Maksud Hijrah
Secara harfiyah makna hijrah berasal dari kata bahasa arab
hajara-yahjuru-hijratan yang berarti perpindahan ke lain negeri atau pemisahan
diri dari keluarga dan sahabat handai atau negeri asal. Ada di kalangan ahli
bahasa yang memberi erti hijrah adalah merangkumi hijrah jasmani dan hijrah
rohani.
hijrah secara fizikal dari satu negeri ke negeri yang lain,
dan hijrah dengan hati kepada Allah dan Rasul-Nya. Inilah hijrah yang hakiki
yang menjadi tunjang kepada hijrah jasmani. Perkataan hijrah mengandungi
elemen, ‘dari’ dan ‘ke’ atau ‘daripada’ dan ‘kepada’. Jadi hijrah hati
bermaksud berhijrah daripada cinta kepada selain Allah kepada cinta kepada
Allah, daripada ubudiah kepada makhluk kepada ubudiah kepada Allah, daripada
takut, berharap dan bertawakkal kepada selain Allah kepada takut, berharap dan
bertawakal kepada-Nya.
Kata Ibn al-Qayyim rahimahullah, hijrah kepada Allah ialah
dengan meminta, mencintai, menghambakan diri, bertawakal, takut dan mengharap
hanya kepada-Nya. Dan hijrah kepada Rasul ialah dengan mengikuti syariat yang
dibawanya dalam semua aspek, lahir dan batin.
Dalil Hijrah
“Sesungguhnya orang-orang Yang beriman, dan orang-orang Yang
berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan ugama Islam),
mereka itulah orang-orang Yang mengharapkan rahmat Allah. dan (ingatlah), Allah
Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Al-Baqarah : 218)
“(Sesungguhnya) orang-orang Yang beriman dan berhijrah serta
berjihad pada jalan Allah Dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar
dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang-orang Yang hanya memberi
minum orang-orang Haji dan orang Yang memakmurkan Masjid sahaja); dan mereka
itulah orang-orang Yang berjaya.” (At-Taubah : 20)
Aspek Hijrah
Hijrah
Rasulullah Dari Mekah Ke Madinah
Hijrah Rasulullah saw dan para
sahabatnya dari kota Makkah ke Yathrib, berlaku pada tahun 622M.
Tujuannya ialah untuk menyelamatkan aqidah, meluaskan medan dakwah dan
membangunkan pemerintahan berteraskan tauhid kepada Allah. Hijrah ini berakhir dengan kejayaan Rasulullah membuka kota Makkah pada tahun 630M, di mana baginda
menyatakan bahawa tidak ada hijrah selepas pembukaan Makkah.
Hijrah Ummat
Hijrah umat ialah perpindahan umat Islam dari mana-mana
negeri atau negara yang di dalamnya aqidah umat ditindas ke mana-mana tempat di
bumi Allah demi menyelamatkan aqidah. Pintu hijrah
seperti ini belum tertutup dan tidak akan tertutup hingga hari Qiamat
selagimana berlaku penekanan dan kezaliman ke atas umat Islam yang
memaksa mereka berpindah bagi menyelamat dan memelihara aqidah.
Hijrah seperti ini, dari satu aspek, adalah sama seperti
hijrah Rasulullah dari Makkah ke Yathrib, iaitu
perpindahan daripada bumi yang penuh penindasan dan kezaliman ke atas
aqidah Islam dan penganut-penganutnya ke tempat yang lebih selamat bagi
menyelamatkan aqidah Islam dan memelihara kehormatan
penganut-penganutnya. Dengan ini mereka akan dapat melakukan ibadah
kepada Allah dan melaksanakan segala tuntutan aqidah secara
bebas dan terpelihara.
Hijrah Hati Dan Akhlak
Hijrah bentuk ini ialah perpindahan jiwa daripada yang buruk
kepada yang baik, suci dan benar. Atau, perpindahan jiwa daripada yang baik
kepada yang lebih baik, lebih suci dan lebih benar. Hijrah bentuk ini tidak
kurang mulianya daripada hijrah bentuk pertama dan kedua di atas. Ia
merupakan penerusan bagi ikatan perjanjian di antara seorang hamba dengan Allah agar hidupnya sentiasa di dalam keadaan bersih dan
mengamalkan akhlak terpuji sebagai bukti kepada kebenaran imannya.
Inilah hijrah ma’nawi dalam pembentukan syakhsiyah, di
mana seseorang itu mendaki anak-anak tangga kebersihan dan kesucian menuju
kepada Allah. Beliau menjalani hidup dalam keadaan suci dan
mulia.
Rangkuman Hijrah Manusia
Hijrah Jasmani
Hijrah Jasmani ialah seseorang itu melakukan perubahan
dirinya kearah yang lebih baik, sepertimana bersenam, memiliki pakaian yang
baik dari segi syarak, ingin memiliki pekerjaan yang baik, ingin memiliki taraf
akademik yang baik dan sebagainya. Jasmani perlu sihat kerana ia akan
memudahkan kita beribadah kepada Allah dengan lebih sempurna, begitu juga
memiliki pekerjaan yang baik supaya kita tidak mencuri disebabkan tekanan
hidup, tukar pakaian daripada berpakaian yang kurang sempurna menutup auratnya
sehingga sempurna menutup auratnya dan banyak lagi.
Hijrah Rohani
Hijrah rohani ialah seseorang yang menghijrahkan dirinya
kearah agama Allah seperti beliau mendekatkan diri ke masjid dan majlis-majlis
ilmu yang sebelum ini tidak pernah dihadirinya. Buangkan penyakit-penyakit hati
yang sering menjauhkan diri kepada Allah seperti mempunyai perasaan tamak,
hasad dengki, riak, menunjuk-nunjuk kelebihan yang dimiliki dan sebagainya.
Jika seseorang itu dapat mengubah hatinya atau psikologinya kearah yang baik
dan memiliki akhlak yang baik, nescaya ia akan mempunyai perasaan cintakan
Allah dan Rasulnya. Malah dirinya akan disukai oleh masyarakat sekelilingnya.
Orang seperti ini sering disenangi oleh masyarakat kerana ia mempunyai peribadi
yang baik. Apabila ia terkena musibah atau ujian Allah, maka dia tabah dan
tenang hatinya menghadapi ujian Allah, sedikitpun ia tidak bersungut dan
gelisah dengan ujian Allah ke atas dirinya.
Pengajaran Hijrah
- Ikhlas
- Mantapkan syakhsiyah
- Strategi Yang Baik
- Sabar
- Dalam Jemaah
- Pengorbanan


arrayah.info - Umat Islam semakin tidak mengerti Hakikat Hijrah Rasulullah SAW
ReplyDeletebila dunia kebendaan menguasai hati dan dada jiwa umat Islam, pengertian suci dan maqasid ubudiyah al-Hijrah Rasululah telah dihurai tafsirkan berdasarkan aqidah kebendaan.
ReplyDeletebagaimana seorang ahli agama tergamak untuk menyamakan pengorbanan seorang Rasul untuk meninggalkan segala-galanya demi agama dengan kesungguhan mengejar kekayaan dan keagungan ekonomi.
Hijrah ekonomi, hijrah teknologi, hijrah kepandaian ilmu dan pelbagai hijrah untuk merapati kebendaan. Bukan sahaja diajak Rasul, namun semua manusia yang bukan batu dan kayu dibumi ini, namun itulah yang berputar dimulut pelahat kebendaan.
sedang nabi aku berada dalam tahap keimanan dan keyakinan kepada janji Tuhannya, "tinggalkan segala-gala yang dimilikinya untuk agama suci, atau biarkan agama kepada ketentuan Allah dengan memilih apa yang dimiliki". Nabi aku mengajar aku korbankan segala-galanya yang kamu telah miliki untuk agama yang diturun dari langit.
masih ada lagikah perasaan malu dalam hati ahli kitab umat Muhammad untuk menyorok matlamat dan hadaf al-hijrah?, hanya manusia yang ingin bersama Hamzah akan berkata benar, walau dibenci oleh mereka yang membenci kebenaran.