PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Thursday, June 9, 2011

Jom Dapatkan Buku Sulung Ustaz


Segala puji dan syukur kepada Allah SWT yang menjadikan alam ini dengan penuh keindahan. Selawat dan salam kepada Nabi junjungan Muhammad SAW yang telah bersusah payah menegakkan syariat Islam di muka bumi ini, dengan berkat perjuangan Baginda Islam dapat dinikmati pada zaman sekarang ini walaupun Islam sentiasa menerima pelbagai dugaan dan cabaran dari musuh-musuhnya. Sebagai umat Islam, kita wajib membersihkan agama Islam ini dari segala tomahan dan fitnah yang telah dilemparkan oleh musuh-musuh Islam. Ayuhlah kepada sekalian umat Islam, marilah kita berpegang kepada Islam yang sempurna yang diasaskan dari Al-Quran dan Sunnah.

Ingatlah di dunia ini adalah tempat sementara sahaja dan tempat untuk kita mencari sebanyak yang mungkin pahala atau kebaikan untuk kita bawa ke akhirat nanti. Barang siapa yang mempunyai pahala dan kebaikan yang banyak, nescaya dengan kuasa Allah dia akan dimasukkan ke dalam syurga Allah dan barang siapa yang banyak dosa pula akan dicampakkan ke dalam api neraka Allah yang amat dahsyat.

Alhamdulillah, saya dapat menyiapkan sebuah buku yang menceritakan Taharah (bersuci) dengan cara lebih terperinci dan mudah untuk difahami oleh pembaca-pembaca sekalian. Dalam buku ini, saya masukkan beberapa perkara yang berkaitan dengan taharah iaitu seperti najis, istinjak, darah wanita, air manusia, mandi dan sunat-sunat fitrah. Ini semua sangat penting kepada kita semua dalam menjalani kehidupan seharian. Saya yakin masih ramai lagi yang tidak memahami tentang taharah dan bahagian-bahagiannya. Sebab dari itulah, terdetik dari hati saya untuk menyusun sebuah buku yang berkaitan dengan taharah secara padat dan lengkap dan ia dapat menjadi rujukan kepada semua pihak pada bila-bila masa.

Saya mohon maaf atas segala kekurangan dan kesilapan yang terdapat di dalam buku ini dan semua kelemahan atau kesilapan akan diperbetulkan pada cetakkan kedua pada masa akan datang. Jika ada segala perbahasan atau pendapat saya dalam bab-bab yang tertentu yang tidak sehaluan dengan pembaca, anggaplah itu adalah lumrah di dalam perbahasan ilmu fiqh yang amat banyak perbahasan khilaf atau ijtihad dari para ulamak dan ilmuan Islam. Berlapang dadalah dalam segala pandangan yang tidak sehaluan dengan anda, kerana perbezaan pendapat itu adalah perkara fitrah selagi mana ia tidak bertentangan dengan hukum-hukum yang qat’i atau jelas di dalam Al-Quran dan Sunnah.

Hanya kepada Allah saya berserah diri dan mengharapkan keredhaan dan ganjaran atas segala usaha penyusunan buku ini, semoga segala kerja buat saya ini adalah kerana Allah dan bukan kerana untuk mencari sedikit keuntungan dunia yang bersifat sementara. Semoga Allah SWT memberikan kekuatan dan nikmat kesihatan kepada saya untuk meneruskan lagi usaha berdakwah dan menyampaikan ilmu Islam kepada masyarakat Islam zaman sekarang ini, Insya Allah.

7 comments :

  1. dah mula keluar di pasaran ke ustaz...?

    ReplyDelete
  2. Dah keluar dah, boleh beli secara online, klik pada bahagian beli buku ustaz secara online

    ReplyDelete
  3. Aslkm Ustaz..Tahniah Ustaz,moga terus dalam keredaaNya.

    Insyallah saya akan cari nanti di pasaran;)

    ReplyDelete
  4. Taniah Ustaz, saya sentiasa melawat web nie.
    My latest entry Rahsia lulus temuduga kerajaan

    ReplyDelete
  5. alhamdullilah, nanti saya sebarkan dlm facebook saya. By the way saya ada paakai article ustaz dlm fb saya tapi ada link back kat blog ustaz, terima kasih.

    ReplyDelete
  6. Salam

    Terima kasih atas sokongan yang diberikan.. saya hargai dan berdoa semoga anda dirahmati Allah..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG