PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Saturday, May 14, 2011

Berbakti Kepada Kedua Ibu Bapa


Salam sejahtera kepada semua pengunjung blog ini. Saya doakan anda semua sentiasa berada di bawah naungan Allah swt. Artikel ini dibuat untuk member peringatan atau tazkirah kepada para pengunjung semua mengenai berbakti kepada kedua ibu bapa. Beberapa langkah yang perlu dilakukan oleh seorang anak kepada kedua ibu bapanya.

Berbicaralah kepada orang tuamu dengan sopan santun, janganlah mengucapkan ‘ah’ kepada mereka, jangan herdik mereka dan berkatalah kepada mereka dengan ucapan yang baik. Taatilah selalu kedua orang tuamu selama tidak dalam maksiat, kerana tidak ada ketaatan pada makhluk yang bermaksiat kepada Allah. Berlemah-lembutlah kepada orang tuamu, jangan bermuka masam di depannya, dan janganlah membentak mereka dengan marah.

Jaga harta benda, kehormatan dan nama baik kedua orang tua. Dan janganlah mengambil sesuatu pun tanpa seizin keduanya. Lakukan hal-hal yang meringankan keduanya meskipun tanpa perintah seperti berkhidmat, membelikan beberapa keperluan dan bersungguh-sungguh dalam mencari ilmu. Segeralah penuhi panggilan mereka dengan wajah yang tersenyum sambil berkata : ada apa, mama! Atau, ada apa bapakku sayang! Hormati kawan dan sanak saudara mereka ketika mereka masih hidup dan sesudah mati. Jangan bantah mereka dan janganlah persalahkan mereka, tetapi usahakan dengan sopan dalam menjelaskan perkara yang benar. Jangan masuk ke tempat mereka kecuali setelah mendapat izin terutama pada waktu tidur dan istirehat mereka.

Jangan berbohong dengan mereka dan janganlah cela mereka jika mereka berbuat yang tidak menarik anda. Jangan utamakan isterimu atau anakmu atas mereka. Mintalah restu dan redha mereka sebelum melakukan segala sesuatu, kerana redha Allah terletak pada redha kedua orang tua dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan mereka. Kunjungilah kedua orang tuamu ketika masih hidup dan sesudah mati, bersedekahlah atas nama mereka dan berbanyakkan doa untuknya.

Jika anda tergoda untuk merokok, maka jangan merokok di depan mereka. Perbanyak melakukan kunjungan kepada kedua orang tua dan memberi hadiah, sampaikan terima kasih atas pendidikan dan jerih payah mereka, dan ambillah pengajaran dari anak-anakmu dan kesulitan-kesulitan selama bersama mereka.

Jika kamu sudah mampu mencari rezeki maka bekerjalah dan bantulah orang tuamu. Janganlah jadi biawak hidup…. Kedua orang tuamu mempunyai hak atas kamu, dan isterimu mempunyai hak atas kamu, maka berilah hak mereka. Jika keduanya berselisih, usahakanlah kamu pertemukan mereka dan berilah masing-masing hadiah secara diam-diam. Jika ayahmu bertengkar dengan isterimu, maka bertindaklah bijaksana, dan beri pengertian kepada isterimu bahawa kamu berpihak padanya jika dia benar, hanya kamu terpaksa harus menyakinkannya.

Jangan kikir untuk menginfakkan harta kepada mereka sampai mereka mengadu padamu dan itu merupakan kehinaan bagimu dan itu akan kamu dapatkan balasannya dari anak-anakmu. Apa yang kamu perbuat akan mendapat balasan. Doa orang tua untuk kebaikan dan kejelekkan diterima Allah, maka hati-hatilah terhadap doa mereka untuk kejelekkan. Diantara dosa-dosa besar adalah cacian seseorang terhadap kedua orang tuanya. Mencaci ayahnya sendiri, mencaci ibu orang lain maka ia mencaci ibunya sendiri.

Moga-moga kita ingat…..

3 comments :

  1. asSalam, tuan/puan/cik, ‎
    masuklah ke dalam benteng kota ALLAH, nescaya engkau selamat... ‎
    ‎ ‎
    tiada mengira engkau pendukung MELAYU dari UMNO, PAS, PKR, PERKASA, PEKIDA, dll., ‎
    asal saya engkau mengaku ‎ISLAM... Maka masuklah ke dalam benteng kota ALLAH ‎
    ‎ ‎
    bagaimana??? ‎ ‎
    ucaplah, amallah dan hayatilah bacaan kalimah LAA ILAHA ILLA ALLAH ‎
    berulang-kali sehingga engkau ‎
    puas, lemas, jelas, khawas ‎
    lalu engkau akan diselamatkan dari azabNya... ‎
    ‎ ‎
    tinggalkanlah 'perbincangan' yang mengelojak jiwa yang menipu-daya... bahkan engkau ucaplah, amallah ‎‎dan hayatilah bacaan kalimah LAA ILAHA ILLA ALLAH, sebanyak-banyaknya, nanti automatik akan ‎‎‎'disatukan' hati-hati engkau pada jalanNya... ‎
    ‎ berapa banyak??? ‎
    ‎100x, 1000x, 70000x, ‎
    sepanjang masa, setiap nafas, kelipan mata... bi'iznillah ‎
    ‎ ‎
    ‎"Tuntutan sebenar ialah perhalusi iman bukan MABUK POLITIK. Sedialah hadapi zaman sukar ‎dihadapan." ‎
    ‎ ‎
    tuntutan agar perhalusi iman ini bukan hanya utk pendukung PERKASA, PEKIDA, UMNO sahaja yang ‎dikata sbg kalangan yg ‎sekular, bukan ahli-agama / ahli-mesjid,... bahkan para pendukung TABLIGH, ‎PAS, PKR, DAP dll. juga... IANYA untuk semua yang MENGAKU ‎ISLAM...‎

    antara cara memperhalusi dan mengukuhkan IMAN ialah, ‎
    ‎ ‎
    perbanyakkanlah engkau ucap-kan, amal-kan dan hayati bacaan kalimah LAA ILAHA ILLA ALLAH, ‎‎sebanyak-banyaknya, nanti automatik akan 'disatukan' hati-hati engkau pada jalan-NYA... ‎
    ‎ ‎
    penghujung nanti jika kita masih ada hayat hakikatnya tiada lagi PERKASA, PEKIDA, UMNO, PAS, ‎PKR dll... yang tinggal ‎hanya hamba-NYA vs. yg KAFIR ‎
    ‎ ‎
    hamba-NYA vs. yg KAFIR,‎
    hamba-NYA vs. yg KAFIR,‎
    hamba-NYA vs. yg KAFIR,‎
    ‎ ‎
    ‎2 saje pilihannya yg lainnya sebenarnya tiada... pilihlah selagi boleh memilih... ‎
    pilihlah menjadi hamba-NYA dgn JIHAD FISABILILLAH…‎

    HEIII bangsa melayu, mana SATU yang engkau pilih!!! ‎
    ‎ ‎
    ‎“LAA ILAHA ILLA ALLAH... maka sesiapa masuk ke dalamnya maka masuklah ia ke dalam benteng-‎‎KU, dan barang siapa masuk ke dalam benteng-KU, maka amanlah ia dari azab-KU.” ‎

    wassalam,‎
    marengJulak
    ‎13-MEI-2011 sempena mengingati trajedi berdarah 13-MEI-1969‎

    ReplyDelete
  2. Terima kasih utk peringtan ini.

    ReplyDelete
  3. assalam ustaz.apakah hukum sekiranya seorang anak berkecil hati terhadap kedua ibu bapa dan adik beradik nya.si anak hanya ingin dapatkan perhatian.kerana sering terasa terpinggir.apabila diluahkan isi hati kepada kakak dan abangnya.si anak pasti dimarah dan ini membuatkan si anak tertekan.apakah si anak dianggap anak yang tidak baik atau derhaka kepada ibu bapa nya..mohon pandangan ustaz.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG