ilmu dengan berkesan pada ceramah itu nanti.. :)

    salam ukhuwah, Is.

    ReplyDelete
  5. Salam

    Terima kasih atas perkongsian semua, saya hargai dan doakan Allah berikan ganjaran yang setimpal dengan perkongsian anda semua.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG