PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Monday, July 25, 2011

Berkahwin Dengan Bakal Suami Atau Isteri Sudah Telanjur


Saya berumur 25 tahun dan kawan perempuan saya berumur 20 tahun. Kami berhasrat untuk berkahwin tanpa menceritakan perkara sebenar kepada keluarga saya.

Perempuan berkenaan sudah terlanjur ketika zaman persekolahan dengan lelaki lain.

Apakah hukum mengahwini perempuan itu dan kedudukan saya di sisi agama kerana niat saya kahwin adalah untuk membimbing perempuan itu ke arah yang lebih baik?

Jawapan Dr. Salam

Hukum perkahwinan itu adalah harus atau dibenarkan. Niat anda adalah baik dan ia boleh diteruskan. Sudah tentu pasangan anda sudah bertaubat dan menyesal dengan peristiwa lampau dan bersedia membaiki diri.

Apa yang penting persetujuan anda untuk mengambilnya sebagai isteri dan seterusnya membimbing isteri ke jalan yang benar (Islam).

Seterusnya anda tidak perlu menceritakan peristiwa silam itu kepada sesiapa kerana ia adalah satu aib dan keburukan yang tidak perlu didedahkan.

Sumber : Harian Metro

Jawapan Ustaz Pula

Sebagai seorang yang pernah terlanjur pada masa dahulu dan telah bertaubat kepada Allah swt. Tidak perlulah menceritakan perbuatan tersebut kepada bakal suami atau isteri anda, kerana hal ini sangat mengaibkan diri anda sendiri. Malah ia boleh menimbulkan perasaan kurang baik bagi pasangan anda apabila sudah mendengar cerita ini. Lebih baik disembunyikan sahaja perbuatan tersebut dari timbul pula masalah-masalah baru. Setiap manusia ada silapnya, segala kesilapan yang telah dilakukan cukup bertaubat kepada Allah dan tidak perlu diceritakan kepada orang ramai atau bakal pasangan anda.

Bagi sesiapa yang mengetahui bahawa pasangannya pernah terlanjur dengan orang lain pada masa dahulu, maka anda perlu ikhlaskan diri anda untuk menerima atau tidak, jangan letakkan perasaan kasih sayang dihadapan kerana ia sangat merbahaya pada masa akan datang nanti. Jika berlaku pergaduhan, kemungkinan besar peristiwa ini akan diungkit kembali. Kalau anda menerima bakal isteri atau suami anda dengan hati yang ikhlas atau ingin membimbingnya ke arah jalan yang benar (Islam) maka dipersilakan untuk meneruskan hajat anda, kerana niat anda sungguh murni dan dalam masa yang sama anda telah melaksanakan kerja dakwah dalam rumahtangga anda.

14 comments :

  1. Rasanya, kini sudah ramai dalam situasi seakan ini. Hmm.

    ReplyDelete
  2. ust, mcmane plak kalau perempuan tu takut yg kisah hitam dia tu (tmasuk dirogol, dll.) akan sampai jugak kpd bakal suaminye walaupn melalui org lain? adakah lebih baik dia berterus terang sbelum bernikah? risau nnti dituduh tidak jujur dan sbagainya jika dktahui slepas bernikah.. ape pendapat ust?

    ReplyDelete
  3. ape cara terbaik utk elak kan perkara ni berlaku ye? dah mcm trend pulak. ade yg bersekolah agam, pendidikan agama cukup tp masih juga tersilap langkah begini.

    ReplyDelete
  4. cara terbaik ialah....jauhilah perkara-perkara yang memebawa kepada zina........itulah permulaaan masalah....kalau dah terjadi jugak...bertaubatlah dan berserah kepadaNya supaya keaiban dilindungi sentiasa...sebaiknya janganlah dicerita perkara-perkara buruk...

    ReplyDelete
  5. assalammualaikum.
    saya hendak bertanya ustaz,sah atau tidak jika kita bersolat fardu,selepas membaca alfatihah kita membaca ayat lain tidak mengikut urutan,rakaat 1 kita baca ayat an nas dan rakaat 2 selepas alfatihah kita membaca al kafirun.kerana jika berimam kita membaca dengan urutan dari ayat yang tinggi /dari atas ke bawah.kerana selama ini saya bersolat sendiri(wanita) di rumah membaca ayat apa saja yang di hafal selepas alfatihah.saya minta ustaz memberi penjelasan.

    ReplyDelete
  6. assalammuaikum ustaz...
    saya ada soalan apakah hukum seseorang yg berzina malalui lubang dubul ( tempat keluar najis )....boleh ustaz tolong jelaskan saya keliru..

    ReplyDelete
  7. Berzina melalui dubur adalah dosa besar dan sangat dilaknat oleh Allah...cepat2lah bertaubat...

    ReplyDelete
  8. Aslmkm ustaz,saya nak tumpang bertanya..
    Jika kita cuba menyembunyikan dosa2 lepas dari pengetahuan isteri,bolehkah kita menafikan perbuatan kita yang lepas semata2 untuk menjaga hubungan dengan isteri?
    setelah bertaubat dari dosa2..perlu ke dijawab pernah melakukan dosa jika ditanya isteri
    terima kasih ustaz

    ReplyDelete
  9. salam ustaz, berzina melalui dubur atau dubul yang mana paling berdosa besar?

    ReplyDelete
  10. insan suci>dah nama pun berzina.....buat mcm mana cara pun tetap berdosa besar dan dosa zina ni tergolong dalam dosa-dosa besar....sekadar berkongsi...Dalam Al-Quran terdapat banyak ayat yang menyentuh tentang dosa perbuatan zina, antaranya firma Allah S.W.T. di dalam surah Al-Furqan ayat 68-69 yang bermaksud:

    “Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain disamping Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak), dan tidak pula berzina. Sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya dan akan digandakan baginya azab pada hari kiamat, dia pula akan kekal di dalam azab itu dengan menerima kehinaan”

    ReplyDelete
  11. Amende la soalan.. Lubang tu lubang ni.. Tah pape

    ReplyDelete
  12. Salam,harap ustaz dapat menberikan respon pd bberapa soalan penting yg akan sy ajukan..

    Segelintir masyarakat mengatakan,jika mengandung semasa berkahwin,semua anak2 yg di lahirkan itu akan menjadi anak zina krn perkahwinan tersebt tidak sah..Jadi sy ingin bertanya,

    1)Adakah hukumnya adalah SAH apabila sorg prempuan yg mengandung 6bulan di luar nikah itu telah berkahwin dgn lelaki tersebut(teman berzina)..??

    2)Haruskah prempuan & llaki tersebut menikah semula untuk mendapatkan anak sah taraf bagi anak kedua mereka nanti??

    3)MAHRAM atau BUKAN MAHRAM bila anak tdk sah taraf itu bersentuhan dengan adik-berdiknya & bapanya??

    4) Dan apa pulak hukumnya bila anak tak sah taraf itu bersentuhan dgn sepupu2nya sebelah ibu?

    Terima kasih..

    ReplyDelete
  13. Besnis produk kesihatan myherb2u-goji,tricajus,susu kambing,mlm call +60192311900
    http://www.healthbuilders.com.my/
    othmandraman@yahoo.com
    http://othmandraman.blogspot.com/?m=1
    http://www.dnaglobal2u.com/
    http://www.iphytoscience.com/
    http://www.drtina.mynucerity.biz/indexi.php
    Kedai P01 pasar majlis sek16 shah alam,selangor,malaysia
    Rakan kongsi/penyewa/pekerja diperlukan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG