Sekadar Gambar Hiasan Sahaja
Tujuan dakwah
ialah untuk menjadikan manusia muslim mampu mengerjakan segala ajaran Islam
dalam kehidupan mereka. Selain dari mengamalkan, mereka juga dapat menyebarkan
pula kepada masyarakat yang lain dengan
harapan masyarakat tersebut dapat mengamalkan segala perkara yang disuruh oleh
Allah.
Setiap para pendakwah wajib mengetahui tujuan berdakwah supaya
setiap dakwah yang dilakukan dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan. Selain dari itu juga dakwah adalah untuk memberikan kesejahteraan
dan kebahagiaan kepada seseorang agar ia selamat di dunia dan juga di akhirat.
Nabi Muhammad
SAW telah memperkenalkan berbagai cara melakukan dakwah seperti menggunakan
perkataan, tulisan dan juga perbuatan. Firman Allah SWT yang berbunyi :
“Serulah ke jalan
Tuhanmu (Wahai Muhammad) Dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran
Yang baik, dan berbahaslah Dengan mereka (yang Engkau serukan itu) Dengan cara
Yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan
orang Yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan
orang-orang Yang mendapat hidayah petunjuk.”
(An-Nahl : 125)
Berdasarkan firman Allah di atas ini, saya berkesimpulan bahawa
tujuan dakwah ini tidak akan dapat dicapai apabila ketiga-tiga kaedah dakwah
ini tidak diaplikasikan dengan baik dan sempurna, di antara kaedah ini adalah
seperti hikmah kebijaksanaan, memberikan nasihat yang baik dan berbahaslah untuk memberikan
kefaham kepada mereka yang tidak faham tentang agama. Ada sesetengah pendakwah
berjaya dan ada diantara mereka gagal menyampaikan dakwah yang berkesan kepada
masyarakatnya. Ini semua berlaku adalah disebabkan para pendakwah tidak
menguasai metodologi dakwah dengan baik.
Profesor Dr. Yusof Al-Qardawi pernah berkata bahawa setiap
pendakwah itu perlu menggunakan pendekatan dakwah masa kini yang perlu
disesuaikan dengan realiti dan keadaan semasa bagi merealisasikan matlamat
dakwah yang dirangka, dibawa oleh para Rasul dan golongan Salafussoleh. Usaha
ini juga telah dijalankan oleh seluruh gerakkan Islam demi mencapai tujuan yang
telah ditetapkan dalam dakwah.
Oleh karena itu
seorang pendakwah wajib memahami tujuan dakwah dengan baik, sehingga segala
kegiatan dakwah benar-benar mengarah kepada tujuannya. Seorang pendakwah
hendaklah yakin akan kemampuannya, jika
ia tidak yakin dengan kemampuan dirinya, nescaya boleh menyebabkan terjadinya
penyelewengan-penyelewengan di dalam bidang dakwah.







































1 comments:
selamat sejahtera En/Cik/Tuan/puan. kami telah mewujudkan 1 blog iaitu SENARAI BLOG-BLOG MALAYSIA. kami masih baru lagi di sini.maka kami masih mencari lebih banyak lagi blog-blog untuk di masukkan kedalam blog kami. untuk permulaan blog En/Cik/Tan/Puan telah terpilih dan telahpun di masukkan kedalam blog kami. oleh itu kami meminta jasa En/Cik/Tuan/Puan untuk memasukkan blog kami kedalam bloglist En/Cik/Tuan/Puan. di sini kami sertakan link blog kami iaitu:-
http://bloglistmalaysia.blogspot.com
sila maklumkan kepada kami sekiranya En/Cik/Tuan/Puan telah memasukkan blog kami kedalam bloglist En/Cik/Tuan/Puan.
kerjasama En/Cik/Tuan/Puan amat kami hargai
terima kasih
Post a Comment