PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Monday, August 22, 2011

Melakukan Persetubuhan Ketika Masuk Subuh Di Bulan Ramadhan Tanpa Disedari



Soalan :


Suami isteri berjimak semasa waktu azan subuh dibulan puasa dan kemudian mandi wajib bolehkah mereka berpuasa, sedang apa yang saya tahu masa waktu imsak kita dikehendaki berhenti makan dan membuat perkara membatalkan puasa juga selepas azan subuh maksudnya itu bermula?

Jawapan :

Apabila seseorang menyangka bahawa fajar akan terbit lambat lagi, lalu bersetubuh. Kemudian dalam bersetubuh itu fajarpun keluar atau terdengar suara azan, maka wajiblah ia menghentikan persetubuhan itu dengan segera (serta merta) tidak boleh diteruskan lagi. Jika ia meneruskannya bererti ia telah merosakkan puasanya dengan bersetubuh yang disengajakan. Demikian pulalah dengan orang yang minum dan makan pada waktu itu.

Kecuali, ia tidak menyedari bahawa masuk waktu subuh itu telah hampir secara tidak sengaja seperti jam rosak atau tidak betul, tidak dengar suara azan, tidak nampak fajar sidiq atau sebagainya. Maka perbuatan persetubuhan suami isteri dimaafkan. Jika dalam masa tersebut sudah kita menyedari waktu imsak atau waktu subuh sudah mendekati, maka jangan sesekali melakukan persetubuhan, sebab dikautiri terbabas sehingga masuknya waktu subuh. Begitu juga kalau hati kita ragu-ragu atau terdetik takut terbabas persetubuhan tersebut sehingga waktu subuh, maka lebih baik dielakkan dari melakukan persetubuhan tersebut, kerana perbuatan berjaga-jaga lebih baik untuk menghindari dari berlakunya dosa.

Jika persetubuhan itu diteruskan walaupun telah terdengar suara azan, maka hendaklah membayar kaffarah. Pertama memerdekakan hamba, jika tidak ada atau tidak mampu, dengan berpuasa dua bulan berturut-turut, jika tidak sanggup iaitu dengan memberi makan 60 orang miskin. hadis riwayat Abu Hurairah bahwa telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah saw dan berkata :

”Aku telah celaka wahai Rasulullah. Baginda menjawab : Apa yang membuatmu celaka? Orang itu berkata : Aku telah menyetubuhi isteriku di bulan Ramadhan. Baginda bertanya : Adakah kamu memiliki sesuatu untuk membebaskan hamba? Orang itu menjawab : Tidak. Baginda bertanya : Sanggupkah kamu berpuasa dua bulan berturut-turut? Orang itu berkata : Tidak. Baginda bertanya : Apakah kamu memiliki sesuatu untuk memberikan makan enam puluh orang miskin? Orang itu menjawab : Tidak. Kemudian Baginda terdiam beberapa saat hingga didatangkan kepada Baginda setangkai kurma dan berkata : Ambil kurma ini sedekahkanlah ia. Orang itu berkata : Adakah orang yang lebih miskin dari kami. Maka tidak ada tempat diantara dua batu hitam penghuni rumah yang lebih miskin dari kami. Lalu Baginda pun tertawa hingga terlihat gigi garhamnya kemudian berkata : Pegilah dan berikanlah ini kepada keluargamu.” (Riwayat Jamaah)

Masalah ini juga sama dengan orang yang tidak berkahwin melakukan persetubuhan di waktu tersebut atau waktu siang Bulan Ramadhan, maka mereka akan dikenakan denda kiffarah sepertimana telah saya nyatakan di atas. Mereka bukan dosa melakukan persetubuhan di waktu puasa, malah mereka juga telah melakukan dosa besar dan perbuatan yang dikutuk oleh Allah disebabkan zina. Sabda Allah swt yang bermaksud :

“Perempuan Yang berzina dan lelaki Yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya Dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa Yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang Yang beriman.” (An-Nur : 2)

Hadis Rasulullah saw yang bermaksud :

“Seorang lelaki telah datang menemui Rasulullah saw semasa baginda berada di dalam masjid lalu beliau memanggil Rasulullah seraya berkata : ‘Wahai Rasulullah sesungguhnya aku telah melakukan perbuatan zina,’ maka Rasulullah berpaling daripadanya sehingga diulang pengakuannya sebanyak empat kali. Maka apabila lelaki berkenaan telah membuat pengakuan ke atas dirinya sebanyak empat kali Rasulullah saw pun memanggilnya lalu bersabda : ‘Adakah engkau gila ? Jawab lelaki itu : Tidak. Nabi bersabda lagi : Adakah engkau telah kahwin? Jawab lelaki itu : Ya. Maka Nabi bersabda : Bawalah dia dan jalankan hukuman rejam.” (Muttafaqun Alaih)



7 comments :

  1. Assalamualaikum Ustaz. Boleh izinkan kakchik kongsikan entri blog ustaz di blog? Kakchik baru saja menerima persoalan yang sama dari seorang kenalan. Jawapan ustaz ini lebih teratur berbanding jawapan kakchik melalui SMS.

    ReplyDelete
  2. Salam

    Boleh untuk dikongsikan, saya benarkan dan kalau boleh masukkan rujukannya sekali..

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum ustaz.
    bolehkah puasa enam diniatkan sekali dengan puasa ganti.. ? mohon pandangan ustaz..

    ReplyDelete
  4. salam ustaz.
    pd ramadhan yg lepas, sy telah terlanjur melakukan p'setubuhn dgn tmn lelaki sy m'jelang wktu subuh. kini, sy rasa sgt2 mnyesal akn kterlanjurn sy t'sebut. sy ingin b'taubat. bagaimana harus sy mnebus kesalahn sy t'sebut? bolehkah dgn hanya m'ganti puasa? & apakah amalan2 yg patut sy buat utk b'taubat ustaz?
    kalau boleh,mohon ustaz hntar pandangn ustaz d emel ini: white_pinkqy@ymail.com

    ReplyDelete
  5. , ass....terimakasih blog ini tlah menjawab pertanyaan ana...wass....

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum ustaz..bagaimana jika pd waktu subuh suami setakat ingin bermanja tetapi tidak sengaja termasuk..bagaimana dgn puasa suami isteri itu..adakah wajib kaffarah

    ReplyDelete
  7. Besnis produk kesihatan myherb2u-goji,tricajus,susu kambing,mlm call +60192311900
    http://www.healthbuilders.com.my/
    othmandraman@yahoo.com
    http://othmandraman.blogspot.com/?m=1
    http://www.dnaglobal2u.com/
    http://www.iphytoscience.com/
    http://www.drtina.mynucerity.biz/indexi.php
    Kedai P01 pasar majlis sek16 shah alam,selangor,malaysia
    Rakan kongsi/penyewa/pekerja diperlukan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG