PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Tuesday, October 4, 2011

Tips Mudah Menghadapi Suami Mabuk & Suka Berpoya-poya



Ustaz bila suami keluar berpoya-poya dan pulang ke rumah dalam keadaan mabuk, boleh ke kalau si isteri tidak mebenarkan si suami di kamarnya dan kadang kala tertinggi suara terhadap suaminya. Apakah patut si isteri lakukan dia sungguh binggung..harap ustaz dapat memberi penjelasan.

Jawapan Ustaz

Sebagai seorang isteri, ia sepatutnya melayani suaminya lebih dari melayani kedua ibu bapanya. Ini juga merupakan tanggungjawab isteri kepada suaminya. Ada pepatah yang mengatakan apabila seorang wanita telah berkahwin, maka syurganya terletak di bawah kaki suaminya. Pepatah ini membawa maksud, jika seorang isteri gagal melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri yang solehah, sudah pasti ia tidak dapat menikmati syurga Allah dan dirinya diazab di dalam api neraka Allah yang sangat dahsyat. Hadis Rasulullah saw yang bermaksud :

“Apabila seorang perempuan telah mengerjakan sembahyang lima waktu, mengerjakan puasa pada bulan Ramadhan, memelihara kemaluannya, dan taat kepada suaminya, maka masuklah (ke dalam syurga) dari mana-mana pintu syurga yang dia kehendaki.” (Riwayat At-Tabrani)

Tentang masalah taati kepada suami, setiap isteri jangan pula taati segala perintah yang bercanggah dengan syariat Islam, sebabnya dalam Islam sendiri tidak pernah meredhokan perkara-perkara yang mungkar dilakukan walaupun itu arahan suami. Jadi dalam soal ini, si isteri boleh memberi nasihat kepada suami dengan bahasa yang baik dan jika boleh elakkan dari menengking suami. Sebab dalam menyampaikan mesej Islam atau memberikan nasihat kepada seseorang, kita mestilah bijak dan hikmah dengan segala teguran kita supaya ia tidak berlaku salah faham dan berlaku perkara-perkara yang tidak diingini. Firman Allah yang bermaksud :

“Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) Dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran Yang baik, dan berbahaslah Dengan mereka (yang Engkau serukan itu) Dengan cara Yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang Yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang-orang Yang mendapat hidayah petunjuk.” (An-Nahl : 125)

Tentang soalan yang ditanyakan di atas, sebagai tindakkan awal, isteri boleh menegur kesalahan suaminya dengan mengatakan minum arak itu adalah haram dan dosa besar bagi orang yang melakukannya. Boleh juga isteri mengunci pintu bilik apabila suami yang mabuk pulang ke rumah, bagi saya ini penting sebab, orang yang mabuk biasanya ia tidak sedar apa yang telah dilakukan. Kadang-kadang disebabkan kesilapan kecil dia sanggup memukul isterinya sehingga cedera.

Jika segala teguran dan nasihat isteri tidak diindahkan oleh suami, maka si isteri boleh mengadukan masalah ini kepada kedua ibu bapanya. Kadang-kadang suami ini boleh mendengar apa yang dinasihati oleh kedua ibu bapanya. Jika cara ini tidak berkesan, maka bolehlah si isteri buat pengaduan di Jabatan Agama Islam yang berdekatan supaya suami anda dipanggil untuk mendapatkan nasihat dan kaunseling. Selalunya bagi isteri yang mempunyai masalah seperti ini, pihak Jabatan Agama Islam mempunyai kaedah untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik.

Setiap apa yang telah anda usahakan aringilah ia dengan doa kepada Allah, mudah-mudahan Allah memberikan kekuatan dan jalan keluar kepada masalah yang anda hadapi ini. Mungkin ini satu ujian yang anda perlu tempoh. Mungkin juga Allah ingin menaikkan martabat iman anda kepada Allah atau mungkin sebelum ini ada apa-apa kesalahan yang anda telah lakukan. Jika anda mohonlah taubat kepada Allah sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Firman Allah yang bermaksud :  

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang Yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.” (Al-Baqarah : 186)

8 comments :

  1. segalanya benar syurga dibawah tapak kaki suami,hamba yang menurut perintah allah akan terjamin untoknya syurga allah.akan tetapi bagimana agaknya suami yang tidak lengkang dari membuat kehancuran hati isteri?mendera mental serta fisikal isteri secara kasar atau secara bahasa.tidakkah mereka tergolong dengan ahli derhaka kepada perintah allah?.memang mudah untok memberi cadangan dalam kaunseling,mengajak kedua ibubapa suami serta isteri untok dudok berbincang permasaalahan tersebut akan tetapi berapa banyak kejayaan yang tercapai?.boleh dikatakan kebanyakkanya kesalahan akan dipikul oleh para isteri,kesudahan apa yang dituntut akan tinggal kes tuntutan sahaja.sang isterilah yang akan menanggong segala keperitan dan kepayahan membesarkan anak.ada sang ibubapa suami serta para suami ambil kesah,tak kesah lagi berlambak.sedangkan perbicaraan menuntut hak yang diwajibkan keatas suami makan tahun untok dibaca oleh mahkamah,inikan pulak menuntut keadilan yang belum tentu ada kepastian akan diakur oleh sang suami.amat memualkan bilamana berhujah saperti syurga dibawah tapak kaki suami,perlu diambilkira suami yang bagaimana isteri harus menurut perintah.kalau melaksanakan kewajiban isteri kepada suami hanya melayan nafsu serta perut sahaja yang dianggap syurga dibawah tapak kaki suami,sang suami boleh jalanlah!!kalau setakat berkhutbah untok kepentingan nafsu sang suami dan berdabik dada melaungkan syurga dibawah tapak kaki suami,persetankanlah suami tu..end of story.

    ReplyDelete
  2. Salam ustaz,maaf saya menyampuk.
    Ada betulnya juga kata anon diatas.Kadang-kadang kita lihat ada suami yang beitu teruk perangainya yang dah tak boleh di kaunseling lagi,berapa lama Isteri harus bersabar,Hakim syarie perlu juga memahami situasi isteri yang macam ni.

    Dalam kes-kes sebegini keputusan perlu dibuat secara cepat dan tepat jika tidak adalah satu kezaliman jika terus membiarkan isteri itu terus didera oleh suaminya.

    Bukankah dalam lafaz takliq semasa akad nikah sudah dinyatakan ,jika suami berlaku zalim kepada isteri sepertti mencederakan tubuh badan isteri maka talaq akan jatuh.
    minta komen ustaz dalam bab lafaz taqlik yu.

    ReplyDelete
  3. Salam

    Ini sebagai cadangan, jangan kita salahkan sebelah pihak sahaja, sebab itulah dalam Islam menuntut supaya kita memilih pasangan yang baik dari segi penghayatan agamanya, bukan dari segi hensem, berduit dan cinta semata-mata. kebanyakkan masalah rumahtangga berlaku adalah disebabkan mula untuk berkahwin sudah ada perkara-perkara yang bercanggah dengan agama, contohnya ada persandingan, bayaran hantaran yang mahal, mandi bunga dan banyak lagi. Jadi bagaimana dalam melayari rumahtangga tu nak dapat keberkatan.

    Kembali kepada tajuk perbincangan.. Jangan kita menuding jari kepada segolongan yang lain. Apa salahnya kita ambil perkara yang baik.. Contohnya pihak isteri yang kena dera, boleh buat aduan ke pihak berkuasa seperti polis, Jabatan Agama dan sebagainya.. Gunakan segala saluran yang ada.. Masalah perbicaraan mahkamah syariah ini, kita kena ingat, mahkamah syariat mempunyai kuasa yang terhad sahaja, bukan seperti mahkamah sivil.

    JAdi kembalilah kepada agama semua masalah akan selesai..Bagi sesiapa yang hendak berkahwin, binalah rumahtangga seperti yang diajarkan oleh Islam. Barulah rumahtangga mendapat keberkatan.

    ReplyDelete
  4. saya selesa dengan jawapan ustaz,
    dan bab mahkamah syariah saya setuju sangat,memang sepatutnya dah lama mahkamah syariah dinaik tarafkan agar segala keputusan mahkamah syariah tidak boleh dibatalkan oleh mana mana mahkamah .lagi satu tidak sepatutnya mahkamah syariah hanya diberi kuasa untuk kes-kes nikah cerai dan beberapa kes yang kecil sahaja.
    kita sebagai orang islam mesti memainkan peranan mengikut kemampuan masing-masing agar Islam itu dihormati dalam negara kita malaysia.
    Islam itu tinggi,tidak ada yang lebih tinggi darinya.

    ReplyDelete
  5. Besnis produk kesihatan myherb2u-goji,tricajus,susu kambing,mlm call +60192311900
    http://www.healthbuilders.com.my/
    othmandraman@yahoo.com
    http://othmandraman.blogspot.com/?m=1
    http://www.dnaglobal2u.com/
    http://www.iphytoscience.com/
    http://www.drtina.mynucerity.biz/indexi.php
    Kedai P01 pasar majlis sek16 shah alam,selangor,malaysia
    Rakan kongsi/penyewa/pekerja diperlukan

    ReplyDelete
  6. Kadang2 saya minum dan mabuk, ia berlaku cuma beberapa kali dlm setahun.. bukan selalu pun.. memang dalam hati berkata satu hari nanti saya akan berhenti... saya tak mau mati sebagai seorang peminum arak... soalnya sekrang, tiap kali sya balik rumah dan mabuk, isteri akan minta cerai.. masuk ni dah beberapa kali dia minta cerai!!! mudah mudahan Allah kuat kan hati saya utk bertaubat secepat mungkin.... sebelum saya dah tak tahan di cabar dan akan menyahut cabaran isteri saya tu.... tak boleh kah kasi nasihat, cakap bagus2 dgn saya...... saya tak pernah pun cakap kasar apa lagi pukul isteri saya........ astagfirullah......

    ReplyDelete
  7. Salam ustaz,sya mualaf dan sdh bkhwin,mpunyai seorg anak prmpuan..sejak akhir2 ini suami sya mkin kerap mabuk tdk kira pgi siang mlm dan stiap hari..sya dan ibunya sering mberi nsihat ttpi tdk diendahkan sebaliknya merajuk,kdg2 mgamuk shgga kan dia pernah bgaduh dgn adik beradiknya sndri..slpas itu dia akn kluar rmh dan akan balik dlm keadaan mbuk..dia pernah masuk pnjara krna mengugut mahu mbnuh sya dan anaknya dlm keadaan yg mbuk..sya amt kcwa krna mygka dia brubah baik ttpi sbaliknya..kluarga sya prnh menyuruh sya brcerai dgn nya krna tbiat nya yg tdak brubah..spnjg hdup dgn nya,dia tdk prnh memkul sya wlpun mbuk.. Sya bingung memikirkan nsib anak yg msih kcil tambahan dia tdk bkrja..sya tdk ingin bcerai dgn nya sbalik nya mgharapkan dia akn berubah baik ttpi smpai bla?? Tlg lh sya ustaz, apakh yg ptut sya lakukan? Perlukah sya meminta cerai dari nya??

    ReplyDelete
  8. Salam ustaz..suami sy seorg mualaf..kami br saje 7 bln mendirikn rmh tangga..suami sy stp hr akn minum bersame dgn adik dan saudaranya..bahkn dia ni seorg yg panas baran dan sk pkul sy tanpa sbb n maki hamun sy sesk ht dia..ape yg harus sy lakukn ustaz..sy ckup terseksa..bantulh sy ustaz..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG