PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Monday, June 20, 2011

Bersyukur Apabila Memperolehi Anak


Sifat syukur perlu ada kepada semua umat Islam, kerana Allah swt telah menganugerahkan nikmat makan, nikmat berjalan, nikmat melihat, nikmat memegang dan berbagai nikmat lagi yang mesti di gunakan untuk menjadi hamba yang bertaqwa kepada Allah. Barang siapa yang tidak bersyukur dengan segala nikmat yang Allah berikan kepada mereka, maka nescaya Allah akan sediakan kepadanya satu azab yang sangat pedih iaitu azab api neraka Allah swt. Firman Allah :

“Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan Demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”. (Ibrahim : 7)

Anak merupakan eset yang paling berharga dan tidak ternilai jika dibandingkan dengan perkara yang lain. Ibu bapa perlu menghargai dan mensyukuri kepada Allah yang telah mengurniakan anak kepada mereka. Tidak rasa kecewa jika Allah memberikan kepadanya anak yang hitam kulitnya, cacat dan tidak seperti yang diharapkan. Malah mereka berbangga dengan pemberian Allah ini dengan menadahkan kedua tangan dan berdoa dan berterima kasih kepada Allah.

Memang berat bagi sesiapa yang diuji oleh Allah dengan memberikan anak yang kurang upaya atau mengalami masalah kesihatan. Banyak wang kos yang perlu dihabiskan untuk menyara perubatan anak mereka. Bermakna sungguh jika mereka redho dan menerima dengan hati yang ikhlas atas anugerah yang telah diberikan oleh Allah. Besar ganjaran yang mereka dapat dari Allah atas penat lelah mereka menjaga anak mereka yang sakit dan cacat. Anggaplah ini satu ujian Allah kepada hambanya untuk menaikan taraf keimanan seseorang hamba yang disayangi oleh Allah. Firman Allah :

“Wahai orang-orang Yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi Segala kesukaran Dalam mengerjakan perkara-perkara Yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).” (Ali-Imran : 200)

Saidina Ali Bin Abi Talib pernah mengatakan bahawa :

"Bersabarlah walaupun itu sukar. Kerana akan jauh lebih sukar lagi jika kesabaran itu tidak engkau miliki lagi".

Sabar melayani karenah anak-anak adalah salah satu dari komponen syukur yang perlu dimiliki oleh kedua ibu bapa. Cuba kita nilai karenah anak dari sudut yang positif, maka pasti kita akan memperolehi jawapan yang sangat baik, iaitu anak-anak memerlukan perhatian dari kedua ibu bapa mereka. Sudah hampir sehari ibu bapa mereka meninggalkan mereka demi mencari rezeki yang halal. Setelah pulang dari kerja, maka sudah pastilah anak-anak akan melepaskan kerinduan mereka kepada kita dengan cara merap, tidak mahu berenggang, sentiasa hendak di dukung dan sebagainya.

Alangkah bahagianya, kalau kita melayan anak-anak dengan penuh kesabaran walaupun dalam kepenatan yang amat sangat. Besar ganjaran Allah kepada ibu bapa yang sabar melayani anak-anak mereka. Di antara ganjaran yang diperolehi oleh ibu bapa mereka ialah dihapuskan segala dosa kecil yang dilakukan oleh ibu bapa mereka. Allah menambah darjat keimanan ibu bapa yang sabar melayani karenah anak mereka. Merapatkan lagi hubungan kekeluargaan antara ibu bapa dan anak-anak dan sekaligus dapat melahirkan keluarga Mawardah War Rahmah.

Ibu bapa yang bersyukur akan sentiasa memastikan anak-anak mereka dijaga dengan baik dan diberikan didikan yang baik sama taraf dengan kanak-kanak yang lain. Walaupun tiada duit untuk membayar yuran sekolah atau tiada duit untuk membeli buku sekolah anak-anak, mereka sanggup berpuasa dan menahan diri dari kelaparan demi memastikan anak-anak mereka memperolehi pelajaran dan mempunyai buku untuk mereka belajar. Apabila hujan, mereka sanggup memberikan baju hujan atau payung kepada anak mereka supaya tidak terkena hujan takut demam, tetapi mereka basah kuyup disebabkan terkenanya hujan.

Perbuatan ini semua berlaku kerana mereka mensyukuri dan menghargai anugerah anak yang telah Allah berikan kepada mereka. Setiap saat mereka akan memastikan anak mereka belajar dan menjadi orang yang soleh dan bertaqwa kepada Allah.

2 comments :

  1. Semoga kita tergolong di kalangan hamba Nya yang selalu bersyukur.

    Terima kasih perkongsiannya ya Ustaz.

    ReplyDelete
  2. assalamuailaikum ustaz, sya mempunyai anak tiri seramai 6 orang dan seorang ank cacat yng tdk blh menguruskan dirinya sendiri. drpda cerita mak mertua saya, suami berpisah dgn istrinya pda thun 2002 ats permintaan istrinya sendiri dan mencabar d hdapan peguam dlam mahkamh. serta menolak kesemua ank anknya yng bongsu umur 8 blan kpada suami. Pda thun 2006,sya dan suami berkhwin dan menguruskan ankya. sblum itu, 2003 ank yng cacat sudah d hantar PUSAT PENGJAGAAN TERENCAT AKAL d kulai johor. Dari 2003 hingga sekarang,emaknya tdak pernah mengjenguk anknya tanpa rasa rindu naluri seorng keibuan dan tdk juga langsung berterima kasih pda saya menjaga ankya yang sekarang sudah meningkat remaja. APAKAH PANDANGAN USTAZ MENGENAI KEHIDUPAN SUAMI SAYA DAN ANKNYA YANG CACAT DAN HUKUM HUKUM TERHADAP EMAKNYA ATAS PERBUATANYA?[pernah taksub dengan bomoh dan sekarang menimpa musibah pda dirinya]

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG