PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Thursday, July 7, 2011

Isteri Berhak Tolak Suami Berpoligami, Kata Imam Al-Aqsa



Imam Masjid Al-Aqsa Sheikh Dr Akram Sabri berkata wanita Islam boleh menolak poligami dan tidak berdosa sekalipun agama Islam menghalalkannya.

Beliau berkata ini kerana wanita berhak menuntut syarat ke atas suami supaya tidak berpoligami.

"Poligami tertakluk kepada beberapa syarat termasuk suami harus berlaku adil dalam setiap perkara termasuk nafkah zahir dan batin. Jika syarat-syarat ini tidak dipatuhi maka suami akan berdosa seperti mana firman Allah dalam Surah An-Nisa ayat 129," katanya.

Beliau berkata demikian menerusi laman Facebooknya yang dipetik agensi berita Jordan Fact International hari ini.

Akram Sabri berkata antara faktor yang mengharuskan suami berpoligami mengikut syarak ialah isteri tidak boleh melahirkan anak dan isteri mengidap penyakit yang boleh mengalang suami bersetubuh dengannya.

Faktor lain ialah suami mempunyai kemahuan seks amat tinggi dan berlakunya peperangan yang mengorbankan ramai kaum lelaki sehingga bilangan wanita jauh lebih ramai, katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata penolakan isteri itu tidak mewajibkan si suami mematuhinya kecuali jika pasangan berkenaan telah menandatangani perjanjian tidak berpoligami.

Dalam keadaan itu suami wajib mematuhi syarat tersebut, katanya.

Mengenai pandangan bahawa isteri tidak boleh menolak poligami, beliau berkata: "Sesungguhnya untuk menentukan sesuatu hukum dalam Islam maka kita harus merujuk kepada al-Quran dan hadis.

"Kita tidak boleh menentukan sesuatu hukum dalam Islam itu hanya dengan mengikut kelakuan dan perbuatan sesetengah orang Islam. Lagipun bukan semua orang Islam boleh dijadikan sumber rujukan untuk berhujah mengenai hukum Syarak," katanya.

Pandangan Ustaz

Secara peribadi, saya bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Imam Al-Aqsa wanita berhak menolak poligami. Alasan beliau mengatakan perkara tersebut adalah atas sebab ramai suami-suami diluar sana yang tidak mampu memberikan nafkah zahir, batin dan gagal melaksanakan tanggungjawab yang baik kepada isteri. Bagaimana hendak berpoligami? seorang isteri pun sudah tidak mampu melaksanakan tanggungjawab. Islam meletakkan hukum haram kepada lelaki yang ingin berkahwin tetapi tidak mampun menyediakan nafkah dan tidak mampu melaksanakan tanggungjawab.

Ramai suami atau lelaki yang ingin berpoligami berhujah dengan mengatakan :

"Poligami ini adalah sunnah Rasulullah saw, tiada siapa ada hak untuk menghalang sunnah nabi, barang siapa yang menghalang sunnah nabi, maka dia bukan dari kalangan umat nabi".

Jangan sesekali menggunakan nama Rasulullah untuk menghalalkan tindakan tersebut, kalau kita lihat balik dari sejarah Rasulullah berpoligami, jauh berbeza dengan orang sekarang berpoligami. Rasulullah berkahwin 10 orang wanita, 1 orang anak dara dan 9 orang lagi adalah janda. Rasulullah berkahwin bukan sebab keinginan seks, tetapi Baginda berkahwin atas sebab rasa bertanggungjawab dan rasa belas kasihan terhadap isteri-isterinya. Rasulullah mampu melaksanakan segala tanggungjawabnya sebagai suami dan memberikan kasih sayang yang sebaiknya kepada semua isterinya.

Pernah berlaku dalam rumah tangga Rasulullah saw, suatu hari isteri-isteri Baginda datang menemui Baginda, Aishah yang mewakili mereka terus bertanya, “Wahai Rasulullah, di antara isteri-isteri Rasulullah, yang manakah paling Rasulullah sayangi? Rasulullah tersenyum mendengar pertanyaan itu. Baginda tidak terus menjawabnya. Bahkan Baginda menyuruh semua isterinya pulang dulu dan berjanji akan memberikan jawapannya kemudian. Baginda bermalam di rumah isterinya dan memberikan hadiah cincin kepada semua isterinya. Rasulullah menyuruh isterinya jangan menceritakan kepada isterinya yang lain dan berkata pemberian cincin ini tanda Baginda menyayangi isterinya.

Bagi suami-suami yang ingin berpoligami dan yang telah berpoligami, cuba tanya diri sendiri :
“Mampukah aku berpoligami seperti sunnah Rasulullah saw atau selama aku berpoligami adakah aku mengikuti sunnah Rasulullah saw? Kalau jawapannya keluar dari benak fikiran anda semua seperti : “Aku tidak mampu dan selama ini aku telah mengabaikan tanggungjawab sebagai suami yang baik”. Maka lebih baik jangan berpoligami, sebab poligami anda nanti akan mendatangkan dosa dan ancaman dari Allah sahaja bukan mendapat pahala mengerjakan sunnah Rasulullah. Kepada yang sudah berpoligami, perbetullah segala kesilapan yang telah dilakukan, masih belum terlambat dan Allah sentiasa membukan pintu taubat seluas-luasnya bagi sesiapa yang ingin bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.

Kepada semua para wanita atau isteri jangan sesekali membenci poligami dan menghina amalan tersebut, sebab amalan tersebut tidak salah dan ia menjadi sunnah Rasulullah saw, yang salahnya ialah lelaki yang tidak berkemampuan berpoligami dan mengabaikan segala tanggungjawabnya terhadap isteri tuanya dan anak-anaknya. Perbetulkan hujah anda semua wahai wanita, jangan disebabkan hujah anda semua Allah melaknati anda kerana menyalahkan sunnah Rasulullah saw yang menyebabkan rumahtangga anda rosak.


19 comments :

  1. salam ustaz,

    subhanallah indahnya islam..:)

    ReplyDelete
  2. Salam Ustaz
    Bagaimana dengan bilangan wanita sekarang rata rata melebihi lelaki dan ramai masi tidak bersuami. Adakan lelaki masih berada seperti pendapat ustaz tadi.

    Ramai wanita yang sudi bermadu memandangkan tidak ramai lelaki yang boleh ditumpang dengan keimanan didada.

    Ramai wanita yang ingin bersuamikan lelaki beriman tapi kebanyakan lelaki begini telah beristeri.

    ReplyDelete
  3. Namun fatwa tersebut bukan meluas kepada semua pasangan, bahkan dikhususkan hanya kepada pasangan yang telah membuat perjanjian tersebut sebelum perkahwinan.
    Adakah perjanjian tersebut merupakan penjanjian yang sah, sedangkan syarak mengharuskan amalan poligami?.
    Sebenarnya amalan membuat perjanjian semasa akad perkahwinan telah lama berlaku dalam undang-undang kekeluargaan kita. Dimana amalan ini dipanggil "berta'liq", dimana suami diminta oleh pihak isteri supaya menandatangani perjanjian yang memberi hak kepada isteri untuk mengkhulu' suaminya dengan bayaran RM1 (??????). Jika suami tersebut melanggar perjanjian yang termaktub.

    bila Umar al-Khatab melihat meluasnya tabiat yang amat negatif dalam masyarakat pada pemerintahan beliau, beliau mengambil suatu tindakan yang amat penting kepada kajian fuqaha', mengiktiraf berlaku talak tiga dengan sekali lafaz, sedangkan sebelum ini (khusus zaman Rasulullah SAW) hukum tersebut tidak diamalkan. Bahkan tindakan Umar R.A. ini telah dipraktik dalam udang-undang kelaurga disesetengah negara Islam seperti Malaysia.
    Pengkaji melihat tindakan Umar R.A. ini merupakan pemimpin mempunyai kuasa untuk mengubah fatwa berdasarkan kemaslihatan semasa dan setempat.
    Pemerintah juga mempunyai kuasa menutup sebab atau faktor yang boleh merosakan umah (سد الذرائع).
    Kaedah 1, تصرف الإمام منوط بالمصلحة
    Kaedah 2,تغير الفتوى بتغير الأمان والأماكن والمصلحة
    Ini adalah asas yang sepatutnya dijadikan kajian, sebelum sesuatu undang-undang kekeluargaan dibuat atau dikemukakan kepada masyarakat.

    ReplyDelete
  4. Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya); oleh itu janganlah kamu cenderung dengan melampau (berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi) sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung (di awan-awan); dan jika kamu memperbaiki, dan memelihara diri , maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (4:129)

    Ustaz,

    Dalam ayat diatas Allah SWT telah menyatakan lelaki tidak akan dapat berlakau adil sekalipun mereka bersungguh2 untuk melakukannya. Namun apa yang perlu jangan terlalu melebihkan kepada yang disayangi.

    jadi adalah jelas lelaki tidak akan dapat berlaku adil kerana dinyatakan oleh Allah SWT pencipta sekelian manusia didalam al Quran...namun islam masih menggalakkan poligami kerana kebaikan yang ada padanya walaupun ia dibenci oleh wanita...

    saya mengatakan islam mengalakkan poligami kerana nabi Muhammad SAW mengamalkannya dan beliau merupakan contoh terbaik manusia.... dimana beliau hanya membuat apa yang terbaik dan ingin umatnya mengikutnya.... beliau tidak akan membuat sesuatu yang kurang baik walaupun dibenarkan seperti benda2 yang makruh maupun benda2 subahat yang tidak jelas kebaikan atau keburukannya ...

    masalah terbesar poligami bukanlah lelaki tidak berlaku adil tetapi wanita sendiri yang tak inginkan keadilan atau menghalang keadilan diberikan...

    pertama mereka menghalang perkahwinan ... kemudian mereka menghalang giliran dan pemberian nafkah secara adil... mereka sendiri yang menghalang keadilan diberikan kepada kaum sejenis mereka! merekalah yang ingin membolot semua nafkah zahir dan batin tanpa maukan perkongsian...

    mereka menyalahkan lelaki kerana tidak adil tanpa mereka sedari kaum mereka sendiri yang melakukan perkara tersebut ... menghalang keadilan diberikan.. dan dalam apa keadaanpun lelaki akan dipersalahkan maupun mereka bersungguh2 ingin melakukan keadilan seperti yang dinyatakan didalam ayat diatas...

    ReplyDelete
  5. Salam

    Jangan gunakan dalil tidak dapat melaku adil untuk kepentingan peribadi.. Wanita ni kalau baik suaminya, isyaallah dia juga baik, sebab itulah Islam letakkan suami sebagai ketua keluarga.. Sebab itulah Rasulullah galakkan umatnya mengahwini anak dara antara alasannya ialah untuk mudah di didik dan mudah dibentuk mengikut apa yang suami kehendaki..

    ReplyDelete
  6. Saya isteri kedua. Suami saya tidak mampu dari segi kewangan untuk berpoligami tetapi kami tidak mahu membuat maksiat sebab itu saya bersetuju untuk mengahwininya. Saya pendamkan perasaan marah, sedih dan kecil hati saya daripada suami. Kalau bincang dengan dia pun dia buat tak faham aje. Saya uruskan diri dan rumahtangga saya sendiri. Suami balik ke rumah saya pada hujung minggu dan jika dia ada kerja di luar stesen tempat dia bekerja.
    Saya menyesal menjadi isteri kedua. Suami tidak pernah memberikan wang perbelanjaan dan saya cuba fahami keadaan dia. Saya bekerja maka saya pun tak mahu menyusahkan suami. Saya cuba untuk tidak berdosa dengan suami. Dia harapkan saya melayan dia setiap kali dia balik. Saya hanya alat pemuas nafsu dia sahaja.

    Saya nak nasihatkan adik-adik di luar sana yang sanggup menjadi isteri kedua: Jangan percaya dengan janji-janji yang telah diberi. Semuanya manis sebelum kahwin...

    ReplyDelete
  7. suatu yang terahsia atau sengaja dirahsiakan kpd umum, kekaburan ini telah menyebabkan poligami menjadi duri dalam daging kepada sesetengah pihak.
    Dalam perundangan Islam poligami diharuskan, dimana amalan berpoligami tidak ditegah dalam perundangan Islam. Namun hukum harus tersebut akan berubah mengikut keadaan dan maslihat.
    seseorang diwajibkan mengamalkan poligami, apabila amalan poligami boleh menyelamatkan seseorang drpd dosa yang lebih besar, seperti zina.
    seseorang disunatkan mengamalkan poligami, apabila mempunyai kemampuan dan tidak menyebabkan kemudharatan ke atas dirinya atau orang lain.
    seseorang diHARAMKAN mengamalkan poligami, jika beliau tidak mempunyai kemampuan dan boleh mendatang kemudharatan kepada pengamalnya atau orang lain.
    Selain dari adab dan budaya diperlukan untuk mengukur kemampuan dan kesempurnaan seseorang untuk mengamalkan poligami. Pemerintah juga diberi kuasa untuk membuat dasar berasaskan kepada kemaslihatan (maqasid as-Syariyyah).

    ReplyDelete
  8. Salam

    Pak teh saya alu-alukan komen pak teh, dan perkongsian ini sangat bermakna buat saya dan semua pengunjung blog ini... Pak teh dulu belajar mana? mesti ambik syariah dulu..

    Tujuan saya buat blog ini adalah untuk berkongsi dan menambah sedikit sebanyak ilmu di dada..

    ReplyDelete
  9. Adakah wujud perkara yg sunnah Rasulullah dan berkalamullah memberi mudharat?

    Dan berhak dipertikaikan oleh wanita?

    Apakah poligami itu mempunyai syarat mampu? minta nas?? lihat dlm surah 'annur'.
    ( hanya syart mampu bg pemuda yg cukup umur dan mampu dlm bab kawin pertama....)

    Jgn mudah merendahkan islam

    ReplyDelete
  10. Salam

    Dalam surah an-nur tak kata kawin pertama sahaja, ayat itu umum sebab dia menyebut kahwin.. Ayat itu juga menceritakan lebih baik kawin wanita atau lelaki yang bujang..bukan kawin pertama.. Kena faham betul, jangan tafsir ikut kepala masing yang tidak berilmu..

    Cuba lihat surah an-nisa ayat 3 yang berbunyi :

    "maka berkahwinlah Dengan sesiapa Yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja".

    Macam mana pula dengan ayat ni?

    ReplyDelete
  11. Salam ustaz.
    Saya seorang isteri kepada seorang lelaki yang telah beristeri. Perkahwinan kami diketahui oleh semua keluarga saya dan keluarga suami, namun tidak diketahui oleh isteri pertama. Apabila tidak diketahui, maka sudah tentulah suami tidak mampu untuk berlaku adil. Perkara ini memang saya ketahui... tetapi saya telah awal2 meredhakan... apabila saya redha dengan ketidakadilan ini, adakah suami saya masih lagi berdosa...?? Contohnya, pada setiap hari raya, saya tidak akan dapat berhari raya bersama suami.. suami juga akan hanya pulang ke rumah saya hanya apabila dia ada kerja di luar daerah... sebelum dan selepas dia akan singgah di rumah saya... apa yang ingin saya tahu sangat ialah, berdosakah suami saya kerana tidak dapat berlaku adil, walaupun saya meredhakan ketidakadilan tersebut... kalau suami tetap berdosa, apa jalan terbaik untuk saya memaklumkan kepada suami agar dia tidak tersinggung... terima kasih di atas jawapan ustaz...

    ReplyDelete
  12. as-salam ustaz

    saya seorg isteri dan mempunyai seorang anak,yg baru berusia 3 tahun......
    masalh saya sekarang ialah...suami sering mengunjungi pusat urut dam menjalinkan hubungan dengan wanita bukan islam....serta bercuti bersama2......masalh yg dihadapi sekarang,suami berubah perangai terhadap ank dan isteri....saya sering ditinggalkan untuk berjumpa dgn wanita itu....saya dan anak diabaikan.suami juga sering berkata...yg dia dah letih,jiwa dah letih.suami juga berhasrat untuk mengahwini dan mendapat tentangan daripada pihak sebelah suami.suami juga pernah berkata,sekiranya beliau berkahwin dengan perempuan itu...dia akan berubah menjadi baik dan hidup bahagia....sepanjang perkahwinan...suami tidak mendidik saya,seperti sembahyang bersama2,sedangkan beliau pun tak pernah bersembahyang.....saya tidak bersetuju suami kahwin lain.....hidup saya tak menentu,sering bergaduh,....apa yang perlu saya buat?

    ReplyDelete
  13. salam terima kasih ustaz, sekurang2nya hati saya terubat. ayah saya bernikah dua, dan tidak menjalankan tanggungjawab sepatutya walhal dia seorang agamawan. sadis. semoga Allah memberikan pembalasan terhadap segala penganiyaan dan kezaliman atas ketidakadilan kepada ayahku. semoga ibu akan dilamar seorang yang lebih baik, itulah dia bidadara syurga. ameen.

    ReplyDelete
  14. Salam ustaz .sy ibu kepada 3 cahaya mana dah 9 thn b.kawin .awal thn suami kawin lg dgn wanita seberang .sy x blh terima kerana seblm ini suami sy b.berape kali curang dgn sy..sy masih b.sabar dan setia demi anak2 .suami pernah bwk madu tinggal di tapi sy x boleh terima saban hari sy b.gaduh dgn suami..sehingga suami hantar madu sy pulang ke indon tunggal di sana.suami t.paksa b.ulang alik..
    Sy mmg x dtg terima ini semu..

    ReplyDelete
  15. Salam.... ustaz. saya isteri kedua baru 7 bulan berkahwin.. suami tk mampu berlaku adil. perkahwinan ini disembunyikan atas alasan istri pertama akn minta cerai jika tahu telah bkahwin dgn saya. Isterinya amat mbenci saya. kami bkahwin juga bg mgelak dr maksiat. saya rasa saya makin tak mampu bertahan dlm 30hr cuma 5 mlm untuk saya. Seblm kahwin, kami pernah bjanji selang 2 hr giliran saya,tp sekarang 5 hr sekali pun belum tentu milik saya. saya amat sedih. berdosakah saya jika tk mampu redha hak saya diabaikan suami. apa akan jd pada suami jika.saya tidak redha hak saya diabaikan? berdosakah saya jika minta dilepaskan?

    ReplyDelete
  16. Besnis produk kesihatan myherb2u-goji,tricajus,susu kambing,mlm call +60192311900
    http://www.healthbuilders.com.my/
    othmandraman@yahoo.com
    http://othmandraman.blogspot.com/?m=1
    http://www.dnaglobal2u.com/
    http://www.iphytoscience.com/
    http://www.drtina.mynucerity.biz/indexi.php
    Kedai P01 pasar majlis sek16 shah alam,selangor,malaysia
    Rakan kongsi/penyewa/pekerja diperlukan

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum. Minta pendapat. Suami saya meminta izin kahwin lain. Masalahnya keluarga yg ada pon fia tak mampu tanggung. Bila saya kta kenapa nk kahwin lain kalau tak mampu dia kata bakal isteri kedua kata tak kisah kalau suami tak mampu. Dia bukan nak harta suami tapi nk tumpang kasih. Perempuan tu bukanlah orang kaya pon. Saya tak asa suami mampu berlaku adil dalam nafkah zahir dan batin. Bolehkah saya menuntut cerai. Saya dh cuba berbincang agar dia tidak kahwin lain tapi nampaknya gagal. Apa yang harus saya lakukan..

    ReplyDelete
  18. kan da gtau. kalau mampu. paling mudah bicaranya jangan diberi je.. utk mempermudahkn kehidupan jgn smp ad masalah di kemudian hari. xfaham kenapa sibuk memperjuangkan poligami sdangkn masalah byk lg utk diberi perhatian.. perempuan byk mnangis bila dimadukn. xkn xbleh fikir sebelum bertindak? jgn salahkn tuhan tp salahkn diri sndri.

    ReplyDelete
  19. Saya adalah seorang isteri baru-baru ni saya bertemu kembali dgn kekasih lama yang hampir 32 tahun tidak berjumpa masing2 telah berkeluarga dia menyatakan hasratnya untuk memberi cincin tanda adakah saya boleh menerima cincin tersebut

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG