PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Thursday, June 30, 2011

Sabar Menghadapi Anak Yang Dikurniakan Allah



Apabila Allah telah anugerahkan anak kepada pasangan suami isteri, secara pastinya mereka akan menyayangi anak mereka dengan penuh kasih sayang, memberi sepenuh perhatian kepada anak mereka dan mengorbankan segala apa yang ada untuk menjamin kebahgiaan anak mereka di masa akan datang. Walaupun dalam keletihan dan baru pulang dari kerja, mereka sanggup lagi melayan karenah anak mereka dengan penuh senyuman dan kerinduan. Mereka sanggup meluangkan masa membawa anak-anak mereka keluar bersiar-siar dan bermain-main di tempat permainan, demi memenuhi tuntutan anak atau tanggungjawab sebagai ibu bapa.

Ketika anak mereka sakit, mereka sanggup meredah kesunyian dan kegelapan pada waktu malamnya dan sanggup mengambil cuti pada siangnya untuk memastikan sakit anak mereka dirawat di klinik, hospital atau di rumah. Yang penting bagi mereka, anak mereka selamat dan sihat seperti anak-anak atau kanak-kanak yang lain. Jiwa mereka menjadi tidak tenteram dan risau dengan keadaan anak mereka yang sakit. Selain dari ubat yang diambil daripada klinik atau hospital, mereka juga merawat anak mereka dengan kaedah perawatan tradisional yang telah diajar oleh ibu bapa mereka pada masa dahulu.

Segala pengorbanan yang diberikan kepada anak semasa dia kecil hingga dewasa tidak akan merugikan ibu bapa, malah mereka dijanjikan dengan balasan yang baik dari Allah jika mereka mengharunginya dengan perasaan redho dan sabar. Mereka juga sedar jika Allah tidak menganugerahkan kepada mereka anak, nescaya kehidupan mereka akan menghadapi kekurangan dan tidak memiliki keturunan.

Pasangan suami isteri yang tidak mempunyai anak, mereka sanggup berusaha melakukan berbagai perubatan sama ada moden ataupun tradisional bagi menangani masalah mereka. Selain dari itu, mereka berdoa kepada Allah semoga mereka diberikan cahaya mata sebagai penyambung jenerasi keturunan mereka. Ada diantara mereka redho dengan ketentuan dan ketetapan Allah kepada mereka yang tidak mempunyai zuriat, mereka mengambil anak angkat untuk memeriahkan rumahtangga mereka.

Ada di antara mereka menanti bertahun-tahun lamanya, baru Allah menganugerahkan cahaya mata kepada mereka. Mereka sambut dengan penuh rasa kesyukuran dan kebanggaan. Setelah sekian lama mereka menanti akhirnya dikurniakan juga anak kepada mereka sebagai penyeri rumahtangga mereka.

Sebagai hamba Allah yang bertaqwa, kita hendaklah menerima anugerah Allah ini dengan penuh kesyukuran, kerana cahaya mata itu adalah perhiasan dan penyeri rumahtangga kita. Firman Allah :

“Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas Yang memberi harapan.” (Al-Kahfi : 46)

Memang ada orang yang mengeluh mempunyai anak, kerana banyak wang yang diperlukan untuk memelihara anaknya. Ada juga orang yang tidak mahu mempunyai anak dan sanggup mengambil ubat-ubat pencegah kehamilan dengan alasan masih belum bersedia untuk memperolehi anak, menjaga badan, terlalu muda, belum mampu dan sebagainya. Mereka lupa sesungguhnya anak bukan membebankan tetapi ia adalah pembawa rezeki kepada keluarga tersebut. Setiap anak telah ditetapkan rezekinya semasa dalam kandungan lagi. Perkara ini telah dibuktikan di dalam firman Allah :

“Sesungguhnya Allah Dialah sahaja yang memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dialah sahaja) yang mempunyai kekuasaan yang tidak terhingga, lagi yang Maha kuat kukuh kekuasaanNya.” (Az-Zaariyat : 58)

Alangkah baiknya ibu bapa yang mempunyai anak, melaksanakan tugasnya dengan penuh keikhlasan dan kesabaran untuk mendidik anak mereka sepertimana yang dikehendaki oleh Islam. Ujian yang sangat besar kepada kedua ibu bapa yang mempunyai anak, kadang-kadang waktu tidur malam dikejutkan dengan tangisan anak kerana kelaparan untuk minum susu ataupun berak. Ibunya bangun dengan hati yang ikhlas dan sabar untuk membuat susu kepada anaknya atau membasuh berak anaknya. Pada waktu siang pula, anaknya merap dan mahu sentiasa didukung sehingga membantutkan pekerjaan ibu untuk mengemas rumah dan memasak. Apabila anak sudah boleh merangkak dan berjalan, habis semua pelusuk dan penjuru rumah si anak terokai, habis semua baju dan barang-barang dipunggah oleh anak, tetapi si ibu melayan karenah anak dengan sabar dan mengemas kembali barang yang diselerakkan oleh anak. Bertambah baik lagi apabila si ayah turut membantu ibu dalam menjaga anak mereka, jika si ibu memasak, solat, mengemas rumah si ayah yang menjaganya. Begitu juga si ayah bagun dari tidur untuk membantu isterinya membuat susu kepada anak pada waktu malam dengan penuh kesabaran dan keikhlasan.

Tindakan saling membantu antara suami dan isteri dalam segala urusan rumahtangga, adalah tindakan yang baik dan ia merupakan sunah Rasulullah saw. Dari Aisyah ra ditanya oleh seorang lelaki yang bernama Aswad :

“Apa yang di lakukan Rasulullah saw di rumahnya? Aisyah ra menjawab : Rasulullah saw membantu isterinya dalam menyelesaikan pekerjaan rumah dan jika beliau saw mendengarkan azan beliaupun keluar (ke mesjid)”. (Riwayat Al-Bukhari)

Ini tauladan yang sangat baik dan perlu dicontohi oleh semua umat Islam. Jangan anggap kerja rumah itu adalah kerja isteri sahaja dan suami tidak perlu membantunya. Suami perlu mempunyai sikap bertimbang rasa kepada isterinya untuk menjaga rumahtangga kerana ia adalah milik bersama.

7 comments :

  1. sana sini riuh dgn cerita sedih perangai buruk remaja, ibu jadi risau dan bapa jadi kalut. Anak yang diiqamah dan dibesarkan dengan doa sejak merah, tiba-tiba bertukar rupa menjadi masalah bila remaja, sedih dan sayu, dimana silap dan dimana salah.
    Sesungguhnya kata-kata ahli motivasi menikam hati, ibu bapa dituduh nista, tak memberi pendidikan agama, tidak mengajar dan tutur bahasa, tidak membaca doa itu dan ini, kurang ilmu mendidik anak.
    Semua dah kami buat, kami bapa misali, kami ibu contoh, kami berikan kasih sayang dan pendidikan pada anak kesayangan kami. Semuanya kami telah laksanakan.

    Rintihan ini terjawab, bila kita berfikir kali kedua, ibubapa menjaga anaknya sehingga remaja, namun selepas remaja siapa yang akan terus menjaganya.
    Persekitaran akan menjaga mereka, bagaimana persekitaran boleh menjaga mereka?. Wujudkan persekitaran yang terbaik untuk membentuk remaja atau manusia yang diredhai Allah.
    Siapakah yang bertanngungjawab melahirkan persekitaran yang diredahi ini?.
    Mustahil seorang manusia soleh dapat dilahirkan, jika setiap hari pembelajaran yang dipelajari bukan untuk membentuk mereka menjadi manusia soleh. siapakah yang bertanggungjawab mengubal sistem pembelajaran yang menjujung kemuliaan akhlak?. Kerajaaaaaaaaaan.
    Mustahil manusia soleh dapat dilahirkan, bila setiap hari media massa mempertontonkan keruntuhan akhlak. Siapakah yang bertaggungjawab memastikan media massa memihak kepada kemuliaan akhlak? Keraaaaajaaan.

    Pilihlah kerajaan yang baik untuk kebaikan anak anda.

    ReplyDelete
  2. Salam

    Pak tih Wah hebat hujah paktih saya suka membaca, artikel ini sebenarnya adalah sebahagian dari karya buku kedua saya yang sedang dalam penulisan..

    Minta izin pak tih untuk saya ambik poin2 penulisan pak tih ni untuk dimuatkan dalam buku saya.

    ReplyDelete
  3. semoga sy mnjadi ibu yg terbaik

    ReplyDelete
  4. Salam...

    Saya telah dikurniakan 2 orang cahayamata. boleh tak ustaz kongsikan ayat2 @ doa2 untuk menjadikan ank2 yang baik dan soleh dan solehah untuk saya doakan kepada anak2 saya nanti...

    ReplyDelete
  5. Dalam dunia tanpa sempadan dek kemajuan IT ini kita tidak boleh menunding jari menyalahi pihak tertentu menjadi penyebab keruntuhan akhlak anak remaja kita. Ramai guru tidak berjaya menjadikan anaknya seorang graduan, ramai uztaz dan ustazah yang melahirkan tuannya, ramai juga penceramah dan motivator tidak berjaya menasihati anaknya...NAUZUBILLAH, adakah ini kerana kesalahan kerajaan... kita ada segala kemudahan dan diberi pelbagai pilihan... TV contohnya... ada banyak rankaian dan siaran, internet juga ada banyak "site" yang boleh dipilih... Kenapa anak-anak remaja melilih yang ITU juga? Siapa yang memberikan arahan untuk memilih? Anak dididik oleh guru di sekolah dengan kurikulum yang digubal oleh KPM di bawah pemerintahan kerajaan semasa. Namun berapa jam satu hari anak berada di dalam kelas atau di sekolah? Selebihnya anak di mana? Satu hari ada 24 jam... berapa peratus masa ibu bapa ada bersama anak? Berapa peratus masa anak berada bersama guru? Sesiapa pun yang memerintah sesebuah negara sudah tentu mahukan yang terbaik untuk negaranya. Sama seperti membina rumahtangga. Runtuhnya rumahtangga bukan kerana suami sengaja ingin meruntuhkannya tetapi adalah kerana kecuaian dirinya atau kerana kecuaian pasangannya.Jika kita tidak suka persekitaran begitu untuk anak, kita tidak perlu menyalahi orang lain yang membentuk persekitaran itu tetapi kita berusaha membina persekitaran yang kita mahukan. Allah beri kita pilihan dan setiap pilihan ada cabarannya. Wallahualam.

    ReplyDelete
  6. nak mintak izin share ye ustaz....

    ReplyDelete
  7. Semoga kita selalu diberi kesabaran dalam mendidik anak, terimakasih artikelnya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG