PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Monday, June 6, 2011

Nikah Gantung Sah Ke Tak Sah


assalamualaikum.
boleh saya tahu lebh lanjut mengenai nikah gantung. atau mungkin ustaz boleh buat 1 entry khas mengenai nikah gantung.
salam.

Jawapan :

Perkahwinan atau nikah menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur. Menurut istilah syarak pula ialah Ijab dan Qabul (akad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditentukan oleh Islam. Perkataan zawaj digunakan di dalam al-Quran bermaksud pasangan dalam penggunaannya perkataan ini bermaksud perkahwinan. Allah swt menjadikan manusia itu berpasang-pasangan, menghalalkan perkahwinan dan mengharamkan zina. Firman Allah yang bermaksud :

“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang Yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha mengetahui.” (An-Nur : 32)

Hukum Perkahwinan

  1. Wajib kepada orang yang mempunyai nafsu yang kuat sehingga boleh menjatuhkan ke lembah maksiat (zina dan sebagainya) sedangkan ia seorang yang mampu.disini mampu bermaksud ia mampu membayar mahar(mas berkahminan/dower) dan mampu nafkah kepad bakal isterinya. Dalam permasalahan ini boleh didahulukan perkahwinan dari naik haji kerana gusar penzinaan akan berlaku, tetapi jika dapat dikawal nafsu, maka ibadat haji yang wajib perlu didahulukan kerana beliau seorang yang berkemampuan dalam segala aspek.

  2. Sunat kepada orang yang mampu tetapi dapat mengawal nafsunya.

  3. Harus kepada orang yang tidak ada padanya galakan dan bantahan untuk berkahwin dan ini merupakan hukum asal perkahwinan.

  4. Makruh kepada orang yang tidak berkemampuan dari segi nafkah batin dan lahir tetapi sekadar tidak memberi kemudaratan kepada isteri, sama ada ia kaya atau tiada nafsu yang kuat.

  5. Haram kepada orang yang tidak berkempuan untuk memberi nafkah batin dan lahir dan ia sendiri tidak berkuasa (lemah), tidak punya keinginan berkahwin serta akan menganiaya isteri jika dia berkahwin.
Nikah Gantung

Banyak betullah istilah-istilah yang digunakan orang melayu dalam pernikahan ni, ada cina buta, ada nikah gantung dan macam-macam lagi. Nikah gantung yang saya faham adalah seperti majlis pernikahan dibuat dahulu dan majlis perkahwinan atau kenduri kemudian. Kebanyakkan orang mengatakan bahawa nikah gantung ini bertujuan untuk mengelakkan berlakunya zina. Sebut-sebut nikah gantung ni selalunya kita dengar kepada anak-anak muda yang masih menuntut ilmu atau mabuk bercinta, takut makwe dan pakwe dirampas orang lain, maka mereka sanggup merancang untuk kahwin gantung.

Sebelum membuat keputusan kawin gantung ni, terlebih dahulu minta izin ibu bapa dahulu, jangan buat ikut nafsu sahaja, sebab masih banyak lagi tanggungjawab yang belum kita selesaikan terutamanya tanggungjawab sebagai seorang pelajar, tanggungjawab anak kepada ibu bapa yang berharap anak mereka memdapat kejayaan dalam pelajaran dan banyak lagi. Kalau ibu bapa bagi kawin, maka ia tidak menjadi masalah untuk melaksanakan perkahwinan. Redho ibu bapa ini penting sebab di situ ada keberkatannya. Hadis Nabi yang bermaksud :

“Redho Allah itu atas redho kedua ibu bapa”.

Janganlah kita mengecewakan kedua ibu bapa kita kerana cinta dan perkahwinan tanpa redho mereka. Takut-takut hidup kita tak bahagia dan tidak aman, kerana balasan orang yang mengecewakan atau derhaka kepada kedua ibu bapa akan disegerakan balasannya di dunia.

Dalam hal yang lain juga perlu kita perhatikan, seperti tanggungjawab yang akan dipikul oleh orang yang sudah berkahwin, mampukah dia melaksanakan perkara tersebut seperti memberi nafkah, perlindungan, kebahgiaan dan sebagainya. Kalau mampu maka anda layak untuk berkahwin. Haram berkahwin bagi orang yang tidak mampu melaksanakan tanggungjawabnya terhadap isterinya. Boleh lihat di atas tentang hukum-hukum perkahwinan. Firman Allah yang bermaksud :

“Dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara Yang sepatutnya. tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. “ (Al-Baqarah : 233)

Kahwin gantung, mestilah cukup rukun-rukun nikahnya seperti penganting lelaki, penganting wanita, dua orang saksi, wali, ijab dan qabul. Kalau cukup semua ini, maka perkahwinan tersebut sah dan bolehlah pihak penganting bersama. Ada adat melayu kita yang bercanggah dengan syarak seperti penganting yang nikah belum kenduri, tidak boleh bersama lagi. Sebenarnya perkara ini salah, kerana kenduri itu adalah sunat sahaja yang wajib itu adalah akad nikah. Tidak perlulah menghalang pengantin berjumpa atau berdua-duaan, lagipun saat itulah yang paling indah bagi pasangan pengantin.

Tidak boleh bersama bagi penganting lelaki yang belum bayar maskahwin kepada isterinya, kerana maskahwin adalah wajib, jika dia gagal membayarnya, maka dia tidak boleh lagi bersama dengan isterinya. Kalau boleh jangan berhutang maskahwin sebab dia tidak mahal. Beza dengan hantaran, kadang-kadang kita dengar hantaran sampai puluh-puluh ribu. Perkahwinan ini bertujuan untuk mencari keberkatan dan mencari kebahgiaan, janganlah sampai menyulitkan atau memayahkan pihak penganting lelaki dengan jumlah yang tinggi sehingga dia terlibat pula dengan hutang. Penganting lelaki dan perempuan boleh bersama jika wang hantaran belum dibayar, kerana hantaran adalah sunat. Tentang maskahwin pihak pengantin lelaki boleh berbincang dengan pengantin perempuan dengan cara yang baik. Kadang-kadang ada pengantin perempuan yang sanggup berikan duit maskahwin kepada suaminya untuk kegunaan tertentu seperti belajar, yuran dan sebagainya, maklumlah pengantin lelaki masih belajar. Ada setengah wanita dia tetapkan maskahwinnya murah dan ada yang minta Al-Quran sahaja. Apa-apapun berbincanglah dan selesaikanlah segala kesukaran dengan cara yang baik dan hikmah.

Penutup

Apa-apapun sebelum berbuat sesuatu, fikirkanlah dan berdoalah semoga Allah memberikan satu jalan keluar dari segala kesulitan yang berlaku. Perkahwinan ini adalah satu perkara yang baik dan banyak ganjarannya. Di antaranya terhindar dari melakukan dosa, solat boleh khusyuk, mudah melakukan ibadah dan sebagainya. Firman Allah yang bermaksud :

“Dan di antara tanda-tanda Yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, Bahawa ia menciptakan untuk kamu (Wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya Yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang Yang berfikir.” (Ar-Rum : 21)


31 comments :

  1. saya adalah gadis yang telah pun masuk keperingkat umur awal tiga puluhan.saya telah pun berkenalan dengan seorang lelaki yang boleh dikatakan suka sama suka.lelaki ini adalah dari keluarga yang sederhana,tidak punyai darjat atau memandang pangkat.ibu lelaki ini pernah memberi pandangan yang ihklas kepada saya supaya menghalalkan perhubongan ini.saya telah menyampaikan hasrat saya kepada kedua ibubapa saya.malangnya ibu dengan tegasnya tidak memberi laluan,malah tidak akan merestui niat baik saya ini.ibu masih inginkan saya mendapat suami yang ada gelaran dari keturunan yang ada darjat sapertinya.andai kata saya mengingkari kehendak ibu adakah saya dianggap anak derhaka atau akan tidak menikmati rahmat restu ibu?.ini bukanlah pertama kali ibu menolak sama ada pilihan saya mahu pun dari sesiapa saja yang datang merisik/meminang,malahan kakak saya pun menerima nasib yang sama.saya amat menyayangi ibu dan kerana itu saya sehingga kini belum tergamak berbuat sesuatu yang boleh melukai hati ibu.begitu juga teman lelaki saya,beliau amat menghormati saya sebagai kawan seislam dalam pergaulan kami.saya hanya mampu berdoa agar hati ibu lembut menerima bakal menantu dengan seadanya.

    ReplyDelete
  2. mana ada istilah 'nikah gantung'. nikah. nikah sahaja lah.

    samada pihak berkenaan tidak mengadakan majlis bersanding etc. dan sah akadnya. itu namanya nikah. tiada istilah ' nikah gantung'.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak mengaji kitab fiqh memang tak taw! Bodoh jangan ditunjuk, dengar orang mengajar!

      Delete
  3. menangis sy bace artikel ustaz..
    alangkah bhagianya hidup sy kalo ibubapa sy mengizinkan sy utk bkhwin dgn pilihan hati sy skrang...sy mgenali teman lelaki sy selama 4thun,,dr 2007-sekarang,,malah,hubungan antara keluarga sy dgn tman lelaki sy baik dan mesra,,,cuma ibubapa sy tidak megizinkan sy untuk bkhwin awal krna risau akn msa depan sy,ini kerana sy dan dia masih lg mnuntut di IPTA,,sy berada di institusi shah alam dan dia berada di sabah..sy fikir,dgn nikah awl,sy dpt mgelakkan dri sy dgn dosa bkn utk suka2...tp sebaliknya ibu bapa sy sgt tidak setuju,,,kdg2 sy menangis bila memikrkan pkara tsebut,,yaALLAH,,,tlgla hambaMU ini,,,

    ReplyDelete
  4. mas khawin tu apa? bkn yg bg kat iman ke? blh jelaskan cara2 nikah mcm ni?

    ReplyDelete
  5. saya student... saya nk tnya... elok x klu saya nk nikah pada umur 19 tahun.. saya takut terjebak ke alam zina..

    ReplyDelete
  6. Aku dah penat dah hidup bergelumang dosa . Nak kahwin mak lelaki tu tak suka aku. Mak ayah aku suka lelaki tu , tapi macamana kalau Mak lelaki tu tak sukaaa!! Susah benar nak dpt restu , hati mak dia keras macam batu . Aku dah penat fikir pasal semua ni !!!!

    ReplyDelete
  7. ya Allah,. kalau ternyata dia ini yang terbaik untuk hambamu,permudahkanlah urusan kami.. bantulah kami ya Allah..

    ReplyDelete
  8. salam ustaz...... macam mana pula klu pasangan tu ingin malaksanakan nikah khitbah ni tapi ibu bapa tidak setuju?? apa cara untuk memujuk ibu bapa merestui perkahwinan inikerana mereka tidak mengerti hukum nikah khitbah bahkan tidah terdedah kepada perkara ini??

    ReplyDelete
  9. Salam ustaz. Saya mempunyai kemusykilan. Saya hendak bernikah dengan pasangan saya, tetapi beliau masih belajar di universiti. Saya telah bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri. Apa yang saya ingin nyatakan di sini ialah, bolehkah saya bernikah (berwali hakim) secara rahsia tanpa pengetahuan ibu bapa saya dan pasangan kerana ingin mengelakkan perkara2 yang haram. Pernikahan ini berjalan atas dasar mengelakkan zina. Sepanjang pernikahan rahsia ini, saya tidak akan menuntut hak dan nafkah harta daripada pasangan saya. Saya dan pasangan akan bernikah semula secara terang-terangan dihadapan keluarga apabila tiba masanya nanti. Bolehkah perkara ini dilakukan?

    ReplyDelete
  10. title nye, nikah gantung sah ke tak sah.
    jawapan yg diberi kan tak de pun menjawab title diatas?

    ReplyDelete
  11. nikah gantung itu sah kalau rukun2 nikah lengkap dijalankan.

    ReplyDelete
  12. astaghfirullahalazim, bila org suruh belajar agama x nak...bila dh jahil agama x caya plak apa yang disampaikan...ni, Nikah Gantung ni mmg dh dikatakan dan digalakkan oleh Ulama2 sejak zaman dulu lagi...dan sehingga skrg masih diamalkan oleh org2 Arab...dan inilah cara kata org zaman skrg 'couple' secara halal, betul dan diredhai oleh Allah SWT...oleh itu, kalo x tau, jgn cuba berlagak tau, manakala yang ingin tahu, pergi cari Ustaz, Tok Guru atau Ulama2 yang dpt membantu kamu supaya lebih mengetahui...Wallahu a'lam. Salam =)

    ReplyDelete
  13. salam..sy ade seorg kawan.dye ni masih blajar umrnye 20tahun.begini si lelaki ingin mereka kahwin.tpi si lelaki tidak berkerja lagi kerana kedua-duanya masih belajar.si lelaki dan si perempuan ini ingin menghindar dari membuat maksiat kerana mereka satu tempat belajar.jadi mereka mengambil keputusan untuk berkahwin.si lelaki telah berbincang dengan ibubapanya tetapi si perempuan ni takut untuk memberi tahu ibubapanya.patut ke mereka berkahwin ketika belajar dan haruskah keluarga si lelaki yang pergi berjumpa keluarga si perempuan sedangkan keluarga si perempuan tidak tahu tentang perancangan tersebut dan keluarga si perempuan hanya tahu tentang percintaan anak mereka sahaja.apakah si perempuan harus memberi tahu kepada ibubapanya tentang kehadiran ibubapa si lelaki itu???si perempuan bertanyakan kepada saya tetapi saya tidak mampu untuk menjawab soalan itu.boleh tak tolong jawab persoalan si perempuan itu???

    ReplyDelete
  14. saya nak sangat nikah gantug.. tapi xtau mcm mane nk ckp ngn fmly.. lgpon sy stdy lg.. bln 3 2013 bln abes.. urmm.. byk sgt dugaan n godaan skrg nie~

    ReplyDelete
  15. salam ustaz..saya pon nk sgtg nikah gantung untuk elakkan berzina..dan saya pernah suarakan keinginan saya untuk bernikah gantung dahulu..tetapi masalah saya ibu saya xizinkan kerana dia takut orang kampung/jiran mengata tentang status saya..tetapi niat saya untuk berkahwin gantung dahulu adalah untuk mengelakkan zina dan tidak mempunyai wang yang cukup untuk mengada kenduri..

    ReplyDelete
  16. istikarah la dulu .. baru amek keputusan untuk bernikah .. ingatlah redha ALLAH SWT itu bergantung kepada redha ibubapa kita .. kebahagiaan rumahtangga itu bergantung kepada ALLAH SWT .. ;)

    ReplyDelete
  17. Segala nafkah zahir akan berlaku selepas hubungan kelamin…
    bagaimana kalau hubungan ringan2 jew???

    ReplyDelete
  18. ustaz org tye jwabla pls

    ReplyDelete
  19. Assalam... saya baru berumur 18 tahun dan sedang belajar tingkatan 6... Saya suka pada seorang gadis/wanita yang berumur 23 tahun belajar di UIA... Kami tidak pernah berhubungan tapi hati saya merasa suka... Ada baiknya kah jika saya hendak terus minta nikah sebelum ada orang lain yang 'masuk line' dahulu????

    ReplyDelete
  20. Bismillah...
    sekadar ana belajar,nikah gantung sah disisi syara'.keadaan dan situasi dalam negara ketika ini diharuskan kepada muda-mudi pada hari ini...maslahat umat...seperti diterangkan diatas,pernikahan seperti biasa tapi lepas kahwin tidak tinggal bersama...tanggugan isteri yakni nafakah masih ditanggung oleh wali perempuan tadi .....dan hukum sah disisi syara'.....

    ReplyDelete
  21. As'salam ustaz..
    Saya berumur 19 dan kekasih saya pula berumur 20..Kami sudah kenal sejak saya di tingkatan 4 lagi dan kami saling menyukai sehingga sekarang..Kami saling mencintai serta keluarga kedua pihak pun tahu..Saya hendak sangat nikah gantung dengan situasi kami sama2 masih belajar dan yang paling penting untuk mengelak maksiat..Saya tidak tahu bagaimana hendak beritahu hajat saya kepada keluarga kerana takut mereka tidak setuju..
    Saya amat berharap agar ustaz memberi sedikit sebanyak nasihat kepada saya..
    Terima Kasih.

    ReplyDelete
  22. Akm... adakah soalan2 kami nnti ustaz akan jawab?
    penat saya baca soalan2 mereka2 yg terdahulu, tapi tiada jawapan.....
    Harap sngt ustaz dapar membantu...ikur kemampuan pengetahuan ustaz.....

    ReplyDelete
  23. sy tolong jawabkan..yang ingin bernikah dengan wali hakim sembunyi2 dulu to kemudian nikah plak depan keluarga betul2...jawapan nya tidak boleh....pernikahan bukan main2...klo beetul awak nk nikah,nikah sahaja,buat kecil2lan..lg puan awak dah bekerja....jgn main2kan isu nikah sembunyi lepas to buat2 nikah sekali lg....

    ReplyDelete
  24. Besnis produk kesihatan myherb2u-goji,tricajus,susu kambing,mlm call +60192311900
    http://www.healthbuilders.com.my/
    othmandraman@yahoo.com
    http://othmandraman.blogspot.com/?m=1
    http://www.dnaglobal2u.com/
    http://www.iphytoscience.com/
    http://www.drtina.mynucerity.biz/indexi.php
    Kedai P01 pasar majlis sek16 shah alam,selangor,malaysia
    Rakan kongsi/penyewa/pekerja diperlukan

    ReplyDelete
  25. assalam, Kalau kawin waktu belajar, suami kn xbekerja, buat sementara waktu adakah ibu bapa yg tanggung kita? atau mcm mana/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumsalam...parents tanggung sampai suami ada kemampuan...

      Delete
  26. saya pun teringin nak nikah gantung untuk mengelakkan dr berlku zina.tapi lelaki xsetuju,,,sedangkn saya dah ckp dahulukan yg wajib,,,sya ambik keptusan berjauhan dgn dia krn dia xnak nkah gntung..kini hanya berserah pada ALLAH,,jika 1masa dia tetap jdoh saya, saya terima n kalau dia bkn jdoh saya, saya tetap juga terima,,,

    ReplyDelete
  27. saya nak bernikah gantung.. tapi saya takut kalau family saya xsetuju.. sebab2 saya nakmenikah gantung ialah, saya dh xtahan nk duduk dekat rumah ibu saya ny.. saya anakyatim... ibu saya seorang yang bermuka dua.. untuk mengelak daripada didera oleh abang2, kakak, dan mak saya, saya mengambil keputusan untuk menikah gantung.. tapi masa ini, saya masih lagi belajar di tingkatan 6.. umur saya dan teman lelaki adalah sama iaitu 19 thun.. saya memang dah tak sanggup nk duduk dekat rumah ini sbb ap yang saya lakukan selalu di hina.. pernah ibu saya berkata masa saya didalam kandungannya, dia pernah cuba untuk mengugurkan saya... saya selalu di persendakan kerana saya masih lagi duduk d rumah ini dan tidak bekerja.. oleh itu, saya mengambilkputusan untuk bernikah dan meninggalkan rumah ini.. pada pendapat ustaz, saya perlu k berwalikan hakim??? sbb saya xnak abg2 saya yang menjadi wali saya...

    ReplyDelete
  28. Assalam.
    Bagaimana jika langsung tiada kenduri sbg tanda menerima menantu perempuan? Bahkan keluara perempuan tidak pernah di undang dtg ke rumah lelaki (suami)?

    ReplyDelete
  29. Assalamualaikom, slpas sy bca mngenai nikah gntungg ini, sy rasakan ini cara yg trbaikk untukk psgn bercnta trmasukk sy sndrii, tdk mahu trjbak ngn zina... tapii sukar untukk suarakan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG