PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Sunday, April 10, 2011

Maksiat Banyak Dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian



Boleh terangkan pada saya hukum majlis seperti Anugerah Bintang Popular Berita harian (ABPBH) dan hukum mereka yang hadir ke majlis tersebut serta hukum mereka yg mengundi serta menontonnya? Harap ustaz dapat memperjelaskannya. Terima kasih.

Jawapannya

Alhamdulillah di atas kesempatan waktu ini saya dapat menjawab soalan anda ini, tetapi jawapan yang diberikan adalah secara ringkas dan terang sahaja. Sejak kebelakangan ini, masyarakat kita disajikan dengan hiburan yang kebanyakkannya melanggar hukum syarak seperti, artis tidak menutup aurat, berpelukkan antara bukan mahramnya, gosip dan lagu-lagu yang jelas melanggar syariat Islam. Dari perkara inilah, masyarakat Islam negara ini diabaikan tanggungjawabnya yang sebenar kepada Allah sebab leka dan lalai dengan hiburan yang ada. Saya yakin banyak masyarakat kita hari ini tidak pandai membaca Al-Quran, tidak ingat nama para rasul, kadang-kadang ada yang tidak pernah dan tidak tahu solat. Tetapi apabila ditanyakan lagu sekian-sekian lantas ia boleh menyanyi dan boleh menyebut siapa pengarang dan penyanyi lagu tersebut. Inilah yang dinamakan sebagai kejahilan umat Islam sekarang bukan disebabkan mesej Islam itu tidak sampai, tetapi disebabkan pendidikan dan keadaan persekitarannya.

Majlis anugerah bintang popular Berita Harian, mari kita lihat dari sudut pengisiannya dahulu. Saya rasa semua orang tahu pengisian majlis tersebut diantaranya ialah anugerah artis popular, persembahan, artis-artis yang menggayakan pakaian pada malam tersebut dan banyak lagi dapat kita lihat. Jelasnya majlis tersebut banyak dihidangkan dengan maksiat mata, dosa dan kemungkaran. Alasan saya mengatakan tersebut, kalau betul-betul majlis itu mengikuti syariat Islam, tidak berlaku pakaian yang menjolok mata, kadang-kadang artis yang terima anugerah itu berpelukkan antara satu sama lain tidak kira yang mahram atau tidak. Firman Allah yang bermaksud :

"Dan hendaknya mereka itu tidak menampak-nampakkan aurat dan perhiasannya kecuali terhadap suami atau ayahnya." (An-Nur : 31)

Kemudian saya datangkan hadis Rasulullah yang menegah wanita yang membuka aurat dan berpakaian seperti bertelanjang. Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud :

“Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat , rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian ." (Riwayat Muslim)

Menurut Syeikh Dr. Yusof Al-Qardawi dalam kitabnya Halal dan Haram mengatakan bahawa :

“Mereka dikatakan berpakaian, karena memang mereka itu melilitkan pakaian pada tubuhnya, tetapi pada hakikatnya pakaiannya itu tidak berfungsi menutup aurat, karena itu mereka dikatakan telanjang, karena pakaiannya terlalu tipis sehingga dapat memperlihatkan kulit tubuh, seperti kebanyakan pakaian perempuan sekarang ini.”

Kesimpulan yang dapat diambil adalah majlis tersebut sepatutnya mengawal semua artis-artis supaya berpakian menutup aurat. Bagaimana majlis tersebut dapat memperolehi keberkatan dan mengikut cara Islam. Malangnya kebanyakkan yang terlibat itu adalah dari umat Islam, mereka tidak menghiraukan perintah Allah dan inilah yang dinamakan sebagai orang yang sesat dan rugi.

Orang yang hadir dan memberikan sokongan secara langsung atau tidak langsung, bermakna orang tersebut menyokong apa yang diperbuatkan oleh artis-artis tersebut termasuklah segala perbuatan yang bercanggah dengan syarak. Friman Allah yang bermaksud :

“Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati dengan kebenaran dan nasihat menasihati dengan kesabaran.” (Al -Asr 2-3)

Sepatutnya kita semua sebagai orang Islam hendaklah menjauhkan diri dari program tersebut, sebab dia mengundangkan dosa. Orang yang terlibat sama ada mengunding, menonton, pergi ke majlis tersebut semuanya akan dapat saham dosa dari hasil apa yang dibuat oleh artis dalam majlis tersebut.

Orang yang mengundi artis yang diminati dengan menggunakan perkhidmatan pesanan ringkas atau SMS. Peraduan ini telah lama diharamkan oleh Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan Kali 64 pada Tarikh 27 Julai 2004 di Putrajaya menyatakan bahawa :

“Bahawa menyertai peraduan berbayar menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) di mana pemenang ditentukan secara rawak berdasarkan nasib dalam sistem tersebut adalah haram di sisi hukum syarak.”



Majlis tersebut dipenuhi dengan dosa, kemudian orang yang menonton juga dapat saham dosa. Ada lagi dengan peraduan SMS untuk memilih artis-artis yang diminati. Maka dari ini semua yang ada dalam majlis tersebut adalah haram. Mungkin ada kebaikannya seperti anugerah artis nasyid terbaik. Benda yang baik tu sikit sangat dan benda yang tidak baik banyak. Kalau ikut kaedah benda ini jadi haram atau lebih baik tidak usah dibuat atau dilibatkan. Sepatutnya mereka yang ada kena berusaha untuk mewujudkan satu majlis anugerah artis-artis nasyid dengan menghindarkan diri dari perkara-perkara yang tidak syarak.

Begitu juga peraduan yang dibeli dari surat khabar dan undi tersebut diposkan kepada pihak penerbit. Dalam hal ini terdapat modal dan kos yang digunakan untuk mengundi orang tertentu dengan harapan supaya ia memperolehi kemenangan. Di sini saya cenderong mengatakan haram sebab orang yang hendak mengundi mesti kena beli surat khabar dan menghantarnya dengan kos yang tertentu. Lagipun benda ini jelas maksiat dan majlis tersebut tidak mematuhi syarak, buat apa bersusah payah mengundi sebab tak mendatangkan apa-apa faedah malah dapat dosa lagi ada. Kalau betul-betul kita faham, semua ini tak akan terjadi sebab adanya unsur syubhah atau ragu-ragu akan halal dan haramnya.

16 comments :

  1. yg bleh menjadi keliru sikitni ada penyanyi nasyid yg join dalam majlis tu...pastu yg bagusnya artis kita ni ustaz..tak lekang mulut mereka ucap alhamdulillah walaupun pada pakaian jika dilihat seperti tidak bersyukur pemberian Allah....

    ReplyDelete
  2. saya pernah dengar ada ustaz kata, haram kita ucapkan bismillah dan alhamdulillah kepada perkara maksiat.. tapi artis yg menang dgn bangganya berkata Alhamdulillah.. sungguh menjengkelkan.. sepatutnya Mufti buat keluar fatwa HARAM dan disiarkan di Tv dan surat khabar.. tidak hanya kpd poco-poco.. tetapi ABPBH ni lebih dahsyat lagi apabila disiarkan secara langsung dengan penuh meriahnya..

    ReplyDelete
  3. Setuju Ustaz..Sepatutnya program sebegini harus dibatalkan..Mmg byk pakaian yg tidak senonoh dlm program ini.
    Video Kanak-kanak ditembak kejam

    ReplyDelete
  4. tapi ramai je artis nasyid yg datang tengok majlis ni...macam mana pulak tu?

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, masih ada yang berani bersuara yg menyatakan yang hak, itulah fungsi golongan intelektual agama...setuju sangat dengan ustaz, alhamdulillah, saya pun dah lama tak menonton ABPBH ni...

    ReplyDelete
  6. syukran utk untuk penerangan ringkas ini....insya ALLAH akan saya cuba sebarkan pd rakan2 yang lain agar kejahilan tentang maksiat ini mampu diminimunkan....

    tp, adakah sudah tiada upaya bg kita untuk menghalang majlis sebegini daripada diteruskan?

    ReplyDelete
  7. banyak juga artis yang baca ni nanti akan sedar :D

    ReplyDelete
  8. Isu ni dh berlarutan terlalu lama... Dari saya sekolah rendah sampai masuk U, tk penah settle. Walaupun PR dpt tawan Selangor, masih lg tk boleh settlekn masalah maksiat tp ada gak usaha mcm pembantahan konsert (artis luar negara) yg tk kena dgn syariat Islam. Masalah ni nk selesaikan tk susah sebenarnya, MCMC jalankan tanggungjawabnya sepatutnya dh cukup.

    Bkn nk babitkan isu politik tp mmg itu lah penawarnya.. Nk cegah mmg tk mampu, dh bertahun2 ustaz2 n ulama2 kat Malaysia ni bertungkus lumus cegah maksiat, tk jalan. Tp artis Malaysia lg takut kat MCMC, sbb MCMC pegang kuasa utk ban artis.

    Kesimpulan: Tukar menteri utk MCMC, pilih yg lg "Melayu" sbb org Melayu adalah Islam, org Islam mmg (sangat) benci pada maksiat. Tu sbb bila ada "org" ckp mengundi dpt tentukn syurga neraka, faham "isi"nya bkn "kulit"nya sahaja :)

    ReplyDelete
  9. ustaz sya minta permission untuk share ye

    ReplyDelete
  10. Terima kasih untuk perkongsian yang bermafaat.

    ReplyDelete
  11. astaghfirullah..

    thanxx for d info ustaz..

    semoga kita semua dijauhkan dari segala kemungkaran..

    ReplyDelete
  12. salam.. tq ustaz

    ReplyDelete
  13. Terima kasih kerana ingat mengingati
    Semuga Kita Dijauhkan dari Perkara Subahat...

    ReplyDelete
  14. terima kasih ustaz

    ReplyDelete
  15. Salam ustaz,
    Saya ingin bertanya,
    - Mengenai kinzir, sedari kecil saya diasuh serta diajar mengenai keharaman dan kenajisannya.
    Apabila saya sudah dewasa dengan terdedah memacam-macam sumber, saya ada terjumpa mengenai perkara ini, yang mana tidak seperti apa yang sering kita(baca kebanyakan orang di Malaysia ini) yang mana kinzir itu hanya haram dimakan dagingnya sahaja tetapi tidak perlulah disertu , sekadar basuh sahaja sekiranya tersentuh. Hasil dari visual dan pembacaan saya itu , setiap apa yang diperkatakan dan diberitahu (tidak perlu samak) mereka telah menunjukan nas dan dalil-dalilnya dari quran dan hadis, oleh kerana saya ini teramat jahil, tentang hal ini. Maka saya teruja juga dengan kebertanggungjawaban mereka tentang perkara ketidak perluan menyamak sekiranya saya terkena atau terpegang kinzir ini dan mereka juga tidak menyuruh memegang kinzir tetapi sekiranya tersentuh sama ada basah atau kering. Mohon pencerahan dari ustaz.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG