Selain dari itu juga, dakwah dapat membantu manusia dalam
melaksanakan berbagai ibadah atau syariat kepada Allah SWT. Sebagai seorang
juru dakwah, tugas utama yang perlu ia lakukan adalah mengajak atau membantu
manusia menjalankan segala perkara yang di suruh oleh Allah dan meninggalkan
segala perkara yang dilarang oleh Allah.
Perkara yang paling awal perlu dilakukan oleh para pendakwah ialah
berusaha memberikan kefahaman tentang agama Islam kepada seluruh masyarakat.
Kalau mereka semua faham akan hakikat kejadian manusia sebagai hamba Allah,
maka mereka sendiri akan sedar dari segala kesilapan atau kelemahan yang telah
dilakukan oleh mereka. Mejoriti masyarakat Islam sekarang ini tidak faham dan
tidak tahu hakikat sebagai seorang muslim, mereka sering terpengaruh dengan
budaya-budaya luar yang bercanggah dengan prinsip Islam. Ada juga diantara
mereka beranggapan Islam ini cukup sekadar solat lima waktu, berpuasa,
mengerjakan haji dan mengeluarkan zakat sahaja. Mereka juga beranggapan bila
sudah buat semua ini, mereka sudah terlepas dari tanggungjawab yang telah
diamanahkan Allah. Sebab itulah kefahaman Islam itu perlu diterapkan kepada
mereka. Bila mereka sudah faham, maka usaha dakwah itu menjadi mudah dan
berjaya mencapai tujuannya yang utama iaitu membantu manusia melaksanakan
segala syariat yang telah ditetapkan oleh Allah kepada hambaNya.
Mengajak manusia mengenali Allah dan Rasul adalah menjadi
kewajipan utama para pendakwah. Setiap pendakwah mempunyai tanggungjawab untuk
menyampaikan segala perkara yang berkaitan dengan syariat Islam, mereka juga
tidak boleh mengambil sikap sambil lewa ataupun cuai melainkan mereka mempunyai
iman yang lemah sahaja. Sabda Rasulullah SAW :
“Setiap kamu adalah
pemimpin dan setiap pemimpin akan disoal apa yang dipimpinnya.” (Riwayat Al-Bukhari)
Perkara pertama yang perlu diketahui oleh umat Islam ialah Islam,
Iman Dan Ehsan. Ketiga-tiga perkara ini menjadi asas yang penting dalam diri
umat Islam. Jika seseorang Islam kurang salah satu dari tiga asas utama syariat
Islam ini, maka ia belum lagi menjadi seorang muslim yang kamil. Harus
diketahui oleh para pendakwah, usaha yang paling utama menyedarkan masyarakat
tentang kepentingan melaksanakan syariat Islam. Jika mereka gagal melaksanakannya,
sudah pasti mereka tergolong dari kalangan orang-orang yang rugi.







































0 comments:
Post a Comment