PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Monday, October 17, 2011

Bahaya Bagi Sesiapa Memiliki Cinta Nafsu



Cinta itu adalah anugerah daripada Allah kepada semua makhluk ciptaannya. Allah menciptakan segala sesuatu itu secara berpasangan-pasangan (lihat Surah Ar-rum ayat 21) iaitu lelaki dengan perempuan dengan tujuan agar mereka saling mengisi kekurangan dan kelebihan di antara mereka yang pada akhirnya akan tumbuh cinta dalam hati mereka.

Cinta dapat membawa keberkatan jika kita boleh mengarahkannya ke jalan yang diredai oleh Allah s.w.t, tetapi cinta juga boleh membawa kepada petaka, malah menjerumuskan kita ke lembah kemaksiatan dan jauh daripada norma Islam.

Bercinta janganlah mengiku nafsu semata, tetapi ia perlu berasas kepada agama dan batas Islam. Cinta nafsu adalah cinta yang tidak mengikuti aturan Islam. Ia bebas berbuat apa saja.

Ada beberapa kerosakan akibat cinta nafsu ini. Pertama, lupa mengingati Allah kerana mereka lebih sibuk mengingati makhluk-Nya yakni orang yang dicintainya.
 
Contohnya jika dia lebih kuat mengingati Allah, insya-Allah mengingati makhluk pasti terkendali. Tapi jika lebih kuat mengingat makhluk-Nya maka mengingati Allah akan dikalahkan.
Kedua, melupakan agama. Tiada orang yang paling mensia-siakan agama dan dunia melebihi orang yang sedang dirundung cinta nafsu.

Ia mensia-siakan maslahat agamanya kerana hatinya lalai untuk beribadah kepada Allah s.w.t.


Ketiga, mengundang bahaya. Bahaya dunia dan akhirat lebih cepat menimpa kepada orang yang dirundung cinta nafsu melebihi kecepatan api membakar kayu kering.


Ketika hati berdekatan dengan orang yang dicintainya secara buta itu, ia akan menjauh dari Allah s.w.t. Jika hati jauh daripada Allah, semua jenis bahaya mengancam dari segenap sudut kerana syaitan sudah menguasai dirinya.


Jika syaitan sudah menguasai diri, mereka berada dalam keadaan bahaya.


Cukuplah dengan fakta masalah perzinaan dan penularan penyakit seksual berlaku dalam dunia hari ini. Begitu juga dengan gejala buang bayi yang tidak berdosa amat menggerunkan.


Keempat, syaitan akan menguasai. Jika kekuatan syaitan menguasai seseorang, ia akan merosakkan akalnya dan memberikan rasa was-was.


Akal kadang-kadang sudah tidak terkendali ibarat seperti meletakkannya di kepala lutut. Padahal yang paling berharga bagi manusia adalah akalnya yang membezakannya manusia dan haiwan.


Jadi jangan hairan jika ramai yang terjerumus melakukan maksiat kerana fikiran mereka menjadi singkat. Apa yang sentiasa mereka fikirkan adalah hawa nafsunya iaitu mahu sedap dan seronok saja.


Kelima, kurang kepekaan. Cinta nafsu akan merosak indera atau mengurangi kepekaannya. Apabila diri penuh dengan dosa maka hati akan rosak. Jika hati sudah rosak maka organ lain, seperti mata, lisan, telinga juga turut rosak.


Ertinya, ia akan melihat yang buruk pada diri orang yang dicintainya secara nafsu itu sebagai sebuah kebaikan atau sebaliknya.


Imam Ahmad menyebut: “Cintamu kepada sesuatu membutakanmu dan membuatmu tuli.”


Ibnu Abbas pernah mendengar berita ada seorang lelaki yang sangat kurus sehingga yang tinggal hanya kulit dan tulang.


Ibnu Abbas berkata, “Kenapa ia? “Ia terkena jatuh cinta, isyq (cinta buta),” jawab seseorang.


Kemudian Ibnu Abbas berdoa dan berlindung kepada Allah s.w.t sepanjang hari daripada penyakit isyq. Kita perlu berfikir secara lebih dewasa dalam apa jua tindakan akan kita akan lakukan. Jangan main-main dalam menangani masalah serius itu.


Jangan sampai terbius oleh gemerlap kehidupan yang menawarkan kenikmatan sementara. Jika kita belum mampu untuk berkahwin maka janganlah berkahwin lagi kerana perkahwinan bukan urusan main-main.


Kita mesti rela untuk membuang fikiran murahan mengenai pertunangan adalah segala-galanya. Sebab, bercinta adalah salah satu bahagian ekspresi cinta nafsu.


Wahai remaja, mulai sekarang tumbuhkan dahulu kecintaan kita kepada ilmu agama sehingga kita memahaminya serta mengamalkannya dalam kehidupan kita seharian. Semoga pula kita tidak tergoda dengan cinta nafsu semata.

Sumber : Harian Metro 

 

6 comments :

  1. Ustaz nak tanya,
    apakah hukumnya kalau kita dengki pd seseorang itu kerana terlalu baik.
    Malah kita suke kalau dia buat jht spya org x suke kat die, terutama sekali apble ade bdk lelaki suke kt die dan apakah langkah-langkah utk mghlgkn prasaan ini.

    ReplyDelete
  2. mohon izin perkenalkan blog ustaz kpd rakan2 Kelab Tutor Remaja.

    ReplyDelete
  3. Besnis produk kesihatan myherb2u-goji,tricajus,susu kambing,mlm call +60192311900
    http://www.healthbuilders.com.my/
    othmandraman@yahoo.com
    http://othmandraman.blogspot.com/?m=1
    http://www.dnaglobal2u.com/
    http://www.iphytoscience.com/
    http://www.drtina.mynucerity.biz/indexi.php
    Kedai P01 pasar majlis sek16 shah alam,selangor,malaysia
    Rakan kongsi/penyewa/pekerja diperlukan

    ReplyDelete
  4. saya seorang yang pernah lagha dengan cinta dunia.. beberapa bulan nie saya rasa sesuatu yang baru di mana saya rindu kn Tuhan saya.. sehingga saya rasa rindu sangat nak solat dan membaca Al-Quran ketika waktu tak mengizinkan....cinta dunia saya cuba ketepikan..tapi Ustaz.. apa yang merunsingkan saya.. bagaimana saya mahu kekalkannya..saya sangat takut jika saya akan jadi pencinta nafsu daripada cinta Illahi.. malah, hati saya masih tidak tetap dan berbelah bagi sama ada betul atau tidak saya akan pergi dari dunia saya yang dulu..macam mana saya nak selesaikannya? boleh ustaz bagi pandangan???

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG