Sebenarnya masih ramai dikalangan umat Islam Malaysia tidak menguasai perkara yang remeh temah tentang ibadah, setiap tahun atau boleh dikatakan setiap hari ruangan komen blog saya dihujani dengan persoalan remeh dan sama pada komen-komen yang lepas dan banyak jawapan saya berikan. Saya mengharapkan pihak pengunjung dapat menyemak dalam jawapan-jawapan yang saya telah berikan diruangan komen tersebut. Kemungkinan soalan yang anda ingin bertanya itu mempunyai kaitan dengan soalan dan jawapan yang telah diberikan dalam ruangan komen blog ustaz.
Kali ini saya siapkan lagi satu artikel yang berkaitan dengan lewat mandi wajib bagi orang yang telah berpuasa di Bulan Ramadhan. Banyak orang tidak tahu adakah puasa terbatal atau tidak disebabkan lewat mandi wajib. Maka dari ini, saya menyediakan jawapan secara ringkas dan padat untuk mengangkat masalah berkaitan yang timbul dalam benak fikiran anda. Aisyah ra dan Ummu Salamah ra pernah menceritakan bahawa :
“Nabi saw pernah bangun pagi dalam bulan Ramadhan dalam keadaan berjunub kerana bersetubuh dengan isterinya. Baginda mandi dan kemudiannya berpuasa tanpa mengqadhanya” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dalil hadis yang diberikan di atas menunjukkan bahawa orang yang mandi selepas azan subuh atau selepas subuh tidak membatalkan puasa mereka. Bagi orang yang bangun lewat, maka hendaklah ia cepat menyegerakan mandi hadasnya untuk menyegerakan solat subuh. Kalau lewat bangun tidur disebabkan tidak terjaga sahur atau tidak disengajakan, maka perbuatan tersebut dimaafkan oleh Allah, tapi kalau ia disengajakan atau selepas makan sahur tidur balik, maka dosa baginya kerana ia mengabaikan perintah Allah iaitu mengerjakan solat subuh. Makruh juga orang yang sengaja melewatkan mandi wajib kerana banyak perkara yang terhalang ketika ia berhadas besar.

puasa wajib @ sunat pon same ea ?
ReplyDeleteSama
ReplyDeletebgmn jika terjadinya putus bekalan air hingga x dapat mandi wajib adakah puasanya batal?
ReplyDeleteSalam, pertanyaan saya, bolehkah fidyah puasa yang tak sempat diganti dibayar dengan duit? Siapa yang sepatutnya menerima? dan bagimanakah kiraannya. Saya telah baca tread dalam web ini tapi belum memahaminya. email: fadzlieys@gmail.com. Terima kasih
ReplyDeleteustaz,nak tanye sikit,kalau seseorang tu mengeluarkan air mani dengan sengaja pada waktu siang dalam bulan ramadhan,kemudian dia mandi wajib sebelum masuk waktu Zuhur,bolehkah dia melakukan solat zuhur dan puasa pada keesokan harinya?
ReplyDeleteustaz nk tnye.. jika klau kita lewat bangun dr tidur.. dan terus mandi wajib selepas subuh... adakah sah puasa sunat kita pada hari itu..???
ReplyDeletesalam ustaz, sah tak puasa kalau malam puasa bermimpi basah dan kemudian masa sahur x mandi wajib tp semasa nak pegi kije baru mandi wajib (setelah terbit matahari)? kalau ikut hukum adalah batal, mcm mn plak bagi yang tidak tahu untuk pertama kali nye? batal atau tidak? ded_85@yahoo.com.my
ReplyDeleteustaz, sah x puasa saya klu sy mandi wajib lepas azan subuh kerana saya sengaja sambung tido lepas sahur dan bangun untuk solat subuh .
ReplyDeleteustaz, ibu saya akan menjalani pembedahan membuang satu daripada jari kakinya, perlukah jari tersebut dikafankan dan dikebumikan....bagaimana caranya?
ReplyDeletesalam...ustaz, saya nk tanya sampai tahap mana kelewatan untuk mandi wajib..sebab ustaz cakap selepas subuh..pukul 10 pun selepas subuh..adakan saya masih boleh berpuasa sunat kalau memang saya terbangun lewat?
ReplyDeleteWaktu yang paling sesuai untuk mandi wajib ialah sebelum terbit fajar, iaitu sebelum masuk waktu subuh. Waktu subuh tempohnya pendek dan solat yang afdal ialah solat yang dilakukan pada awal waktu. Melambat-lambatkan mandi wajib adalah makruh. Ini kerana apabila seseorang itu berada dalam hadas besar maka banyak perkara yang tidak boleh dilakukannya seperti membaca Al- Quran, solat dan sebagainya. Jesteru adalah dituntut seseorang yang berhadas besar agar segera menyucikan dirinya dengan mandi wajib. Secara fitrah, naluri insan seseorang itu tidak suka dirinya berada dalam kekotoran. Orang berhadas besar tidak berapa selesa berbanding dengan waktu dia bersih daripada hadas besar. Sekiranya seseorang lelaki atau perempuan berjunub pada malam hari dalam bulan Ramadan dan tidak sempat mengangkat hadas besar sehingga terbit fajar (masuk waktu subuh), maka puasa kedua-dua mereka sah dengan syarat mereka berniat pada malam hari. Sama juga keadaan ini bagi mereka yang bermimpi pada malam hari sehingga keluar air mani. Pandangan ini dapat diperkukuhkan lagi dengan melihat kepada apa yang diberitakan oleh isteri-isteri Rasulullah SAW iaitu Aisyah dan Ummu Salamah yang bermaksud :
ReplyDelete"Sesungguhnya Rasulullah dalam keadaan junub ketika masuk waktu fajar kemudian baginda mandi (mandi selepas masuk solat subuh)."
(al-Lu'lu wa al-Marjan, jld.2, hlm, 11, al-Bukhari dan Muslim).