Saya, Wan Zawani Bt. Wan Ahmad, Eksekutif Halal daripada syarikat Secret Recipe ingin menyatakan maklum balas di sini berhubung hebahan atau kandungan artikel blog yang telah dibawa untuk perhatian kami. Kami amat kesal kejadian seumpama ini boleh berlaku walhal perkara ini langsung tidak terjadi di syarikat kami kerana kami sepenuhnya menggunakan bahan-bahan ramuan yang halal serta mendapat pensijilan halal dari daripada badan yang diiktiraf iaitu JAKIM. Jika terdapat sebarang kemusyikan berhubung perkara ini, anda boleh berhubung terus dengan pihak kami di talian 03-78034891 dan berhubung dengan saya. Dengan ini, kami juga ingin memaparkan kenyataan rasmi daripada syarikat Secret Recipe berikut :
Pandangan Ustaz
Sebelum ini saya dapat di dalam blog Persatuan Pengguna Islam Malaysia yang menyatakan bahawa ada DNA Babi dalam bahan pembuat kek dan roti Secret Recipe dan saya telah siarkan dalam blog saya juga pada tarikh 25 Mei 2011. Pada hari ini iaitu Khamis 26 Mei 2011 kawan saya telah memberikan link penafian dari pihak penal halal syarikat Secret Recipe Malaysia yang mengatakan bahawa dakwaan tersebut tidak halal dan terdapat DNA Babi adalah tidak benar.
Sebagai pengguna Islam, kita berhak untuk mencari dan mengkaji perkara tersebut adakah ia benar ataupun tidak. Kalau mengikut hemat saya, elakkanlah dari menggunakan produk tersebut selagimana ia tidak mempunyai kajian yang tepat tentang perkara tersebut. Kita kena berhati-hati dalam pemakanan ini, kalau benda yang haram atau syubhah masuk dalam perut kita, ia akan jadi darah daging kita dan juga darah daging anak dan isteri kita. Lama-lama hati menjadi gelap dan susah untuk melaksanakan amal ibadah. Hati menjadi berat dan suka kepada perkara-perkara yang dusta dan dosa. Firman Allah yang bermaksud :
"Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa Yang ada di bumi Yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana Sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh Yang terang nyata bagi kamu." (Al-Baqarah : 168)
Gunalah hak pengguna untuk menentukan pembelian kita, yang penting carilah barang makanan yang halal untuk dimakan oleh kita, anak dan isteri kita. Makanan yang baik dan halal akan membuatkan jiwa dan rohani seseorang tersebut mudah dibentuk dan senang diasuh. sebagai ketua keluarga wajib memastikan keluarganya memperolehi rezeki yang halal. Hadis Rasulullah yang bermaksud :
“Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu”. Kemudian beliau mencontohkan seorang laki-laki, dia telah menempuh perjalanan jauh, rambutnya kusut serta berdebu, ia mengadahkan kedua tangannya ke langit : “Ya Rabbi ! Ya Rabbi! Sedangkan ia memakan makanan yang haram, dan pakaiannya yang ia pakai dari harta yang haram, dan ia meminum dari minuman yang haram,dan dibesarkan dari hal-hal yang haram, bagaimana mungkin akan diterima do’anya” (Riwayat Muslim)
Artikel Pada Tarikh 25 Mei 2011 : Bahan Buat Kek & Roti Secret Recipe Ada DNA Babi (Klik Sini)
Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia Bil.14/2011 yang diadakan pada 12 Mei 2011 telah memutuskan permohonan Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd ( JAKIM-20100609-123757 ) adalah tidak berjaya berikutan penemuan Deoxyribonucleic Acid (DNA) babi dalam bahan ramuan ( Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder ) yang digunakan syarikat tersebut. Dua ramuan terbabit ialah ‘Whole Egg Powder’ dan ‘Whole Milk Powder.’
Syarikat tersebut adalah Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd ( JAKIM-20100609-123757 )

Untuk maklumat lanjut sila klik link ini : Halal Malaysia
Sumber : Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Cik/Puan Wan Zawani. Soalnya ialah Secret Recipe menggunakan bahan dari keluaran syarikat PURATOS yang tidak halal itu.
ReplyDeleteSila rujuk kepada link di bawah
ReplyDeletehttp://www.puratos.com.my/110526BWSE.html
Salam Anon,
ReplyDeleteSyarikat Secret Recipe tidak menggunakan produk syarikat PURATOS langsung.
Kebetulan nama produk syarikat PURATOS adalah Brownies Concentrate Secret Recipe, jadi orang menyalah anggap bahawa dua benda ini berkaitan.
Adapun "secret recipe" ialah sebuah frasa umum yang bermaksud "resipi rahsia", yang banyak digunakan sebagai nama produk di masa kini.
Bukankah lebih baik kita menyiasat dengan lebih mendalam sebelum percaya bulat-bulat sesuatu perkara? Jika kita menuduh tanpa usul periksa kepada syarikat Secret Recipe bayangkan apa perasaan pelanggan2 Muslim mereka yang selama ini setia dengan produk halal tersebut.
Assalamualaikum.
salam .... dah namanya secret recipe/////resepi rahsia///wat pa nk mkn entahhh ---entah mcm -mcm ade;;;didlmnya...mkn je yg halal lgi suci...cari lah semoga kita dpt pahala memcari yg halal..
ReplyDelete