Anak lelaki lembut dan berperwatakan seperti wanita. Walhal ketika
dilahirkan dahulu sah-sah dia benar-benar lelaki tulen dengan organ
jantina lelaki. Tak tahulah di mana silapnya tiba-tiba sahaja apabila
meniti remaja kelakuannya tidak lasak seperti anak lelaki lain malah
lebih gemar melakukan aktiviti dan permainan yang disukai anak-anak
perempuan. Ya, anda mungkin perasan anak itu lebih suka bermain
pondok-pondok dengan rakanrakan perempuan daripada pergi bermain bola
sepak dengan kawan-kawan lelakinya.Tapi ketika itu anda mungkin
merasakan “Ahh, kecil lagi.. sementara aja tu.” Tetapi semakin remaja
makin bertambahlentuk pula tingkahlakunya hingga membimbangkan ibu bapa
pula.
Menurut Ustaz Nor Amin, guru pengajian Islam MARA
yang juga penceramah bebas dan penulis buku, ibu bapa yang mempunyai
anak lelaki lembut seperti ini janganlah menganggap mereka ini sebagai
satu bebanan besar ibarat malapetaka malang yang menimpa keluarga anda.
“Kasihanilah anak lelaki lembut anda , mereka juga insansempurna
seperti orang lain. Cuba anda fikirkan, kalau anda gagal mendidik atau
teruskan usaha membimbing mereka dengan sempurna maka jadilah mereka
lelaki yang bertopeng wanita seperti memperagakan pakaian wanita,
bersolek, menukar nama ke nama wanita, hinggakan akhirnya nafsu juga
turut terdorong kepada lelaki.,” terang beliau mengenai fenomen lelaki
yang makin hilang nilai kelakiannya.
Firman Allah yang bermaksud, “Sesungguhnya kami telah menciptakanmanusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).” (A-Tin:4)
Punca anak lelaki menjadi lembut
Menurut kajian Ustaz Nor Amin melalui aduan yang
diterima oleh masyarakat terdapat beberapa punca yang dikenalpasti
menyebabkan anak lelaki menjadi lembut.
1. Kelahiran
Lelaki lembut ini dilahirkan secara fitrah dan
perkara ini tidak boleh dinafikan, bukan Allah menghukum ibu bapa yang
memiliki anak lelaki lembut tetapiAllah hendak menguji mereka dengan
dianugerahkan anak seperti itu. Jika mereka menerima anak tersebut
dengan hati yang ikhlas kepada Allah dan memiliki sifat sabar untuk
menjaga dan mendidik anak itu, maka besar ganjaran yang Allah berikan.
Firman Allah bermaksud, “Mereka itu semuanya akan dibals dengan
mendapat tempat yang tinggi di syurga disebabkan kesabaran mereka, dan
mereka pula akan menerima penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya.” (Al-Furqan: 75)
2. Tiada figura bapa sebagai ‘role model’
Kemungkinan juga anak lelaki boleh menjadi lembut
apabila wujudnya jurang di antara anak lelaki dengan bapa. Bapa yang
terlalu garang dengan disiplin ketat atau sifat bapa yang bengis
sentiasa memarahi, memukuldan tidak bertanggungjawab juga boleh
menyebabkan mereka lebih rapat kepada ibu dan menganggap hanya ibu
sahaja yang layak dijadikan role model atau figura dalam hidup mereka.
Ia juga boleh menimbulkan rasa benci kepada ayah dan lelaki lalu
mengambil jalan tengah untuk mengelak menjadi lelaki dengan perwatakan
mereka dengan kepada wanita. Anak lelaki lembut biasanya juga digelar
‘anak ibu’ atau ‘mama’s boy ‘ kerana lebih suka berada di samping ibu
hingga menyebabkan mereka sangat memahami dan menyelami naluri
kewanitaan hingga terbawa naluri itu ke dalam diri anak lelaki.
3. Kurang perhatian ibu bapa
Sebagai ibu bapa yang mempunyai anak sebegini
sewajarnya mereka diberikan lebih perhatian. Dek kesibukan waktu
anak-anak diberikan kebebasan yang berlebihan sehinggakan anak mereka
melakukan perbuatan yang menyalahi akhlak Islam. Ibu bapa perlu
sentiasa mendidik di samping sentiasa mendoakan anak-anak mereka agar
tidak tergelincir keperibadiannya. Pendidkan itu bermula sejak dari
dalam kandungan hinggalah anak itu dewasa.
4. Pengaruh rakan sebaya
Terutamanya ketika meningkat remaja, ibu bapa perlu
mengenali rakan anak agar anak mereka tidak dipengaruhi dengan
rakan-rakan lelaki yang lembut.Kadang kala kelembutan yang tidak begitu
ketara akan bertambah serius apabila anak mula bergaul dengan lelaki
yang lembut juga.
Selanjutnya dapatkan majalah NUR OKTOBER 2011 di pasaran sekarang!




salam..saya termasuk dalam golongan lelaki lembut sejak dari kecil.saya bersyukur,walaupun saya lembut, hanya saya yang tahu bahawa pemikiran saya adalah seperti seorang lelaki normal yang lain. cuma perwatakan saya tidak seperti yang di harapkan. saya bimbang jugak dengan perwatakan saya. lembut sejak lahir memang sukar diubah. saya bimbang ,walaupun saya bersikap seperti lelaki normal,perwatakan saya tetap lembut.kadang2 saya malu.saya juga bingung memikirkan hal jodoh.umur dah meningkat, kerjaya dah ada,cuma jodoh je tak de..say jg ingin berumah tangga dan mempunyai anak..
ReplyDeleteto anonymous 12 sept 2011...saya suka pd lelaki normal yg bersikat lembut.Bukan pondan..bukan gay...tp saya rasa ramai wanita yg berperasaan spt saya.Lelaki sebegini lebih mudah difahami.Mujurlah saya sudah berkahwin,jika tak sudah tentu saya akan dtg masuk meminang awak!he he....
ReplyDeleteramai yang tersilap antara lembut dan sopan
ReplyDeletelembut hati.....lembut perwatakan ok...aslkan agama tidak diketepikan....
ReplyDeletesaya juga seorang lelaki lembut,, sedih? sape yg x sedih, kadang2 tengok didunia luar, seronok melihat lelaki yg maskulin, g berkasih syg sesama wanita, umpama tiada beban bagi mereka, saya x menganggap ini sesuatu beban dan mungkin semua ini ada hikmahnya, seumur hidup saya, saya tidak pernah bercinta serta tidak pernah merasa apa itu cinta,,sedangkan saya manusia biasa yg ingin memenuhi fitrah berkasih syg,,, saya x tau masa depan saya mcmner..
ReplyDeletemasa kecik saya lembut, selalu kena buli. Tapi saya berubah. Saya masuk askar wataniah, saya actif sukan, minat tomoi.....semuanya boleh berubah. kita kena ubah perangai kita sendiri. Lelaki buat cara lelaki. Jangan salah kan takdir...
ReplyDelete