Salam Ustaz, apakah hukum
membayar wang komisyen contohnya..saya bekerja sebagai freelancer dlm bidang
design memberikan komisyen kepada sesiapa yg recommend/ dapatkan kan job utk
saya.
Jawapan
Jawapan
Segala pekerjaan yang berkaitan
dengan hal-hal keduniaan seperti jual beli, hutang, komisen dan sebagainya
adalah termasuk di dalam perbincangan muamalah Islam. Muamalah dalam Islam ini
sangat luas dan ia berubah mengikut keadaan semasa. Semakin moden dunia ini
maka semakin canggihlah pekerjaan manusia.
Sebelum kita masuk kepada poin
soalan di atas, rasa lebih elok saya berikan sedikit pengertian muamalah dan
beberapa garis panduan yang telah ditetapkan Islam dalam muamalah.
Kata muamalah berasal dari bahasa
Arab amala, yuamilu, muamalatan
(al-muamalah),
bermaksud menyikapi, memperlakukan, bergaul, berinteraksi, dan sebagainya.
Bidang muamalah dalam Fiqh Islam secara umum meliputi pergaulan dan interaksi
sesama manusia di dalam aspek-aspek kehidupan, seperti aspek adat istiadat dan
kebiasaan, sosial, kemasyarakatan, budaya, kesenian dan hiburan, ekonomi,
perdagangan, pendidikan, politik, pengelolaan pemerintahan dan lain-lain lagi.
Firman Allah yang bermaksud :
"Dan tuntutlah Dengan
harta kekayaan Yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan
kebahagiaan hari akhirat dan janganlah Engkau melupakan bahagianmu (keperluan
dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah)
sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya Yang
melimpah-limpah); dan janganlah Engkau melakukan kerosakan di muka bumi;
Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang Yang berbuat kerosakan ".
(Al-Qasas : 77)
Jelas bahawa segala pekerjaan
yang berkaitan dengan manusia mestilah mematuhi peraturan-peraturan yang telah
ditetapkan Islam. Jadi sebagai seorang muslim yang beriman kepada Allah,
mestilah mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan Islam dalam muamalah. Setiap
muamalah mestilah mengikut rukun dan syarat yang telah digariskan oleh Islam.
Kembali kepada persoalan asal
iaitu membayar upah kepada orang yang mencari pekerjaan kepada kita. Kaedah Fiqh
terhadap muamalah ialah setiap pekerjaan itu adalah harus kecuali ada dalil
yang mengharamkannya. Pekerjaan atau projek yang dicari kepada kita itu
mestilah tidak bercanggah dengan prinsip Islam, maksud bercanggah seperti
pekerjaan yang melibatkan maksiat, arak, perjudian, riba, penipuan dan
sebagainya. Firman Allah yang bermaksud :
“Orang-orang Yang memakan (mengambil) riba itu tidak
dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang Yang dirasuk Syaitan
Dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah
disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa Sesungguhnya berniaga itu sama
sahaja seperti riba". padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli
(berniaga) dan mengharamkan riba. oleh itu sesiapa Yang telah sampai kepadanya
peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba),
maka apa Yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya
terserahlah kepada Allah. dan sesiapa Yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil
riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.” (Al-Baqarah : 275)
Tidak salah untuk kita membayar upah sebagai
penghargaan kepada orang tersebut yang telah mencari projek atau pekerjaan
untuk kita. Jika kita ada berbuat janji dengan orang yang mencari pekerjaan
atau projek kepada kita, maka mestilah dibayar seperti yang telah dijanjikan
kepada orang tersebut, kalau kita gagal, maka urusan tersebut tidak sah dari
sisi Islam kerana ia terlibat dengan penipuan.


Setuju Ustadz saya.
ReplyDeleteTerima kasih atas pencerahan :)
ReplyDeletebagaimana jika dpt komisyen mnjual sebuah kereta dari syarikat pnjual kereta,adakah ianya juga di bolehkan Ustaz? trima ksih..Harap ustz dpt jelaskan
ReplyDeleteini tak termasuk hukum rasuah ke ustaz? contohnya ada satu tender..pegawai kerajaan nih ckp nak tolong..tak berjanji pon berapa persen..selepas keputusan..syarikat kita menang..kita pon bagilah sekian jumlah..tanda penghargaan..itu haram ke tak ustaz?
ReplyDelete