Hari demi
hari kita dihidangkan dengan cerita-cerita penghinaan umat Islam terhadap Islam
itu sendiri. Beginilah manusia yang Allah anugerahkan akal fikiran dan
pancaindera yang lengkap dengan tujuan untuk melaksanakan atau melakukan segala
perintah yang disuruh oleh Allah. Tetapi malangnya kita guna segala pacaindera
tersebut untuk menghina agama Allah swt. Inikah yang dinamakan umat Islam yang
baik dan bertamadun? Kalau beginilah generasi Islam yang ada, maka alamatnya
punah dan musnahlah Islam ini dengan mempunyai umat Islam berlambangkan kepada
namanya sahaja.
Saya
sendiri dah muak dan jijik mendengar penghinaan yang dilakukan oleh umat Islam
itu sendiri. Selagimana kita tidak berpegang sepenuhnya kepada syariat Islam,
maka selagi itulah akan berlaku masalah ini. Orang yang menghina Islam itu
tidak rasa takut dan gentar dengan azab dan kemurkaan Allah kepadanya.
Memanglah di dunia ini dia dipuji dan disajung dengan orang yang idolakannya
sebagai pelakon yang hebat. Tetapi di sisi Allah dia adalah orang yang sangat
hina dan jijik dan sentiasa dilaknati Allah. Jangan disebabkan mencari rezeki
melalui lakonan, kita boleh menghalalkan semua benda termasuk akidah sekali.
Kena ingat, akidah itu boleh rosak dengan sebab perlakuan yang tidak sengaja
seperti lakonan ini. Tak pasal-pasal habis semua amalan yang dilakukan dan
tinggallah dosa yang semakin banyak dan bertambah.
Sampai bila
hendak biarkan diri ini hidup dalam keadaan tersebut. Hidup yang sudah tentu
tidak diredhoi Allah, sudah tentu nanti apabila mati masuk neraka
selama-lamanya. Jangan biarkan diri ini berada dengan golongan yang rugi. Biar
rugi di dunia tetapi jangan rugi di akhirat nanti. Maka inilah yang dinamakan
orang yang bertaqwa dan sentiasa berada dibawah payung Allah.
Makin lama,
semakin mengarut mereka ini, berbagai kesalahan dan kebiadapan mereka lakukan.
Tidak takutkah mereka kepada Allah? tidak takutkah mereka kepada azab Allah
yang dahsyat? Entahlah sampai bila hendak jadi begini, apa-apa pun tepuk dada Tanya
imam masing-masing, maka tahulah jawapannya apa.
Bila kita
tegur orang seperti ini, mereka member berbagai komen dan jawapan dengan
mengatakan bahawa ustaz tidak tahu alam industri perfileman, sepatutnya ustaz
diam dari terus memberi komen. Kerja ustaz hanya mengajar di surau sahaja,
mengajar hal-hal yang berkaitan ibadah, bukan ambik tau hal tepi kain orang.
Banyak lagi komen yang akan dilemparkan oleh penyokong-penyokong mereka ini.
Kadang-kadang
sebagai seorang ustaz atau orang yang ada sedikit pengetahuan agama, merasa
kecewa dan terkilan dengan sikap masyarakat seperti ini. Kalau difikirkan
terus, maka ustaz akan terus berhenti dari menyampaikan dakwah dan tidak ambik
tahu langsung tentang masalah umat yang berlaku sekarang ini. Bila difikirkan
tanggungjawab kepada Allah, maka saya tidak boleh berputus asa untuk
menyampaikan dakwah kepada semua manusia, sebab jika dibandingkan dengan dengan
dugaan yang dilalui oleh nabi-nabi terdahulu terutamanya Nabi Muhammad saw,
memang sangat jauh dan dugaan yang saya dan ustaz-ustaz lain lalui itu baru
sedikit sahaja. Biarlah manusia benci dengan sebab menegakkan kebenaran, tetapi
di sisi Allah kita adalah orang yang dikasihi oleh Allah. Pilihlah sama ada
kita mahu keuntungan dunia atau akhirat. Jawapannya terletak dalam jiwa kita,
renung dan fikirkanlah..
Mari
saksikan video penghinaan ini, saya dapat video ini dari sahabat FB saya.
Mungkin anda semua mempunyai persoalan dan jawapan seperti saya. Yang penting
jelas dalam babak ini mereka menghina Nabi Muhammad saw dengan mengatakan
bahawa “aku bersaksi Nabi Muhammad itu adalah Syaitan”. Mereka ini boleh
dikategorikan sebagai orang yang telah rosa akidah dan imannya, dan mereka ini
perlu bertaubat dan perlu mengucap kembali, sebab mereka ini telah terkeluar
dari Islam dengan sebab penghinaan tersebut, memang ini adalah lakonan, tetapi
dalam soal agama dan akidah tiada lakonan. Sepatutnya mereka boleh memotong
babak ini dan digantikan dengan skrip yang lain. Dalam soal akidah kita kena
hati-hati dan tidak boleh ambil ringan. Jadi bertaubatlah sebelum terlambat...


Astagfirullah al'azim...ini baru tengok ustaz, dan tak tahu nak kata apa, tapi kalau di lihat memang banyak cerita2 macam ni dekeluarkan sekarang
ReplyDeletesalam,
ReplyDeletePada pandangan saya adegan itu seolah merujuk kepada keadaan lakonan dalam keadaan separa sedar,'terasuk'/gangguan syaitan..bukan adegan penyataan dalam keadaan serius..adegan seterusnya tersedar bila ditampar...pengajarannya : mungkin ini yang kita syahadahkan bila sakaratul maut menghampiri kita..nauzubillah.
anon jahil..
ReplyDeleteSemoga ustaz sihat dan berbahagia...
ReplyDeleteketika di opis, kwn bg movie hantu bonceng...nk gak saya tengok, nyelah diorang duk sembang, movie top pada ar raya lepas...Semasa tengok movie..saya jadi mcm tidak selesa dengan skrip diorang..asal nak buat lawak, mesti berkaitan dgn hal hal agama, bacaan kalimah Allah SWT...so pada saya, cerita tidak bagus mane pon...sehingga watak ustaz/ulamak dlm movie tuh dilakonkan sebagai komedi...sepatutnya bukan begitu watak ustaz/ulamak..
saya sesangat bersetuju dengan ustaz jelaskan..
Salam ustaz,saya juga bersetuju dg mr.thesedi
ReplyDeletesaya dah tegok secara keseluruhan cerita tu.memang tak patut watak ustaz digajadikan bahan lawak macam tu.
assalamualaikum ustaz,
ReplyDeletekalau membaca quran kita kena belajar tajwid.kalau tak ikut tajwid takut2 apa yg kita baca tersalah makna tanpa kita sedari yakni kita tak berniat pun nak maksudkan dengan makna yg salah.ok itu asasnya.
pelakon ini telah menyebut muhammadarr syaitan.jadi dari segi tajwid pun dah salah apalagi dari segi makna.dengan sebutan yg salah yakni muhammadarr syaitan itu adakah boleh membawa maksud 'muhammad itu adalah syaitan' seperti yg ustaz dakwa?mohon pencerahan dan terima kasih
istighfar byk2 ....
ReplyDeletemmg plakon itu x sengaja , xtau skrip atau buat2 xtau ?? pengarah pun sama jahil ke ??
aslmkm sahabat
ReplyDeleteapa fungsi lembaga penapis?
di mana peranan JAKIM?
wslm
Jakim cuma tangkap orang yang tak de permit je ,lain-lain bab bukan bidang kuasa dia (dia kata)
ReplyDeletebertaubatlah wahai pelawak yang dok ingatorg suka kt dia sangat, bakat pun macam hampas aje..harap menang raja lawak aje.
ReplyDeletejgn duk hentam Jakim jer...
ReplyDeleteJAKIM sememangnya berperanan...
kali ini sepatutnya pihak yg berkuasa harus lebih tegas...
mohon share ustaz
ReplyDeleteTak kisah lar sengaja atau tak, taubat nasuha lar jawabnya.
ReplyDeleteCuba semua check balik macam mana hukum murtad? Boleh terjadi dgn lafaz sama ada dgn niat atau tanpa niat. murtad bil Qaul.
WA
وَلَئِن سَأَلْتَهُمْ لَيَقُولُنَّ إِنَّمَا كُنَّا نَخُوضُ وَنَلْعَبُ قُلْ أَبِاللّهِ وَآيَاتِهِ وَرَسُولِهِ كُنتُمْ تَسْتَهْزِؤُونَ (65
ReplyDeleteلاَ تَعْتَذِرُواْ قَدْ كَفَرْتُم بَعْدَ إِيمَانِكُمْ (66
AQT 9:65 [Dan jika kamu tanyakan kepada mereka (tentang apa yang mereka lakukan itu), tentulah mereka akan manjawab, "Sesungguhnya kami hanyalah bersenda gurau dan bermain-main saja." Katakanlah: "Apakah dengan Allah, ayat-ayat-Nya dan Rasul-Nya kamu selalu berolok-olok?"]
9:66 [Tidak usah kamu minta maaf, karena kamu kafir sesudah beriman.]
al-Qadhi Ibn al-Arabi ketika mentafsir ayat tsb, apa jua perkataan yg mengandungi celaan dan penghinaan terhadap Allah, ayat2-Nya, agama-Nya, hukum-hakamnya, atau Rasul-Nya, adalah kufur dan riddah. tak kira mengucapkan dgn sungguh2 atau bergurau. (ahkam AQ, 2:964, Dar Ihya' Kutuub al-Ilmiyah, Cairo.
Kredit to al-fikrah.net
uh.... time tgk x perasan..anyway.. peringtn utk diri saye sendiri
ReplyDeletemacam tu la jadinya kalau dah banyak sangat berlawak..tunggu saja pembalasan dari Allah swt..cakap banyak pun x guna dengan orang macam ni..
ReplyDeletemohon utk copy ya uztaz
ReplyDeletesy pn sudah tgk cerita tu dan mmg rasa lain macam dengan crita tu..
ReplyDeletejangan ambil mudah isu agama..
ingat, kita hidup untuk menjadi hamba Allah.. Agama Allah patut kita turuti..
bukan untuk dijadikan bahan lawak..
setelah saya baca blog ustaz ini, baru lah saya sedar tentang bertapa penting nya agama islam ini,..saya harap ustaz terus berdakwah dari segala aspek ..supaya ramai orang islam atau masyarakat islam didunia ini sedar tentang kepentigan agama islam ini..terima kasih ustaz...
ReplyDeletepada pandangan saya, cerita yg difilemkan kini perlu ditapis oleh Finas dan jabatan agama. Ini tidak sehingga menghina agama sendiri. sungguh memalukan dan menyedihkan juga terhadap umat Islam sendiri terutama orang melayu yg turut mempercayai perkara tahyul, khurafat dan syirik. sesungguhnya Syaitan telah berjanji untuk menyesatkan anak Adam dan menghalalkan perkara yg haram dan meninggalkan perkara2 yg baik. yg pelik juga kita sebagai negara Islam juga kurang ambil tindakan terhadap isu2 sensitif hal agama. Harap semua pihak turut ambil perhatian. Waallahualam.
ReplyDeleteinilah yg dikatakan negara majoriti islam blum negara islam..negara islam adalah negara yg berpegang pd undang2 Allah..smpaiknlah dakwah ustaz supaya org jahil mnjadi makin berakal..
ReplyDeleteAstagfirulaalazim bila ditengok semula baru perasaan ... kenapa mesti ada orang yang mencipta dialog sebegini sekali, MasyaAllah apa yang mereka fikirkan? ... Astagfirulaalazim.
ReplyDeleteHal sebegini perlu diberi tindakan yang keras oleh kerajaan kerana jika hal ini tidak dibendung dengan segera,ia akan mengundang kepada kehncuran tamdun islam
ReplyDeleteHal sebegini perlu diberi tindakan yang keras oleh kerajaan kerana jika hal ini tidak dibendung dengan segera,ia akan mengundang kepada kehncuran tamdun islam
ReplyDelete