PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Monday, August 29, 2011

Kepada Yang Ingin Menanyakan Soalan



Salam akhir Ramadhan kepada semua pengunjung blog saya. Tinggal beberapa jam sahaja untuk kita menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Sudah pasti sekarang ini ada yang sibuk membalut ketupat, mengemas rumah dan sebagainya. Apa-apa pun saya doakan anda semua dapat melunaskan pekerjaan anda dengan baik dan bagi yang balik ke kampung selamat jalan dan selamat sampai ke distinasi anda semua.

Di kesempatan yang ada ini, saya ingin memaklumkan kepada pengunjung yang menanyakan soalan di ruang komen blog ini, saya mohon maaf kerana tidak dapat menjawab soalan-soalan anda semua di atas sebab kesibukan kerja utama.

Saya mencadangkan kepada anda yang ingin menanyakan soalan kepada saya dan inginkan jawapan. Maka bolehlah melalui ruangan Fan Facebook ustaz nor amin (Klik Sini), kerana di sana saya lebih mudah untuk menjawabnya. Setiap pertanyaan hendaklah melalui ruangan perbincangan di Fan FB saya (Klik Sini). Ini bertujuan untuk memudahkan saya memantau jenis soalan yang diutarakan dan saya lebih mudah untuk membuat pantauan.

Saya mengharapkan tidak berlaku pertindihan soalan atau soalan yang sama dengan soalan yang telah lalu, dan anda boleh merujuk kepada jawapan yang telah diberikan pada soalan yang telah lalu. Lebih cantik lagi soalan janganlah terlalu panjang dan terlalu berbelit-belit supaya saya dapat memahami maksud persoalan anda.

2 comments :

  1. salam ustaz,

    Apa hukumnya seeorang suami menikah tanpa penetahuan dan persetujuan isteri pertama. Setelah diketahui oleh iseri pertama rumahtangga tidak pernah aman. Walaupun suami menyesal telah berkahwin dua tetapi tidak mahu menceraikan istri kedua kerana takut dimurkai Allah. Sebaliknya isteri pertama dan anak2 berasa amat tertekan dan sentiasa berdoa agar suami menceraikan isteri kedua. Adakah cara bagaimana untuk suami melepaskan isteri kedua tanpa berdosa?

    ReplyDelete
  2. salam ustaz

    Saya baru berkahwin dengan seorang mualaf. Dia asyik bertanya soalan yang agar sukar untuk sayaijawab antara beliau:
    1. Khizir itu haram dimakan kerana mengandungi sejenis parasit tetapi mengapa ia haram disentuh,
    2. Anjing haram untuk disentuh kerana ia mengandungi sejenis kuman seperti angin gila tetapi ramai org memelihara anjing sihat saja, bah kan lembu pun berpenyakit tetapi mengapa lembu tidak haram?

    Byk lagi soalan yang ditanya kepada saya kadang2 saya pening untuk menjelaskan soal haram dan halal dalam islam. sya harap ustaz boleh terangkan lebih jelas lagi.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG