Assalamualaikum ustaz..sy pelajar perempuan berusia 17 tahun.masalah saya disini ialah saya kerap mengamalkan onani sejak berusia 8 tahun.waktu kecil dahulu saya tidak tahu bahawa aktiviti tersebut ialah onani, namun setelah menginjak dewasa, saya mengetahuinya. tetapi, saya masih melakukannya. kemusykilan saya ialah :
- Adakah wanita mampu mengeluarkan air mani?dan bagaimana mahu mengenal pastinya?
- Adakah wanita kena mandi wajib setelah melakukan onani?
Saya ingin bertaubat. tapi susah. selepas melakukannya, saya menyesal dan
bertaubat. Kemudian, esok saya mengulanginya lagi.
- Satu lagi,apakah hukum bagi wanita menonton video lucah?
Saya harap ustaz dapat jawab secepat mungkin.terima kasih.
Jawapan
Orang yang sentiasa melakukan onani untuk memuaskan hawa
nafsunya itu adalah haram sebab orang tersebut telah merangsang dirinya untuk
melakukan onani dengan melihat gambar lucah, video lucah atau sebagainya
sehingga menyebabkan pemikirannya terganggu dengan bayangan seksual yang
keterlaluan. Hal ini menyebabkan dirinya tidak senang duduk sehingga ia
melakukan onani untuk mengurangkan tekanan seksualnya. Untuk mengetahui hukum
onani dengan lebih terperinci lagi, sila klik di sini.
Wanita Mampu Mengeluarkan Air Mani
Air mani perempuan lebih cair dari air mani lelaki dan ia
berwarna putih. Cara ia keluar ketika wanita tersebut gersang dan nikmat yang
tidak terhingga. Jelas di sini bahawa wanita juga mempunyai air mani dan cara
keluarnya juga sama seperti lelaki iaitu gersang dan nikmat yang tidak
terhingga ketika mengeluarkan air mani. Maklumat lebih lanjut tentang air mani
sila klik sini.
Wanita Kena Mandi Wajib Selepas Onani
Kebiasaannya wanita yang onani mencapai kepuasan atau klimak
dan selepas itu badannya menjadi layu, letih dan syahwat menjadi reda. Kalau terjadi
begini ini bererti wanita tersebut telah mengeluarkan air maninya dengan cara
onani dan ia di wajibkan mandi wajib. Sebabnya keluar mani ini merupakan hadas
besar yang boleh diangkat dengan cara mandi hadas sahaja. Lihat artikel mandi
hadas di sini.
Hukum Menonton Video Lucah
Hukum menonton video lucah itu adalah haram sebab semasa
menonton ia dapat merangsang syahwat orang yang menontonnya. Selain dari itu
juga pelakon video lucah tersebut bertelanjang dan mendedahkan segala tubuh
badannya. Haram bagi kita melihat aurat orang yang bukan mahramnya. Hadis
Rasulullah saw yang bermaksud :
“Janganlah seseorang lelaki melihat aurat lelaki lain dan
janganlah wanita melihat aurat wanita lain”.
Perbuatan melihat video lucah juga dapat membuat seseorang itu
berkeinginan untuk melakukan zina dengan sesiapa sahaja. Secara tidak langsung
video lucah tersebut dapat membuat seseorang itu melakukan zina dengan pasangan
kekasihnya. Ramai anak muda kita diluar sana melakukan perbuatan seperti ini
tanpa ikatan perkahwinan yang sah. Sedikit sebanyak ia semua berpunca dari
penyebaran video-video lucah atau filem-filem yang mendedahkan aurat,
berpelukan, bercumbuan atau sebagainya.
Ingin Bertaubat
Soal bertaubat ini kita tidak boleh putus asa, kena selalu
bertaubat kepada Allah, kalau boleh untuk mengelakkan masalah ini, anda boleh
juga melakukan puasa sunat, kerana puasa dapat membendung nafsu dan sedikit
sebanyak dapat membantu anda kurang melakukan onani. Selain dari itu juga anda
boleh menyibukkan diri anda dengan berbagai pekerjaan dan jangan membiarkan
diri anda berseorangan, kerana ia akan menyebabkan anda teringat dan terdorong
untuk melihat video lucah atau onani. Rajinkan diri anda untuk menghadiri
kelas-kelas agama yang berdekatan sebab orang yang menghadiri kelas-kelas agama
atau program ilmu dapat menghilangkan kekotoran yang terdapat di dalam hatinya.
Seringlah mohon doa dan merintis kepada Allah supaya masalah anda ini dapat
dapat diubati dan dapat dikurangkan.
Ini sahaja tips yang saya dapat berikan, sebenarnya banyak
lagi tips yang boleh digunakan untuk mengubati masalah onani ini, tapi apa-apa
pun bergantung kepada kekuatan diri masing-masing. Kalau kekuatan rohani tidak
kuat maka masalah ini susah untuk diubati. Apa-apa pun hadapi masalah ini
dengan penuh kesabaran.


Jazakallah hu khaira Ustaz :D Selamat hari raya!
ReplyDeletemohon share :)
ReplyDeleteassalamualaikum ustaz.... saya seorang perempuan. saya ada kenal seorang lelaki mmg untuk tujuan perkahwinan. memang ada perasaan suka sama suka antara saya dan dia. saya x pernah buka aurat saya depan dia...saya x pakai baju ketat2 or jarang. saya akui byk bercakap melalui telefon dari berjumpa. walaupun ada perasaan cinta tapi saya terpaksa mengaku antara saya dan dia terlalu banyak perbezaan pendapat. ada benda yg dia payah nak terima n ada benda yg saya payah nk terima. dia seorang yang baik tapi ada masa2 dia boleh bertukar menjadi seorang yang sangat panas baran. ada masa yang dia selalu memaksa saya untuk buat sesuatu keputusan sampai saya rasa sgt tertekan. bila saya fikir semula, saya tak pasti samada nak teruskan atau tak. tp pendapat saya lebih kepada tak teruskan. baru saja fikir nak putus,dia ada bagitau saya yang dia nak kahwin sgt2. susah untuk dia kawal diri. dia selalu fikirkan saya. sebagai seorang lelaki yang hidup di bandar, ramai perempuan yg seksi yg bila tengok boleh menimbulkan shahwat. kdg2 dia terpaksa onani untuk elak zina. situasi tu saya faham. katanya, bila dia rasa terangsang dia akan imagine saya. saya rasa sgt sedih dan saya tak boleh nak terima yg dia imagine saya. saya rasa berdosa, kotor... jika dia dalam kategori wajib kahwin, dan katanya dia hanya nak berkahwin dengan saya....adakah saya juga wajib berkahwin dengannya walaupun saya tak rela?
ReplyDeleteassalamualaikum ustaz..
ReplyDeleteadakah haram jika beronani untk mengelakkan diri daripada menonton filem lucah?
saya telah bertaubat dengan membuang dan blok segala lamanweb lucah.... tapi onani masih menjadi masalah.
dan satu lg pertanyaan saya, adakah seorang bukan Muslim diterima amalannya (sebab saya mempunyai seorang kawan yg mengamalkan sesetengah ajaran Islam dan masih belum terbuka hatinya untuk memeluk Islam)
Salam.
ReplyDeleteJika isteri berada dlm haid dan suami mlakukn onani bole ker?bgaimna pula dgn oral seks yg dlakukn oleh isteri?apa hukum dia?adakah itu dkra sbgai onani jika si isteri mlkakn oral seks kpd suami shgga si suami kua mani.harap ustaz beri pnjlsan
salam.....adkh melakukn onani dengan benda boleh menjdi seseorg itu hamil????tlong jwab ustaz
ReplyDeletetak
DeleteSalam,sye kerap melakukan onani tp sye lebih selesa bila pkai lampin bayi,skrang nie sye ssh untuk berhenti melakukan perkara tu,mcm ner nk mnahan nafsu dri beronani dgn memakai lampin bayi?sbb bile tgk lampin byi sye troz akan rse nk beronani
ReplyDelete