PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Wednesday, May 18, 2011

Guru Oh Guru


Salam bahagian dan salam gembira kepada semua pengunjung blog usang ini, Alhamdulillah segala puja dan puji bagi Allah yang telah menghidup dan mematikan manusia. Hari ini masih segar dan sihat apabila kita bangun dari tidur dan dapat melaksanakan segala tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kita. Semoga hidup kita semua berada di dalam keimanan dan mendapat taufiq dan hidayah Allah swt.

Tidak berguna manusia ini jika tiadanya guru yang sentiasa berusaha dan berazam untuk memberikan ilmu pengetahuan kepada semua anak muridnya. Hasil kejayaan, pembanggunan dan penghayatan Agama Islam itulah berasal dari titik peluh dan pengorbanan guru. Sangat penting peranan guru di dalam kehidupan manusia ini. Untuk memastikan segala tarbiah atau didikan itu berkesan kepada muridnya, maka terlebih dahulu guru tersebut perlu ikhlas dalam perjuangan beliau. Setiap usaha dan pengajaran yang diajar kepada muridnya tidak mengharapkan apa-apa balasan selain dari keredhoan Allah. Ini penting untuk memastikan proses pendidikan itu mencapai tujuan yang telah ditetapkan sepertimana yang terkandung dalam firman Allah yang bermaksud :

“Bacalah (Wahai Muhammad) Dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku, Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui Pena dan tulisan, Ia mengajarkan manusia apa Yang tidak diketahuinya.” (Al-Alaq : 1-5)

Pada suatu malam, ketika baginda sedang bertafakur di Gua Hira, Malaikat Jibril datang kepada Nabi Muhammad. Jibril menyampaikan wahyu Allah dan meminta Baginda membaca. Baginda menjawab, "Saya tidak tahu membaca". Jibril mengulangi lagi kali kedua meminta Baginda untuk membaca tetapi jawapan baginda tetap sama. Pada kali ketiga Baginda dapat membaca dengan menyebut :

"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya."

Rasulullah juga telah diajar dari gurunya yang bernama Malaikat Jibril yang menjadi wakil dari Allah untuk mengajar dan menurunkan wahyu kepada Rasulullah saw. Jelas di sini, guru merupakan tunggak utama dalam memberikan input dan pengetahuan kepada manusia, jika tiada guru maka kemajuan dan teknologi tidak akan dimiliki seperti yang terdapat sekarang ini.

Sebab itulah Islam sangat menuntut umatnya supaya menuntut ilmu, kerana ilmu sangat penting di dalam pekerjaan ibadah atau pekerjaan harian. Orang yang tidak memiliki ilmu akan mudah dipesongkan dan mudah ditipu oleh manusia yang jahat atau syaitan. Ramai orang terikut dengan ajaran sesat sebab mereka tidak memperolehi ilmu yang mencukupi. Sebab itulah ilmu perlu dituntut dengan guru yang mursyid dalam bidang-bidang tertentu supaya tidak berlakunya kesesatan.

Bagi orang yang telah berjaya, jangan anda lupakan guru-guru anda yang telah mendidik dan memberikan ilmu kepada anda, pepatah melayu mengatakan : “tanpa mereka siapalah anda”. Dalam pendidikan ini perlu adanya keberkatan dan keredhoan Allah dan guru, kalau tiada keberkatan nescaya ilmu yang dimiliki tidak akan ke mana.

Tidak semestinya menghargai guru itu dengan memberikan hadiah, bayaran, pujian atau sebagainya. Cukuplah dengan hanya berdoa dan menghargai segala ilmu yang disumbangkan. Yang penting bagi seorang guru adalah melihat muridnya berjaya sepertimana yang dia idamkan. Bahagian hati seorang guru bila melihat muridnya adalah seorang insan yang bertaqwa, mempunyai akhlak yang baik, pekerjaan yang baik dan sebagainya. Hargailah guru anda semua, kerana peranannya sangat besar juga jika dibandingkan dengan pengorbanan ibu bapa kita semua.

Selamat Hari Guru...

1 comment :

  1. selamat Hari Guru buat Ustaz dan guru2 di Malaysia dan di seluruh dunia...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG