PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Sunday, July 17, 2011

Hukum Orang Kafir Baca Al-Quran Dan Hadis



Assalamualaikum ustaz..saya ada satu persoalan apakah hukum bagi orang bukan Islam menggunakan hadis dalam hujahnya?..cthnya apa yang berlaku pada sidang ADUN semalam..adakah ianya salah??apa pandangan ustaz.?

Jawapannya

Islam yang telah diturunkan oleh Allah kepada Rasulullah saw adalah untuk disampaikan kepada semua umat manusia tanpa dikecualikan kepada sesiapa. Al-Quran dan Hadis adalah dua sumber hukum yang paling penting dalam menentukan sesuatu hukum di dalam Islam selain daripada Ijamak dan Qiyas. Selain dari itu juga, Al-Quran dan Hadis merupakan suatu alat dakwah yang mendatangkan bukti-bukti kekuasaan Allah dan kebenaran Islam kepada orang-orang bukan Islam. Untuk berdakwah kepada mereka, kita tidak berhujah dengan hanya menggunakan akal semata-mata kerana Islam itu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis dan dikukuhkan juga dengan kebenaran akal fikiran manusia. Saidina Umar Al-Khatab memeluk agama Islam dengan hanya mendengar adiknya Fatimah membaca Al-Quran.

Berdasarkan persoalan di atas mengenai orang kafir membaca Al-Quran atau membaca Hadis Rasulullah saw. Di sini saya datangkan pendapat ulamak terlebih dahulu yang berkaitan dengan masalah ini, di antaranya ialah :

  1. Syeikh Atiyyah Saqr bekas Ketua Lajnah Fatwa Al-Azhar mengatakan bahawa : “Golongan bukan Islam tidak ditaklifkan dengan syariat dan hukum-hakam Islam kerana asal syariat tidak terdapat di sisinya. Maka mereka tiadalah halangan (boleh) untuk membaca, membawa dan menyentuh al-Quran al-Karim walaupun tanpa wudhuk. Manakala sebahagian ulama lagi berpendapat: Golongan bukan Islam turut ditaklifkan dengan hukum-hakam dan permasalahannya. Mereka juga akan dihisab oleh Allah Taala di atas pentaklifan syariat ini. Maka mereka tidak dibolehkan untuk membaca, menyentuh atau membawa al-Quran al-Karim jika tidak berada di dalam keadaan bersuci. Jika perkara itu masih lagi terdapat khilaf maka tiadalah halangan (boleh) dari mengambil salah satu pandangan ulama khususnya jika terdapat keadaan yang memerlukan yang demikan.”

  2. Prof. Dr. Abdul Rahman Abdul Hamid Ahmad al-Bar mengatakan bahawa : “Adapun orang bukan Islam tidak ditaklifkan (syariat Islam terhadap mereka) dan mereka juga tidak suci sepertimana orang Islam maka adalah tidak boleh orang bukan Islam membaca al-Quran al-Karim dengan sengaja. Namun jika orang bukan Islam membaca al-Quran al-Karim dengan sebab untuk mempelajari atau mendalami Islam maka tindakan mereka (membaca al-Quran al-Karim) itu tidaklah mengapa.”

  3. Begitu juga dengan pendapat dikalangan ulamak Mazhab Syafie di antaranya ialah Imam Ramli dalam kitabnya ihaayatu al Muhtaj mengatakan bahawa : "Orang kafir tidak ditegah untuk membaca la-Quran kerana mereka tidak percaya kepada kehormatannya."

  4. Ada juga sebahagian ulamak terutamanya dari kalangan Mazhab Hambali mengatakan bahawa : “Haram bagi orang kafir zimmi atau yang lainnya untuk membaca al-Quran. Ini kerana mereka yang lebih patut ditegah daripada orang yang berjunub.”

Sebagai orang muslim yang baik, maka kita kena positifkan perkara ini dan jangan sama sekali mencampurkannya dengan kepentingan peribadi masing-masing. Masalah ini akan lebih parah lagi apabila ia melibatkan kepentingan politik tertentu. Kalau masalah ini dibicarakan mengikut fikiran yang waras, maka masalah ini tidak menjadi besar dan tidak berlaku laporan polis dan berbagai kecaman yang telah berlaku sebelum ini. Perkara ini semua merupakan khilaf ulamak, lazimnya apabila berlakunya khilaf ulamak, maka mesti ada yang mengatakan harus, haram, sunat, makruh dan sebagainya. Faktor berlakunya berbagai pendapat dari kalangan para ulamak adalah disebabkan tiada dalil Al-Quran dan Hadis yang mengatakan haram dan mengatakan harus orang kafir membaca Al-Quran dan Hadis.

Sepatunya masalah ini tidak menjadi besar dan kita sebagai orang awam perlu menghormati segala pandangan yang telah dikeluarkan oleh orang-orang alim walaupun ia tidak bersesuaian dengan pandangan kita. Mereka mengeluarkan hujah berdasarkan ilmu mereka. Kita mengeluarkan hujah berdasarkan fikiran yang jahil agama dan dicampurkan juga dengan keinginan nafsu politik yang tajam.

Ini pandangan saya, orang kafir membaca Al-Quran dan hadis ia merupakan langkah yang baik, kerana secara langsung atau tidak langsung mereka telah mempelajari Al-Quran dan Hadis. Masalah tajwid atau sebutan itu janganlah kita pertikaikan, kerana mereka mana tahu ilmu tajwid, lagipun lidah mereka bukan seperti lidah orang yang dah lama belajar membaca Al-Quran atau Hadis. Sepatutnya kita kena malu kepada mereka, kerana ramai orang Islam yang tidak tahu membaca Al-Quran, malah lebih teruk lagi tidak tahu mengucap pun ada. Ramai ahli-ahli sains barat yang memeluk Islam kerana mereka mengkaji dan membaca Al-Quran yang telah diterjemahkan kepada bahasa mereka.

Antara ahli sains yang telah memeluk islam kerana melihat kebenaran Al-Quran ialah profesor Milan dari Republik Czeck, Dr. Murice Bucaille, seorang doktor bedah dari Perancis, Jacque Costeau, ahli kaji lautan juga dari Perancis, Dr. Tijtet Tijson, seorang profesor perubatan dari Chiang Mai University, Thailand juga telah menganut Islam selepas melihat kebenaran Al-Quran. Profesor Keith L Moore, dari University Toronto, Kanada menyatakan bahawa mustahil kenyataan tentang embriologi yang terdapat dalam al-quran ini berasal daripada Nabi Muhammad saw dan beliau mengakui kebenaran Al-Quran.

Orang kafir belajar membaca Al-Quran dan Hadis juga merupakan sebahagian dari dakwah Islam yang telah disampaikan tanpa paksaan, mereka berminat untuk menggunakan ayat-ayat Al-Quran sebagai hujah mereka. Kita sebagai orang Islam berusaha menyampaikan dakwah dan berdoa kepada Allah semoga diberikan hidayah kepada mereka untuk memeluk agama Islam. Al-Quran bukan untuk orang Islam sahaja, malah dia juga ditujukan kepada orang bukan Islam dan banyak ayat-ayat yang mengatakan wahai sekalian manusia, ini membawa maksud secara umum iaitu sekalian manusia termasuk yang beragama Islam dan bukan beragama Islam.

Saya tegaskan di sini, artikel saya ini tidak terikat kepada mana-mana fahaman politik, saya berhujah berdasarkan sedikit ilmu yang kerdil dan sedikit rujukan yang telah dibuat. Tujuan penyebaran artikel ini adalah sebagai jawapan kepada pengunjung yang bertanya dan merupakan tanggungjawab sebagai seorang muslim yang menghayati hadis Rasulullah yang berbunyi “Sampaikanlah walaupun dengan satu ayat”.


26 comments :

  1. Assalamualaikum Ustaz. Boleh ke kalau kakchik nak republish artikel Ustaz di blog kakchik? Kakchik setuju dengan pandangan Ustaz.

    ReplyDelete
  2. persoalannya yg berbangkit adalah "orang bukan Islam membaca al-Qur'an dan hadis Rasulullah SAW. ketika berceramah, adakah perbuatan tersebut dikategorikan sebagai perbuatan menghina agama Islam".
    Prinsip Islam adalah jelas, tiada tolak ansur ke atas setiap unsur penghinaan kepada al-Qur,an dan as-Sunnah. Bahkan umat Islam dituntut mempertahankan keduanya drpd dihina, sama ada penghinaan tersebut datang drpd umat sendiri atau dari orang bukan Islam. (Perhatian : Penghinaan paling besar kepada al-Qur'an dan as-Sunnah adalah menolak hukum dan peraturan yg ditetapkan oleh keduanya daripada diamalkan dalam masyarakat).
    Umat Islam juga dipertangungjawabkan oleh Allah Taala untuk memperkenalkan Islam kepada orang bukan Islam. Ini bermakna al-Qur'an dan as-sunnah perlu diperjelaskan kepada mereka sejelas-sejelasnya. Amat dikesalkan, apabila rata-rata org melayu telah gagal menunaikan tanggungjawab ini. Bahkan mereka telah menyempitkan lagi agama ini dengan pelbagai patang larang bohong dan mengkhususkan Islam hanya untuk bangsa Melayu.
    Sepatutnya orang melayu berbangga apabila orang bukan Islam sudi menjadikan ajaran al-Qur'an dan as-Sunnah sebagai sandaran hujah. Sebenarnya orang melayu marah kerana mereka malu kepada orang bukan Islam, dimana mereka telah mengunakan ajaran Islam sebagai hujah untuk membuktikan penyelewengan mereka.

    ReplyDelete
  3. Jika umat Islam sendiri tidak mahu membaca Al-Quran dan menghayatinya Allah akan mengantikan mereka dengan orang lain yang suka membaca Al Quran dan menghayatinya...... fasuyaktillau biqumihi.. yuhibbuhum...wayuhibunah.....sejarah telah membuktikan apabila satu ketika dahulu kerajaan yang pemimpinnya Islam tetapi tidak mengahayati apa yang ada di dalam Quran dan hadis....apabila dilanggar oleh tentera bukan Islam akhirnya tentera yang menakluk kerajaan yang leka dari kebenaran Islam pada awalnaya telah menjadi pejuang Islam pula menggantikan mereka apabila mereka sendiri belajar mengenai Islam .... inikan sejarah.... diberi kemuliaan dengan kefahaman kepada Islam.... Kita pun jika tidak mahu mengamalkan Islam dari sumbernya.... satu hari nanti jangan terkejut .... jika kita diganti oleh Allah dengan kaum yang memahami Islam... Al Quraan bukan untuk kita sahaja.... yang kita nak sekat-sekat orang lain nak membaca Al Quran buat apa ?.....

    ReplyDelete
  4. errr....baca al-Quran atau hadis oleh bukan Islam...bagaimana pulak kalau mereka menggunakan ke-2 sumber tersebut utk keluarkan hukum?...padahal yg boleh mengeluarkan hukum adalah ulama' mujtahid...

    ReplyDelete
  5. Salam

    Dalam Al-Quran dan Hadis tu adalah hukum yang nyata dan tidak perlu dipertikaikan..Sebab itu kena baca, faham dan amalkan..

    ReplyDelete
  6. Kak Cik :

    Boleh saya benarkan ambiklah, tapi kalau boleh masukkan link asalnya sekali ok...

    ReplyDelete
  7. Macam mana kita hendak menarik orang bukan Islam untuk memeluk Islam kalau kita tidak membenarkan mereka membaca dan mengkajiAl Quran dan memahami isi kandungannya?

    Gunakanlah akal fikiran yang Allah telah anugerahkan kepada kita.

    ReplyDelete
  8. sebenarnya jika anda berkomunikasi dengan Perkim, anda akan dapati, bilangan warga keturunan Cina yang Islam cukup besar. ana baru je menyertai grup mereka buat lawatan ke kawasan komuniti cina muslim di Pulau Ketam. Mereka nak belajar agama, kenapa kita fanatik melarang? Apa guna al-Quran terjeman bahasa mandarin, tamil dan inggeris? orang Melayu dari dulu anggap Islam ini milik mereka. tu sebab hanya tahu baca Yasin sahaja di masjid-masjid, surah lain tak baca. terus terang ana cakap. belajarlah insafi diri, islam ini bukan untuk melayu sahaja, tanggapan masuk melayu adalah gambaran mentaliti melayu yang di takuk lama. sekarang bukan masanya, ana di Pulau Ketam bersama imam muda dari China, seramai 10 orang. semuanya orang China. bilangan muslim di China lebih besar daripada islam keseluruhan di M'sia, apa nak bangga sangat dengan songkok tinggi, samping dan baju melayu? wahai, bertukarlah, hijrahkanlah minda. tulah kalau asyik sambut maal hijrah, tapi tujuannya pun tak tahu. sebab orang melayu ni kemaruk ritual agama. semua pakai borong je. wassalam.

    ReplyDelete
  9. Orang tanya lain lain yg dijawabnya...

    ReplyDelete
  10. Mari baca al-Quran. jangan hanya melenting jika ada non-muslim membaca ayat al-Quran dan hadis. Tetapi kita sendiri tidak ingin membaca dan mengamalkannya.

    ReplyDelete
  11. SAYA SETUJUDENGAN PADANGAN USTAZ ITU TADI..PERSOALANYA SEKARANG USTAZ..KALAU SESEORANG ITU KAFIR MEMBACA AL-QURAN DEMI PELAJARAN ILMU DAN MENPELAJARI MENGENAL ALLAH ..SAYA TERIMA..

    TETAPI KALAU MENGGUNAKAN AYAYT AL-QURAN DEMI KEPENTINGAN POLITIK DAN JUGA PERIBADI INI BUKAN SOAL NAK MENGAJAR...

    BAGI SAYA APA YANG BERLAKU SEKARNG MEREKA INI MENGGUNAKAN AYAT2 AL-QURAN HANYALAH UNTUK KEPENTINGAN POLITIK SEMATA-MATA BUKAN UNTUK MENGENAL ALLAH...

    SAYA BOLEH TERIMA KALAU SESEORANG KAFIR BELAJAR AGAMA DENGAN NIAT UNTUK MEMPELAJARI DENGAN LEBIH DALAM BERKAITAN ISLAM...TETAPI KALAU DEMI KEPENTINGAN SESUATU SAYA TAK BOLEH TERIMA...CUBA USTAZ LIHAT MEREKA INI HANYA MENGAMBIL BEBERAPA AYAT SAHAJA DEMI MENGHUKUM ORANG LAIN..TETAPI MEREKA SENDIRI TIDAK BERIMAN KEPADA ALLAH...

    BAGI SAYA SESIAPA YG MENGGUNAKAN AYAT AL-QURAN DEMI KEPENTINGAN POLITIK ADALAH SALAH..

    KALAU IA BENAR MEMPERCAYAI ISLAM IA AKAM MEMELUK ISLAM..BUKAN HANYA SEKADAR MENGGUNAKKAN AYAT2 AL-QURAN TATAPI TIDAK BERIMAN PADA ALLAH...

    ORANG KAFIR BOLEH BELAJAR AL-QURAN UNTUK BELAJAR TETAPI BUKAN MENGUNAKAN AYAT AL-QURAN UNTUK MENGINGATI ISLAM ITU SENDIRI...BIARLAH ORG YANG LAYAK SAHAJA YANG BERCAKAP TENTANG KUPASAN AYAT-AYAT ALLAH...

    ReplyDelete
  12. Salam

    Tiada paksaan dalam agama...Ini dalil yang jelas untuk orang kafir, mereka mempelajari atau mengkaji atau menggunakan ayat al-quran, tetapi mereka tidak memeluk islam, itu adalah hak mereka dan Islam tidak memaksa.. Soal politik itu lain, itu diri dia, tapi kita sebagai orang Islam kena terbuka, sebab Al-Quran bukan untuk orang Islam sahaja dia untuk semua.. Apa2pun pandangan masing2 saya tidak mencanggahnya.. tapi pada hakikatnya orang kafir boleh membaca Al-Quran atau hadis..

    ReplyDelete
  13. Saya sangat-sangat sependapat dengan ustaz Nor. Kalau boleh saya katakan, istilah untuk tuan Nor Amin adalah 'ustaz gaul' atau ustaz 'masa depan'. Menurutku masalah yang sebenarnya bukanlah boleh atau tidak boleh orang kafir baca Al-Qur'an TAPI siapa sebenarnya yang dikatakan kafir? Setahuku orang kafir itu adalah orang yang ingkar terhadap perintah Tuhan! Nah, bukankah banyak diantara saudara kita yang Islam ternyata ingkar? Tidakkah kita bangga bahwa Islam benar-benar menjadi agama yang rahmatanlillalamin? Al-Quran yang menjadi pelita bagi kita dapat menjadi cahaya penerang agama lain?

    ReplyDelete
  14. salam ustaz..

    Saya setuju dgn pendapat ustaz berkenaan orang bukan Islam menggunakan hadis dlm ceramah atau politik..Sekurang-kurang memberi satu pengertian kepada orang Islam sendiri supaya lebih mendekati dengan Al-Quran dan Hadis.

    Mungkin ahli politik bukan Islam ini pada awalnya menggunakan hadis dan al-Quran untuk tujuan politiknya.

    Mana kita tahu suatu hari hatinya terbuka dan mendapat hidayah Allah SWT. Lalu memeluk agama Islam.

    Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Kita tidak boleh membuat sebarang andaian kepada mereka yg bukan Islam.

    "ISLAM FOR ALL"

    wasallam.

    ReplyDelete
  15. ustaz memang bersangka baik kepada kaum kafir...saya pun suka kalau mereka baca Al Quran untuk mendalami Islam...bodohlah sangat kalau kita halang...masalah timbul bila Al Quran digunakan secara tidak beradap....ayat -ayat Al Quran digunakan untuk menjatuhkan pemimpin Islam kita....terang terangan dah tahu tujuan dia tak betul....kenalah halang....kalau baca dengan niat baik ...kita setuju.

    ReplyDelete
  16. Assalammualaikum dan Selamat Hari Raya.
    Terpanggil saya untuk menulis apabila membaca begitu 'galaknya' pemberi komen membentangkan ulasan dan pendapat masing2. Tetapi kenapa kita lupa kepada perintah Allah Azza wa-Jalla. Tidak perlu kita nak kata boleh/tidak orang kafir membaca atau pegang al-Quran. Tidakkan pengulas2 semua mengetahui Adab-Adab Terhadap al-Quran. Bolehkah saya pegang isteri tuan2 (bagi yg beristeri)? Pasti jika saya pegang isteri tuan2 saya akan kena pelempang. Jika tuan2 tidak pelempang saya, tuan2 adalah dayus. Dan apakah hukum lelaki dayus pada kaca mata Islam. Begitulah juga kemuliaan al-Quran. Cina yang belum masuk Islam dan baca ayat al-Quran dalam sidang DUN tu kita sudah tahu tujuan dia membacanya. Tuan2 dan ustaz tidak tahu? atau buat2 tidak tahu? Satu tujuannya ialah untuk pecah-belahkan umat Islam hingga antara kita sudah mula bergaduh. Satu puak kata boleh satu puak lagi kata tak boleh. Maka sampailah matlamat Cina tu untuk buat kita bergaduh dalam hal-hal hukum agama kita sendiri. Dan kita lupa kepada perkara lain seperti 'bergaduh bagaimana utk meningkatkan ekonomi umat Islam'. Apa kata tuan2 jika saya menyeru supaya kita perangi orang2 kafir itu seperti yang DIPERINTAHKAN oleh Allah Taala: (Surah At-Taubah Ayat 29 yang bermaksud "Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak beriman kepada hari akhirat, dan mereka pula tidak mengharamkan apa yang telah diharamkan oleh Allah dan RasulNya, dan tidak beragama dengan agama yang benar, iaitu dari orang-orang yang diberikan Kitab (kaum Yahudi dan Nasrani), sehingga mereka membayar "Jizyah" dengan keadaan taat dan merendah diri."
    So..adakah tuan2/puan2 takut untuk memerangi mereka sedangkan ini adalah perintah Allah? Jika tidak mahu perangi mereka maka kita tidak ikut perintah Allah. Dan apa hukum jika tidak ikut perintah Allah? Tepuklah dada sendiri jika ingin tahu hukumnya.

    Terima kasih
    Komen daripada:
    Razali Zakaria (razale@nstp.com.my)

    ReplyDelete
  17. manusia mana leh baca hati orang lain...ustaz dah kluarkan dah pendapat,tapi ada orang yg lebih tau mengeluarkan pendapat berdasarkan akalnya sendiri,terbaik la,sampai bila pun islam tak maju selgai tak hormati ulama'...

    ReplyDelete
  18. Salam

    Beginilah, kalau kita suruh orang Islam itu laksanakan perintah Allah, tapi orang Islam tu tak nak buat..bagaimana pulak tu? Cakap bab Islam tapi pakaian tidak menutup aurat, perintah Allah tak laksanakan.. Sama juga mempermainkan Islam..Allah sendiri ancam orang yang tak mau buat perintahnya..

    Satu lagi tentang surah at-taubah tu, kalau anda lihat di hujung maksud yang anda berikan, kalau orang kafir tu bayar jizziyah (cukai) maka kita orang ISlam pula kena jaga dia dan jamin keselamatan dia. Kalau anda baca dalam kitab Fiqh orang kafir ni terbahagi kepada dua, iaitu zimmi dan harbi. Orang kafir yang ada di malaysia ni bukan harbi yang perlu kita perang, mereka ni zimmi yang bayar cukai..

    ReplyDelete
  19. Bagaimana pula dengan kisah Umar memeluk Islam? Tidakkah Umar memegang dan membaca lembaran al-Quran sedangkan beliau ketika itu masih kafir? Bukankah beliau pada akhirnya mendapat hidayah kerana membaca lembaran tersebut?

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum ustaz saya tertarik dengan penerangan ustaz dan ingin berkongsii dgn rakan2 FB saya boleh ustaz?

    ReplyDelete
  21. sy setuju ngan ustaz, sepatutnya kita menilai diri kita, sejauh mana kita dekati dan fahami al-quran. ramai org islam sendiri pada hari ini xtau baca quran. jgn la kita cepat melatah dan brprasangka buruk pada org kafir yg baca quran @ terjemahannya dek kerana fahaman politik. mgkin suatu hari nnti terbuka hidayahnya memeluk islam. sama-sama lah kita doakan.

    ReplyDelete
  22. assalamualaikum.. ana ade soalan.. jika seorang kafir itu ingin memegang al-quran tanpa sebab dan sengaja ingin memegangnya, apa hukumnya ustaz? syukran jiddan.. taqabalallahu waminna waminkum.. kullu 'am wa antum bikhair.. :)

    ReplyDelete
  23. Nmpk mcm pembangkang je gayanya...hehehe

    ReplyDelete
  24. Besnis produk kesihatan myherb2u-goji,tricajus,susu kambing,mlm call +60192311900
    http://www.healthbuilders.com.my/
    othmandraman@yahoo.com
    http://othmandraman.blogspot.com/?m=1
    http://www.dnaglobal2u.com/
    http://www.iphytoscience.com/
    http://www.drtina.mynucerity.biz/indexi.php
    Kedai P01 pasar majlis sek16 shah alam,selangor,malaysia
    Rakan kongsi/penyewa/pekerja diperlukan

    ReplyDelete
  25. Bior dah lama saja nak komen..biar apa pun niat..politik ke..blaja ker..kn percya setiap tu ada hikmahnya..bersangka baik dah cukup..xperlu pusing koner baring bab politik...allah maha besar berkuasa..kalau sorang tu niat dia jahat..mngkin allah akan lembutkan hatinya...komen aku..biar isu dah lama..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG