PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Saturday, August 20, 2011

Isteri Stress Suami Suka Berzina



Saya ibu kepada empat anak. Saya sudah mendirikan rumah tangga hampir lapan tahun. Masalah yang saya hadapi sekarang ini berkaitan dengan sikap suami yang kaki perempuan.

Sejak awal perkahwinan kami lagi dia sudah ada hubungan dengan wanita lain. Apabila dapat tahu saya bagi dia peluang, tetapi dalam diam-diam dia masih ada wanita lain.

Saya masih beri dia peluang apabila dia berjanji tidak akan melakukannya lagi. Setiap wanita yang dikenali pasti akan memberitahu saya mereka pernah ditiduri suami saya.

Sejak akhir-akhir ini, masalah datang bertimpa-timpa bukan seorang wanita tapi kebanyakannya dia kenal melalui Internet. Semuanya menyatakan pernah ditiduri suami saya dan pernah disuruh suami saya minum arak.

Terbaru saya dapat tahu dia pernah berkahwin tapi katanya dia sudah menceraikannya. Apa yang saya kesalkan dan sedih sekarang ini ialah dengan sikap dia yang suka berfoya-foya.

Saya juga menggalas tanggungjawab menjaga anak. Saya amat tertekan dengan sikapnya dan jika hendak ikutkan hati ingin saja berpisah, tetapi saya tidak tahu apa caranya.

Jawapan

SEORANG suami sepatutnya menjadi ketua keluarga yang bertanggungjawab kepada anak dan isteri. Sebagai lelaki Muslim pula, beliau perlu menjaga kehormatan diri dengan tidak melakukan perzinaan yang dilarang Allah.

Ini jelas apabila Allah menyifatkan orang Mukmin yang berjaya, antaranya: “Dan mereka yang menjaga kehormatannya kecuali kepada isterinya atau hambanya, sesungguhnya mereka tidak tercela. Kemudian, sesiapa yang mengingini selain yang demikian, merekalah orang yang melampaui batas.” (Surah al-Mu’minun ayat 5 hingga 7).

Dengan itu, puan mempunyai alasan kukuh untuk berpisah dengan suami yang suka berfoya-foya dan terbabit dengan zina sehingga mengabaikan rumah tangga.

Bagaimanapun, ia perlu diperiksa secara betul dan bukan atas dasar cemburu atau fitnah semata-mata. Cara terbaik ialah dengan memberitahu keluarga sendiri terlebih dahulu dan mendapat nasihat mereka.

Mereka mungkin dapat menyelesaikan kemelut rumah tangga itu. Puan boleh juga menghubungi peguam syariah yang akan memberi nasihat dan tunjuk ajar prosedur perlu diikut dalam mendapat perceraian sama ada secara fasakh atau sebagainya. Bagaimanapun, ia membabitkan kos dan masa.

Sumber : Harian Metro

4 comments :

  1. Kesian. Saya dapat rasakan bebanan perasaan yg dipikul Puan itu. Akhir zaman, title pemimpin bagi lelaki hanya tinggal title. Ujian buat lelaki terlalu banyak. Siapa yang tak kuat iman dalaman pasti rebah.

    ReplyDelete
  2. bagi puan... sekirannya masih lagi sayangkan suami, pintalah pada Allah agar suami kembali pada Islam yang sebenar... sebenarnya segala kemelut dan masalah diri kita adalah berpunca dari diri sendiri yang lalai mengikut perintah Allah...bukan nak salahkan puan...tapi muhasabah diri sendiri...mengapa Allah berikan ujian sebegini? apa salah diri pada Allah?
    satu lagi bacalah yasin dengan niat untuk memberikan pengajaran pada suami ... hanya Allah dapat berikan balasan yang buruk sebagai pengajaran....selain itu puan boleh pinta menjauhkan diri semoga dia insaf

    ReplyDelete
  3. Saya juga Ada masalah yg Samantha tetapi tidak tahu Sama ada saya dapat menerima penceraian. Tapi dia berzina dgn seorang lagi wanita selama 7 tahun kami berkahwin. Saya ada bukti yg kukuh kerana ada video yg saya jumpa di komputernya. Bagaimana nak hadapi semua ini?

    ReplyDelete
  4. Besnis produk kesihatan myherb2u-goji,tricajus,susu kambing,mlm call +60192311900
    http://www.healthbuilders.com.my/
    othmandraman@yahoo.com
    http://othmandraman.blogspot.com/?m=1
    http://www.dnaglobal2u.com/
    http://www.iphytoscience.com/
    http://www.drtina.mynucerity.biz/indexi.php
    Kedai P01 pasar majlis sek16 shah alam,selangor,malaysia
    Rakan kongsi/penyewa/pekerja diperlukan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG