Monday, September 26, 2011

Boleh Tidak Buat Aqiqah Seekor Kambing Untuk Anak Lelaki?



Jiran saya mahu buat aqiqah untuk anak lelakinya. Namun dia hanya mahu sembelih satu ekor kambing dan seekor lagi mahu ditangguhkan dulu. Alasannya, jika disembelih sekali 2 ekor dia takut dagingnya tidak habis dimakan oleh para jemputan.

Kambing yang seekor lagi mahu diaqiqah dan diniatkan bersekali dengan majlis doa selamat untuk saudaranya yang mahu menunaikan ibadah haji, kerana saudaranya itu menanggung harga 2 ekor kambing yang diaqiqahkan itu.

Apa hukumnya Ustaz? Betul ke niat nya?

Sekian, terima kasih.

Jawapan

Maksud Aqiqah ialah binatang ternakan yang berkaki empat (binatang an‘am) yang disembelih ketika hendak mencukur rambut kepala anak yang baru dilahirkan, sama ada disembelih pada hari ketujuh atau selepasnya.

Hukum melakukan aqiqah itu adalah sunat mu’akkadah iaitu sunat yang sangat digalakkan oleh Islam. Sebagaimana perbuatan Nabi Muhammad SAW ketika Baginda mengaqiqahkan cucundanya Hasan dan Husain. Ianya bukanlah perkara yang wajib dilakukan kerana hal ini pernah ditanyakan kepada Rasulullah SAW , lalu Baginda bersabda yang maksudnya :

"Allah tidak menyukai kedurhakaan, seolah-olah Baginda tidak suka menyebut nama itu (aqiqah). Baginda bersabda: "Barang siapa yang dikurniakan baginya anak, lalu dia ingin menyembelihkan untuk anaknya maka sembelihlah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang sama keadaannya dan bagi anak perempuan seekor kambing." (Hadis riwayat Abu Daud)

Orang yang disunatkan melakukan aqiqah untuk anak yang baru dilahirkan itu ialah orang yang wajib memberi nafkah kepada anak tersebut, iaitu bapa atau ibunya sekalipun mereka itu orang fakir atau papa.

Bagi ibu bapa yang tidak berkemampuan untuk melaksanakan aqiqah sebanyak 2 ekor kambing atau 2 bahagian lembu bagi anak lelaki mereka. Boleh juga ia melakukan seekor kambing atau 1 bahagian lembu. Bila  ia telah berkemampuan, maka  bolehlah dia melakukan baki yang tinggal lagi sebanyak 1 ekor kambing atau 1 bahagian lembu. Apa-apapun terpulang kepada orang yang hendak melakukan aqiqah anaknya. Dia sahaja yang tahu menilai sejauhmana kemampuan dirinya.

Lebih cantik lagi, kita jangan tangguh ibadah aqiqah anak ini, sebab menjadi tanggungjawab ibu bapa mengaqiqahkan anaknya yang telah dilahirkan. Tidak menjadi permasalahan baginya yang mengatakan takut akikah 2 ekor kambing tidak habis di makan oleh tetamunya. Daging aqiqah sunat kita masak dengan masakan yang manis dan sedekah kepada orang ramai atau jiran-jiran kita.  Bukan sekadar buat kenduri jamu orang makan sahaja.

Satu lagi masalah yang timbul dalam perkara ini ialah nazar. Ucapannya seperti “1 ekor kambing lagi akan dilakukan pada majlis doa selamat saudaranya untuk menunaikan haji” telah menjadi nazar beliau. Apabila telah menjadi nazar, maka ia telah menjadi wajib dan perlu dilaksanakan. Jika gagal ia akan berdosa dan perlu membayar kifarah sebanyak 3 hari puasa berturut-turut.

14 comments:

  1. salam ustaz. kebetulan ustaz mengutarakan tentang akikah, saya ingin bertanya satu persoalan. baru-baru ini ibu saya ada memberitahu kepada saya bahawa ada orang memberitahu beliau majlis akikah anak saudara perempuan saya yakni anak abang saya tidak sah kerana sewaktu majlis itu diadakan, abang saya tiada di situ kerana mempunyai tanggungjawab kerja dan majlis itu dikendalikan oleh bapa saya iaitu datuk kepada anak saudara saya. betulkah jika bukan si bapa yang mewakilkan, majlis akikah tersebut tidak sah dan perlu dibuat semula?

    ReplyDelete
  2. Salam

    Tak la sampai macam tu sekali, sebab benda ni sunat sahaja..kalau diwakilkan pun boleh, mungkin bapa tu ada urusan yang lebih wajib dan lebih utama. Pandai-pandai pula orang tu mengeluarkan fatwa, dari mana dia rujuk, kalau orang camni cakap lagi tanya dia ambik hujah ulamak mana dan dalil mana...

    ReplyDelete
  3. assalamualikum ustaz..
    kebetulan..sy pun ingin bertanya tentang perkara ini..
    sy ada mendengar dari seseorg mengatakan jika akikah seekor kambing dari mahzab lain (sy x ingat mazhab ape) bukan mazhab safiee..btul ker ustaz?..& mmg tidak menjadi satu kesalahan..kerana mengikut kemampuan ibu bapa...
    boleh ustaz terangkan?
    lagi satu jika mula2 akikah seekor..yang lagi seekor tu niatnya pun sama juga ke..atau mcmane tu ustaz..
    terima kasih.

    ReplyDelete
  4. SAYA BERNIAT INGIN MEMBUATA AQIQAH ANAK PEREMPUAN SAYA TAHUN INI, TETAPI KEWANGAN TIDAK MENCUKUPI DAN INGIN MENANGGUHNYA PD THUN BERIKUTNYA. APAKAH HUKUMNYA?

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah.. terima kasih ustaz di atas jawapan.

    ReplyDelete
  6. salam ustaz..sy nak tanya boleh kah kita menggunakan daging korban untuk akikah?

    ReplyDelete
  7. Salam, Ustaz,

    1) bolehkah daging Aqiqah yang dimasak untuk kenduri kahwin dihidangkan kepada tetamu bukan islam ?

    2) dlm ibadah Qurban tergolong kepada dua iaitu Qurban sunat & wajid, adakah Aqiqah juga terbahagi kepada dua perkara iaitu Aqiqah sunat & wajid ? Minta bantuan ustaz untuk menghuraikan perbezaan antara Aqiqah Sunat & Aqiqah Wajib.

    3) bolehkah ibubapa yg mengadakan ibadah Aqiqah dan anak yg diaqiqahkan memakan sebahagian hidangan aqiqah tersebut ?

    ReplyDelete
  8. salam ustaz,
    1)saya dan suami belum di akikah oleh ibubapa kami.
    2)2 anak kami belum diakikah kan juga, berumur 14 dan 8 tahun.

    Soalan,

    kalau nak buat akikah, boleh ke atau buat korban untuk anak yg 14 dan 8 tahun tu.. sebab ada kata tak perlu buat akikah dah buat korban aje...

    adakah kami ibubapa kena buat akikah untuk kami dulu sebelum buat untuk anak sebab ada kata kami kena buat kami punya dulu...


    mintak penjelasan yg terang ustaz... terima kasih.

    ReplyDelete
  9. salam
    ustaz jika kita buat aqiqah utk anak tanggungan sendiri. tetapi haiwan aqiqah itu diberi oleh orang lain. Contohnye, saya hendak buat aqiqah utk anak saya seorang perempuan hanya 1 ekor kambing, tetapi 1 ekor kambing itu ditanggung kos pembeliannye oleh ayah saya.

    persoalan saya adakah boleh dilakukan majlis aqiqah itu. sebab ustaz ada memberitahu Orang yang disunatkan melakukan aqiqah untuk anak yang baru dilahirkan itu ialah orang yang wajib memberi nafkah kepada anak tersebut, iaitu bapa atau ibunya sekalipun mereka itu orang fakir atau papa

    ReplyDelete
  10. assalamuallaikum..ustaz.saya nak tanya.saya mempuyai anak angkat lelaki.adakah ia dpt di aqiqah.

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum ustaz,saya ingin bertanya tentang akikah...saya ingin membuat akikah seekor lembu utk 2 anak perempuan dan seorang anak lelaki,
    setahu saya seekor lembu boleh buat 7 bahagian.
    persoalannya adakah saya dan isteri boleh buat akikah sekali.sebab saya dan isteri masih belum buat akikah.
    dan saya ada mendengar jika lembu utk lelaki 1 bahgian bukan 2 bhgn..betul ke?
    terima kasih

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum ustaz.
    boleh ke kalau akikah untuk anak lelaki disembelihkan seekor kambing dan satu bahagian kurban

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum ustaz, saya ingin bertanya tentang hukum qorban. Bolehkah seorang ibu ingin membuat qorban untuk anak angkat(lelaki)????

    ReplyDelete
  14. Tak ada reply pun utk semua pertanyaan...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Comment

Followers