PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Friday, August 12, 2011

Pandangan Ustaz Tentang JAIS Serbu Gereja Methodist



Baru-baru ini umat Islam Malaysia digemparkan dengan berita JAIS serbu gereja Methodist Damansara Utama, Petaling Jaya. Ramai yang memberikan pandangan dan komen mengenai kes serbuan ini. Saya pun masih lagi mencari berita yang benar, sebab banyak sangat versi cerita tentang serbuan tersebut dan susah hendak tentukan yang mana benar dan yang mana tidak benar. Seperti biasa dan telah saya jangkakan, mesti ada setengah pihak yang akan manipulasikan berita yang sebenarnya demi menjaga atau mencari pablisiti murahan. Sepatutnya kita semua kena cari jalan penyelesaian bukan buat masalah ini lebih parah lagi.

Exco kerajaan Selangor bagi hal ehwal Islam, Datuk Dr Hasan Ali berkata JAIS melakukan pemeriksaan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) di Petaling Jaya semalam kerana terdapat bukti kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam. Tindakan ini dilakukan atas aduan orang ramai yang memberikan maklumat menyatakan bahawa kitab Injil dalam bahasa Melayu diagihkan kepada orang Melayu di majlis tersebut dan ia mempunyai kaitan dengan proses penyebaran Agama Kristian kepada umat Islam tersebut. (Baca Laporan Penuh Di Sini)

Apabila diserbu, pihak penganjur majlis makan malam menegaskan bahawa tidak ada kena mengena untuk penyebaran Agama Kristian kepada umat Islam yang hadir dalam upacara tersebut. Tujuan jemputan tersebut adalah untuk memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan walaupun berlainan agama. Apa-apapun perkara ini masih lagi dalam siasatan dan kita tunggu komen dari pihak JAIS.

Sebenarnya, isu penyebaran dakyah Kristian ini telah lama berlaku dalam negara kita ini, dulu kita pernah dengar dengan kes Aishah Bukhari, Azlina Jailani dan sebagainya. Ini semua membuktikan bahawa perkara ini telah berlaku dan masih berlaku dalam negara kita. Apa peranan kita sebagai umat Islam untuk mengatasi masalah ini? jangan anggap ini masalah JAIS atau JAKIM sahaja, masalah ini merupakan masalah kita semua sebagai umat Islam. Bila berlaku sahaja JAIS serbu gereja, kita umat Islam di bulan yang mulia ini bertekak dan menuding jari terhadap sesama kita. Ini semua adalah untuk mencari untuk politik murahan. Ini isu agama, bukan isu politik, sepatutnya kita bertindak atas dasar agama.

Sepatutnya kita tanya diri kita dahulu sebagai umat Islam, kenapa masih ada orang Islam yang menerima bantuan kemiskinan dari Kristian? Jawapannya sebab umat Islam sekarang ini hanya mementingkan diri sendiri, cukup dengan harta atau kekayaan yang dimiliki sendiri dan membiarkan bangsa seagama hidup melarat. Islam telah ajar umatnya dengan budaya bersedekah atau mengeluarkan zakat. Kalau semua umat Islam mempunyai hati dan perasaan ingin membantu dan menjalankan kehidupan secara ukhuwah Islamiah, maka tidak ada dikalangan umat Islam hidup melarat di merata-rata tempat. Begitu juga dengan wang zakat yang telah dikumpulkan berbilion ringgit di setiap negeri dalam Malaysia. Jika ini diagihkan mengikut asnaf yang lapan, maka tiada umat Islam yang miskin dan melarat.

Saya sangat setuju dengan pendapat yang diberikan oleh Prof. Madya Dr. Asri Zainal Abidin (Klik Sini) bahawa susah bagi orang yang berkelayakkan untuk mendapat zakat kerana terlalu banyak birokrasi yang perlu dilalui oleh mereka. Minta zakat susah betul hendak dapat, kadang-kadang lajak berbulan-bulan, tapi dapatnya berapa ratus sahaja. Jika dihitungkan memang tidak berbalui dengan apa yang telah diusahakan. Pernah terjadi kepada diri saya dahulu semasa memohon zakat, dalam borang tersebut mestilah mendapatkan tandatangan ketua kampung atau JKKK. Ada setengah JKKK mereka lihat dulu latar belakang orang yang memohon, kalau keluarga sokong pembangkang, maka dia tidak mahu menyokongnya. Alasan mereka, kalau hendak minta peruntukan kerajaan, kena sokong kerajaan.

Ini merupakan antara punca menyebabkan orang Islam kita menerima bantuan dari pihak Kristian, sebab yang Islam punya susah banyak sungguh birokrasinya. Pihak Kristian tidak payah borang, cukup hanya hadir di gereja sahaja, boleh dapat duit. Bagaimana mereka yang tidak mempunyai pegangan agama yang kuat boleh termakan dengan dakyah Kristian? Sebab Kristian mudah menghulurkan bantuan. Cara ini juga merupakan peluang untuk mereka menyebarkan ajaran mereka kepada umat Islam. Kaedah ini telah lama digunakan oleh pihak Kristian untuk menarik umat Islam yang mengalami kesempitan kehidupan. Mereka memberikan bantuan RM 50.00 sehari kepada umat Islam yang hadir ke gereja. Ada sebahagian mereka yang berjaya memurtadkan umat Islam dengan bayaran yang diberikan atas kejayaan mereka itu sebanyak RM 300.00 bagi seorang Islam yang telah dimurtadkan.

Mereka mendekati umat Islam yang mengalami masalah percintaan, diabaikan oleh ibu bapa, banyak hutang, gelandangan dan sebagainya. Mereka mendekatkan diri dengan cara yang lembut dengan menggunakan pendekatan nasihat, ambil berat, kaunseling dan sebagainya. Dalam itu juga, mereka didedahkan dengan dakyah-dakyah Kristian yang mengambarkan bahawa Islam dengan Kristian tiada beza dan akhir mereka dibawa ke gereja sehingga memeluk Agama Kristian. Saya difahamkan juga, sebelum mereka memeluk agama Kristian, mereka diberi minum dengan air yang telah disyihirkan. Kesan air ini boleh menyebabkan lidah menjadi hitam, tidak dapat mengucap, lupa keluarga, lupa ibu bapa, mereka hanya ingat dan sebut jesus dan memberontak untuk hadir ke gereja.

Kalau mengikut hukum orang Islam menerima bantuan dari pihak Kristian itu tidak salah dan tidak berdosa. Cuma ada beberapa perkara yang perlu kita ingat bahawa dakyah mereka itu cuba disampaikan dengan cara yang cukup halus dan memang susah untuk kita kesan. Orang yang menerima bantuan itu sepatutnya sedar dan bersedia dengan keyakinan yang kuat bahawa “aku adalah Islam dan tidak akan mengubah akidah aku walaupun sehingga nyawa aku melayang sekalipun”.

Sebagai umat Islam yang bijak, kita juga hendaklah selesaikan masalah ini dengan penuh berhemah, tidak menyakiti hati mana-mana pihak, Islam tidak bermusuh dengan mana-mana agama, sebab Islam menjamin keselamatan dan kesejahteraan semua agama. Firman Allah yang bermaksud :

“Katakanlah (Wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir, Aku tidak akan menyembah apa Yang kamu sembah, dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) Yang Aku sembah, dan Aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat, dan kamu pula tidak mahu beribadat secara Aku beribadat, bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku". (Al-Kafirun 1-6)

Marilah kita bersatu padu dalam mengkaji dan mencari kaedah mengatasi masalah ini supaya ia tidak berlarutan. Jangan saling tuduh menuduh antara satu sama lain. Orang bukan Islam diluar sana sedang ketawa dengan karenah umat Islam sekarang dan mereka menanti peluang keemasan ini untuk menyebarkan dakyah mereka. Jika kita masih bermusuhan lagi, maka satu hari nanti orang melayu tidak boleh disebut Islam lagi kerana waktu itu sudah ramai orang melayu telah Kristian. Ini semua berpunca dari kita semua. Berubahlah sebelum terlambat atau sebelum nasi menjadi bubur.

9 comments :

  1. antara isu paling sensitif kepada umat Islam adalah isu murtad. Api emosi umat Islam akan mudah terbakar dan marak bila isu murtad dicucuh. Ini menunjukkan akidah merupakan sesuatu yang teramat penting kepada umat Islam.
    murtad bermaksud seseorang Islam keluar dari agama Islam. Murtad berlaku sama ada seseorang mengisytiharkan kelaur daripada Islam, atau dihukumkan terkelaur dari Islam oleh syariat Islam.
    Pada asasnya umat Islam dapat mempertahankan akidah mereka, walaupun terpaksa menghadapi ancaman dan tekanan. Lihat sahaja apa yang berlaku di Rusia, Balkan dan China.
    Para pakar perundangan Islam telah membincangkan mengenai hukum ke atas orang murtad.
    Jika diperhatikan, hukuman ke atas jenayah murtad berkait rapat dengan pentadbiran atau siasah syarieyah sesebuah negara Islam. Dimana seseorang yang murtad pada peringkat awal mesti diusahakan supaya mereka kembali semula kepada Islam. Namun jika jenayah ini boleh mengacam akidah keseluruhan umat Islam, maka orang yang murtad boleh diperangi dan dibunuh, sepertimana tindakan Khalifah Abu Bakar RA.
    Namun tidak semua jenayah murtad berlaku disebabkan oleh kebencian atau pertentangan kepada akidah dan umat Islam. Kebanyakan kes murtad yang berlaku khususnya di negara kita disebabkan kejahilan dan tekanan hidup.
    Dalam kes tertentu, seorang muslim boleh murtad apabila tertekan dengan kemiskinan dan kurang didikan agama. Apabila mereka ditawar dengan bantuan, maka dalam keadaan terpaksa mereka sanggup murtad.
    Begitu juga, terdapat kes murtad yang melibatkan mualaf, dimana mereka kembali kepada agama asal atau bertukar agama, ini adalah hasil kegagalan pihak yang bertanggungjawab untuk memberi panduan dan pendidikan.

    ReplyDelete
  2. Salam

    Saya sokong hujah Pak Teh Pas, Murtad di negara ni sebab jahil agama, kesempitan hidup..Kalau semua ini dapat diubati, maka kes murtad akan berkurangan dan kemungkinan juga akan lenyap..Masalah ini juga perlu dikuatkan undang2 syariah untuk membenteras masalah ini sepertimana yang terdapat di dalam hukum hudud..

    ReplyDelete
  3. Salam

    Komen anda keterlaluan dan anda tidak faham maksud yang saya hendak sampaikan dalam artikel saya ini..Sepatutnya anda kena berhemah dalam memberi komen bukan dengan menggunakan bahasa yang kurang sedap di dengar..

    Maaf, sebenarnya anda kena faham kepada apa yang dinyatakan dalam artikel saya tu, bukan saya tidak menyokong tindakan JAIS, sepatutnya benda itu berlaku, cuma alangkah baik semua umat Islam berganding bahu menyelesaikan masalah ini..bukan saya memihak ke pihak murtad..

    Masalahnya ada tak undang2 yang berkaitan dengan masalah murtad ni..Kita tak ada peruntukan yang mengikut syarak..Sebab itu kita kena tengok punca kejadian ni..Selesaikan punca dia dahulu, bagi kefahaman Islam dulu kepada mereka. ini semua berlaku adalah disebabkan tidak faham..

    Saya menegaskan tiada artikel yang saya buat ini menyokong orang murtad..Jangan salah faham ok, komen anda saya buang, sebab dianggap sampah kerana menggunakan bahasa kurang sopan..

    ReplyDelete
  4. Tidak semua kemurtadan kerana terpengaruh dengan dakyah padri Kristian, atau terpesona dengan aktiviti dan pemurahnya pihak gereja.
    Asas ini telah menarik aku untuk pergi melihat apa yang berlaku di Sarawak.
    Jelas sekali bahawa umat Islam dan pihak berwajib juga mempunyai saham tersembunyi atau disembunyikan dalam kes murtad yang mereka sendiri hebahkan.
    Kelalaian dan sikap tidak bertanggungjawab kepada agama dan akidah, merupakan penyakit merbahaya yang menimpa umat Islam pada hari ini.
    Bagaimana seorang yang telah berjaya diIslamkan atau mencari hidayah telah diabaikan dan dibiarkan tanpa bimbingan dan sokongan telah kembali kepada agama mereka atau memeluk agama lain.
    Cuba kita merenung seketika, berapakah jumlah kes keluarga yang memeluk Islam, kemudian tidak diberikan bimbingan dan sokongan, akhirnya telah kembali kepada agama asal mereka.
    Berapa ramaikah jumlah mereka yang gembira memeluk Islam, kemudian kembali kepada kekufuran setelah kecewa apabila diabaikan dan dibiarkan terkapai-kapai tanpa dahan untuk bersandar?.
    Berapakah jumlah wanita yang memeluk Islam dengan bersuamikan seorang muslim, akhirnya kembali kepada agama asal, setelah bercerai atau ditinggalkan suaminya.
    Berapa ramai anak-anak yang berbapakan seorang muslim, kemudian dibesarkan atau didewasakan sebagai seorang bukan Islam, kerana ditinggalkan bapa atau dibiarkan hidup bersama ibu yang telah meninggalkan agama Islam.

    ReplyDelete
  5. saya pernah temubual dgn org kt melaka pasal nak dapatkan bantuan zakat..mmg betol kata ustaz, byk karenah birokrasi..kesian pada org tu..

    ReplyDelete
  6. Besnis produk kesihatan myherb2u-goji,tricajus,susu kambing,mlm call +60192311900
    http://www.healthbuilders.com.my/
    othmandraman@yahoo.com
    http://othmandraman.blogspot.com/?m=1
    http://www.dnaglobal2u.com/
    http://www.iphytoscience.com/
    http://www.drtina.mynucerity.biz/indexi.php
    Kedai P01 pasar majlis sek16 shah alam,selangor,malaysia
    Rakan kongsi/penyewa/pekerja diperlukan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG