PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Monday, May 9, 2011

Betul Ke Perayaan Hari Ibu Dari Agama Kristian?




Assalamualaikum ustaz.

Mintak pandangan Ustaz tentang sambutan Hari Ibu yang disambut pada bulan Mei setiap tahun iaitu pada Ahad kedua bulan Mei( hari ini 8 Mei 2011 ), kerana saya terbaca satu artikel yg mengatakan sambutan hari ibu itu bagi mengenangkan "mother of church" satu perayaan bagi agama kristian. Sememangnya kita sentiasa mengenang jasa dan pengorbanan ibu, tetapi jika tarikh tersbeut dijadikan tarikh khusus untuk sambutan hari ibu tanpa niat untuk menyambut perayaan tersebut cara orang kirstian...apakah hukumnya?

Minta pandangan Ustaz..

Sekian,terima kasih.

Jawapannya

Sebelum ini saya tidak berani untuk mengeluarkan apa-apa kenyataan berkaitan Hari Ibu ini sebab segala dakwaannya belum jelas dan sahih lagi. Baru-baru ini saya cuba mencari artikel-artikel yang berkaitan Hari Ibu kebanyakkannya mendakwa perayaan tersebut adalah daripada upacara Agama Kristian.

Perayaan hari ibu ini adalah berasal dari pada budaya masyarakat greece sebagai penghormatan mereka terhadap Rhea iaitu ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.

Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.

Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.

Peranan Sebagai Umat Islam

Tidak perlu kita tunggu Perayaan Hari Ibu barulah waktu itu kita terhegeh-hegeh untuk membelikan hadiah dan berbuat baik kepada mereka, selepas hari ibu habis semua, kembali balik kepada asalnya iaitu tidak pernah menanyakan khabarnya, tidak balik ke kampung untuk menziarah mereka, kasar dengan kedua ibu bapa dan sebagainya. Pelakuan sebeginilah yang dilarang oleh Islam, Perayaan Hari Ibu bagi Islam ini adalah pada setiap hari dan setiap masa. Sebab ini adalah tanggungjawab sebagai seorang anak untuk menjaga mereka.

Banyak ayat-ayat Al-Quran dan hadis yang menceritakan tentang menghormati kedua ibu bapa pada bila-bila masa, bukan hari atau masa yang tertentu sahaja kita menghargai ibu bapa kita. Di antara firman Allah yang bermaksud :

“Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya Engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata, dan hendaklah Engkau berbuat baik kepada ibu bapa. jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua Dalam jagaan dan peliharaanMu, maka janganlah Engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah Engkau menengking menyergah mereka, tetapi Katakanlah kepada mereka perkataan Yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah Engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, Dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil." (Al-Isra : 23-24)

Sebagai seorang anak yang baik dan beriman kepada Allah, maka dia hendaklah menjaga dan menghormati kedua ibu bapanya jangan sesekali menyakiti hati mereka. Menderhakai kedua ibu bapa merupakan kejahatan yang paling besar dan paling dibenci oleh Allah. Di antara balasan yang dikenakan Allah kepada orang yang menderhakai kedua ibu bapanya ialah :

Segera Mendapat Balasan Allah

Orang yang derhaka kepada ibu bapanya, akan disegerakan Allah balasannya tanpa ditangguh-tangguhkan. Ini sebagaimana sabda Rasulullah saw yang bermaksud :

"Setiap dosa mungkin ditangguhkan seksanya sesuai dengan kehendak Allah sampai hari kiamat kecuali dosa terhadap ibu bapa..." (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Segala Amal Ibadatnya Sia-Sia

Amalan baik yang kita lakukan akan menjadi kosong dan sia-sia, tidak diterima Allah sekiranya melakukan penderhakaan terhadap ibu bapa. Hal ini dapat difahami melalui sepotong hadis yang bermaksud :

"Tiga hal yang menyebabkan sia-sia amal iaitu menyekutukan Allah, menentang kedua ibu bapa dan melarikan diri daripada medan perang." (Hadis riwayat Tabrani)

Tidak Akan Masuk Syurga

Balasan setimpal disediakan Allah bagi orang yang menderhaka kepada ibu bapa ialah tidak akan dapat masuk Syurga. Perhatikan sabda Rasulullah saw yang bermaksud :

"Hak Allah atas empat orang yang tidak akan dimasukkan ke dalam Syurga dan tidak akan merasakan kenikmatannya iaitu, orang yang sentiasa minum arak, pemakan riba, pemakan harta anak yatim dan orang yang tidak suka kedua orang tuanya." (Hadis riwayat al-Hakim)

Kesimpulannya

Pendapat saya yang serba kekurangan ini, lebih baik kita hindarkan diri dari menyambut Perayaan tersebut, kerana dikuatiri ia melibatkan perayaan Agama Kristian dan hal ini saya masih belum menjumpai mana-mana fatwa yang dikeluarkan lagi oleh pihak yang berwajib. Mungkin telah ada fatwa tetapi saya masih belum menjumpai maklumat tersebut. Tidak perlulah kita buat kebaikan pada masa-masa tertentu sahaja untuk berbakti kepada kedua ibu bapa, kerana mereka telah banyak berkorban untuk kita sejak dalam kandungan lagi sehinggalah kita digelar sebagai seorang bapa dan ibu. Tidak terhitung segala pengorbanan yang mereka berikan kepada anak-anak mereka sebab terlalu banyak.

Perayaan ini juga ada kaitannya dengan akidah, takut-takut apa yang kita buat itu boleh merosakkan akidah kita tanpa disedari, ini sangat bahaya dan perlu diawasi. Masyarakat Islam sekarang khususnya di Malaysia ini banyak yang jahil dan suka menerima apa-apa perkara secara bulat-bulat dan tidak menyelidikinya terlebih dahulu. Bila telah melakukannya baru disedari bahawa selama ini apa yang telah dilakukan adalah bercanggah dengan Agama Islam.

Lebih baik kita menghindarkan diri dari menyambutnya, kerena ini lebih baik dan ia juga belum terbukti lagi adakah ia sebahagian acara Agama Kristian atau bukan. Istilah mudah yang boleh digunakan dalam masalah ini ialah ragu-ragu atau syubhah. Tindakan yang baik adalah terus meninggalkan perayaan tersebut kerana ia lebih selamat. Hadis Rasulullah saw yang bermaksud :

"Sesungguhnya yang halal itu telah nyata (jelas hukumnya) dan yang haram itu juga telah nyata (jelas hukumnya) dan di antara kedua-duanya (halal dan haram itu) terdapat perkara perkara syubhah (yang tidak jelas akan kehalalan dan keharamannya) yang tidak diketahui oleh ramai manusia, maka barangsiapa yang memelihara dirinya dari perkara-perkara yang syubhah itu samalah seperti orang yang telah melindungi agamanya dan kehormatannya, barangsiapa yang terjatuh ke dalam perkara-perkara yang syubhah maka sesungguhnya ia telah terjatuh ke dalam perkara-perkara yang haram, seumpama penggembala yang menggembala di sekitar padang rumput yang berpagar hampir-hampir binatang gembalaannya masuk dan memakan rumput-rampai yang berpagar ini.Maka ketahuilah sesungguhnya bagi setiap raja itu ada padanya kawasan larangan dan ketahuilah bahawa sesungguhnya kawasan larangan Allah adalah perkara-perkara yang telah diharamkanNya. Dan ketahuilah sesungguhnya di dalam tubuh itu terdapat satu ketul daging, jika ia baik maka baiklah keseluruhan tubuh dan sekiranya ia rosak maka rosak pulalah keseluruhan jasad, sesungguhnya ia adalah hati." (Riwayatkan AI-Bukhari dan Muslim)



21 comments :

  1. Salam... ustaz.. saya mohon izin pinjam entry ini ke blog saya.. TQ

    ReplyDelete
  2. Jazakallah semoga Allah memberi hidayah...

    ReplyDelete
  3. salam..

    ustaz kalau saya dan adik beradik saya nak sambut hari ibu pada hjung minggu nie maknenya haram la ye.. tapi kalau kteorang just niat nak memgembirakan mak sahaja boleh ke.. tp still gne pkataan slamat hari ibu?..
    macam mane tu ustaz?

    ReplyDelete
  4. Salam

    Kita sambut jangan tetap hari seperti yang dibuat tu, bila2 nak sambutpun boleh... tak semestinya seperti yang dibuat..Lagipun saya tak kata haram, saya kata benda ni syubhah maksudnya tak pasti haram dan halalnya. Jadi lebih baik dielakkan.

    ReplyDelete
  5. assalamuaikum.....ustaz,saya mohon izin pinjam entry ini ke blog saya....tq
    ustaz mohon perjelasan yang lebih lanjut apa yg saya bc dari blog ini tentang sambut hari ibu,http://1manhajsalaf.blogspot.com/2011/05/sambutan-hari-ibu-halal-atau-haram.html

    ReplyDelete
  6. "Asal sesuatu adat dan muamalat adalah harus, pengharaman sesuatu yang diharuskan syarak memerlukan nas syarak yang jelas".
    Asas ini merupakan dasar yang paling penting bagi seseorang ulamak untuk menentukan sesuatu hukum berkait dengan muamalat atau adat.
    Adakah kita memiliki nas dan hujah yang jelas untuk mengharamkan hari ibu?.
    Adakah disebabkan hari ini telah dirayakan oleh orang Kristian, atau dimulai oleh mereka, maka kita mengharamkannya untuk umat Islam?.
    Apakah unsur-unsur yang boleh merosakkan akidah yang menyebabkan kita mengharamkan sambutan hari?.
    Jika hari ibu diharamkan dalam perundangan Islam, berdasarkan hujah dimulakan oleh orang Kristian (bukan Islam), maka kenapa pula kita menghalalkan hari guru, hari kemerdekaan, hari angkatan tentera dan pelbagai hari-hari dan sambutan perayaan, sedangkan hari-hari tersebut dimulai atau dibuat oleh orang barat (Kristian).
    Jelas sekali, sambutan hari ibu merupakan amalan positif bagi menanam kasih sayang seorang anak kepada ibunya. Bukankah kasih sayang seorang anak kepada ibunya menepati kehendak agama.
    Kita terpaksa meniru sambutan hari ibu kerana tidak pernah menggunakan akan fikiran bagaimana menggalakan kasih sayang seorang anak kepada ibu.

    ReplyDelete
  7. Saya sokong PakTahPas
    Hudup PakTahPas !!

    ReplyDelete
  8. Hidup PakTahPas

    ReplyDelete
  9. MOHON UTK SHARE

    ReplyDelete
  10. Salam

    Pak Teh saya tak kata haram, cuma yang saya kata lebih baik dihindarkan.. kan itu lebih baik..

    Tapi apa2pun berdasarkan hujah masing2 yang mempunyai ilmu dan latar belakang yang berbeza.. yang penting setiap hujah mestilah disandarkan kepada syarak.

    Apa2pun terima kasih pak teh pas.. ini satu perkongsian yang baik.

    ReplyDelete
  11. sebahgian ada yg mengharamkn..sebahagian ada yg mengharuskan..elok juga kita membaca ini.supaya kita lebih terbuka
    http://www.zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/38/475-mothers-day-from-islamic-perspective.html

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum,

    Mmg terdapat pelbagai pendat mengenai perkara ini. Saya sarankan juga membaca artikel ini http://www.suhaibwebb.com/relationships/marriage-family/parents/can-i-celebrate-mothers-day/

    Untuk selamat, jgn lah kita jadi kan hari ibu sebagai satu2 hari yang kita berbuat baik dgn ibu.. tak salah memberi hadiah dan sebagainya supaya ibu berasa gembira dan dihargai..yang penting, doa dan ingatan tu mestilah setiap hari..

    ReplyDelete
  13. Selamat menyambut hari persiapan untuk hari mati

    ReplyDelete
  14. Salam Sejahtera semua...

    Tujuan saya masuk ke blog ini bukan untuk berperang tetapi untuk memperbetulkan keadaan..Saya seorang yang beragama kristian..Saya mohon maaf terlebih dahulu jika fakta saya menyinggung perasaan semua yang ada di sini. Apa yang ingin saya tekankan di sini adalah, Kristian tidak ada kena mengena dengan Mother's Day.. Ustaz ada mengatakan mengenai "Mothering Lent".... Kami umat kristian merayakan Mothering Lent mengikut kalender Gregorian.. dan Tarikh Mothering Lent adalah tidak sama dengan tarikh Mother's Day... Contohnya pada tahun 2011, tarikh mother's daya adalah pada 8 May 2011...tetapi tarikh Mothering Lent adalah pada 3 April 2011... Dan pada tahun ini pula tarikh Mother's Day adalah pada 13 May 2012...manakala Mothering Lent adalah pada 18 March 2012... Saya hairan kenapa Ustaz mengaitkan Agama Kristian dengan perayaan Mother's Day sedangkan kami tiada apa2 kaitan dengan perayaan tersebut. Kenyataan seperti ini boleh merosakkan keharmonian masyrakat di Malaysia di mana masyrakat islam akan terus memandang hina terhadap agama kristian seperti yang memang terjadi sekarang ini... Boleh tanya saya jika ada pertanyaan lanjut...

    Salam Damai..

    ReplyDelete
  15. masy Islam tidak memandang hina org kristian. cumanya umat Islam tidak dibenarkan mengikuti apa2 ritual keagamaan yg dilakukan oleh penganut lain. cth: jika org kristian suka membuat amal derma kpd bdn2 kebajikan, maka harus lah umat Islam menirunya sbb perlakuan itu tiada kaitan dgn hal keagamaan. tp jika penganut kristian sambut Easter Day, atau Christmas ect..yg memang dh jelas ade kaitan dgn hal keagamaan, maka umat Islam dilarang meniru/merayakannya juga. itu saja... tak timbul pun soal membenci penganut agama lain.

    ReplyDelete
  16. Rlax sudah..ambk yg jernihnya and buang yang kerohnya....ambk langkah kamu sendiri..jgn keroh kan keadaan..okey..n seperti ustaz ckp, dye tidak menyatakan bahawa hari ibu adalah haram, cuma menyatakan ianya syubhah (yang tidak jelas akan kehalalan dan keharamannya)...chill okey relax..jgn terburu2.

    ReplyDelete
  17. Jike ianya melibatkn tntg ugame maka ianya haram. Jika ari guru, tentera itu tidak melibatkn ugame maka x haram. Rujuk pd y pakar. Knp kita juga mengagungkn hari ibu bsama dgn bulan y org kristian sambut? Renungkn.

    ReplyDelete
  18. Umat islam tidak memusuhi ugame lain malah sentiase akn mdekati mereka d berbncang akn hal kbenaran d kbaikan. Dalamilah islam dgn spenuhnYE maka tenanglah hdup anda. Kbenaran ad di depan mata. Jnji ALLAH S.W.T ITU BENAR. Jika ad y mushkil tentang kbenaran ugama rujuklah pd ustaz2. Y brugama slain islam blh btnyakan tntg islam. Jgn segan2.

    ReplyDelete
  19. Besnis produk kesihatan myherb2u-goji,tricajus,susu kambing,mlm call +60192311900
    http://www.healthbuilders.com.my/
    othmandraman@yahoo.com
    http://othmandraman.blogspot.com/?m=1
    http://www.dnaglobal2u.com/
    http://www.iphytoscience.com/
    http://www.drtina.mynucerity.biz/indexi.php
    Kedai P01 pasar majlis sek16 shah alam,selangor,malaysia
    Rakan kongsi/penyewa/pekerja diperlukan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG