PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Friday, June 24, 2011

Kecoh Gambar Lucah Dalam Surah Yassin Di Pulau Pinang




Sebanyak 11 naskhah Surah Yasin yang diletakkan sekeping gambar berwarna yang memaparkan pelbagai aksi lucah ditemui di Masjid Negeri Pulau Pinang, semalam.

Imam Besar masjid itu, Yusuff Ahmad berkata gambar lucah itu ditemui di dalam naskhah Surah Yasin di rak ruang solat utama masjid itu oleh seorang pengawal keselamatan masjid yang ingin membacanya sementara menunggu solat Asar pada kira-kira jam 4.30 petang.

"Beliau kemudiannya memaklumkan perkara tersebut kepada siak masjid dan beberapa kakitangan lain termasuk saya. Apabila diperiksa, kami menemui 10 lagi naskhah Yasin yang turut mengandungi gambar lucah," katanya kepada pemberita di George Town hari ini.

Yusuff berkata naskhah Surah Yasin itu dipercayai baru diletakkan di rak berkenaan kerana keadaannya yang masih elok dan tidak terusik dan naskhah itu juga berbeza dengan naskhah Surah Yasin sedia ada di masjid.

Katanya seorang daripada imam masjid membuat laporan di Balai Polis Kampung Baru, Air Hitam berhubung perkara itu, petang semalam.

Pandangan Ustaz

Memasukkan gambar lucah dalam Surat Yassin di Masjid Negeri Pulau Pinang, merupakan kes kali kedua selepas Masjid Taman Bertam Indah, Kepala Batas, Pulau Pinang. Tidak sepatutnya perkara seperti ini berlaku di negara Malaysia, kerana rakyat negara ini hidup dengan aman damai. Jenayah seperti ini, boleh dianggap sebagai satu pencabulan keharmonian yang telah lama dikecapi oleh rakyat negara ini. Perkara ini juga adalah satu penghinaan kepada umat Islam.

Ayuh semua umat Islam, bagun dari tidurmu dan bergerak untuk memartabatkan Islam sebagai addin yang sempurna dan sebagai perlembagaan negara ini, kalau kita tidak menjadikan Islam sebagai cara hidup kita semua, maka pasti umat Islam negara ini akan dihina dan dianggap sebagai umat yang tidak berguna.

Jangan jadikan Islam sebagai mangsa untuk menjayakan sesuatu agenda politik yang tidak bermaruah dan tidak takut dengan azab dan kemurkaan Allah. Islam adalah agama yang suci dan agama yang dipelihara oleh Allah. Layarkanlah politik negara ini, sebagai politik atau siasah yang berpandukan kepada Al-Quran dan As-Sunnah seperti yang telah diajarkan oleh Rasulullah saw. Politik yang berpaksikan kepada hukum Islam, lebih terjamin keharmonian sesama kaum, lebih membela semua kaum dan memberikan kebahgiaan di dunia dan di akhirat.

Bertubatlah bagi sesiapa yang merancang dan melakukannya, kerana Allah mengetahui dan nampak segala apa yang kamu telah lakukan, walaupun tiada seorangpun manusia lain yang nampak. Ingat kebahgiaan dan kesenangan dunia tidak menjamin kebahgiaan selamanya dan tidak menjamin kebahgiaan di akhirat yang kekal abadi. Bertubatlah sebelum terlambat iaitu sebelum anda berjumpa dengan ajal maut anda.


10 comments :

  1. ASTAQFIRULLAH HAL AZIM....
    apa nak jadi degn maruah agama dan bangsa kita????
    ini bukan isu perkauman tetapi ummah islam sendiri mncemarkan maruah agama yg dianuti...Sbg umt islam saya mngecam tindakan ini dan muga tindkan dapat diambil oleh penguasa

    ReplyDelete
  2. Ada juga yang macam nih.Pelik sungguh.

    ReplyDelete
  3. MUNGKIN ORG ISLAM JUGA YG ADA MOTIF TERTENTU MELAKUKAN UNTUK MEMECAH BELAH ANTARA KAUM.KERANA DIA TAHU ORANG "MELAYU"ISLAM AMAT SENSETIF BILA MELIBATKAN ISU2 AGAMA.........BERTAUBAT LAH SESIAPA YG MELAKUKAN @ MENYURUH MELAKUKAN

    ReplyDelete
  4. menuduh berdosa, memfitnah berdosa, merasa tidak berdosa, rasa-rasa "geng songkok tinggi" punya onar ni!

    ReplyDelete
  5. Astaghfirullah hal azim,

    Mcm mne la bleh msuk rumah Allah pstu bt keje2 mcm tuh...
    InsyaAllah, mslh ini dpt diselesaikn dn spe2 yg melakukn perkara nih dpt dihdpkn ke muka pengadilan, xsemestinye di dunia shj malah di akhirat jg akn kne blsn..

    ReplyDelete
  6. astaghfirullah hal azim. ape nak jadi lah. sanggup buat benda macam tuh di rumah Allah

    ReplyDelete
  7. People generally have this notion that loosing weight through just diet pill will be easy, but that's not so. Diet pill works well if a person consumes low-fat diet and has a habit of working out regularly. Simply popping diet pill and waiting for miracle to happen within weeks or months will only give you pain. Loosing weight is slow process that requires time and commitment, but then you really feel proud about yourself when you see yourself in the mirror and say, "Is this me."

    ReplyDelete
  8. astaqfirullah hal azim...kerja sapa ni.... semoga orang itu akan mendapat balasan dari Allah...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG