PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Tuesday, August 16, 2011

Isu Larangan Membaca Al-Quran Menggunakan Pembesar Suara Di Pulau Pinang


Baru-baru ini pihak jawatankuasa fatwa Pulau Pinang telah memutuskan larangan menggunakan pembesar suara pada bacaan Al-Quran sebelum Subuh dengan alasan menganggu ketenteraman awam sekitarnya. Keputusan ini dibuat adalah disebabkan aduan yang telah dibuat oleh umat Islam negeri tersebut tentang hukum bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara. Keputusan ini juga dibuat bukan dari mufti seorang sahaja, tetapi ia dibuat berdasarkan kesepakatan semua ahli jawatankuasa fatwa negeri yang terdiri dari golongan ulamak dan professional.

Saya mengenali S.S Datuk Seri Haji Hassan Bin Haji Ahmad, kerana saya pernah menadah kitab dengannya semasa belajar di Madrasah Al-Khairiah Al-Islamiah Pokok Sena Pulau Pinang. Pihak Surau Madrasah menjemput Datuk Mufti menyampaikan kuliah Kitab Siyarussalikin jilid 1 pada setiap bulan. Datuk Mufti adalah orang yang sangat alim dalam bidang Fiqh, Nahu, Saraf dan sebagainya. Setahu saya, beliau menghafal beberapa Kitab Matan Nahu dan Saraf. Dari sinilah saya merasakan bahawa Datuk Mufti atau Majlis Fatwa negeri tidak membuat fatwa yang melulu seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak. Saya juga merasakan bahawa pihak jawatankuasa telah mempertimbangkan dari semua aspek untuk mengeluarkan larangan ini.

Untuk mendapatkan kepastian, saya menghubungi kawan karib saya yang merupakan imam di Masjid Taman Bertam Indah. Saya mendapatkan penjelasannya mengenai masalah tersebut. Beliau mengatakan bahawa ini semua adalah gimit politik sebenarnya larangan itu diberikan kepada tempat-temoat tertentu atau tempat yang tidak mendapat persetujuan penduduk untuk membaca Al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu sebelum Subuh sahaja. Kalau Qariah yang mempunyai penduduk yang bersetuju, maka ia tidak menjadi masalah untuk memasang Al-Quran dengan menggunakan pembesar suara. Ini semua terpulang kepada pihak jawatankuasa masjid untuk menetapkannya.

Larangan ini juga bertepatan dengan dalil hadis Rasulullah dari Abu Said Al-Kudri yang membawa maksud :

"Ketika Nabi saw beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (Al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi saw berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: 'Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat’ (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih)

Apa salahnya, kalau perkara ini tidak diperbesarkan dan terimanya dengan sifat yang terbuka dan berlapang dada. Selagimana hujah itu berdasarkan dalil Al-Quran dan hadis, maka hujah itu adalah hujah yang kuat dan tidak perlu dinafikan oleh kita sebagai umat Islam. Kalau anda mempunyai hujah lain dari hujah atau fatwa yang dikeluarkan oleh Pihak Majlis Fatwa negeri, maka itu terpulang kepada anda. Janganlah anggap hujah orang lain itu tidak betul atau mengikut telunjuk orang kafir atau sebagainya. Sifat ini semua bukan dari sifat orang Islam, sebab Islam menyarankan supaya kita mentaati orang yang berilmu dan bersangka baik terhadap orang lain. Mufti adalah orang yang diberi tanggungjawab untuk perkara-perkara yang berkaitan dengan agama. Segala perkara yang diputuskan olehnya yang berkaitan dengan Islam, maka lebih baik kita terima dengan hati yang terbuka, sebab setiap perkara yang diputuskan itu ada hujah dan dalilnya.

Kenyataan Datuk Mufti Pulau Pinang pada tarikh 15 Ogos 2011 mengenai masalah tersebut dengan menjelaskan bahawa :

“larangan membaca al-Quran menggunakan pembesar suara sebelum Subuh bukan fatwa melulu, sebaliknya nasihat hukum yang diputuskan pada Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang berdasarkan kepada permasalahan umat Islam di negeri itu. Nasihat hukum itu dikeluarkan kerana jabatan berkenaan sering mendapat aduan dan pertanyaan daripada umat Islam di negeri itu sendiri mengenai hukum membaca al-Quran sebelum Subuh menggunakan pembesar suara sejak kebelakangan ini. Nasihat hukum itu dibuat atas tanggungjawab membantu dan menasihati Yang di-Pertuan Agong sejajar Seksyen 45 Enakmen Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) dan bukan tekanan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang.”

Katanya lagi :

“Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Hassan Ahmad, berkata pihaknya bertanggungjawab menyelesaikan kemusykilan dan permasalahan berkaitan hukum Islam di negeri itu dan nasihat hukum dibuat atas rasa tanggungjawab berdasarkan dalil yang sahih. Arahan meminta dielakkan bacaan yang dibuat melalui pembesar suara yang boleh mengganggu orang luar serta dalam masjid memang amat wajar dan ia bukannya isu politik tetapi untuk menjaga martabat Islam sebagai agama harmoni. Saya amat kesal dengan tuduhan pelbagai pihak yang menyatakan kononnya Jawatankuasa Fatwa Negeri membuat fatwa melulu dan di bawah arahan pihak tertentu berkaitan isu berkenaan,” katanya di sini, semalam.”

Menjadi sikap orang melayu kita apabila ada sahaja hujah yang bertentangan dengan pendapatnya, maka ia dianggap tidak benar dan bercanggah dengan hukum Islam. Berbeza pendapat itu adalah fitrah. Kalau Islam tidak membenarkan umatnya berbeza pendapat, maka tidaklah timbul berbagai mazhab yang ada seperti sekarang. Inilah yang menunjukkan Islam itu adalah agama yang indah dan agama yang penuh dengan berbagai hujah atau kaya dengan ilmu yang telah terhasil dari Al-Quran dan Hadis. Imam-imam mazhab dulu juga mereka saling menghormati di antara satu sama lain, mereka tidak menyalahkan orang lain yang mengeluarkan hujah yang bertentangan dengan mereka. Pernah Imam Syafie turun dari kudanya apabila lalu di makam Imam Malik sebagai tanda penghormatan. Pernah juga Imam Syafie tidak membaca doa qunut ketika ia solat subuh di masjid mazhab hanafi.

Masalah yang dibangkitkan ini adalah masalah furuk bukan masalah pokok yang telah jelas dalilnya dalam Al-Quran dan hadis. Masalah furuk ini sering mempunyai perbezaan pendapat dari kalangan para ulamak dan lazimnya masalah furuk ini tidak ada dalil qat’i yang jelas. Maka sebab itulah berlaku perselisihan pendapat dikalangan para ulamak. Kita sebagai umat Islam, lebih baiklah terima dengan hati yang terbuka dan ini adalah sikap yang dituntut oleh Islam. Firman Allah yang bermaksud :

“Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. dan bertaqwalah kepada Allah, kerana Sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya (bagi sesiapa Yang melanggar perintahNya).” (Al-Maidah : 2)



15 comments :

  1. menerima dgn hti yg terbuka. slam ramadhan :)

    ReplyDelete
  2. salam ustaz..
    mungkin ustaz patut perhatikan dalil yang digunakan oleh mereka yang mengeluarkan fatwa itu..sedangkan dalil yang dinyatakan itu bukanlah bermaksud sepertimana yang difatwakan, bahkan maknanya jauh sekali..
    Allahua'lam..

    ReplyDelete
  3. Salam kepada aku si musafir..

    Sumber perundangan Islam ada Al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qiyas.. Masalah guna pembesar suara ini adalah masalah baru dan tiada dalil yang tepat tentang penggunaan pembesar suara.. Jadi majlis fatwa penggunakan kaedah qiyas kepada dalil2 yang ada persamaan dari segi illahnya.. Kena faham tu kaedah fiqh..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum ustaz,

    Menurut saya, apa yang dimaksudkan oleh si musafir bukan masalah pembesar suara tapi berkenaan perbuatan membaca Quran sehingga menggangu Rasulullah s.a.w beribadah di dalam masjid.

    Kalau dalam kes membaca al Quran menggunakan pembesar suara di masjid sebelum subuh, ianya malah menyeru untuk ummat Islam beribadat dan meninggikan syiar Islam. Selain itu dapat mempersiapkan diri untuk Sholat subuh berjemaah di masjid.

    Ana bukan pro-BN bahkan ana rasa sangat berdosa kalau menyokong sistem demokrasi ciptaan Yahudi ini. Tapi bagi ana tindakannya larangan ini telah merendahkan agama yang sudah sedia rendah dalam negara kita yang sekular ini.

    Wallahualam

    ReplyDelete
  5. Saya dari kecil selalu mendengar ayah saya sebutkan hal ini apabila pembesar suara azan yang dipasang terlalu kuat sehingga mengejutkan anak2 kecil dan betul2 membingitkan telinga.

    Ayah cakap: Beritahu muazzin itu, jgn terlalu kuat nanti org benci kerana dah mengganggu orang ramai.

    Kampung saya semua penduduk muslim namun sebagai manusia biasa kita juga tak sennag dgn bunyian yg terlampau kuat sehingga mengganggu.

    Namun bagi saya isu di sini ialah sejauh mana kuatnya pembesar suara itu? Jika terlampau kuat mungkin ianya dah mengganggu, tapi jika hanya biasa sahaja bagi saya ianya dibolehkan untuk memanggil manusia solat.

    Perkara begini lebih kepada 'uruf setempat,macamana keadaan masyarakat, hanya ulama' setempat yang layak memberi panduan, pendapat dan panduan. Wallahu a'lam

    ReplyDelete
  6. Salam

    Tak kisah apa pendapatpun, cuma bagi saya mufti itu adalah orang yang bertanggungjawab dalam hal2 agama, maka lebih elok kita menerima apa yang telah disarankan dan difatwakan oleh mereka..Ini juga merupakan taat kepada pemimpin betul tak?

    ReplyDelete
  7. Kalau tak salah ingatan saya, perkara ini pernah dibincangkan oleh majlis fatwa Wilayah Persekutuan dalam tahun 70an. Ianya berkaitan mengelakkan gangguan kpd anak2 kecil, orang yang sakit dan juga kepada sahabat2 yg baru pulang bekerja mahu berehat dan lena sebentar. Islam itu indah dan memberikan manfaat kepada seluruh umat manusia.

    ReplyDelete
  8. bunyi pembesar suara ni sama la macam bunyi mercun..

    ReplyDelete
  9. laksanakanlah sesuatu suruhan agama itu secara berhemah....namun dalam hal hal tertentu kenalah juga berani mempertahankan kepentingan agama kita...janganlah asyik kita jer yang mengalah atas alasan menjaga keharmonian masyarakat...takut nanti agama islam akan tergadai.

    ReplyDelete
  10. setahu saya, ini bukanlah fatwa sebab kalau fatwa kena ada campurtangan Agong sebaliknya ini hanyalah hukum....w'alam...

    ReplyDelete
  11. Tak perlulah kita pertikaikan isu ini lagi.

    ReplyDelete
  12. Setuju dgn pendapat Ust .. DS Mufti adalah orang yg bertanggongjawab yg dilantik dalam hal2 agama di PP dan semestinya beliau mempunyai ilmu yang berwibawa untuk menangani permasalahan yang timbul .. merujuk kepada jawapan DS Mufti larangan tersebut adalah nasihat hukum berdasarkan dalil yg sahih yang dipersetujui di dlm mesyuarat JK Fatwa PP dan bukannya fatwa .

    ReplyDelete
  13. salam, apabila sentimen mengatasi syariat ...

    ReplyDelete
  14. Besnis produk kesihatan myherb2u-goji,tricajus,susu kambing,mlm call +60192311900
    http://www.healthbuilders.com.my/
    othmandraman@yahoo.com
    http://othmandraman.blogspot.com/?m=1
    http://www.dnaglobal2u.com/
    http://www.iphytoscience.com/
    http://www.drtina.mynucerity.biz/indexi.php
    Kedai P01 pasar majlis sek16 shah alam,selangor,malaysia
    Rakan kongsi/penyewa/pekerja diperlukan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG