PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Saturday, September 24, 2011

Tentukan Jodoh Dengan Solat Istiqarah


Sejauh mana petanda atau petunjuk istikharah dalam menentukan jodoh terbaik? Bagaimanakah sekiranya saya meminta ibu melakukan solat hajat bagi mendapatkan petunjuk dan dia mendapat mimpi lelaki itu muncul, walhal lelaki itu baru memutuskan hubungan kami setelah berkawan selama dua tahun? 

Jawapan

Solat istikharah sunat dilakukan bagi sesiapa yang berkeinginan kepada suatu yang harus dan dia menjadi keliru dalam menentu aspek kebaikan dalamnya kerana mempunyai pilihan yang sama.
Contohnya, saudari ingin memilih antara dua calon suami yang sama-sama baik sehingga tidak dapat menentukan pilihan. Begitu juga dengan perkara lain.

Solat istikharah tidak dilakukan kepada perkara yang wajib dan sunat serta bukan perkara haram dan makruh kerana sudah ada ketetapan tersendiri sama ada melakukannya atau meninggalkan (Sabiq I: 139-40).


Caranya amat mudah iaitu dengan melakukan solat sunat dua rakaat, iaitu bukan termasuk solat fardu. Ia cukup dengan solat rawatib selepas solat fardu atau tahiyyatul masjid dan boleh dilakukan tanpa mengira waktu dengan membaca mana ayat selepas fatihah.


Kemudian apabila selepas membaca doa seperti di bawah dengan permulaannya memuji Allah dan diikuti selawat atas Rasulullah dan dibaca doa khusus istikharah.


Rasulullah bermaksud: “Apabila sesiapa daripada kalangan kamu diberatkan dengan sesuatu maka hendaklah dia rukuk dengan dua rukuk (iaitu, mengerjakan solat dua rakaat) yang selain daripada solat yang fardu. Kemudian hendaklah dia berdoa:


Ya Allah, aku beristikharahkan Engkau (iaitu memohon pilihan dan kebaikan daripada-Mu) dengan ilmu-Mu, dan aku memohon kurniaan kuasa dengan kuasa-Mu, dan aku juga memohon daripada kemurahan-Mu yang Maha Agung. Engkaulah yang Maha Menetapkan sedangkan aku tidak mampu untuk menetapkan. Engkau Maha Mengetahui dan aku pula tidak mengetahui. Engkaulah yang Maha Mengetahui akan perkara-perkara yang tersembunyi. Ya Allah, jika pada ilmu-Mu sesungguhnya urusan ini adalah baik bagiku pada agama, kehidupan dan kesudahan urusanku, maka tetapkanlah ia untukku dan mudahkanlah ia bagiku. Kemudian berkatilah bagiku di dalam pilihan ini. Dan andai kata pada ilmu-Mu sesungguhnya hal ini adalah buruk bagiku pada agama, kehidupan dan kesudahan urusanku, maka hindarkanlah ia daripadaku dan hindarkanlah aku daripadanya. Tetapkanlah bagiku kebaikan dan jadikanlah aku redha dengannya.” (Riwayat Bukhari).

Mengenai petunjuk istikharah berkenaan, ia bukanlah secara langsung seperti mimpi dan sebagainya. Ia cukup sekadar ketetapan diri sendiri atau rasa senang dengan pilihan setelah berdoa kepada Allah supaya keputusan yang dibuat itu yang sebaiknya.


Semuanya sudah tentu datang selepas bersolat isitikharah dengan sepenuh ikhlas kepada Allah. Setelah itu terus saja melakukannya dan jangan ragu-ragu lagi.


Keputusan hendaklah dibuat supaya tidak timbul rasa was-was. Kita hendaklah ingat bahawa was-was itu daripada syaitan. Sikap ragu-ragu yang menghalang tindakan seterusnya.


Solat hajat yang dilakukan ibu dan mimpinya pula, ia sebenarnya tidak mengikat tindakan anda. Ini kerana mimpi terbabit bukanlah sumber ilmu yang patut diikuti dalam Islam.


Gunakan akal dan pengalaman di samping minta nasihat daripada keluarga serta rakan mengenai jodoh dan perkahwinan. Mungkin mereka ada calon yang sesuai untuk anda.



5 comments :

  1. Ustaz bila kita istiharah tentang se saorang, orang yg kita tanya kepada Allah tiba2 sms kita apa maksudnya adakah itu jawapannya, adakah dia orang yg terbaik buat kita?

    ReplyDelete
  2. Istikharah yang berterusan akan menampakkan hasil. Istikharah yang dilakukan hanya sekali dua oleh orang2 biasa jarang diberikan jawapan dan petunjuk dengan cepat. Bergantung kepada seberapa bersungguh2 seseorang itu beristikharah dan menyandarkan sepenuh pengharapan pada Allah. Istikharah yang tidak betul contohnya meletakkan nama-nama pilihan pasangan di bawah sejadah, kemudian mencabutnya secara rambang selepas solat2 istikharah adalah salah sama sekali. Istikharah bukan cabutan bertuah. Jawapan istikharah adalah pelbagai. Ada yang datang jelas dalam mimpi, ada yang datang dalam bentuk perasaan kita berat kepadanya, atau perasaan kita jadi tawar hati. Atau berlaku perkara-perkara di luar jangkaan kita. Semuanya rahsia Allah. Tiada siapa dapat mengatakannya dengan tepat bagaimana jawapannya. Kecuali penceritaan pengalaman2 orang ramai dan para ulama. Wslm.

    ReplyDelete
  3. salam ustaz. saya mempunyai kemusyikilan , saya sudah mempunyai teman lelaki dan dalam pada masa yang sama saya menyayangi suami orang dan dia juga berkeinginan menjadikan saya isterinya. saya telah lakukan solat istikharah dan merasakan rasa sayang saya pada teman lelaki telah jauh berubah. masalahnya suami orang itu pastinya kurang digemari oleh ahli keluarga dan masyarakat akan mengcop sebagai perampas. sememangnya saya tiada niat untuk merosakkan rumah tangga, malah diantara kita banyak berkongsi hal hal yang bermanfaat contoh kerjaya agama dan sebagainya. saya sememangya binggung kerana baru2 ini saya telah ke majlis ilmu dan mengatakan seorang wanita haruslah menerima lelaki yang masih bujang berbanding yang sudah beristeri. manakah takdir dan mana pula jodoh? tolong ustaz. tq

    ReplyDelete
  4. Salam.sy ingin bertanye mengenai masalah sy dalam membuat keputusan untuk berkahwin.
    Sy ada berkenalan dgn seseorg dan org itu telah dtg rumah sy pd raye tahun lepas dan ibu bapa saya suka pada nya..selepas beberapa bulan kemudian die telah memutus kan hubungan kami..selepas itu die datang balik pada saya. Sy telah memberitahu ibu tentang itu,ibu ada memberi tahu sy yg ibu ade berdoa jika die jodoh sy dtg la die dlm idop sy kmbl..ayah sy pon suruh terima die kembali...tetapi sepanjang tempoh perhubungan kami sy banyak rase tak selesa dan bimbang dgn perangai die yg pelik...sampai la sekarang die nak datang meminang saya...dalam masa yg same hati sy msh curiga dan tidak tenang bersama dgn nya..sy terus berkawn dgn die selama nie pon sbb doa mak saya..saya mohon pandangan atau pendapat pada pakar cinta agar saya dapat membuat keputusan..terima kasih.

    ReplyDelete
  5. Assalam..ingin tahu,..knapa ye sya slalu mmpikn org yg sma shja...sya pn xla ingtkn die sgt...mmg slalu jgk la die mncul dlm mmpi sya...adakh itu jdoh atau hnye mainan tdur..ap mksd dsbaliknye?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG