Assalamualaikum ustaz berdosa ke seorang wanita yg
disihir dan badan nya di kuasai mahluk halus meminta cerai dgn
suaminya...kerana siisteri sudah tidak tahan dgn suami yg selalu membuat
maksiat dan yg tidak mahu bersamanya kerana dia memakai tudung, dan marah akan
nya bila dia bangun pagi untuk sembahyg tahajud..ada ke wanita ini berdosa
kerana memecah belahkan keluarga nya sendiri?
Jawapan
Apa yang saya faham dan dapat buat kesimpulan dari
soalan puan adalah seperti seorang isteri kena syihir, isteri tersebut diabaikan oleh suaminya yang
melakukan maksiat dan suaminya tidak suka isterinya menutup aurat dan
melaksanakan ibadah kepada Allah.
Isteri Kena Syihir
Maksud Syihir adalah ilmu yang berkaitan perbuatan secara halus melalui pertolongan makhluk
ghaib, iaitu dengan bantuan syaitan atau jin bertujuan memudharatkan atau
mengelirukan manusia. Kalau si suami, kaum keluarga dan orang yang punya badan
itu sendiri mengetahui ia telah disyihirkan. Maka cepat-cepatlah mendapatkan
rawatan perubatan Islam. Jangan berlengah lagi sebab apabila orang yang terkena
syihir secara tidak sedar ia akan melakukan segala perkara tanpa disedarinya.
Nasihat saya dalam mendapatkan rawatan mestilah berwaspada dalam memilih pakar
perubatan Islam, pastikan ia bertauliyah dan berijazah dari gurunya yang asal. Pastikan
juga segala amalan dan perlakuannya tidak bercanggah dengan prinsip syariat
Islam. Friman Allah yang bermaksud :
“Mereka
(membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir Yang dibacakan
oleh puak-puak Syaitan Dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi
Sulaiman tidak mengamalkan sihir Yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi
puak-puak Syaitan itulah Yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah
Yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa Yang diturunkan kepada dua
malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua
tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya Dengan
berkata: "Sesungguhnya Kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu),
oleh itu janganlah Engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam
pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir Yang
boleh menceraikan antara seorang suami Dengan isterinya, padahal mereka tidak
akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) Dengan sihir itu
seseorang pun melainkan Dengan izin Allah. dan sebenarnya mereka mempelajari
perkara Yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka.
dan Demi Sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui Bahawa
sesiapa Yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian Yang baik
di akhirat. Demi Sesungguhnya amat buruknya apa Yang mereka pilih untuk diri
mereka, kalaulah mereka mengetahui.” (Al-Baqarah : 102)
Bagi sesiapa yang
terkana syihir atau kaum kerabatnya yang terkena syihir, maka hendaklah ia
bersabar dan redho dengan apa yang telah berlaku. Carilah jalan penyelesaian
yang diredhoi Allah dan jangan mencari jalan untuk membalas dendam dengan apa
yang telah dilakukan oleh orang yang telah berbuat jahat kepadanya. Semua perkara
serahlah kepada Allah, biar Allah yang membalas balasan yang setimpal dari apa
yang telah mereka lakukan.
Kalau orang yang
disyihir cakap perkara-perkara yang boleh menjatuhkan iman seperti
mempertikaikan kekuasaan atau kewujudan Allah. Sebenarnya perlakuan tersebut
tidak merosakkan akidah kerana itu semua bukan datang darinya, secara ilmiahnya
orang yang terkena syihir atau dirasuk oleh jin, kebiasaannya seluruh sarafnya
telah dikuasai oleh jin. Nada suaranya juga berubah dan wajah mukanya pun
berubah. Segala perkataan yang dikeluarkan itu bukan datang dari orang tersebut
tetapi ia datang daripada jin yang telah menguasainya.
Begitu juga si
isteri yang meminta cerai disebabkan kena syihir atau rasuk jin. Ia sebenarnya
tidak berdosa kepada suaminya, yang menjadi dosa adalah orang yang
mensyihirkannya itu. Di sini pihak suami seharusnya faham akan keadaan
isterinya yang terkena syihir, jangan biarkan isteri begitu sahaja, cepat cari
jalan untuk mengubati masalah yang dihadapi oleh isterinya. Suami seharusnya
tenang dalam mengatur segala tindakan. Segala keputusan bersandarkan kepada
Allah melalui doa dan solat sunat atau sebagainya. Ada pepatah yang mengatakan
bahawa setiap kesulitan dan kepayahan itu ada jalan keluarnya dan mustahil tidak
ada jalan keluar.
Isteri Diabaikan Oleh
Suami Yang Melakukan Maksiat
Dalam perkahwinan
suami isteri mempunyai hak dan kewajipan masing-masing. Jika hak dan kewajipan
tersebut diabaikan, maka ia telah mengundangkan kemurkaan Allah kepada mereka.
Dalam masalah ini, tidak sepatutnya seorang suami mengabaikan tanggungjawabnya.
Hadis Rasulullah yang bermaksud :
“Cukup berdosa
orang mengabaikan orang yang ditanggungnya”. (Riwayat Abu Daud dan Nasa’i)
Isteri boleh
meminta cerai kepada suaminya (khuluk) jika benar-benar telah melalui beberapa
pertimbangan menurut syariat Islam. Harus hukumnya sekiranya terdapat keperluan
ke arah itu, seperti isteri membenci suaminya kerana perwatakan luarannya,
kerana akhlaknya yang tercela, kerana agamanya ertinya mengabaikan perintah Allah
atau melakukan dosa-dosa besar seperti berzina dan lain-lain, terlalu tua atau
lemah syahwat. Kemudian isteri pula khuatir kalau-kalau tidak dapat
melaksanakan hak-hak Allah SWT dalam mentaati suaminya.
Jika suami
mengatakan bahawa dia telah melakukan zina dan sifat terus terangnya itu kerana
menginginkan agar isteri meminta cerai, maka perbuatan suami semacam ini haram
hukumnya dan berdosa besar. Seandainya telah sampai ke tahap demikian berpisah
atau cerai adalah lebih baik demi kemaslahatan isteri dan menjaga agama isteri.
Sebagaimana
Islam memberikan hak kepada suami tentang talak maka Islam juga memberi hak
kepada isteri untuk meminta khuluk atau cerai. Untuk lebih memuaskan lagi hati
puan merujuklah kepada pihak qadi yang berdekatan agar masalah ini dapat
diselesaikan dengan cara yang bijaksana dan mengikut undang-undang syariat di
negara kita.
Suami Marah Isteri Melaksanakan Perintah Allah
Kebanyakkan isteri
jahil tentang masalah ini, mereka sering kali mentaati suami mereka membabi
buta, bila sahaja suami mereka menyuruh melakukan perkara yang bercanggah
dengan Islam, mereka serba salah dan delima untuk melakukannya. Sebenarnya
perkara ini telah jelas dalam prinsip Islam bahawa Allah tidak pernah meredhoi
umatnya melakukan perkara yang dilarang oleh Islam. Hal ini juga bertepatan
dengan hadis Rasulullah yang bermaksud :
“Tidak ada
ketaatan pada makhluk dalam perkara maksiat kepada Allah." (Riwayat
Ahmad dan al-Hakim)
Tidak berdosa dan
isteri juga tidak perlu meminta izin suami untuk melakukan ibadah atau melakukan
perkara-perkara yang disuruh oleh Allah. Setiap suruhan Allah yang kita lakukan
itu adalah sebagai lambang kita mentaati perintah Allah. Mentaati perintah
Allah adalah lebih besar dari mentaati perintah suami atau manusia lain. Lazimnya
bagi isteri yang mentaati perintah Allah, secara tidak langsung ia juga
mentaati perintah suaminya.
Menjadi
tanggungjawab kepada isteri menegur segala kesalahan dan ketidak fahaman suami
tentang selok belok ajaran Islam. Jika ini semua telah dilakukan oleh isteri,
maka ia telah melaksanakan tanggungjawabnya
kepada Allah untuk menyampaikan amal makruf nahi mungkar dalam keluarganya.
Jika segala usaha
menasihati suaminya diancam dengan siksaan atau perkara-perkara yang boleh
mendatangkan kemudharatan kepadanya, maka lebih baik ia melibatkan keluarganya
dan keluarga suaminya bagi membantu ia untuk menyelesaikan masalah ini. Selain dari
itu juga ia boleh membuat aduan di Pejabat Agama Islam berdekatan untuk tindakan
lanjut.


Assalamualaikum Ustaz. Saya nak bertanya, ada seseorang pernah mengajar saya tentang lafaz niat mandi wajib. Iaitu, Sahaja aku berniat mengangkat hadas besar,hadas kecil,untuk menyucikan diri zahir,batin,rohani dan jasmani assalamualaikum nabi khidir a.s, penjaga air kerana allah s.w.t.
ReplyDeletelebih kurang macam tu,niatnya. Ustaz,adakah sah mandi wajib saya sekiranya saya melafazkan niat tersebut? dan,kiranya apakah yang terselindung di sebalik lafaz niat tersebut ustaz. Kerana,saya seringkali ditipu orang tentang ilmu2 agama ustaz. Jadi,saya sangat berharap ustaz dapat memberi nasihat kepada saya.
Salam
ReplyDeleteDari mana orang tu dapat niat, kitab mana yang tulis niat macam tu...semua itu pembohong dan tidak berasas, niat mandi wajib ni adalah qasad dalam hati, cukup kita lintas kan dalam hati aku mandi hadas besar kerana Allah taala, kalau ni pun tak boleh cukup aku mandi hadas besar, tak boleh juga aku mandi hadas..sudah memadai..nanti kalau ada apa2 yang ragu jangan di amalkan, rujuk kepada buku2 agama yang berkaitan, dalam buku saya pun ada tulis tentang niat mandi hadas, anda boleh dapatkan melalui online dan beli di kedai2...
dijawab "Kalau si suami, kaum keluarga dan orang yang punya badan itu sendiri mengetahui ia telah disyihirkan. Maka cepat-cepatlah mendapatkan rawatan perubatan Islam".
ReplyDeleteJawapan begini biasanya dikemukakan oleh mereka yang dianggap memiliki ilmu pengetahuan dalam agama. Untuk memperkukuhkan lagi jawapan, dikemukakan hujah yg bersandar nas syarak. Namun jawapan sebegini telah menjerat umat Islam dalam lembah khurafat dan kepercayaan karut marut. Kepercayaan karut ini cuba dikaitkan dengan agama untuk memberi keyakinan kepada umat yang mengalami masalah metal dan tekanan jiwa.
Menentukan sesuatu penyakit kesan daripada buatan orang atau terkena sihir, merupakan suatu perbuatan yang melanggar asas ilmu yang disarankan oleh syariat Islam.
Firman Allah Taala :
فسئلوا أهل الذكر ان كنتم لا تعلمون
"Bertanyalah kepada mereka yang mengetahui jika kamu tidak mengetahui".
Setiap jurusan hidup manusia memiliki kepakaran masing-masing, setiap persoalan mestilah diserahkan kepada pakarnya. Seorang ahli agama kepakaranya adala ajaran dan disiplin agama dan masalah kesihatan ada pakarnya sendiri.
Mereka yang memiliki kepentingan berlumba-lumba menubuhkan pusat rawatan untuk merawat penyakit yang diada-ada, seperti terkena sihir, saka dan dimasuki jin. Yang paling menyedihkan, pusat dan teknik ini dikaitkan dengan Islam dengan menamakan "perubatan Islam".
"adakah ahli agama ingin dianggap oleh masyarakat islam semasa, seperti mana orang barat melihat dengan penuh prajudis kepada padri-padri mereka di zaman pertengahan".
Salam ustaz. Saya mempunyai sakit gastrik yang agak teruk. Badan saya akan menggigil kesejukan, dan tidak mampu buat apa pun kerja apabila berpuasa. Saya kena ikat perut dan menyebabkan keluar sendawa asid yang memedihkan. Namun saya tetap berpuasa walaupun doktor telah menyarankan agar saya tidak berpuasa. Masalah saya ialah saya tidak mampu menggada puasa akibat haid kerana gastrik yang saya alami ini. Saya bekerja dan apabila berpuasa saya tak boleh buat apa. Dalam bulan puasa saya puasa juga walupun sakit. Soalannya, adakah saya perlu menggantikan puasa saya berserta fidyah?
ReplyDeleteSalam
ReplyDeleteBegini, Dapatkan nasihat dari doktor muslim, kalau doktor tu kata tidak boleh puasa, kalau puasa ia boleh memudharatkan, maka tak perlulah puasa dan anda perlu ganti balik selepas sembuh dan tidak perlu bayar fidyah kalau diganti pada tahun tersebut. Kalau doktor itu kata tidak boleh puasa selamanya, maka anda perlu bayar fidyah sahaja...Lebih lanjut rujuk dalam buku fiqh lagi....
Mampir ke blog saya ya, http://kisahkisahislamiah.blogspot.com/
ReplyDeleteassalammualaikum ustaz..smasa sy di form 3 , perkara plg bodh yg sy bt adlh menipu kwn sy ..dan sejak itu hti sy tak tenang ustaz..sy cuba untuk bg thu cerita sebenar tp tak mampu ustaz..skrg usia sy dh 25 thun bru sy brni bgtahu crita sbnr...nmun ustaz..bkn smua kawn sy yg sy dpt cerita , ada yg sy xdpt nk knl pasti kerna sudh lama..dan perkra ini membabitkn hutang ustaz...masa tersebut bkn niat sy untuk menipu mereka.dan sy tak mkn pun duit mereka ustaz..sy xdpt nk pulngkan sbb duit tu hilang,sy ikhtiar untuk byr smula..tp gagal ustaz..ada yg sy jumpa, sy mnta dorg halalkan tp mcm mana yg sy tak jumpa ustaz..mhon sngat jwpn dri ustaz...terima ksh ustaz..
ReplyDeleteKalau tak jumpa sedekahkan nilai hutang tu dimasjid....kalau boleh cari dahulu kawan kita tu..kalau tak jumpa baru sedekahkan duit itu...
ReplyDeleteassalamualaikum ustaz, saya mohon pandangan ustaz.. suami sedang menjalin hubungan dengan seorang perempuan dan sering mengabaikan tanggungjawab kpd isteri dan anak. saya merupakan isteri ke3 dan suami hanya mampu berikan duit belanja dapur dan nursery anak. rumah dan lainnya pandai2 sayala.. sebab saya bekerja jd suami tak risau saya tak cukup makan.. ustaz,.. adakah berdosa sekiranya saya berdoa kpd Allah agar suami melupakn perempuan berkenaan dan sy mohon supa Allah pisahkan mereka.. Adakah ini termasuk dalam memutuskan silaturahim.. saya mohon perasaan kasih dan sayang antara mereka ditukar kepada benci.. Adakah doa saya ini sesuatu yg bercanggah dgn hukum Allah.. Mohon pandangan ustaz..
ReplyDeleteDoa agar diberi hidayah dan dijauhi suami dari segala perbuatan maksiat itu lebih bagus.
ReplyDeleteUstaz,
ReplyDeletePermasalahan saya ini telah berlanjutan selama 3 tahun. Suami saya telah mengabaikan tanggungjawab dia terhadap saya dan anak2 dan beliau mempunyai teman wanita. Dia tidak memberi nafkah selama 5 bulan berturut2 dan yg paling menyedihkan bila saya meminta wang beliau mengatakan tiada wang tetapi beliau mampu memberi downpayment utk wanita tersebut membeli kereta baru dan membayar installment kereta berkenaan setiap bulan dan memberi nafkah kepada wanita tersebut setiap bulan. Beliau juga sanggup menguruskan kemasukkan datuk wanita berkenaan kehospital tetapi dalam yang sama anak saya sakit dan beliau sanggup biarkan saja dan saya yg menghantar anak ke hospital. Luluh hati saya bila mengetahui hal ini. Ketika anak sakit beliau sanggup tinggalkan anak dan pergi bercuti dengan wanita berkenaan. Paling menyedihkan sanggup dia mengunakan wang saya utk dia pergi berjumpa wanita berkenaan, dia menipu saya dgn mengatakan dia tidak mempunyai wang utk makan saya sebagai isteri tidak sanggup mendengarnya memberi beliau duit....tapi wang itu digunakan utk tujuan yg tidak betul. Wanita itu mengatakan yg dia tidak akan berkahwin dgn suami saya jika suami saya tidak menceraikan saya. dgn ertikata yg lain wanita itu inginkan suami saya menceraikan saya.
Saya ingin meminta pandangan ustaz...apa perlu saya lakukan....jika saya yg meminta cerai adakah betul saya tidak berhak utk menjaga anak2 saya. Utk pengetahuan ustaz anak2 adalah keutamaan saya. Terima Kasih Ustaz